Wednesday, December 31, 2008

wireless macam haram!

*keluh*

haih..cane la aku nak berbloging. kalau wireless macam tahi kucing. poyo je kata da naik taraf. macam mana la aku nak melepaskan geram dekat sini..

habis terbantut rasa nak menulis..

takpe lah..aku cuma nak bagi tau


kawan aku muk dan apom dah masuk UM ..sains sukan. gembira bukan kepalang. kawan-kawan aku dah ada hala tuju. bukan lah aku cakap orang tak masuk U tak ada masa depan. cuma aku rasa masa sekarang masa untuk belajar. untuk mematangkan fikiran. kalau tak belajar takut hanyut ....

seronoknya . rasa macam hidup balik. hahaha

esok poih lak datang..


tak sabarnyaaa..

Sunday, December 28, 2008

nah..entri 1 mgu..

hmm... <-----tak tahu macam mana nak mulakan enti ni

baiklah..senang cerita..minggu lepas ialah minggu yang agak seronok bagi aku.biarpun ada jugak pengalaman pahit, tapi pengalaman yang seronok mengatasi yang pahit tu..

*apasal ayat aku ni*kes dah lama tak menulis

sebenarnya tak de lah seronok mana pon.cuma aku je yang terlebih teruja. minggu lepas terasa sangat seronoknya. aku berjumpa dengan teman-teman aku. mungkin aku teruja kerana aku sunyi. internet dan telefon bimbit tak mampu nak hilangkan sunyi tu. tak sama bila berjumpa rakan-rakan. bergelak tawa sampai tersedak-sedak+tersembur-sembur makanan. berborak sampai panas punggung. tak sama dengan berbual di alam maya mahupun di skrin telefon bimbit. lebih lepas. lebih bermakna.


*emosi lagi*

hari isnin hingga khamis.. banyak sebenarnya yang terjadi. tapi terlampau banyak sangat sampai aku pon dah lupa. nak taip di blog asyik tak berkesempatan *malas sebenarnya. bertangguh-tangguh. tengok.kan dah lupa.

tapi khamis malam tu aku dikejutkan dengan mesej ganjil dari nombor yang tak di kenali.

"wahsap babe.free esok?nak lepak mid?"

siapa pulak ni.aku cukup malas nak layan. balas 1 2 mesej.dah tak tahan. apa kena lah manusia zaman sekarang. guna perkataan yang sangat pelik. hew hew , cwix killew , (perkataan ni berhuruf besar dan kecil) *berkerut-kerut sambil membaca* itu pun kalau boleh baca.

senang cerita.annoying nak mampos. aku buat bodoh.

akhirnya sipolan mengaku. rupanya rakan sePASUM aku yang belajar di india. hawau najis kerbau punye budak!! kenakan aku Alia merancang nak berjumpa esok. tapi lambat sikit katanya. takpe. aku okay-kan saja. (lagi lambat lagi bagus)


khamis-4 petang


mesej alia aku tunggu. sambil fikir. jadi ke tak...jadi ke tak?jam dah merangkak ke pukul 5 baru dia kata jadi.aku pon bersiap. menggunakan ktm dan lrt ke klcc. perjalanan lancar biarpun lambat (faham-faham je lah).

jam 8 tiba. lepak kinokuniya . alia sampai. bersama adiknya yang merupakan komplot penghantar mesej semalam. -_-' sambung jalan di kinokuniya. dengan harapan nad cepat sampai. lambat sangat. turun ke food court baru terserempak dengan dia.

kami bersatu semula di hadapan escalator tu.
lepas tu.borak. borak. borak. mus tiba.sambung borak lagi *dan makan

bahagianyaaa~

3 sekawan+ 3 jam yang bermakna

sehinggalah jam 11.aku dah cuak takut tak ada tren pulang. nasib sangat menyebelahi aku sebab sempat kejar tren terakhir .beriya-iya aku berlari . *sampai orang ktm tu tegur aku*

pulang..lega..

___________________________________________________

jumaat

biasa-biasa sahaja. cuma menemani mama dan adik-adik kecil yang lain membeli baju sekolah. *sengih-sengih* dulu aku pun macam ni. lepas tu yang best. makan~~ kami makan steambot


masa berkualiti bersama keluarga dan makanan berkualiti :D

sedang menikmati makanan, ku khabarkan kepada mama aku mau menggunakan kereta esok. mama siap tuangkan minyak lagi. thank you mama. =))

pulang. kenyang. puas hati. Alhamdulillah~


____________________________________________________

sabtu

bangun awal. bersiap dengan baju kurung cotton adik aku lantas ke UM untuk ambil nad. misi hari ini nak 'crash the wedding' lah kononnye. sebab hari ini hari bahagia bekas teman lelaki nad punya kakak.<--err faham tak?? hampir tiba di UM, aku ajak kamil. dia nak ikut.hehehe.bagus. lebih ramai lebih bermakna. chewah..kamil tiba dan nad pon siap melaram, kami gerak nak amik mus.

tibanya di gombak. nad nervous.hahaha. last-last baju dia melaram kena minyak. kesian dia



selesai majlis. pulang ke UM dan bergerak ke Mid untuk movie. cerita The Spirit.


***
iklan kejap...
jangan tertipu, biarpun movie tersebut hasil arahan pengarah filem 300 dan Sin City, tapi sangat tak best. tak faham. tak menarik. menyesal tengok. :((

***

nad kehilangan selera

habis wayang, makan lagi, kali ni di ss14.
menu tetap:bandung ais, nasi lemak suri. tambah lagi dengan orang tersayang. memang membahagiakan.

orang tersayang .hahaha

kami *aku nad dan mus* ucapkan bye2 kat kamil dan terus hantar mus. sesampai je di Wangsamaju, berborak seminit dua dengan orang tua mus, baru kembali ke UM untuk hantar nad pula.
kamil bercerita *juga orang tersayang* +nad

memang berjalan sakan aku hari tu...pulang ke rumah. biarpun penat, tapi aku bahagia. :)

oh ya!!hari ni hari malang bagi aku.aku dah calarkan kereta masa fetch kakak aku dari tempat kerja.sigh~

___________________________________________________

hari ahad pun biasa-biasa aja. aku ke kampung membawa adik-adik ku yang lain *memang driver berjaya aku ni* sebab makcik aku masakkan dinner hasil tangkapan ikan pakcik aku.

sempat pula aku tengok cerita cartoon old school. beauty and the beast. best siot!!

pulang ke rumah.layan internet.

sempat menyaksikan pergaduhan teruk antara kakak dan adik aku. hanya kerana tambah nilai 10 ringgit yang hilang.

*keluh* tak ada rezeki lah tu...

packing untuk pulang ke UM sebab semester baru nak mula.


tidur bila hari menghampiri subuh ..

