Friday, May 22, 2009

penat

harini hari kedua aku pergi latihan kerja.

mungkin juga aku juara pecut kasut tumit tinggi.pagi2 buta dah keluar dari rumah untuk ke ktm.dan ya, ktm buat hal lagi~

hari pertama latihan aku lewat 10++ minit dan alangkah beruntungnya aku tak disuruh pulang.fuhh..kalau tak sia2 aku berlari

hari kedua juga berlari.dan aku tiba tepat pada masanya.tapi tepat sahaja tak cukup bagi mereka.mereka orang2 jepon yang menghargai masa.

d*myu kasut tumit.nak cari duit punya pasal takpe aku tahan je sakit...

tsk.memang susah ya nak mencari rezeki ni..

aku segan meminta duit dari mak ayah.ntah.tak tahu kenapa.nak harapkan duit pinjaman?tak dapat laa.biasiswa jauh sekali.

maka aku ambil jalan untuk mencari wang..bekerja selagi mampu..

kini, aku

penat.

serta

keliru.

apa dah jadi dengan rakan2 aku?kenapa boleh jadi macam ni?tiba2 aku sedih pula...

aku semakin penat setelah menerima berita keputusan subjek telah keluar.apa yang aku harapkan tak kesampaian..mana silapnya aku pun tak tahu.

aku pelik.aku baru saja menghabiskan masa dan bergelak-tawa dengan sepupu2ku sebentar tadi sehingga terlupa kesakitan kaki aku.lupa kali terakhir kami menghabiskan masa bergelak tawa.dalam 10 tahun mungkin?tapi kenapa gembira itu hilang sekelip mata?mungkin tuhan mahu mengingatkan kita.

jangan terlalu seronok sekarang , nanti menangis kemudiannya..

aku mahu tidur.tapi masih mahu menggagahkan diri menaip.

kerana fikiran tika ini sungguh serabut.

penat mungkin.


cukup2lah dengan hal dunia..

4 comments: