Tuesday, March 31, 2009

tuah

orang kata tuah ayam nampak di kaki.

tuah aku...

turun dari langit :DDD

lab programming batal petang ni..

seeerooooonooookkkkk~

ada masa lagi nak siap ..

yeay!

oh silap..sepatutnya Alhamdulillah...

terimakasih tuhan untuk peluang ini..

hah.apa lagi ain, gunakan lah masa yang ada sebaiknya~~

ps:20 hari menjelang exam..pehh..berdebak2 ..lupa dah masuk bulan april

Monday, March 30, 2009

ini sudah lebih!

hari ini saya mahu kabarkan berita lab report seperti yang di janjikan..

saya tak siap lagi~~~

nasib baik ramai lagi yang tak hantar.. ^^,

tapi aku nak highlight hari ni aku sedih..selain masalah sikit , aku sedih..mengenangkan dah hilang ke perikemanusiaan dalam hidup manusia ni?bukan sepatutnya makin bertamadun ke?
.tengok.anjing laut tu pasrah je.

tapi aku rasa sangat sedih bila tengok buletin utama tadi.dah berkurun aku tak tengok berita tapi Tuhan tunjukan juga pada aku..mesti ada hikmah kenapa mesti harini aku tengok berita kan??

haih..

sedih tengok makhluk2 Allah lain di aniaya..bayangkan, tak patut betul syaitan bertopeng manusia itu membunuh mahluk Allah..

comel sahaja aku tengok anjing laut tu melompat2 bergerak2 tapi tiba2 datang pula batang (tak tau la kayu ke hape) dilayangkan tepat pada kepalanya sampai berdarah.

mati, dengan darah berhamburan merata

sekelip mata.

terjerit kecil aku dengan 2 orang rakan aku yang lain di kedai makan tadi menonton berita tersebut..

aneh...

pelik...

kenapa ya...

aku sebak pula..

kejam sangat..

biarpun nak mengawal populasi.(tah betul tah tak) perlu ke nak bunuh macam tu sekali??

sebelum tu ada pula berita kematian 1500 ekor penguin...mak aih..

mother earth dah lama bersuara.

apa yang aku dah buat ye sebagai khalifah Allah di muka bumi ya?

muhasabah diri sekejap...

okay...

saya nak tidur dah ni..

okay..lab report esok saya akan buat k?saya nak tidur awal ni.. (pukul 3 awal ke?)

papejela~

hari yang mencabar menanti akan datang.saya harus tabah. :)

Sunday, March 29, 2009

hidop ini umpama roda

minggu ni minggu yang penat barangkali...

eh..tapi tak kot..

macam ada turun naik jugak

----------------------------------
isnin..(hari asb sedunia)

aku tak pegi tutor asb <---anda loserrr


malam tu buat presentation untuk titas yang sepatutnya aku hantar hari tu jugak..


arghh..
c

akap pasal titas, buat aku down...^&%^*&%$%


tapi tu ok lagi..belum klimaks la..lek luu


-------------------------------------------

selasa..


biasak2 aja kot..

jap, aku fikir balik apa dah jadi....

emm..siapkan titas tu aja kot...

malam tu pegi DTC tengok orang menari untuk FESENI.pehh..hebak3..

-------------------------------------------
rabu..

aku tak pergi tutor calculus <--looooserrr lagiiiii

semua sebab siapkan titas..

aku pergi nak pergi kelas tutorial tapi dah lambat dan bas takda.pergakhirannya aku terus buat slide ..


rajin bukan??hemeh3


tapi aku gembira terlalu awal..dah buat banyak la jugak slide tapi bila nak tutup aku boleh click no untuk save


.....ba wau dal wau ha.....(harap maklum.aku sengal jawi)


tapi lepas tu aku dapat tahu tiada kelas untuk hari2 berikutnye sebab ade hari keusahawanan.

heaven!

aku teman rakan2 segerai aku shopping barang gerai.serius teringat memori bergerai kat kusess dulu..