___________________________________________________

p/s:harini (isnin) memang best.tapi pengakhirannya sucks. nanti aku cerita sebab isnin bukan minggu ni.

ape yang aku dapat simpulkan

hidup ini ada atas dan bawahnya..
tidak selamanya indah..
kita pahatkan dalam ingatan yang indah itu
yang pahit dijadikan perasa untuk mematangkan diri kita
biarpun pahit..tapi bermakna..

*aku dirasuk *

Thursday, December 25, 2008

selamat kembali ke sekolah!

aaaa..

dah lama rasanya aku tak menules entri..huhu.enti kali ini tak de la pasal aku yang rindukan sekolah ke.tak de la pasal persiapan persekolahan ke what so ever lah kan..

cuma..

cuma baru-baru ni..aku telah menjadi babysitter bagi sepupu aku yang berumur 5 tahun dan 6-7 tahun.haha.sorang nama dia baby (even dia dah ade adik dan dia lelaki, dia nak dirinya dipanggil baby) lagi satu nama dia mijan (nama sebenar:hamizan)

*excited lebih*

terus terang lah aku cakap, aku bukanlah seorang kakak contoh.aku bukanlah seorang perempuan yang mempunyai naluri keibuan sangat.sukakan budak kecik semua.baru-baru ni je.itu pun aku cuma berkata dalam hati sambil senyum

"eh..comel la budak ni"

mahluk yang terdekat aku treat dengan penuh kasih sayang cuma kucing dekat rumah aku.haihh
mungkin sebab rumah aku dah lama tak ada budak kecik...yelah adik aku yang paling kecik pon dah nak UPSR tahun depan.

kalau lipat kain pon rasa pelik gila ada baju budak kecik..hahha -_-'

sepanjang budak-budak ni ada kat rumah..boleh kata sepanjang masa tv dekat rumah tu channel cartoon je..

masa tu lah..aku tau macam-macam cartoon zaman sekarang..b-daman..ben-10..gundam..

eishh..macam-macam la..hahaha

masa tu lah..aku punya bebola mata naik juling tengok dorang ni berlari ke sana-sini...dok kejar waktu iklan cartoon tu dengan nak main ps2 -_-' (diaorang sangat energetic)

masa tu lah..aku teringat balik cara nak buat susu...mandikan budak kecil..pakaikan baju..macam kerja dekat nursery pulak..haha

yang paling penting..aku akan teringat balik zaman aku budak kecik dulu..eeee..punya lah nakal aku..haha
aku sangat boyish

tetiba rindu dekat cartoon-cartoon yang aku tengok masa kecik-kecik dulu.tak banyak yang ada lagi.cartoon macam pokemon dah menyebabkan aku berlari balik dari tempat mengaji..(dapat tengok 15 minit pon jadi la) cartoon digimon, yang masih lagi ditayangkan *kat channel ceria ye..dah buat aku nangis (kan betul..aku ni emo) cartoon ape lagi ye..ahaa..dragon ball..ini memang follow gila panggung la.kakak aku beli komik dia sampai la majin buu tu mampos.haha.tak lupa jugak Sailormoon *dengan kuasa bulan~~akan menghukummu!! -_-'*
kalau nak buat senarai memang sampai ke subuh la aku tulis entri ni.senang cerita kartun dengan budak kecik memang tak dapat dipisahkan (sekarang pun). cartoon-cartoon macam ni lah dah meng-encourage aku untuk bangun awal pagi masa hujung minggu.

lawak-lawak..

lagi-lagi part Sailormoon tu.memang susah nak mengaku.tapi memang betul kot.mak aku sangat supportive.siap bagi duit nak sewa komik tu lagi (sekarang korang tahu mana datangnya aku punya obsess dengan manga) at least dengan buat macam tu, mak aku tahu aku lepak kat mana, kedai ComicHouse tu dekat kot dari office mak aku dan dengan sekolah aku.tapi sekarang dah tutup.sedih.setiap kali aku lalu situ mesti senyum sorang-sorang...

ahh..memory lane pulak tiba-tiba..tulah kerja aku.kalau mengelamun, nombor satu..

p/s: 1st
cartoon crush aku..tau sape??tgk X-men??Gambit..ohhhhh im in love with a person that didnt exist *again.. haihh



Wednesday, December 17, 2008

quote ini aku suka

our greatest glory is not in never failing, but in rising everytime we fall

lebih kurg macam ni la..

kawan-kawan...disini saya ingin mengucapkan time kasih la atas mendengar luahan aku yang emosi kebelakangan ni..

atas nasihat..

dorongan...

bebelan..

time kasih..*terharu plak aku*hahaha.

p/s:macam ucapan org dapat award pulak -_-'


hangout+twilight mv (alia tak bole baca)


:aku dan saisha:

aaa...ini sebenarnya entri untuk semalam..

aku penat sangat sampai tetido..haha

setelah kekecewaan yang bertimpa-timpa baru-baru ni..

akhirnya aku membuat keputusan untuk enjoy..

enjoy ape??

meraikan keputusan aku yang teruk??

tak de la..saja..lepaskan tensi ni..*aku kena positif!!*
_____________________________________________


aku keluar ke mid hari ni(selasa)..nasib baik tak ramai sangat orang (lega~)

jmpe saisha..hee~terkejut aku dai pakai kemeja.berwarna pink..alahai..comel gila kott

masing-masing tak makan lagi.dan kami membuat keputusan nak makan dekat sushi king.tak pernah la aku makan kat sane bayar sendiri.tetibe rasa macam nak lepaskan makan sepuas-puasnyaaaa~hamik ko!

menu utama.miso soup.octopus.hehe.dannn bertimbun sushi.ape yang paling lawaknya.saisha pegi beli 1 sushi yang sangat pelik


yang ni fav aku.octopus. =9


ni sushi yang saisha try.and she regreted it.hahaha

terkejut jugak aku bila bayar.64 ringgit??!haha.tahniah la.takpe skali sekala.lepas tu kitorang jalan-jalan.borak.jalan-jalan.borak.tunggu sorang lagi pria ni.kate nak join.namanya Ahmad Kamil.kami tiba di the borders.belek-belek buku.tetiba mahluk ni dah membuatkan aku dan saisha menjerit kat dalam bookstore yang sedia maklum senyap macam kubur tu.

dan..kami makan lagi.. -_-'

untung la kamil dia makan banyak mana pon kurus jugak.jeles aku



selepas pria ini "pulang" ..aku dan saisha pon bergegas ke cinema.dan kami di kejutkan lagi dengan kemunculan mieza.dan yelah.mahluk gila makan ni pon kurus jugak.haha.kesian dia.sejak pindah ni.susah betul nak jumpa.lepas sesi jejak kasih tu.aku dan saisha pegi la cinema no. 10 dah tak sabar gila.haha.twilight ohh twilight.seat aku memang belakang sekali dan tengah-tengah (teringat aku kat exam hall masa SPM.lol)

secara keseluruhannya...disebalik wajah-wajah handsome+beautiful the Cullens

aku dah jangka aku akan kecewa..haihh..

