baiklah..senang cerita..minggu lepas ialah minggu yang agak seronok bagi aku.biarpun ada jugak pengalaman pahit, tapi pengalaman yang seronok mengatasi yang pahit tu..
*apasal ayat aku ni*kes dah lama tak menulis
sebenarnya tak de lah seronok mana pon.cuma aku je yang terlebih teruja. minggu lepas terasa sangat seronoknya. aku berjumpa dengan teman-teman aku. mungkin aku teruja kerana aku sunyi. internet dan telefon bimbit tak mampu nak hilangkan sunyi tu. tak sama bila berjumpa rakan-rakan. bergelak tawa sampai tersedak-sedak+tersembur-sembur makanan. berborak sampai panas punggung. tak sama dengan berbual di alam maya mahupun di skrin telefon bimbit. lebih lepas. lebih bermakna.
*emosi lagi*
hari isnin hingga khamis.. banyak sebenarnya yang terjadi. tapi terlampau banyak sangat sampai aku pon dah lupa. nak taip di blog asyik tak berkesempatan *malas sebenarnya. bertangguh-tangguh. tengok.kan dah lupa.
tapi khamis malam tu aku dikejutkan dengan mesej ganjil dari nombor yang tak di kenali.
"wahsap babe.free esok?nak lepak mid?"
siapa pulak ni.aku cukup malas nak layan. balas 1 2 mesej.dah tak tahan. apa kena lah manusia zaman sekarang. guna perkataan yang sangat pelik. hew hew , cwix killew , (perkataan ni berhuruf besar dan kecil) *berkerut-kerut sambil membaca* itu pun kalau boleh baca.
senang cerita.annoying nak mampos. aku buat bodoh.
akhirnya sipolan mengaku. rupanya rakan sePASUM aku yang belajar di india. hawau najis kerbau punye budak!! kenakan aku Alia merancang nak berjumpa esok. tapi lambat sikit katanya. takpe. aku okay-kan saja. (lagi lambat lagi bagus)
khamis-4 petang
mesej alia aku tunggu. sambil fikir. jadi ke tak...jadi ke tak?jam dah merangkak ke pukul 5 baru dia kata jadi.aku pon bersiap. menggunakan ktm dan lrt ke klcc. perjalanan lancar biarpun lambat (faham-faham je lah).
jam 8 tiba. lepak kinokuniya . alia sampai. bersama adiknya yang merupakan komplot penghantar mesej semalam. -_-' sambung jalan di kinokuniya. dengan harapan nad cepat sampai. lambat sangat. turun ke food court baru terserempak dengan dia.
kami bersatu semula di hadapan escalator tu.
3 sekawan+ 3 jam yang bermakna
sehinggalah jam 11.aku dah cuak takut tak ada tren pulang. nasib sangat menyebelahi aku sebab sempat kejar tren terakhir .beriya-iya aku berlari . *sampai orang ktm tu tegur aku*
pulang..lega..
___________________________________________________
jumaat
biasa-biasa sahaja. cuma menemani mama dan adik-adik kecil yang lain membeli baju sekolah. *sengih-sengih* dulu aku pun macam ni. lepas tu yang best. makan~~ kami makan steambot
masa berkualiti bersama keluarga dan makanan berkualiti :D
sedang menikmati makanan, ku khabarkan kepada mama aku mau menggunakan kereta esok. mama siap tuangkan minyak lagi. thank you mama. =))
pulang. kenyang. puas hati. Alhamdulillah~
____________________________________________________
sabtu
bangun awal. bersiap dengan baju kurung cotton adik aku lantas ke UM untuk ambil nad. misi hari ini nak 'crash the wedding' lah kononnye. sebab hari ini hari bahagia bekas teman lelaki nad punya kakak.<--err faham tak?? hampir tiba di UM, aku ajak kamil. dia nak ikut.hehehe.bagus. lebih ramai lebih bermakna. chewah..kamil tiba dan nad pon siap melaram, kami gerak nak amik mus.
tibanya di gombak. nad nervous.hahaha. last-last baju dia melaram kena minyak. kesian dia
pulang. kenyang. puas hati. Alhamdulillah~
____________________________________________________
sabtu
bangun awal. bersiap dengan baju kurung cotton adik aku lantas ke UM untuk ambil nad. misi hari ini nak 'crash the wedding' lah kononnye. sebab hari ini hari bahagia bekas teman lelaki nad punya kakak.<--err faham tak?? hampir tiba di UM, aku ajak kamil. dia nak ikut.hehehe.bagus. lebih ramai lebih bermakna. chewah..kamil tiba dan nad pon siap melaram, kami gerak nak amik mus.
tibanya di gombak. nad nervous.hahaha. last-last baju dia melaram kena minyak. kesian dia
selesai majlis. pulang ke UM dan bergerak ke Mid untuk movie. cerita The Spirit.
***
iklan kejap...
jangan tertipu, biarpun movie tersebut hasil arahan pengarah filem 300 dan Sin City, tapi sangat tak best. tak faham. tak menarik. menyesal tengok. :((
***
nad kehilangan selera
habis wayang, makan lagi, kali ni di ss14.menu tetap:bandung ais, nasi lemak suri. tambah lagi dengan orang tersayang. memang membahagiakan.
kami *aku nad dan mus* ucapkan bye2 kat kamil dan terus hantar mus. sesampai je di Wangsamaju, berborak seminit dua dengan orang tua mus, baru kembali ke UM untuk hantar nad pula.
kamil bercerita *juga orang tersayang* +nadmemang berjalan sakan aku hari tu...pulang ke rumah. biarpun penat, tapi aku bahagia. :)
oh ya!!hari ni hari malang bagi aku.aku dah calarkan kereta masa fetch kakak aku dari tempat kerja.sigh~
___________________________________________________
hari ahad pun biasa-biasa aja. aku ke kampung membawa adik-adik ku yang lain *memang driver berjaya aku ni* sebab makcik aku masakkan dinner hasil tangkapan ikan pakcik aku.
sempat pula aku tengok cerita cartoon old school. beauty and the beast. best siot!!
pulang ke rumah.layan internet.
sempat menyaksikan pergaduhan teruk antara kakak dan adik aku. hanya kerana tambah nilai 10 ringgit yang hilang.
*keluh* tak ada rezeki lah tu...
packing untuk pulang ke UM sebab semester baru nak mula.
tidur bila hari menghampiri subuh ..
___________________________________________________
p/s:harini (isnin) memang best.tapi pengakhirannya sucks. nanti aku cerita sebab isnin bukan minggu ni.
ape yang aku dapat simpulkan
hidup ini ada atas dan bawahnya..
tidak selamanya indah..
kita pahatkan dalam ingatan yang indah itu
yang pahit dijadikan perasa untuk mematangkan diri kita
biarpun pahit..tapi bermakna..
*aku dirasuk *
wah..bestnye..jalan2 dgn org tersayang
ReplyDeletekalau aku xde mesti krg sket best kan hari tu..heheh..asal kau x cerita peristiwa mus dan bende bergulung?haha
ReplyDeletesob sob sob. terserot. rindunya aku kat korang. U niY CwiX Lor Ain! aHaX. hahahahahahaha
ReplyDeletez :memang best jalan dgn orang tersayang
ReplyDeletekamil: baiklah kamil..cerita mus dan benda bergulung biar kita berempat je yg tau..heheh
alia: diam la pmpn.haha