ok2..kusess aku cite jap lagi.hemeh3 (gelak keji~)


masa aku pergi beli shopping tu lah aku dapat mengenali hati budi (ayat tak boleh belah) coursemate aku yang jarang sekali bertegur sapa tu.nama mereka nua dan juwe.merekalah hero hari itu.nua pulak suka tumpangkan aku ke kelas bila dah lambat menaiki saga putihnya.time kasih nua!

dan mereka ni budak kelantan ok~ mereka sangat lucu.hahaha.dah la aku memang suka dengar orang yang ada loghat ni bercakap..hehe


tapi malam tu malam yang agak teruk bagi aku..


aku dimarahi oleh ketua kumpulan titas aku..haih.semua kerja last minit punya pasal.tapi aku buat okay.AKU BUAT!!!walaupun last minit dan lambat, aku tak COPY AND PASTE.

tahniah kerana buat aku down+pressure+guna tisu+ect..bla3..


aku adukan pada mus, harapkan pujukan membina+sejukan hati , tapi lain yang jadi..

pengakhirannya aku dapat nasihat yang pedas.


"tulah..lain kali jangan buat kerja last minit"

pedassss..lebih hangat daripada biasa~

tak apa..memang salah aku (rujuk entry sebelum ni)


dan rakan2 kumpulan lain pula menawarkan diri untuk buat semula slide tu dan menolak bulat2 apa yang aku buat....nanti aku tinggal nak bentang je.aku cakapkan pada mereka tak apa.aku baiki lagi slide aku dan kita boleh banding la esoknya.

takda la nampak aku ni sambalewa je.


sedih..


rasa diri tak dihargai pun ada..

tak apa.aku cuba jadi se-positif yang mungkin.aku cuma merempat je dekat kumpulan tu.dapat kerja sikit pun tak boleh selesaikan.


*pasrah*

malam itu aku bersengkang mata cari gambar2 dan edit slide tu (oh..dan online juge.hehe)

----------------------------------------------

rabu


hari gerai telah tiba!!

dan hari itu merupakan hari paling panas pernah aku rasakan.pergh~ baru aku bole bayangkan macam mana orang dekat pasar tu cari rezeki.rasa gembira nak amat bila jualan pun laku.maklum la.kopok lekor panas tuuu..

.ni lah gerai aku!.


.membeli belah di gerai rakan yang lain.hehe.

masa tu juga lah macam seronok sangat sebab jumpa rakan2 pasum yang lain yang dekat um juga. kali ni rindu pulak pada pasum (ah kau!semua nak rindu.hehe)


petang tu aku hubungi rakan titas aku nak inform pasal presentation.dan aku terkejut lagi.mereka dah buat slide dan mereka nak bentang.

.....

okay~

aku terasa tak berguna lagi...maklum la tuan punya diri ni sensetip orangnya..

tak apa.tak apa.
positif..positif..

mungkin kalau aku yang bentang aku akan spoilkan 10 markah mereka tu.aku pun datang je la kelas tu..

dan tahniah kepada aku mereka tiba2 mahu aku dan dua lagi coursemate aku bentang pula.ei..aku dah tak faham.tak faham.

.tak apa.aku ikutkan je.
sesi pembentangan berjalan dengan biasa kecuali tak cukup masa dan aku macam gagap.hahaha.nervous beb.

fuh...lega.berakhir jugak titas ni.terasa hilang kejap beban.

malam itu aku, nad, alia, kamil dan acap keluar dinner dekat murni..lepas tu kami pergi karok~ tapi hambar! semua lagu yang aku nak tak ada.balik tu kami mengalami masalah pengangkutan sebab alia dah pulang.kami minta tolong kawan yang lain ..sori dah menyusahkan ko muslee..

dan masa kami nak tunggu tu kami terserempak dengan junior aku.2 orang.dua2 budak pasum sekarang.dan mereka berbual sebentar dengan acap.

dan perbualan tu buat aku terasa lagi (hari ni hari terasa sedunia ke?) aku tak tahu la tu gurauan manja ke apa ke.mampos la.tapi kalau dah bahasakan perempuan sebagai betina ni mana aku tak panas.