  • banyak jalan cerita tak teli dengan novel tu..geram betul aku.gerr~serious geram.no wonder la ramai novel fans dia bengang tengok cerita tu.
  • cerita tu sangat senyap.punyalah banyak soundtrack dia.tapi kenapa lah dia tak guna dalam cerita??haihh..
  • aku memang suka the cullens..maka aku geram sebab emmet+alice punya scene sikit gila kutt.lagi-lagi bila bella kat hotel tu.
  • tapi a credit to baseball scene..pehh..stylo milo habis.dan tidak dilupa.Carlise punya 1st scene telah menyebabkan aku kering darah kejap..punyalah cair aku...maknanya aku masih normal.hahaha*walaupun aku tak suka reaction macam tu*tapi memang kali ni susa ooo ..automatic.kah3
yang lawaknya.setiap kali scene Edward , saisha mesti dok siku aku.wahaha..gelak-gelak sakan aku..saisha..saisha..


ni lah satu-satunya scene yang buat aku tersenyum gembira.thanks kepada cik izreena.aku amek video ni dari blog dia.hee~nampaknya pendapat kami lebih kurang.


habis je movie.saisha pulang.kamil contact aku.dia kata nak pegi UM jumpa seleng.aku yang menggedik ni telah menyusahkan dia dengan menyuruh dia amek aku.hehehe *faham kan kamil?*

sesampainya di um.jumpa seleng.kesiannya tengok dia.muka sakit betul.suspect denggi katanya.aku dan kamil macam mak n bapak pulak pegi lawat dia yang sibuk dengan latiham FESENI tu.habis berborak.kamil hantar aku ke kl sentral.*tq kamil~*

dalam tren..aku tersengguk-sengguk tido.hahaha

pulang.text mus kejap.dan tertido semula.haha

what a day..a wonderfull day indeed :D


p/s:aku nak letak entri ni 'twilight (bahagian 3)' tapi macam tak sesuai.sebab tak setaraf je.sebab novel dia jauh lebih bagus dari mv(at least a good novel for girls la)...nasib baik la aku baca novel dia dulu. ;D
_______________________________________________

sebenarnya...malam sebelum aku tertidur tu aku pegi check result (pointer) dekat website.dan keputusannya telah dijangka.

tah.tak nak fikir.=(

aku nak fikir benda-benda happy je sekarang ni.aku dah lama bersedih.tak baik untuk kesihatan.

life goes on.i have to think of something to redeem all my mistake(s).*aaa..teruk betul english aku.hahaa*

akhirnya aku pulih..hee~

Sunday, December 14, 2008

kekecewaan...

aku cuma nak tulis

minggu ini antara minggu yang payah untuk aku lalui..

aku...

kecewa dengan diri sendiri..


ha ha ha *gelakan diri sendiri*


sepanjang aku hidup..banyak kecewa yang dah ditempuhi..


kekecewaan ni lagi teruk ..sampaikan aku dah tak larat nak nangis..dah

menghadap kekecewaan kali ni dengan senyap seribu bahasa..

kekecewaan ni

lebih teruk..dari..
keputusan spm aku..yang tercela oleh subjek yang aku selalu score..

lebih teruk dari..
kegagalan mendapat mana-mana temuduga (perhatian!!temuduga ya..)untuk biasiswa biarpun rakan-rakan lain peroleh keputusan setaraf malah lebih rendah dari aku dapat..
-takde rezeki-

lebih teruk dari kekecewaan dengan keputusan foundation aku yang jauh lebih teruk dari rakan-rakan aku..biarpun kami studi bersama..

maybe im trying to hard...sebab alia cakap dia takut tengok aku stadi masa tu...

.sigh~

dugaan kali..memang aku susah nak terima..
ape aku nak cakap dengan parents aku??dengan result tak berapa nak indah ni..tetiba aku rasa aku tak deserve pon jadi budak engineering..

tapi nak buat macam mana??

aku jadi pelik dengan diri aku..

aku masih tak kenal dengan diri sendiri ke??

aku tak salahkan sesiapa..aku cuma salahkan diri sendiri..

hahaha..*kenapalah aku boleh ketawa lagi?*

Friday, December 12, 2008

aku..yang pernah....

pernah rasa.. diri tak berguna?


pernah rasa.. usaha sia-sia??


pernah rasa.. putus asa??


pernah rasa.. bala datang bertimpa-timpa??



semua pernah..aku pernah...


bila??sekarang....


pada siapa harus ku adukan??


hanyalah pada-Nya


kerna aku tahu..

Dia Maha mendengar...

Maha pengampun..



aku cuma mengharap kekuatan daripada-Nya...

mengharap sinar daripada-Nya....

mengharap keampunan daripada-Nya....

biarpun aku tahu..
aku sering menghadap-Nya
hanya pabila ujian datang..


biarpun aku tahu..aku bakal terleka semula...


ahh...aku emosi lagi

abaikan saja..

Tuesday, December 9, 2008

aku dan twilight (bahagian 2)

yeah...

dah habis baca.~~:D


secara keseluruhannya..

aku sukaaaa *angau sorang-sorang*


membayangkan semua watak-watak dalam novel tu macam tak berapa thrilled sangat..yelahh..sepatutnya kita boleh jadi lebih kreatif nak bayangkan ape yang Stephenie Meyer tu cuba describe tapi sebab aku telah di dedahkan dengan filem tu *kira dah tengok preview dia la*
aku punya kreativiti untuk meng-imagine dah terikat dengan filem tu sendiri..

ahhh..mengade lah ko ain..

lepas ni nak tengok filem pulak.*ye...aku tau aku ketinggalan*



p/s:kalau baca novel dia,(ni pandangan aku la) Edward tu jauh..jauh lagi handsome dari Robert Pattinson tu sendiri but hey..i could'nt amagine anyone else though..haha

Sunday, December 7, 2008

triple tag~hiahh

dah berkurun rasenye tag ni ..aku telah menjadi salah seorang mahluk bertuah yang telah di-tag oleh cik izreena,cik azie payung dan juga rakan baik ku kamil ghazali

tag oleh cik izreena dan kamil

The last persons who tagged you are: seperti diatas :D

1. What is the relationship of you and him/her?
semuanya rakan sepasum.ohh..i just love pasum
izreena-aku kenal dia pon sebab dia 1 group tutorial dengan kamil.dan tak susa nak cam dia sebab kami duduk dalam tempat yang sama dalam lecture hall
azie-dia merangkap se-lab dengan aku.oleh sebab kegilaan nya yang tahap gaban.aku rapat dengan dia (oh ya..kami selalu lambat ke lab =p)
kamil-kami kenal semasa peristiwa malam merdeka.dia merangkap kekasih setia rakan baikku alia


