uurgh!
macam dah tak ada tajuk lain dah.asyik2 tekanan .
hari ini boleh digambarkan sebagai satu perkataan : kosong
malam sebelumnya aku tertidur tanpa sedar sambil memakai kanta sentuh.sempat lagi aku bangun dan raba biji mata untuk pastikan ia tak kemana-mana.hahaha.lepas tu sambung tidur semula.
haha
bangun dengan otak yang kosong.jarang sekali aku ucapkan syukur kerana diberi peluang untuk hidup hari ini oleh Yang mencipta.sebaliknya mesti ada yang aku kesalkan.contoh:
"oh t*hi, aku terlepas subuh"
atau,
"ya Allah.apa aku buat ni.aku tak mengaji *study.wakaka* langsung malam tadi"
atau,
"alamak!aku biarkan mus tunggu mesej aku. *tak sempat balas dah terlelap*"
juga yang ini (zaman sebelum kelas tamat),
"aaa.dah lambat!"
dan macam-macam lagi.
haih.cukup dengan karutan.
harini kosong bagi aku kerana..
mahu belajar, tiada rasa.
mahu tidur, tiada rasa.
mahu bergembira, tiada rasa.
tapi kalau makan , pasti ada rasa.
*aku ceduktambahtolak dari kak fynn*
harini, aku seperti patung bernyawa. bangun tanpa matlamat. tidak berbuat apa2.meski aku punyai 10 bab yang harus aku pelajari.
ah! yang terakhir pasti selalu diabaikan.kasihan kau ASB (asas sains bahan) .aku tak tahu mahu mulakan dari mana.
mukasurat pertama mungkin??
kalau tadi aku cakap harini aku patung, harini juga aku sampah.tidak berbuat apa2.perhabis beras sahaja.haila.
aku tahu aku akan menyesal dengan tindakan aku .tapi tak mengapalah.
malam ini semua rakan2 aku keluar.bersama2 orang tercinta.sunyi.aku cemburu, tapi bukan kerana aku mahu keluar, aku sunyi.perlukan teman.dan...
aku terlalu rindukan rumah.
haih.manja sungguh kamu ini.tidak adil bagi yang lain.aku tahu tu
ya.betul.aku dah biasa bermanja di rumah baru2 ini.selang empat hari pasti aku berada dirumah.kini sudah hampir dua minggu, sudah mahu bising2.meski tidur di kolej lebih selesa berbanding rumah.namun aku rindu tidur berlapikkan tilam nipis di lantai simen rumah.
sedang semua rakan bersiap mahu keluar, aku pula terdesak mencari rakan untuk dibuat teman namun,
tiada.
aku kabarkan pada kakak, aku arahkan kesini.mana tahu ada bau2 rumah dibawanya sekali.namun dia masih demam.
aku hubungi mama, disuruhnya aku belajar.aku iyakan saja.namun tidak berbuat juga.
tak mengapalah.
datang pula seorang rakan.*baiklah.dia tidak datang, dia cuma memberi mesej melalui telefon bimbit.aku dramatik*
kau lah wira!hahaha.bodoh la kau ain.*aku terdesak sebenarnya*
mahu berjumpa mus, tapi tiada daya.mahu meminjam bahunya, tak dapat di capai.kerana aku buta jalan.bangi terlalu asing bagi aku.
aku buat kerja gila.aku pulang ke klang bukan untuk ke syurga dunia.cukup saja unutk melihat dari jauh, tapi untuk meluahkan keluh-kisah aku pada seorang yang bernama,
teman.
terima kasih la sebab layan aku yang dah jadi semakin tak betul ni
sesampainya di rumah rakan itu, aku jenguk lorong membelok ke rumah.sedih.cuma dapat tengok sahaja.mama suruh belajar.mama tak kasi pulang.mama suruh belajar, ain.degil.mahu juga menjenguk.
tak mengapalah.
cukuplah ain karutan kau ni.kau kena belajar.mahu membuka mukasurat pertama.
aku,
dramatik
sungguh.
*aku ganti poyo dengan dramatik .lagi sedap dibaca aku rasa.haha.karut
ps:aku kempunan kopi sampai letak wallpaper gambar kopi.ceh!dramatik lagi kau
ak kene suh ain check tatabahasa nie~
ReplyDeleteader bakat nieh!
study cepat!
come on last paper!!
ceh.tu yg ko pk.hahaha
ReplyDeletekita harus tabah. =)
ReplyDeletemende la kaw bising2...
ReplyDeletepegi la enjoy cuti. :D
ahaha..ni entri sblm merdeka la weh.skang kita...hip2 hooray!hahaha
ReplyDelete