acap:ko tengok senior ko ni.keluar malam (merujuk kepada aku)

junior1:tah.tina duduk je lah rumah (merujuk kepada aku dan nad)<---memang aku ingat sampai bila2 ayat ni
junior2:gelak2 beriya (annooooyingggg~~~ *sila cakap dalam nada gedik*)


aku tahu aku ni terasa lebih.memang aku buat silent treatment ajelah dengar junior kesayangan aku tu lepas tu.pi mamposssss


-sesi bebel-


aku keluar malam ada susahkan kau ke?guna duit kau?aku ada pegi buat benda tak senonoh ke?tolong la brado..aku bukan nak cakap apa lah.asal aku pandai jaga diri sudah.kau nak kata aku jahat..sila lah..aku memang jahat pon..asal kau bahagia..sebab kau tu sebaik2 lelaki (oh,aku tak bahasakan kau jantan, ok?)


nanti aku tanyakan mus apa patut aku buat dengan perangai 'betina' aku ni
ok.

aku dah emo.hai ain.1 entri kau tak emo tak boleh ke?

--------------------------------------------

jumaat


biasa2 aja.aku lewat untuk bergerai.hehe.terlajak.sori rakan2.malam itu aku pulang ke rumah.

home sweet home~


--------------------------------------------

sabtu


ahaa!!

aku ke sekolah tercinta.walaupun lewat.tapi bermakna juga.psenk drive macam pelesit.haha

mereka ada friendly match dengan budak sekolah katanya.ingatkan ramai perempuan, akhirnya aku stuck juga dalam golongan lelaki.

haila.
rasa lucu pun ada.jumpa senior2 yang dulunya sikit punya kurus tapi sekarang ...(paham2 sendiri la)hehe..mungkin dah kawen?

aku teruja masuk sekolah.


kusess lawa ~~


perjalanan ke stadium kuala selangor buat aku teringat trek jogging.aku rindu gila jogging~suka jogging.dapat hilangkan tension gitu.hahaha


balik tu mereka solat di masjid..

rindu outing pulak.


jumpa pasar malam,
rindu pasar malam pulak.rindu belanja orang

*gelak2*
lucunya.

kenangan itu memang manis~


bak kata seorang blogger (yang pastinya bukan aku) : berblog ini ada manisnya~~ :))


balik dari kusess mereka singgah ke tesco kuala selangor (peh..kuala selangor maju!)


sambil2 makan tu sempat pulak ada sesi membahan orang... -_-'



.kapla membahan orang si pemakai beret itu.hahaha.

aku tukang gelak je.

hehe
sampai je klang sambung borak dengan senk and majin.dan tahniah kepada aku kerana mencapap dekat pak li tu

aku teruja sangat sampai telah menumpahkan kopi ais.habis kotor semua.kotor lantai dengan baju ok lagi, tapi muka yang dah malu ni nak sorok mane?

wahaha


tapi walaupun dah malu aku boleh sambung berborak lagi.ramai juga la yang offer tisu.aku terharu.


5 star for pak li's services!


.baju dah kotor!.

hemeh3

malam itu aku planning nak jogging.tapi memang tak la kan.aku bangun lambat lagi.hahaha

------------------------------------------

ahad.


hari segala malas.aku terlajak bangun.konon nak jog.dalam mimpi je la.aku type mesej sori pon boleh tukar jadi tahi.

hahaha..

nasib baik belum sempat sent dah tertidur balik.kalau tak memang naya.bangun2 tengok handset gelak sorang2
tengok mesej yang tak sempat di hantar tu

the rest of the day...tidooooo je lah keje aku


balik um pun kelam kabut sampai boleh tertinggal purse dan sportshoes. sebab akak aku dah bawak lari myvi g studio dia.

waaaa..macam mana nak hidop takde sportshoes??tak nak g kelas pakai slipar.tak best.tak best.nak jalan pon semacam je..


pengakhirannya aku dekat depan lappy ni..melampiaskan rindu pada oh lala~ aku..
dah pukul 6.18 pagi ni.

lab report tak siap lagi~


d.e.a.d..


rest in peace.

akan ku kabarkan berita lab report aku di lain hari.

caloo
~

erk?

