Thursday, January 1, 2009

tahun baru..

dah genap setahun..

tepat-tepat setahun lepas..lebih kurang macam ini jugak lah situasi nya..

malam tahun baru tu kami (aku, mus, muk dan nad) buntu nak buat apa..bincang punya bincang akhirnya kami ke panggung wayang juga. laju je muk nak pergi bila aku cakap aku tuang minyak. hahaha .menonton cerita ip man yang kami (eh..nad yang cakap) sebutannya I P man *macam superhero lah konon nya* rupanya nama cina biasa je -_-'

kami lewat ke panggung 10 minit macam tu lah.ketika beratur untuk membeli tiket kedengaran bunyi bunga api menandakan sudah masuk tahun yang baru. 2009. adalah juga 3 4 mesej dari rakan-rakan mengucapkan selamat.aku membalas mesej tersebut tanda mengahargai niat baik mereka. semoga impian tahun 2008 tercapai.

setelah menjangkau 30 minit pertama tahun 2009, di tengah baris di kaunter tiket tersebut aku terjerit kecilt. terlupa sesuatu yang penting!!

*tepuk dahi dua kali*

hari lahir ayahku jatuh pada hari tahun baru!!

macam mana lah aku boleh terlupa~ meningkat lagi umur ayahku..tapi dia masih sibuk mencari rezeki...terima kasih ayah..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. itulah doaku ketika menaip mesej selamat hari lahir kepada ayah. nad tergelak kecil kerana itulah yang berlaku kepadaku tepat setahun yang lepas. haha. lucu bila teringatkan ape yang berlaku.

rupanya sudah dua tahun aku berkenalan dengan nad. tahun lepas kami juga melakukan pekara yang sama. bezanya, cuma kami menonton cerita the golden compass (aku suka cerita itu!!) dan tahun ini kami tidak menonton bunga api seperti tahun lepas..

tapi cerita tahun ni (ip man) juga tak kurang menariknya!!seronok menonton.tak perlukan bertih jagung untuk mengisi masa terluang dengan mengunyah. penuh dengan aksi, juga humor yang santai. watak ip man itu sendiri sangat dikagumi dan memberi inspirasi <------promote kejap .hehehe. bagi sesiapa yang nak tengok wayang, tolonglah tengok cerita ni..gerenti tak menyesal. :DD

sampai aku tiba-tiba ada idea gila nak belajar kung fu wu shun *berangan lebih*

keluar panggung semua jadi gila.haha. menyatakan rasa puas hati terhadap cerita tersebut. nad siap keluar gaya-gaya kungfu lagi.

*geleng-geleng kepala*hahaha.masuk air betul nad ni.

kami gerak ke ss14. tahun lepas. aku, nad dan mus juga ke gerai makan. bezanya....kami ke sana ...

berjalan kaki.

*senyap*

berjalan kaki dari mid ker stesen lrt universiti memang pekara paling gila pernah aku buat. apa mereka (ini cadangan mereka, antara mus dan nad) ingat malaysia ni macam dalam cerita korea ape ke??boleh jalan kaki tengah-tengah malam. dah la lalu federal. aku cuak betul

*geleng-geleng lagi*

akan aku ingat pengalaman itu setiap tahun baru.

lepas makan, muk menghantar ayed pulang. pening katanya. kami sambung ronda-ronda kl (mentang-mentang minyak free) untuk melihat gelagat manusia menyambut tahun baru..macam-macam perangai. tapi paling aku kecewa bila melintasi jalan di sungai wang. mungkin ada sambutan tahun baru di situ. tak pernah aku lihat sampah sebanyak tu di mana-mana jalan raya sebelum ni.

*keluh*

apa lah nak jadi..

di perjalanan pulang pula terdapat 1 kemalangan ngeri..kereta proton satria neo berwarna putih remuk sampai terkeluar enjinnya. darah membasahi jalan raya. kesiannya..

ramai membuat anggapan sendiri. termasuk aku. antaranya mungkin pemandu mabuk. maklumlah..menyambut tahun baru cara barat.

tapi..tuhan lebih mengetahui apa yang terjadi..

pengajarannya....

jauhi arak..hehehe

semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya..

amin..

p/s:tak ada azam..haha.malas nak fikir

2 comments:

  1. eh2..bkn msok brite ke psl kete neo 2?yg ad pmpn tcmpk kuar kpale die pch bsepai 2 kn?

    ReplyDelete
  2. ye lah kot..tp mmg truk do...ngeri..membe aku siap u trun sbb nk tgk..

    ReplyDelete