Sunday, June 21, 2009

mamai

hai.helo


aku baru bangkit dari tido. (bangkit??haha)


setelah selamat makan sebelum tidur.(rujuk post sebelum ni) aku pun bergerak terus ke katil.


tak payah tunggu guling2.dah selamat tidur.hmm..


hasrat di hati nak katamkan cerita csi dan leverage terkubur begitu sahaja kerana..


aku telah tidur dari pukul 12 tengahari sampai 5 pagi.hmm..hebat jugak aku ni.17 jam

ada la dekat berpuluh kali family aku kejut.banyak la yang mereka2 ni umpan suruh aku bangun.

antaranya

cubaan pertama oleh adik aku: "wei bangun, mama suruh makan. "- bangun dan tidur semula~

kedua juga oleh adik aku: "wei, csi dah mula.kau tak nak tengok ke?" zzz... *adik aku rindu aku kot?hehe*

ketiga oleh mama: "ain bangun!dah 12 jam tidur ni."

aku boleh tunjuk 5 jari. "lima minit mama"

dalam mamai aku tu sempat lagi aku tangkap jawapan mama. "yelah 5 minit, mesti lagi 5 jam!"

memang masin mulut mama~ haha


cubaan yang lain..panggilan dari mus 2 3 4 5 kali.haha!


teringat dekat kawan kerja lelaki aku.dia dah kahwin.budak2 group aku memang paham sangat perangai aku yang kuat tidur sebab diorang la tukang kacau.jeles la tu!

dia boleh cakap dekat budak laki lain.

"lain kali suruh mak ko carik menantu macam ni." sambil tuding jari kat aku.

cis!aku ada potensi nak jadi andartu ke?haha


dan sekarang aku lapar.tadi jenguk bawah tudung saji ada tempe goreng! hehe


aku pergi gosok gigi dulu

3 comments:

  1. selekeh!!!!

    bgun2 g bukak laptop!!
    hahaaha

    tempe!!

    i heart tempe so much!!!

    ReplyDelete
  2. sape kate aku bangun2 bukak laptop terus?

    aku bukak tudung saji dulu.hehehe

    ReplyDelete
  3. kalau aku kejutkan kau mesti aku suruh bangun solat

    ReplyDelete