2. Your impressions towards him/her.
izreena-okay je..aku suka baca blog dia =p
azie-kegilaan tahap best~
kamil- dia mempunyai sense of humor yang tinggiiiii~


3. The most memorable things he/she had done for you.
izreena-aa??menulis kata-kata yang best di belog nya
azie-dia telah meminjamkan pembaris panjangnya kat aku untuk melakar graf..haha
kamil-
banyak yang kami telah tempuhi bersama..chewahh

5. If he/she become your lover, you will...
izreena-tidak sama sekali..katakan tidak kepada lesbo~
azie-hak milik mr payung.aku tak mau kene cepuk dengan payung mr payung *ape yang aku merepek ni*
kamil-
bermadu dengan alia..wahaha

6. If he/she become your enemy, you will...
izreena-saya akan komen yang tak elok dekat blog dia
azie-saya tak bole buat pape.dia jauh nun di utara
kamil-
saya akan hasut alia soh clash dengan dia.macam la akan terjadi.hahaha

7. If he/she become your lover, he/she has to improve on his/her
izreena-tatau la
azie-dia tak bole contact payung dah.hahaha
kamil-
kamil..ko kena gemok.aku tak suka laki kurus

8. If he/she become your enemy, the reason is...
izreena-dia kutuk aku kat blog dai??*tak habis-habis pasal blog*
azie-dia rampas mus dari aku..wahaha
kamil-
dia curang kat alia.siap ko kamil

9. The most desirable thing to do on him/her is?
tah la.tapi kalo kat kamil aku nak jadi pengapit masa dia kawen..wahaha

10. The overall impression of him/her is...
izreena-dia sangat best
azie-mempunyai banyak persamaan dengan aku.-banyak makan-lol
kamil-
the perfect man for my friend..chewah..(kamil ko taching tak?)

11. How do you think the people around you will feel about you?
i dont know and i dont care at all

12. The character of you for yourself is?
saya matang.hahaha

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
tido tahap koma.hahaha

14. The most ideal person that you wanna be is?
disebalik semua perangai buruk saya.saya suka menjadi diri sendiri.wee~

15. For the people who likes you, say something to them.
oh yeahh~mari berjinggo~

16. 8 people to tag:
1. apit
2. afiq
3. amer panda
4. azie
5. adib
6. bibulalala
7. zam (hamek ko)
8. alia *wpon aku tau dia tak bole surf blogger*

17. who is no. 2 having a relationship with?
ayu yang lebih tinggi..haha

18. Is no. 3 a male or a female?
jantan

19. If no. 7 and no. 8 were together, would it be a good thing?
uishh..marah kamil kang..(alia pon)

20. How about no. 5 and 6?
hmm..*wondering*

21. What is no. 1 studying about?
music indie..kadang2 engineering (sama dengan kamil)

22. Is no. 4 single?
oh no no nooo..hehe

23. Say something about no. 2.
dia cakap dia tak kacak.tapi ade ke orang yang nak percaya??


tag oleh azie~

SENARAIKAN HOBI-HOBI MELAMPAU ANDA.SILA NYATAKAN SEBABNYA.

1.makan tanpa henti
i just love food..i mean good food.aku bukan baham semua ya~

2.tido
cinta kedua ku selepas mus.hahaha.tak pelik sangat.yang peliknya.aku bole tido lebih 12 jam sekali harung.lepas bangun.mesti lapar.menjurus kepada hobi no 1.hamik ko!!

3.online
rakan-rakan.banyak benda yang boleh di buat dengan online.sebab utama:saya boleh berhubung dengan rakan saya (makluman.saya tiada kawan di rumah)

4.drebar tetap
aku telah menjadi official driver bagi akak dan adek aku yang workaholic

5.bercakap dengan kucing
aaaaa..kan aku dah cakap tadi.aku tak de kawan kat rumah.kucing kat rumah aku ni dah pelik tengok tuan dia bercakap sorang-sorang.haha
tak de la.dah memang aku suka..nak buat macam mana.nama pon hobi pelik


lain-lain insan terpilih :
1.kamil
2.apit
3.panda~*panda yang tahu berblog* =p

________________________________________________________________________


selamat hari raya korban ya!!

masa untuk makan lagi.. :DD

p/s:cik azie.time kasih atas kad anda.hihi



Saturday, December 6, 2008

marah

ain marah...


ain marah...


eeeeee~templete blog lama menghianati aku...*rase macam nak transform jadi shehulk aje*

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


.tu je.

Thursday, December 4, 2008

aku dan twilight

jam menunjukkan pukul 8.46 minit pagi.aku masih berjaga.gara-gara membaca novel twilight.

"ain dan twilight??"

tak la pelik sangat bunyinya.sebab sekarang macam ada satu fenomena yang perempuan menggemari filem itu.yang pelik sepatutnya:

"ain dan novel inggeris??"

itu memang pelik.sebab aku bukanlah seorang pembaca bahan bacaan berbahasa inggeris.bahan bacaan berbahasa inggeris yang aku baca cumalah majalah fesyen (yang di pinjam oleh orang atau dibaca di kedai-kedai buku secara percuma), surat khabar (jarang sekali), buku rujukan (yang hanya dibaca bila peperiksaan menghampiri) dan kertas peperiksaan (ahah!!yang ni tak lawak langsung)-maknanya:aku masih normal bukan??

sepatutnya, dari dulu lagi aku nak memupuk minat membaca ni, tapi semuanya berhenti di tengah jalan..haha...cubaan pertama ketika mama membeli buku harry potter. aku baca.aku berhenti. *hangat-hangat tahi ayam*peribahasa entri kali ini

okay.berbalik kepada Twilight.

biarpun naik lenguh leher menghadap lappyku membaca buku tersebut, aku tetap gagahi (gara-gara tak dapt mencari buku, aku mengambil inisiatif men-download buku tersebut dari internet)

sebab aku membaca novel fiksyen ini:

  • alia - dia suka sangat-sangat novel ni (aku terpengaruh) -_-'
  • aku mahu menonton filemnya - sebelum menonton, kena baca dulu sebab nanti aku nak banding dengan novel dia.aku nak beri pendapat sendiri.
  • aku nak baiki english aku yang dah semakin kritikal dasyatnya.sebab tu aku sekarang selesa berbahasa melayu bila menulis entri.hahaha
  • dan aku suka vampire(handsome vampire to be specific)-terpengaruh dengan komik(*-*)
doakan aku berjaya.setakat ni novel ni dah membuatkan aku senyum sorang-sorang,gelak sorang-sorang dan teruja sorang-sorang(sambil berguling-guling) depan lappyku.haihhh~ain..ain..

