Wednesday, August 26, 2009

dah lama tapi aku nak cerita jugak

indah nan permai
hari ini hari rabu..

kenapa dengan hari rabu. kalau ikut jadual aku, hari rabu dan seterusnya dah boleh tarik nafas lega sikit.sebab kelas ada sikit2 saje.6 kelas untuk 3 hari.kira okay la tu kalau nak banding dengan hari isnin dengan selasa yang macam tak cukup nafas je kelas dia.hoho

barulah boleh mengarut2 di blog~hehehe

***
ohhh..amalia dah sampai bilik aku~~borak dengan dia terbengkalai nak menaip.hehe
***

okay.

dah boleh bercerita.aku ada cuti pertengahan semester minggu lepas.dan sebelum cuti tu bermula, aku ada terlibat dengan homestay bersama coursemate aku.walaupun pokai, ku turutkan juga.haha.sebab kena bayar maaa..


aku pun tak sangka aku boleh pergi homestay.langsung tak terfikir pun sejak lepas sekolah menengah.mungkin sebab kemahiran bersosial yang dah semakin teruk buat aku tak mahu libatkan diri dalam benda2 macam ni.

*geleng2* teruk betul perangai anak dara ni.

pagi2 dah gerak dari um. memang ajaib sebab aku ada kat kolej jumaat malam. selalunya dah cabut awal2 dah lepas kelas.tapi rasa tenang juga.ramai dah balik bercuti agaknya.malam tu, sibuk berkemas, gaya macam nak duduk seminggu je gaya berkemas aku. sedangkan 2 hari 1 malam je.teruja mungkin.

dah lama tak tengok sawah. -_-'


homestay yang aku pergi ni dekat air manis, sungai besar dekat sabak bernam .perjalanan ke sana ambil masa 3 jam kut.tapi bila dah bertolak lambat tau2 jelah. lalu highway pula tu..bawak macam roller coaster.aku kat belakang sampai melambung2.hahaha. *aku berat, maka inersia tinggi*

sesampainya disana, kami ada bengkel membuat wau.(macam layang2 je sebenarnya) seronok juga. lepas tu kami buat wau pula..

nah gambar sikit. (banyak sebenarnya)

penceramah

sebuk tangkap gambar


sebelum membuat wau.muka gedik tak ingat


jari gedabak.lol.

dia ni punya layang2 je yang boleh naik.

markas membuat wau.

aku punya awal2 lagi dah kena pangkah dengan penceramah tu.hahaha. ada ke dia kata aku macam nak buat pagar. kejam betul wak tu! maka dia pun bermurah hati beri buluh yang dah di raut kepada kami~

hasilnya...

okey.cukup cerita pasal wau setakat ini.nanti sambung lagi.

lepas itu, kami pergi kilang memproses beras.menarik. walaupun tak ada kaitan dengan apa yang kami belajar tapi masa tu kan pesta menuai, maka ada kaitan lah dengan homestay tu.

gambar lagi,
depan kilang sebelum masuk

belakang itu padi~mereka teruja,aku dah macam kamen rider dgn mask tu.-.-'
orang yang tak pernah tengok padi.loser!haha

haa.jangan main2, ada media tangkap gambar

kusyuk dengat penerangan.

hahaha.muka berkerut.didepan beras.

bergambar lepas dapat goodie bag.hehe.

selesai lawatan, kami pergi terbangkan wau yang kami dah buat tadi.masa tu juga penduduk setempat kumpul ramai2 sebab ada pertandingan wau.meriah~

aku tak cukup yakin wau aku boleh terbang, maka awal2 lagi tak bawak.hehe.

biar gambar cerita lagi~

semangat!

cubaan menaikan wau.wau ini naik dengan jayanya :D
ini tuan punya wau.

wau dia ni sumpah ganas.berpusing dalam bentuk circular.pastu serang orang.hahaha


cantik susasana ni :)

din memang semangat!

tinggi~~


sebuk main wau orang.hehe

lepas tu ada majlis perasmian dan penyampaian hadiah. lepas tu ada mak cik urusetia semangat tunjukan cara orang dulu2 hasilkan padi.
seronok aku tengok muka makcik ni

kak yana teruja :DD

lepas tu baru kami bergerak ke rumah mak ayah angkat.penat dia tak payah cerita la.panas terik lagi~fuhh..

keluarga angkat sangat baik.aku mula2 cuak takut tak reti bergaul ke kalau duduk dengan orang luar sorang2, tapi nasib baik semua 1 rumah.yang lelaki dekat rumah wak selamat.fuhh.lega

sampai je rumah, tidur.hehe.