'wassalamu' lahh lebih sopan

ps:senk, kau dah tak boleh bahan aku tumpahkan air kopi dahhhh ..bwek!.nak naik bas ke keretapi?hehehe

pss:im happy for my friends..heeee~~

aku tutup entri aku dengan gambar gelagat bf no 2 aku.nama dia mimot~


.senaman mengambil cawan sambil berbaring. XD comel siot!.

Wednesday, March 25, 2009

loser kuasa dua

entri ni tak payah di baca.

aku cuma kecewa lagi dengan diri sendiri...

telah aku janjikan pada seseorang untuk bangkit semula..

one step at a time.. *sama2 nyanyi*

tapi belum sempat melangkah..dah terjatuh semula

sigh~~

pathetic...

takkan setiap malam aku harus guna tisu?

tolonglah kuat ain...kau ingat masa tu tunggu kau ke?

Sunday, March 22, 2009

loser lah kau ni ain

aku rasa macam nak mati je

aku tak deserve mempunyai siape2 dalam hidup ni

dah...


tu je aku nak cakap


buat rakan2, terima kasih kerana buat aku gembira semalam..

tapi...aku rasa aku tak selayaknya ada korang..

sorry..sorry

Friday, March 20, 2009

kapal terbang.i hate u!

kesian betul kapal terbang. tak pasal2 aku benci kau

sebab kapal terbang la aku menangis macam orang bodoh/budak kecik harini. macam budak kecil tak dapat mainan yang dia inginkan. macam tu juga lah aku tak dapat merasa naik kapal terbang.

alahai..apalah sangat ada pada belajar dekat oversea tu. *huh!sedapkan hati sungguh aku ni*

yup, memang aku jenis tak bersyukur dalam situasi sekarang ni. aku dapat tempat belajar dekat UM tu pun memang rezeki Allah bagi.

*kau nak apa lagi ain?

impian terulung :belajar di luar negara.

hasrat ni memang lama dah aku lupakan. tapi tak bagi parents aku. lagi-lagi mak aku. dan aku pula ada seorang rakan (banyak sebenar nya) yang akan/dah belajar di luar negara.

banyak sangat benda yang ada kaitan dengan kapal terbang harini..

1. aku ada seorang kawan. pseng namanya.dan dia ini bakal doktor. akan fly ke india tak lama lagi. aku selalu hangout dengan dia. dan aku selalu la cerita perihal dia pada mak aku sebab rumah dia dekat kot. dan selalu juga lah aku dengar mak aku cakap;

"ni nanti syafik (pseng) dah fly oversea ,awak jugak yang underground."

okay. <--itu je la yang aku boleh respon dalam hati

ayat tu aku dah dengar buat kali keberapa tah aku pun tak tau. sebab agak selalu la aku sebut nama pseng dekat mak aku. nak sebut nama mus aku segan. kang kata gatal nak kawen pulak.



2. aku keluar tadi untuk teman pseng membeli hadiah farewell untuk amal.



3. amal akan fly ke jepun esok. aku cuba tak nak bagitahu pada parents aku yang aku ke klia esok sebab aku tau aku isu itu akan timbul lagi. aku cakap aku nak keluar je pada mak aku. tapi akhirnya tercakap juga pada ayah aku sebab kena gertak. aku pun malas nak panjangkan cerita aku jawab je la aku nak ke klia.

ayah aku pun tanya la buat nak ke sana? aku dah fedup. buat ape lagu kalau nak ke klia tu?

dan aku dah boleh agak dah apa respon ayah;

"asyik hantar orang je .."

aku dah mula emo. belum sempat lagi ayah sambung aku apa yang dia nak cakap aku dah potong. memang derhaka kau ni ain. aku terus blah ke dapur dan cakap;

"dah memang ain takda rezeki nak belajar kat oversea. nak buat macam mana???"

aku cakap dengan nada sangat boring/pasrah, padahal airmata dah bertakung...

mak aku hanya gelak. mungkin lawak sangat kut apa yang aku cakapkan.

*emosi lagi*

oh well..

aku dah lama kecewa dengan diri sendiri.

tapi harini macam terbukak balik luka frust tu. luka sejak aku tak dapat 10a masa spm 2 tahun lepas. pastu kena simbah pulak dengan air garam.best gila.best sangat2.

