Wednesday, April 22, 2009

thanks but no thanks


kadang2 aku ni jahat betul,


menipu orang lain semata-mata malas nak layan orang yang menghulur salam persahabatan..

bukan apa, seronok berkawan tu, aku suka gila berkawan..kan ada ada orang cakap, musuh jangan dicari

aku pergi google ayat 'musuh jangan di cari ' di internet *ye, aku tau buang tebiat* dan ini hasilnya.

puas hati :)

Tajuk :
Musuh Jangan Dicari, Jika Bertemu Pantang Mundur
Hadith :
Abu Hurairah r.a berkata:”Nabi SAW bersabda:”Janganlah kamu berharap untuk bertemu musuh, tetapi apabila kamu bertemu musuh maka bertahanlah.”
(Bukhari dan Muslim)

klik sini untuk huraian


fuhh..bermakna juga la.tambah lagi 1 ilmu.biarpun ilmu yang sepatutnya aku sibuk belajar sekarang pun tak khatam lagi (aku tengah exam) . -_-'

memang berkawan itu seronok.tapi aku cukup tak gemar sesi perkenalan yang samar2.contoh,

seorang / no. yang tak dikenali: hai, tengah buat apa?

aku macam...oh..aku memang tau kau sape kan?hafal sungguh nombor kau.

ei.

ei.

geram ohhh. *aku dalam usaha untuk mengurangkan carutan*


dan aku ni konservatif sikit la.ok.sikit je (ada ke orang mengaku dia konservatif?poyo!)

dan aku suka perkenalan yang jelas .cukup la macam ni,


"hai/salam, nama saya blablabla, boleh kita jadi kawan?"
fulamak.macam ayat novel seh.tak pon skrip2 drama.hahaha


cukup dengan nama penuh, terserlah keikhlasan untuk berkawan tu *itu pendapat aku la*

dan memang tak suka orang main2 prank2 ni.tapi kena pada orang lain boleh pulak gelakkan, contoh:panggilan hangit.

okay.lepas ni aku cuba tak nak gelakkan orang *poyo gila*


..er..ni dah lari dari tajuk ni.

okay.berbalik kepada berkawan,

akhirnya aku cuba nak lari dari benda ni, benda paling senang aku buat, menipu.isk3.jahat betul

aku tipu je kata ni aku dah berkahwin.ada juga yang baik kata nak berkawan juga *sweet nye*

tapi dah memang perangai aku susah sangat nak percaya kat orang.i took it seriously la.kamon la wei.kawan je pun kan?tapi tu lah kan.dah perangai aku macam tu.nak buat macam mana kan?

kawan je pun benda tu tetap bagi kesan kat hidup aku.sebab aku hargai semua kawan aku.tak kira la mereka hargai aku ke tak.

apa lah aku bebel ni #*&*%

maka, kepada orang yang pernah aku tipu (biarpun mereka tak baca ni),

sorry... :(

mungkin juga aku dah selesa dengan kawan2 aku sekarang.mungkin.aku mahu hidup yang simple je (bahasa melayu simple apa ye?)


babai.

doakan aku tak overdose tidur.hahaha

ps:macam poyo kan?macam buat kenyataan yang kau ni hot (aku ni fikir lebih ) tapi ini yang terlintas dalam fikiran aku sekarang.dan sekurang2nya ini pendapat aku..abaikan jika tidak setuju :)

3 comments:

  1. aku cuba paham.
    paham.
    paham.
    paham.
    ergh! gagal!
    tapi aku tahu kau sedang tension.
    relax. exam weyh!

    ReplyDelete