aku nak post pasal ramadan sebenarnya, tapi nak tunggu habis ramadan dulu lah.tak pun nak dekat2 habis ramadan.sebab tak payah nak buat banyak2 kali.hehe
ya, harini negeri selangor cuti sempena nuzul quran.malang sungguh fakulti aku yang dah masuk kawasan petaling jaya,pun tak cuti. -_-' hehe.tak ada kaitan.
maka aku yang baru sahaja pulang ke rumah ahad lepas pun berpura2 dalam suasana cuti juga.setelah hujung minggu yang sungguh dramatik, serasa tidak puas duduk di rumah.maka aku membuat keputusan untuk pulang ke um selepas subuh.
selepas subuh?
tidur pun pukul 4,memang tak la jawapannya.mama kejut tak lut.hehe.maka aku sedikit lewat pagi itu.kelas pukul 9..sempat memang sempat.tapi persoalannya, siapa yang nak menghantar aku?semalam mama boleh buat lawak suruh balik naik ktm.waaaa..kalau nak balik rumah memang aku akan balik naik ktm, tapi untuk ke um balik , tidak~ tidak~
*dramatik sungguh*
boleh je sebenarnya.aku dah biasa redah ktm berjam-jam.berdiri berjam-jam.nak berhimpit berjam-jam pun boleh.asalkan sekeliling aku tu perempuan.kalau tak, tak kuasa nyah!makcik2 yang berpaut dekat aku pun aku boleh tahan lagi.hahaha.lawak
okay2, dah lari tajuk.
bila dah lewat bangun tu baru menyesal, kalau bangun awal sikit boleh gerak naik ktm sendiri.tak payah nak menyusahkan orang lagi2 mak aku pagi2 buta.mama offer nak hantar pergi um.aku sumpah risau gila.sebab mak aku ni jenis yang takut kalau drive sorang2, takut sesat satu hal lagi.ajak kakak aku teman dia sempat menjawab dalam mamai,
"mana boleh sesat."
cis!hampas kelapa punya kakak..orang suruh teman la mangkok.maka aku dengan berat hati turutkan jua hasrat murni mama untuk hantar aku.dah sampai siap boleh tunggu aku nak hantar aku pergi kelas lagi.oh aku terharu. :')
mengada kan?nak terharu lah bagai.haha.yelah, mana tak nya,aku tau mama aku dengan tak cukup tidur , dengan tak yakin untuk drive lagi.boleh lagi hantar aku.terus aku semangat nak belajar pagi tadi. *dan2 je* datang pun awal.yelah, dah ada orang hantar.hahaha
tapi petang tu layu pula.isk.tak boleh jadi ni.kena tahan juga sebab tak sia2 sahaja mak aku hantar pagi2.ingatkan nak habiskan kelas sampai ke petang.tapi fikir aku kena pulangkan buku kepada rakan, maka aku pun pulang.dalam keadaan serba salah juga. T.T
dan nasib memang menyebelahi aku.kelas yang aku rancang nak ponteng tu, BATAL.wahahaha! *ketawa suka hati*
maka petang tu habiskan masa untuk tidur.sebab tak cukup tidur malam tadi dan buat bekalan malam ni.aku ada dua test esok.dan tadi boleh berbuka dekat mid lagi.dan boleh tengok wayang lagi.
aku memang bungkus la esok~
apa-apa pun, setiap hari ialah hari ibu.
maka, selamat hari ibu mama. :)
oh syahdu lagi.
anak solehah~~
ReplyDeleteincik emak....T_T
ReplyDeleteaku xlayak jadi anak solehah la ain, banyak buat dosa
ReplyDeletezam, rindukahh?