Thursday, August 27, 2009

tiang

assalamualaikum dan salam muhibah.

sempena bulan yang penuh keberkatan ini, eloklah kiranya saya tulis pasal...

.

.

.


ahaha..poyo je.tak da lah

tiba2 tergerak hati nak tulis serba sedikit pasal masa sekolah dulu.lagi2 masa bulan ramadan ni.macam kena tema pulak.

sebabnya, aku teringat masa dekat sekolah dulu, masa bulan ramadan, seronok sangat aku berterawih.masa tu tak tahu kenapa kusyuk sangat bersolat masa tu.sikit sebanyak cara hidup dekat asrama masa tu dapat dipraktikkan dalam kehidupan lepas sekolah.

contoh macam baca al-Quran, surah Yasin dengan surah Al-Mulk. aku mengaku, benda2 macam ni aku buat kebanyakan masa dekat sekolah je.aku bukanlah muslim baik.tapi cuba bayangkan kalau tak masuk kusess. terkial2 lagi nak baca surah Yasin dengan Al-Mulk. sebab selalu baca , bacaan jadi lancar.tapi aku mengaji memang lembap sikit lah. lembap banyak sebenarnya. hehe.tapi kalau dulu tak buat dekat sekolah, aku tak rasa aku akan buat sekarang masa lepas solat.

masa zaman sekolah dulu aku rasa senang la juga nak fokus dalam solat.aku tak la cakap aku khusyuk , tapi sekurang2nya aku tak menerawang fikir hal2 dunia. fokus pada yang satu, Yang Maha Esa. :)
tapi sekarang susah betul nak jadi macam tu. banyak sangat masalah dunia kut.dapat pulak perangai terlebih fikir ni. maklumlah dulu fikir belajar je.hehehe

tapi solat tu lah yang paling penting kan.solat tiang agama.benda pertama yang di hisap nanti solat kita. buat aku terfikir, berkualiti ke solat aku selama ni?...ke cuma membuta tuli sahaja?.hmmm..

*senyap*

okay.kat sini ada aku letak maksud bacaan dalam solat *aku copy and paste sahaja.minta maaf kalau ada salah*.aku letak kat sini supaya aku sendiri senang nak baca dan rujuk balik dan supaya apa yang aku baca tak lah membuta tuli je.nak dapat ingat maksud dia secara direct memang susah.tapi aku cuba hayati .(suka2 aku je.hoho) ..dulu dah tau serba sedikit, tapi lama2 lupa pula.banyak melagho anak pak cik fuat ni.haih2.

makan dengan itu, marilah kita sama2 baiki solat kita :)


------------------

bacaan dalam solat

Allah Maha Besar

Doa Iftitah :
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah :
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk :

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk :
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal :
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud :
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud :
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal :
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir :
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut :
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. "wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. ..kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"


----------------

wallahualam.

selamat menjalani ibadah puasa.ye aku tau aku lambat. >.<

p.s:tempahan untuk berbuka puasa beramai2 masih lagi dibuka.sila hantarkan mesej anda ke *****...apo bondo yang aku mengarut ni aku pun tak tau.sehingga berjumpa lagi di lain entri

4 comments:

  1. Maksud-maksud dalam solat itu terbaik!

    ReplyDelete
  2. ramai yg xtau ni...
    sbb tu smayang laju je...huhu..
    ko pon br je ingatkan ak...thanx sis...huhu

    ReplyDelete
  3. penulis shj.
    mmg terbaik!

    zam,
    :) sme2 lah kite

    ReplyDelete
  4. adoii. ase nk cmpk dr sdri msok skola blik sbb at least ak akn rjin traweh. skunk nh mls tolll~

    mami, jgn bsing2 psl mamat yg ak cte 2. diam2 suda taw. ain je exggerate.

    ReplyDelete