rindu sangat2 nak menaip.
betul, aku buat2 sibuk.sampaikan nak berjumpa seorang senior sekolah pun tak sempat. sebenarnya aku lebih banyak habiskan masa tidur je.
minta maaf banyak2. T.T
ini entri emosi dari aku.mungkin.melihat kepada tajuknya.hahaha.takde lah.mungkin aku patut letak tajuk 'pabila kenny rogers di ganti dengan sup daging'.aaaaa~ mengarut.sangat mengarut.
baru2 ni aku dilanda konflik dalaman.dah lama otak aku tak berfikir lebih dari sepatutnya.berfikir lebih cara aku ini dalam konteks, dipengaruhi emosi.hehe.emo.mungkin sebab dulu sibuk.asyik fikir kerja je.oh.kerja lain entri.
hari bertuah dimana aku berfikir lebih ialah khamis lepas.baru je.aku pergi subang untuk hantar uniform kesayangan.kalau tak gaji potong 40 hengget.kedekut!.*apesal aku asyik cerita pasal kerja ni*
sepanjang perjalanan dari klang ke subang aku berbalas mesej dengan mus.ya.entri ni pasal mus dan aku.kalau annoyed sila berhenti membaca.hahaha!
aku dah sampai klang dah masa mus cakap dia baru ingat nak jumpa.nasib baik aku ikut jalan jauh masa tu.sebab nak ambil masa untuk berfikir sama ada aku patut ke tak patah balik.
dan ya.aku patah balik ke arah kuala lumpur walaupun jarak aku dari rumah masa tu 5 minit perjalanan menaiki kereta.
oh ya.masa tu peak hour ya.nampaknya aku tak berfikir semasak2nya.oh ya.mungkin masa tu pemikiran aku dipengaruhi nafsu untuk makan kenny rogers *tiba2 je* dengan si dia.
dan tiba2 mus cakap nak jumpa acap dekat klcc.kebetulan.mungkin juga.tapi aku rasa seperti berjumpa achap itu agenda utama.sebab mus dah berjanji dengan dia.
hmm...*fikir lebih.fikir lebih*
aku dah sampai pj masa tu.mus boleh tanya soalan cepumas. "betul ke nak datang ambil mus ni?"
yes.soalan itu yang kita tunggu2 ya tuan2 dan puan2.dan aku tengah emo masa tu sebab dah fikir lebih banyak sangat dalam kereta seorang diri sambil meredah kesesakan lalu lintas (peh gambaran nak pom je) menjawab ; habis nak ain patah balik ke?kalau nak boleh je.
seterusnya aku ambil keputusan untuk berhenti mesej sebab bateri pun dah lemah (??! bateri low lah).dan menumpukan perhatian kepada pemanduan.
dan ...
sambung berfikir.*otak ni tak nak berhenti berfikir*
isk.menyedihkannya aku ni.
aku tahu mus cuma tak nak menyusahkan aku.dia sendiri cakap.dan aku sendiri sedar hakikat tu.cuma tulah..eish. %&*^#@$!!
serabut ah!
tapi, cubaan untuk makan kenny rogers tetap aku lakukan.ye lah.itu lah motif utama.dinner kenny rogers dengan mus.sampai ke kl kau ain.hahaha.kalau tak sia2 je la perjalanan aku siap sesat2 lagi.mus cadang lepas jumpa acap tu baru pergi makan tapi memang tak sempat.aku cuba ajak acap.tapi dia kata kawan dia tak ada sen.tak ada sen tapi boleh lepak DOME , apa hal? dia pulak lapar nasi.
argh.bengang la.
gila lain kenny rogers dengan pelita nasi kandar wehh.ei.
aku pasrah gila makan sup daging dengan roti telur.biarpun acap yang belanja, tapi aku masih tak puas hati. aaaaaa
sabar je la...
bak kata psenk.kau kena bersyukur sebab dia masih ada dengan kau.
fuhh..
ayat mendalam sungguh
benar walaupun pahit.
dah la.lame betul aku asyik cerita aku bergaduh je.
aku nak tidur dengan perut yang kenyang ini.tapi masih kempunan kenny rogers..mahu teruskan misi makan kenny rogers .hahaha
ps:aku tak tau apa yang sedap dengan kenny rogers tu.mengadalah kau ain.teringat masa kerja kat kenny rogers dolu2 lah tu.aish.kerja lagi.
knape kenny rogers?
ReplyDelete