malam itu, makan malam beramai2.macam biasa lah, aku yang tidur tak ingat dunia ni paling lambat siap.haha.budak2 laki dah sampai pun boleh buat muka selamba lagi tak siap.

menu utama, pecal. makanan popular orang jawa.2 kali kot aku tambah.hoho.

boleh kata setiap kali makan mesti ada pecal. balik dari homestay semua asyik cakap pasal makan pecal. lawak2.sedap, cuma tak kick sangat la sebab tak pedas =9

aku tak tau pula bihun dengan kerang makan dengan pecal?hmm..

lepas makan kami pergi tengok kelip2.lawaaa..tapi kalau tangkap gambar pun tak guna.tak nampak dalam gelap.kelip2 pun tak sebanyak seperti kat kuala selangor tu.lepas tu barulah kami ke rumah keluarga angkat budak laki.pergi main kuda kepang dengan gasing tradisional.

dengar jugak wak selamat terangkan pasal konsep homestay pada kami.sebab tujuan utama kami ialah untuk buat assignment hubungan etnik.semangat betul dia terangkan.
pemerhati terunggul kerana dia sungguh loser bab2 menari.keras.lol

cubaan lempar gasing

tamat sudah malam itu.tidur dengan nyenyak sekali.serasa hari itu begitu panjang tapi bermakna :)

paginya, macam biasa, orang terakhir bangun lagi -.-' seronok sangat tidur. (tidur aku mana ada yang tak seronok?)

lepas sarapan, kami bertolak ke...

ladang kambing~hehehe

gambar lagi.
kambing dan penternaknya

kambing ini suka sergah orang.tiba2 bersin.haha

toss berminat nampaknya.hehe

lepastu acara perah susu kambing~
ni hasilnya.hoho

seronok memang seronok. tapi aku cuba perah susu kambing tak dapat -_-; loser betul.orang lain buat dapat je.bila kawan aku suruh dukung anak kambing tu, tau apa yang dia buat?

dia gigit aku punya manik tudung~!!!boleh pulak manja2 dengan aku.tak pasal jadi bahan gelak.oh malunyaaa..

dulu kecik2 masa atuk aku bela kambing tak pulak jadi macam ni.hahaha. baru aku tahu sekarang, kambing haiwan yang sukar dijangka.dan suka sergah orang. dengan kambing pun boleh menjerit aku dibuatnya. hilang macho aku .bengong

destinasi seterusnya ialah pantai yang diberi nama...urm..aku tak ingat.hahaha.pergi kutip lala.hohohoo.oleh kerana waktu tu air pasang, aku pun tak semangat nak carik.tukang tangkap gambar je.
angin laut memang best wa cakap luu
seronok mereka.

aku pun nak seronok jugak :D seronok sorang2.hahaha

hasilnya~

balik semula ke rumah, bincang nak buat apa.pergi kutip kelapa sawit.pergi kilang rempeyek yang sedap *betul tak tipu*hehe .dan akhir sekali, berkayak di tali air.

aku sebenarnya dah penat menaip.panjang sangat aku membebel.hahaha

ni gambar lagi.sesi akhir.(aku tau dah banyak sangat gambar aku upload)

kenderaan unik
balik dari ladang kelapa sawit hujan

gambar di kilang rempeyek
dalam pejabat mendengar penerangan tuan syarikat m.z rezeki.
sesi temubual
sesi beli belah .hahaha.

pulang je, di jamu dengan makanan (lagi) serius banyak gila makan.seluar aku sampai jadi ketat.itu pun ada aku tak makan (sebuk tidur dalam bilik) hehe

dan akhir sekali~ berkayakdah macam lifeguard dah aku. -.-



tamat sudah pengembaraan kami.hahaha.





belum lagi lahh..

balik tu, masa berpisah syahdu pulak.semangat wak jamal suruh datang masa raya.

balik tu ,1 kereta terlajak simpang.maka kami pun tunggu lah di federal highway.sempat tangkap gambar lagi.

aku janji.ini gambar terakhir.hahaha





sabak bernam, nanti kami datang lagi ye~thanks for the memory

5 comments:

  1. menarekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk gile!

    amalia kat bilik kau? whoa!

    ReplyDelete
  2. weyhhh..
    best gak en...
    kau xsuke2,tgk muke kau pling xcited skali..

    ReplyDelete
  3. hehehe..best la..plg best bila seluar yang dah ketat tu la.nak duduk pon tak selesa.hahahaha

    ReplyDelete
  4. nad.aku tngkap gmba mesti la excited.apelahh

    ReplyDelete
  5. hehe..
    tp u shud sronok laaa kott...
    kua skjap from hutan knkrit yg bnyk crbon monoxide

    ReplyDelete