.sekian.aku perlu sambung membaca.

p/s:aku beriya nak tengok filem ni.tapi sebenarnya tak de siapa nak teman.ramai yang dah tengok.yang belum tengok kebanyakannya tak berminat pula.pathetic.-_-

Wednesday, December 3, 2008

tiada rezeki... T-T

hari ini..bermula agak lewat.

kerna tido selepas subuh..(tak de la selepas sangat pun.dah pagi dah pon)


sebelum tidur pergi text ain amin sebab kami bercadang nak jumpa hari ni.

harini kami bercadang nak keluar. buaya-buaya *ahli2 persatuan buaya dirahsiakan* sibuk ajak keluar sebab aku dan ain amin je yg bole keluar dgn mereka sebab kami kalis buaya.hahaha

sedang aku nyenyak tidur, aku dikejutkan dengan 1 panggilan telefon...ohh..pengerusi buaya kol rupanya~tiba-tiba cakap plan xjadi la..bla3..aku pon mengiyakan dalam kemamaian itu..

.sambung tido.

tiba-tiba (lagi -_-')..aku dikejutkan lagi dengan 1 mesej..ain amin yang mesej.bertanyakan aku jadi keluar ke x?eehh??ape ni..tolong la jangan buat aku konfius..td kata tak jadi??..pelik2..aku pon membalas mesej tersebut.sambil menaip+mamai+konfius.....aku.....tertidur..

yaa..benar..aku tertidur.

aku dah buat rakan aku tertunggu-tunggu balasan mesej dari aku..kejam sungguh aku..nasib baik la ain amin tetep keluar sebab dia memang nak keluar dengan rakan yang lagi 1.weda namanya.kesian ain.

aku bangun tak lama kemudian dan mendapati ada beberapa mesej daripada psenk (bukan nama sebenar) yang juga merupakan ahli pembuayass (ter-reveal 1 ahli pulak).lupa pula aku berjanji dengan dia suruh dia temankan pergi tengok hp.gara-gara hp ku telah cacat (rujuk entri sebelum ini)
aku bercadang untuk membeli hp baru.0leh sebab aku ni sangat mengada-ngada dan memilih.aku dah tetapkan beberapa kriteria utk hp tersebut.
kriteria hp baru tersebut *ngeh3* :
  • saya mahu hp flip
  • saye mahu hp yg nipis (kalau tebal2 nanti poket tak muat.saya tak suka bwk hbag)
  • saye xmahu model terbaru
  • saye xkesah sgt fuction2 canggih ni.(mcm kamera /mp3/3g) asal ade mms n gigibiru sebab hp lg 1 dah cukup sempurna rasanya.
  • saye xmahu hp yg mahal sangat *pokai.ohh..pokai*
  • saye mahu hp yg tahan lasak.yeah~saye ganas
  • saye mahu hp selain s.e dan nokia(ubah angin)
setelah mendapat idea dari cik alia.maka.aku pon membuat keputusan..

hp pilihan:motorola v3i

semase aku bersiap-siap untuk keluar(sesi meng-kalis buaya-kan diri), fikiranku pula sibuk merancang ape yang patut dilakukan hari ini.

mission(s):
  1. mendapatkan hp idaman.
  2. pergi um.nak tengok result.(wpon snanye takut.tetap kugagahi)
  3. pegi mid.v -jmpe ain amin
  4. carik buku twilight (baru nak baca)-kena baca buku dulu sebelum tengok movie dia
______________________________________________________________

mission 1.

aku pegi cafour yang dekat dengan rumah aku.kat situ ade 3 kedai hp.aku cuba mencari hp idaman.

gagal.

cari lagi(jangan putus asa).kali ini tanya pada org yang jual

hampa. )':

aku ke shoping complex yang lagi 1 yang jaraknya kira-kira 5 minit perjalanan.yang ni mmg banyak gila kedai hp.memang byk hp idaman ku.tapi banyak yang 2nd hand.*takut menanggung risiko*

tiba-tiba.mata aku terlihat apa yang ku cari.*excitednyaaa*
yg ni baru punya.wahh..

ku bertanyakan pada tokei kedai harganya

.terkejut.minda malfunction.

RM450??? mahalnyaaa~~ aku budget RM350-RM400

.kecewa.tak terhingga.

mission 1:gagal
_______________________________________________________

mission 2

ke um.

pegi department aku.tgk board.tiada apa yang aku kehendaki.yang ada cuma notis-notis lama.

.kecewa.lagi.

mission 2 :gagal
_______________________________________________________

mission 3-jumpa ain amin dekat mid valley

bergerak pantas ke mid.v

belum sempat sampai.ain suda mahu pulang.aku relakan.sebab aku sendiri xreply mesej dia.kesian aku.tapi kesian lagi dia (ain).

.sedih.

mission 3:gagal (lagi)
______________________________________________________

mission 4-novel twilight

aku jumpa pembuayass dekat mid.2 orang.

pergi cari dekat mph mid.5 6 kali tawaf.naik lenguh kaki.

xjumpa.mungkin habis stok.tidak mengapa.(cuba mem-positif-kan diri)

kami berjalan-jalan.window shoping.terdapat 1 insiden yang telah menyebabkan aku bengang.tiada mood.sakit hati.(biar aku je yang tahu)
aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri dan terus ke food court untuk melepaskan tension dengan membeli ice mango special.(aku sukaaaa~teringat dekat mus)

kesejukan ais mango special itu masih xdapat memadamkan api kemarahan dalam diri aku.maka, aku makan lagi.teppanyaki.

.kenyang.puas ati??boleh laa..(banding dengan tadi).

pulang dari mid.v dan terus bergerak ke arah klang.misi masih lagi berjalan.destinasi seterusnya ialah mph jusco bukit raja,klang.

dalam perjalanan aku terfikir.dah dekat pukul 9.30 ,sempat ke??plan di ubah ke sunway.dekat situ ada 2 bookstore.harapan lagi tinggi.maka ke sunway piramid lah aku.

di sana...

popular bookstore-
.mencari..dan mencari...gagal.alternatif terakhir.bertanye pada akak jaga kaunter yang sangat tak mesra alam itu.dia menjawab pendek
."xde stok"


xpe.xpe.mph masih ada.(ain kena positif)

mph bookstore-
.mencari lagi.
ahah!!!*background music dah jadi hepi*

ada....(terlalu awal utk berasa gembira) tapi bukan original punya.cuma ada yang movie version...


bertnya pada abang yang peramah..

"original version dah habis stok.hujung bulan baru sampai"
katanya sambil tersenyum.


saye tidak mahuuuuuu!!!!

.serius...serius...serius geram~ D:

.sangat kecewa.hampa.

sigh~

mission 4:gagal .
________________________________________________

kesimpulannya..perjalanan yang panjang ini tidak membuahkan hasil langsung.

perasaanku bercampur aduk..

.hampa.kecewa.pasrah.sedih.sakit hati.

ku kabarkan kepada psenk.dia hanya boleh menjawab

"xde rezeki lah tu"

aku cuba sabarkan diri.....