*down*

yang aku pun satu. dah kau tu tak pandai..buat apa nak gatal2 apply scholar mara yang sedia maklum hebat2 belaka tu..mintak medic pulak tu bila kau tau kimia kau b3. nganga la kau sorang-sorang

kebodohan yang melampau

4. aku baca blog hani. aku tumpang gembira. rasanya dia dah settle down sikit kot kat sana (australia). memang aku tau susah survive kat sana. tapi aku masih berkeras juga dengan impian anak2 kecil aku tu. haih2 . tambah masa baca blog hani tu ada pulak lagu bad day. nah..memang mendapat la.




bak kata hani..

"everything happens for a reason"

aku berhenti menangis setelah mendapat panggilan dari rakan aku. nasib baik aku memang selsema. tak de la aku menipu.

hahaha.

sesi terlebih fikir bersama ain: mungkin result aku akan lebih baik jika tak menjalinkan hubungan dengan seseorang masa f5 tu. dia tu bukan suka aku pun. tak dapat rotan, akar pon jadi la. aku lah akar tu. how sweet...

Wednesday, March 18, 2009

bulan penuh rahmat . wakaka

halo..

dah lama tak post entri.

aku bukak page ni pon tak banyak perubahan.rata-rata sibuk agaknya (aku dengan mid sem test) tapi aku boleh main pet scociety lagi .ape kes??

haih2

memang la tak sedar diri.dah la sekarang tidur tak tentu hala. *bukan merata2* waktu tak tentu.
esok ada test terakhir lepas tu tinggal nak selesaikan subjek universiti je..

tengok-tengok lagi 3-4 minggu nak final.waaaaa

ok2..cukup sesi merungut.

sebenarnya ini entri perasan-tan-nak-meroyan dari aku. orang yang lahir pada bulan ini *bulan penuh rahmat la katekan* pun boleh sama2 perasan.

karut.karut.karut

sebenarnya aku punya birthday bulan ni.hehe.ain pon same.
ini apa yang aku dapat dari fesbuk tentang manusia lahir bulan mac.anda2 boleh nilai sendiri .

MARCH Birthdays:

.Attractive personality. -no komen

.Sexy. -mak aih .no no no~

.Affectionate. -mungkin

.Shy and reserved. - yeke?? XD

.Secretive. -sikit2

.Naturally honest, generous and sympathetic. -no komen lagi

.Loves peace and serenity. -hooo yeahhh

.Sensitive to others. -sangat3.dah kata aku kuat emo

.Loves to serve others. -best tau

.Easily angered. -sangat.sape kacau tidur aku siap la

.Trustworthy. -bagi aku 1 juta aku tak usik.betul.cuma aku amek komisen simpan kat asb.hehe

.Appreciative and returns kindness. -orang berbudi.kita berbahasa.chewah

.Observant and assesses others. -sikit2

.Vengeful. - heaven yeah!! *gelak keji*

.Loves to dream and fantasize. -isk.tu hobi tu

.Loves traveling. -kalau lah ku punya wang~ huuu

.Loves attention. -siapa yang taknak?

.Hasty decisions in choosing partners. -apa ni?

.Loves home decors. -tengok la betapa aku obses dengan pet society

.Musically talented. -erk?tidak!

.Loves special things. -ape ni?

.Moody. -sangat


amacam? perasan-tan-nak-meroyan bukan? XD


sesi terlebih berfikir bersama ain:kenapa tak pernah ada orang buat macam ni ikut kalendar Islam yek?

ps:terima kasih kepada yang mengucap selamat.aku sayang pada kamu semua!

Thursday, March 12, 2009

testing..testing..

ohh..

ini bukan entri pasal sound check ye rakan2

aku cuma nak bagitau jadual minggu depan aku.

aku bersyukor sangat test calculus tu batal..tapi tadi aku dapat berita baik ada lagi test c++ kamis ni.

haila..haila..

jadual minggu depan

senin - ada tutor ASB (asas sains bahan ) untuk dua minggu yang perlu di siapkan.
- test ASB
- lab ASB
- (hari ASB sedunia apa ke?)

selasa - oh.ada test Calculus

rabu - lab membunuh C++ tambah lagi tutor tahap Hitler

kamis - test c++ kegemaran ramai~~

.:TAMMAT:.

oh.sengsaranya minggu depan wehhh

dan minggu ni pulak (esok) minachi pakar gigi sedunia dari india tu pulak balik.