.tamat.


p/s:hari ini dalam sejarah.seumur hidup aku.hari ini lah hari paling banyak pengkid pernah aku jumpa.tiba-tiba aku jadi takut....

dunia di akhir zaman

sempatkah kita semua bertaubat??menjadi hambanya yang beriman..

.renungkan sejenak.

Tuesday, December 2, 2008

kenapa mesti hari ini??

kenapa??

kenapa????

kenapa??????

sebelum ni hp aku jatuh tahap kritikal macam mana pon okay je.*smart phone.hehe*

kenapa hari ni..jatuh..lepas tu terus tak bole dengar orang yg call??

kenapaaaaaaaaa!!!!! (kenapa aku emo sangat ni -_-)

wuuu..*meraung sekuatnya*

selamat tinggal hp ku..bersemadilah dengan aman.
banyak kenangan hp tuuu D,:
tapi x mengapa.tidak semua benda kekal kan..*sedapkan hati*

itu je hari ini.sekadar luahan perasaan.

sori saisha ,tak dapat nak tulis panjang

Sunday, November 30, 2008

pagi itu...

-pukul 8pg-

tika aku sedang asyk men-download lagu...

tiba-tiba teringat dekat 1 lagu ni..

sering berkumandang di corong radio baru-baru ni..

bila dengar mula-mula..
okay laa..sebab dia various artist kan..mesti best.
rentak dia memang rancak..tapi sebalik kerancakan lagu tu..maksud dia sangat tersirat..

layan~


JUST STAND UP (TO CANCER)

Beyonce: The heart is stronger than you think,
It’s like it can go through anything.
And even when you think it can’t it finds a way to still push on, though

Carrie: Sometimes you want to run away, Ain’t got the patience for the pain
And if you don’t believe it look into, your heart the beat goes on

Rihanna: I’m tellin’ you that,

Rihanna/Miley: Things get better, Through whatever

Rihanna: If you fall, dust it off, don’t let up

Sheryl: Don’t you know you can go be your own miracle

Beyonce: You need to know

CHORUS :
Sheryl: If the mind keeps thinking you’ve had enough, But the heart keeps telling you don’t give up

Sheryl/Beyonce: Who are we to be..questioning, wondering what is what
Don’t give up…THROUGH IT ALL, JUST STAND UP!

Fergie: It’s like we all have better days
Problems getting all up in your face

Leona: Just because you go through it

Fergie: Don’t mean it got to take control, no

Leona: You ain’t gotta find no hiding place

Keyshia: Because the heart can beat the hate

Leona: Don’t wanna let your mind keep playin’ you

Keyshia: And sayin’ you can’t go on

Rihanna: I’m tellin’ you that

Miley: Things get better
Through whatever

Rihanna: If you fall

Miley: Dust if off, don’t let up

LeAnn: Don’t you know you

Natasha: Can go

LeAnn: Be your own

Natasha: Miracle

Carrie: You need to know

Ensemble: CHORUS

Mary: You don’t gotta be a prisoner in your mind

Ciara: If you fall, dust it off

Mary: You can live your life

Rihanna/Carrie: Yeah

Mary: Let your heart be your guide

Rihanna/Carrie: Yeah yeah yeah

Mariah: And you will know that you’re good if you trust in the good

Ashanti: Everything will be alright, yeah
Light up the dark, if you follow your heart

Mary: And it will get better

Mariah: Through whatever

CHORUS

Fergie: You got it in you, find it within
You got in now, find it within now
You got in you, find it within
You got in now, find it within now
You got in you, find it within
Find it within you, find it within

Everyone: THROUGH IT ALL, JUST STAND UP!



aku mula suka lagu ni bila terdengar chorus dia (cube tgk.hehehe) sangat memberi semangat

eisy~susa la nak put into words my feelings ni bila dengar lagu ni..tapi yang pastinya..lagu ni telah membuatkan aku nangis sorang2 dalam kereta *sob3* nasib baik la aku sorang je masa tu..

memang la ain ni emosi..

1 word that can describe this song:inspiring

*dan aku mcm nak nangis lagi* -_-'



tiba2...

tau kenapa tiba2??


tiba-tiba...

aku rasakan aku mengalami masalah pemakanan yg amat aneh~

tiba-tiba...

aku terfikir ape yg aku dah makan harini~

ketika sedang dalam proses memarathon cerita csi tadi, aku terbayang ape yang aku makan harini...*berkerut-kerut memikirkan*

hasilnya..amat lah mengejutkan -_-"

hari aku bermula dgn makan sebungkus nasi ayam.*steady lg*

pastu gerak pegi uitm.jumpe mus sebab kakak dia konvo.suprisingly xsempat makan ape-ape sebab disebabkan kesesatan dan ketiadaan mesin atm.kami xsempat buat ape-ape.borak.borak.borak.(bosan la pulak)

lepas melepaskan rindu(??!) aku berhenti di stesen minyak petronas utk mengeluarkan wang di mesin atm.semua gara-gara xde duit nak bayar tol sebab semua duit dah buat isi minyak.hehehe.

okeh.lupekan pasal tu.aku pegi beli 1 tin air justea+aloe vera dan 1 paket coklat.semuanye dimakan tanpa ragu-ragu ..

sampai je dekat rumah.online.pastu hantar my sis pegi keja.pastu pulang ke kampung halaman yg terletak kira-kira 20 minit perjalanan.

disitu..xpayah cerita la aku makan ape..

pecal-sejenis makanan org jawa.kuantiti:2 mangkuk
air sirap-air yg ditambah dgn kordial berperisa ros.kuantiti:3-4 gelas
putu bambu-macam mana aku nak terangkan ye?kuantiti:1 je
vanilla coke-air berkarbonat cocacola versi vanilla.kuantiti:2 gelas
twisties-pasti mau.kuantiti:ohhh..infiniti

-pulang ke rumah-


mengunyah.dan terus mengunyah.(coklat zip 2+beberape sedut jus oren..hehe)

adikku pulang dari kerja lewat malam itu *workaholic sungguh*membawa pizza dan mushroom soup.tahniah kpd beliau kerana telah berjaya menghasut aku utk makan lg sepotong pizza dan beberapa sudu mushroom soup itu.(mentang-mentang la keje kat pizza hut,jangan la bg gemuk kakak ko nii~)

pak cik dan ayahku pulang pula.pakcik aku kelaparan malam itu.sepotong pizza saje xmencukupi.maka dia pon masak la maggi.dan tahniah kepada aku sekali lagi kerana terjebak ke kancah tidak sihat itu.hahaha.maggi pada pukul 3 pg ye tuan2.

tahniah kepada aku.cuba bayangkan bertapa teruknya eating disorder ini..patutkah di gelar eating disorder??patut panggil eating terlebih order je.wahahaha..mengarut

oh ya..perasan x aku xlistkan pon air kosong dalam menu??sebab aku xminum langsung walau 1 gelas pun plain water...sungguh tidak sihat..

menyebabkan sepanjang aku menulis entri ini.1 gelas bersaiz besar air kosong menemani ku -_-'

jika dinilai secara keseluruhannya..ain bukan manusia..ain DBKL
ain...ain..sigh~

sekian.

Saturday, November 29, 2008

template baruuu

ok x tempalate blog ak ni??

sje try tgh2 boring nii..

tp mcm leceh jugk..

klu leceh sgt ak tuka balik yg lame..hehehe

adioss~slamt bercutiiii

semuanya ttg aku



Name : Farain binti Ahmad Fuat

Sisters : Fatin(oldest) , Ashiela (younger) , Ainina (youngest)
Brothers : Ahmad Farez
Shoe size : 40 for ladies,8 1/2 for sneakers *beso betol kaki ak ni*
Height : 160++cm (166 kot~)
Where do you live : klang?



Have you ever

been on a plane :nope2.sedeh sungguh

Swam in the ocean :ha ha ha..sye pnh lemas ya..maka tau la jwpnnye
Fallen asleep at school : mmg salute la sape yg xpna..1st time tdo mse hri last skola mse darjah 6..sungguh la xpatut -_-"
Broken someone’s heart : pna2..ksian org tuu
Fell off your chair : uishh..xkot
Sat by the phone all night waiting for someone to call : skg da ade hp..xpayah dok je kt situ..kendong je la hp tu kemane2..hahaha
Saved e-mails : dulu2 pna la..email berantai..khurafat!!


What is

your room like : sgt crowded dgn barang2 akak ak!!eeeee~ geram

right beside you:xde pape??

the last thing you ate : nsk..aku xbole idop xde nsk


Ever had...

chicken pox : pna2..ck2 dlu..hehe

Sore throat :xkut..huhu
Stitches : nope
Broken nose : nope


Who was/were...

The last person you danced with: i dont dance..haha

Last made you smile:a tv program
You last yelled at: to my siblings..ade org xtutup lampu bilik air~


Do you..

believe in love at first sight : tak. Tak logik
like your hand-writing :nope..xpna consistant :(
eat healthy : not really..hehehe *bege c.jr terbayang di depan mata*

Like picnics : hell yeahh~!! kawan2..jom picnic~
still have pictures of you & your ex :ade..yg 1st xde..haha
have any pets : yep2..ade mimot dgn kabu..oh kucing kuuu~
sleep with the TV on :slalu..tu kes nk jgk tgk tv wpon mate dah xtahan


Today did you...

Talk to someone you like: ade2..mengade btol org tu =p

Kissed anyone:tarak
Get sick :dah x da..tp kne makan ubat jugak
Talk to an ex : ehh..xde keje ka??
Miss someone : yess..absolutely


Who do you really hate: nta..bwatpe nk ingt org y kte bnci..haha

Are your toe nails painted : nope

Whose bed other than yours would you rather sleep in : i sleep almost anywhere..so i dont mind at all

What color shirt are you wearing now : white.jersi kusess ak xpulang *hehe*

Are you a friendly person : trying to be one..tp no lah..xsesuai

What are you doing right now : 2 in 1 (blogging n ans survey)

Can you handle the truth : yep

Are you closer to your mother or father : mama

If you’re having a bad day, who are you most likely to go to : rakan2 ku...xpon g tdo..lg best~

Are you loud or quiet most of the time : xtau

Are you confident : tak..susa btol la ak ni..haihh


5 things I was doing 10 years ago

1) budk darjah tiga yg rajin g skolah
2) jawab pts *konon bole lompat tp xdpt* hahaha
3) made lots of friend..dlu2 ak friendly laa..hehe
4) jd pengawas percubaan..hehe
5) enjoying my life as a kid..xpaham lg mksd donia ni..


5 things I would do if I were a billionaire

1) pegi haji bersame2 family
2) travel..maklum laa..ak ni naek kapal terbang pon xpna
3) support bisnes bas ayah aku..hehehe
4) bli kete dan bnda2 yg ak nk~~wheee
5) derma kt pusat jagaan haiwan*ak suka kucing ye* dgn rumah org tua


5 of my bad habits

1) malas
2) degil
3) tenang xkena tempat
4) tdoholic
5) ske pk negatif


5 places I've lived/living

1) uma nenek ak (sekarang)
2) uma parent aku (dr lahir smpai 6 tahun)
3) skola tercinta *kt kuala sgor*
4) UM
5) nta..tu je kot

laaaaa..tu je ke..ingt kan best..boring je..hahaha =p

Friday, November 28, 2008

tag oleh apit yg da berzaman

setelah sekian lame ak x berblogging..*ketandusan idea+ xde pekara mnrk berlaku*

dipersembahkan..

7 pekara yg pelik ttg ak:

1)kes ini same mcm apit..ak ske jln2 sorg2 kt shoping cmplex..tgk org.*kdg2 xtgk pon* ini la habit ak sjk dr dlu lg..hahaha..sgt aneh..sgt la pelik.bg ak la... =p


2)saye suka berseorangn..bkn memencilkan diri ya ..tp klu pgi mn2..cnth klu kt um..perdanasiswa ke..pegi bank ke..pegi mid ke.ak ske g sorg2..bkn ape ye rakan2..aku xmau menyusahkan org lain..suroh teman la..suro anta laa..bla3.klu mampu buat sndr..ak buat sndr.*terlebih berdikari pulak* ..ohh ya..tp org ini xtermasuk mus..aku slalu menyusahkan dia..hahaha..ksian dia =p


3)ini habit ak yg plg teruk..hahaha..ak mempunyai kuasa tdo yg amat power..ak bole tdo..non stop(xpon berhenti kejap tok tuka tempt) selama lebih 12 jam..wahahaha *snanye pekara ini xbole dibanggekan pon -_-"


4)seterusnya..ak xbole pegi bookstore..wpon xde bahan bacaan baru or benda tu aku da pna bc pon ak xpna bosan round2 kt tmpt yg sme *sng cte i love free reading!!*lol


5)ahaa..satu lg pasal tdo..memandangkan ak seorang sleepyhead + tdoholic +sleepmania(?!) aku bole tdo hampir dimana2..haha..ade satu kes..aku tdo dalam hujan..aku duduk kat 1 batu beso ni..ttbe ak bgn2 aku da kuyup da..sungguh la buruk perangai.sekarang ni pon ak dah bersarang kat karpet kt uma ak..bole kate 24-7 la kt c2 bertemankan lappy ku..