.tahniah.tahniah.

.gongxi gongxi.

dilemma+tekanan aku di buatnya

oh lala~ <--ayat ini sebenarnya ayat aku untuk mengganti keluhan. hehe

Monday, March 9, 2009

aku lupa agaknya

perhatian:entri ini terdapat unsur2 pengotor.sila abaikan.

oh

selamat pagi dunia~

sepatutnya aku harus bersyukur sebab aku masih hidup lagi hari ini.

sambil2 tu aku ucap lah Alhamdulillah.. *lagu Raihan??*

itulah yang selalu di ucapkan ketika baru bangun tidur. tak pun semasa solat subuh.

tapi sekarang aku tidur pon tak nak bangun apekejadahnye?

dem yu!

oh.oh.oh. (ape kes minah ni)

aku menyesal kerana teringin makan maggi goreng serta teh tarik tadi.perbuatan tersebut telah menyebabkan aku melahap tengah2 malam.

hajat di hati nak berjaga malam.kesudahannya memang terjaga sangat aku malam ni akibat senak perut tahap petala kelapan.

nak belajar satu kuman pon tak masuk

kesudahannya aku tadi tadi rasa macam nak muntah dan terkentut2 oleh kerana angin yang berlebihan dalam badan dikala malam2 yang sejuk tadi.

aku lupa agaknya..

aku ada test membunuh rabu nanti.

heaven!

Saturday, March 7, 2009

get to know yourself

macam biasa.aku memang pantang tengok personality quiz.lagi-lagi dalam keadaan pagi-pagi buta tak boleh tido ni.


caranya senang sahaja.

buka website ini http://www.quizbox.com/personality/test82.aspx

jawab.

mudah.

tak sampai seminit.

dapat keputusan...

nilailah sendiri. :D

Your view on yourself:

Other people find you very interesting, but you are really hiding your true self. Your friends love you because you are a good listener. They'll probably still love you if you learn to be yourself with them. (mungkin juga)

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes. (tapi mus tak serius pon? -_-)

Your readiness to commit to a relationship:

You prefer to get to know a person very well before deciding whether you will commit to the relationship. (check!)

The seriousness of your love:

You like to flirt and behave seductively. The opposite sex finds this very attractive, and that's why you'll always have admirers hanging off your arms. But how serious are you about choosing someone to be in a relationship with? (wut the?seductive?pejadah aku ade banyak admirer.hahaha)

Your views on education

Education is less important than the real world out there, away from the classroom. Deep inside you want to start working, earning money and living on your own. (check!) *tapi menuntut ilmu pun sunnah ape~*

The right job for you:

You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life. (check!)

How do you view success:

You are afraid of failure and scared to have a go at the career you would like to have in case you don't succeed. Don't give up when you haven't yet even started! Be courageous. (oh.so true!)

What are you most afraid of:

You are afraid of having no one to rely on in times of trouble. You don't ever want to be unable to take care of yourself. Independence is important to you. (very true!)

Who is your true self:

You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve. (aha.ini aku tak tau)

cuba la.

personality quiz memang seronok wa cakap sama lu!

Sunday, March 1, 2009

aku cukup lemah

alahai.

perlu ke menambah kenalan melalui internet?

aku lemah betul bila ada orang nak berkenalan ni.lagi jenis yang baik2 gitu.aku dah la tak reti nak treat strangers.wahaha.

kalau dekat blog lain cerita lah.untuk berkongsi pendapat ke hape kan?kan?kan?

ok.aku mengarut sebenarnya

sebenarnya aku nak teh tarik.wooaa.teringat dekat ain amin lagi.budak itu suka teh tarik.ciss!


akhirnya aku menge-pau vico rumate nad dan menambah nescafe secukop rasa bagi mendapatkan efek2 berjaga malam kerana tak siap kerja lagi

padan muka!!buat kerja last minit lagi.