6)ape lg ye..hmm..aaaa..oh ya..ak penggemar manga *bkn otaku ye* tp sgt memilih..ak nk bc komik yg lukisan dia lawa je .lukisan buruk..bole blah (ak seorg penggemar lukisan yg cntik..anehh)..hahaha..jalan cerita jatuh no 2..haha


7)dan last sekali..akhirnyee..ak sgt sukakan kucing~suka sgt smpai klu jmpe kucing je ak ckp dgn kucing tu cnth mcm haloo~hehe(mcm la drg paham!! -_-") tp..ble kucing tu mengiau blk ak ske sgt (excited nak mati) sbb dorg mcm paham je..huhu (^-^)")


biarpun entri ini mcm membuka pekung di dada *peribahasa ke2 tok hri ni* tp ak ske menjadi diri sendiri..hahaha

Tuesday, November 18, 2008

kesah selepas merdeka *tajuk filem??*

ahaaaa...selamat kembali blogkuu...

dlu yo2 je kate nk berblog pas abes exam..tp bru2 ni semcm bz plak daku..hoho...melepaskan segala geram dan mengqada segala tdo..heheh

sejurus selepas tamat je paper statik.(pkol 5) aku pulang ke bilik ak..tdo xhengat dunia dan tau ak bgn pkol bpe??pkol 10 beb..pastu cepat2 la bersiap..kononnye nk blk uma...tp niat terpaksa dibatalkan sebab....(saspen sket)


panggilan dr mus..hehe


mus ajak keluar makan..yeay~~ak mmg dah lapar *dan2 je lapar* dan kami g tgk wayang jugk..seronok..teruja..sebab dah lme xkeluar..rindu~*gedik2*..ahaaa..mus dtg dgn motor bru..muka dia nk bangge je..hahah

tp mlgnye...helmet mus kena curik..lepas tgk wayang tu *rase bersalah* =(


esoknye ak pon blk la..home sweet home~~

bermula la hari2 ak yg xde la best mane pon..
antara aktiviti *??!* yg aku buat mse cuti;

  • online-tgk cte korea.facebook.manga.ym
  • text-dgn rakan2 tercinta
  • tgk wayang (lagi)-madagascar-dgn macik n sepupu plus mkn sushi lg
  • dok kat uma mcik ak-ade 13 ekor kucing..hehehe
  • tgk tv-mcm2 ade


dan harini..aku g um utk check out kolej..selamat tgl kolej 2..abes la ak..xtau dok mne next sem.waaaa D':
pnt msh xilang lg..akibat merempuh jam kat federal..siap sesat lg..sebelum tu angkt barang..byk plak..tu laa.ak soh ajak akak degil..

tp pnt2 pon ak sempt berblogging..sebab ak rindu oh lala~ hehehe.

sekian.akan ku tulis lg nnt

ps:oh ya!aktiviti tdo xde lg dalam list..sebab tdo ak agak teratur br2 ni..bgn pon awal..hehe..kte tgk sejauh mne bole bertahan :D

Monday, November 10, 2008

aku yg tiada mood utk blaja.

1. sudah siap untuk jawab survey ini?
nta.ak jwb sbb bosan

2. Jangan patah balik ya? Habiskan survey ni.
iye2

3. apa yang kamu makan hari ini?
..mee goreng mamak y xjd..haha

4. siapa orang terakhir yang kamu bersembang dgn kamu semalam?
mus

5. tidur pukul berapa semalam?
apekah>??aku tdo 45 min je kut..sume paper thermo pnye psl

6. Girl / boy?
perempuann

7. siapa yang kamu rindu?
nk liskan ramai..mals

8. spaghetti / macaroni?
spaghetti.*ape kaitan??*

9. makanan & minuman kegemaran?
teh o ais cukup rasa..waaa..ak nk teh o ais~

10. 5 benda disebelah kiri kamu
botol air..buku.mesin kira(??!).telefon mudah alih.beg

11. apa yang selalu membuat kamu tidur lambat?
caffeine dlm teh(wpon siket je)dan ak dah byk tdo siang..oh..tidak dilupa.tenet

12. warna yang kegemaran kamu apa?
merah.ijou.oren

13.berapa kali seminggu kamu ke gym?
xpayah ke gym..mendaki tangge kat kolej ak dah ckop

14. siapa yang sering buat kamu ketawa?
rakan2..aduh..rindunyaaa

15. apa yang buat kamu ceria hari ini?
tiada istilah ceria pada mgu exam.time kaseh

16. Siapa BF kamu?
bkn ecik pnda.bkn encik kelawar bkn juga encik pari..muahaha..encik mus la

17. cerita terakhir kamu tonton hari ini?
ape?ape?ape?

18. BF/GF kamu sedang buat apa?
solat..gle market weh.

19. kamu dengar lagu apa hari ini?
byk

20. bunga kegemaran kamu apa?
nta

21. kamu anak yang keberapa?
ke 2

22. sedang benci seseorang?
malas nk pk ..dah kate pon bnci

23. status kewangan kamu sekarang?
ibarat tin kkosong yg dah berkarat..dah lme x isi..wahaha..ape yg ak mencarut ni

24. happy dengan hidup kamu?
so so

25. sering sedih / gembira?
gembira bersame rakan..sedih tiada rakan

26. kamu itu …holic?
tidoholic.

27. lagu apa yang sesuai buat X-BF/GF kamu?
lelaki buaya darat..!!

28. rambut kamu panjang?
botak

29. warna anak mata kamu apa?
itam

30. tinggi kamu berapa?
kurang 170cm

31. nama haiwan peliharaan kamu apa?
mimot yg nakal.. =p

32. kamu perasan tak yang survey ni mula menanyakan soalan peribadi
nta.nta

33. kamu kisah tak?
lg nta

34. Antara myspace, friendster, facebook, tagged, my year book dan hi 5 kamu pilih yang mana?
fbook.go go facebook..

35. antara becham dan kaka kamu pilih siapa?
dua2 tidak

36. antara emo & goth… kamu pilih? Kenapa?
apekah??

37. benda apa yang ‘eye catching’ saat masuk ke dalam bilik kamu?
laptop..bole on9..hehehe!

38. apa perasaan kamu apabila mengetahui bahawa BF/GF kamu curang sama kamu?
ahaaa..seperti mau buat daging cincang pastu bg rimau makan..siot ko hakam

39. masih belajar atau sudah kerja?
. belajar dan terus belajar~

40. siapa yang kamu harapkan berdampingan dengan kamu saat kamu sedih?
alamak ai..soalan ape la ni..mesti la kawan2 ng sayang kuu *gedik gle*
41. apa ciri-ciri BF/GF yang kamu idamkan?
alah..mimpi je la nk idam2 ni

42. 5 nama orang berlainan jantina yang dalam fikiran kamu
. mus
. hakam (ex ak yg curang..wawawa)
. kamil (sebab dia ade blog)
. poih (ak br ym ng dia td)
. ishh..pnt la pk

43. kamu fikir ada tak orang akan repost survey ini?
ape ak kesah

44. apa yang kamu fikir tentang survey ini?
buat ilang bosan bole la..tp bosan jugk

45. Akhir sekali apa yang awak nk katakan?
pemals pnye budak..suro blja bole main2 lg -_-"


itu sje utk hrini..next post aku mungkin selepas abe examm..yabedabedoo