Saturday, May 30, 2009
nescafe
katanya nak berjaga malam.untuk...
menemani aku,
walaupun jauh..
lawak.
fuhh.tak tahan aku.
cair mak!
aku nak tulis gak kt sini.aku tak kira!
Monday, May 25, 2009
hawa
masa tu aku dalam situasi penat.dan tengah meluahkan keluh kesah pada kawan aku.dia yang ajak aku kerja ni.tapi boleh la dari tak buat apa2 cuti ni.haha!banyak benda boleh buat ain.kau je tak nak.
oh ya.aku punya kerja senang ja.scan barang.lepas tu kira2 barang.tapi penat dia,pehh..memang sepanjang masa berdiri dan panjat-memanjat tangga.hebat bukan naik tangga pakai kasut tinggi?kalau terjatuh memang best gila (bila la aku nak berhenti guna perkataan gila)
lepas ni selamat tinggal kasut.bila aku beli seluar yang lebih sesuai untuk kerja bulan 6 nanti boleh la aku pakai sportshoes.yeehaa!
otak pon jalan la jugak sebab kira manual ni.kalau dulu 3 darab 4 pun nak tekan mesin kira.(mesin kira?)
bwahaha!
ada seorang hamba Allah ni, yang bagi aku mempunyai tanggapan pertama (1st impression.haha!) yang aku tak berapa nak gemar.ya, aku dan tanggapan aku.boleh jalan la!haha.aku kalau tak suka memang aku akan dalam mode silent.bahkan aku tak ada usaha pun untuk mengenali sesiapa pun melainkan kawan2 aku yang sedia ada.
hari kedua itu.sipolan itu duduk dihadapan aku.dia duduk depan aku, tapi pandang belakang.okay takpa sebab itu hak masing2.tak ada pun arahan jangan pandang belakang(?!!) dekat situ..aku boleh pandang tempat lain.haha!
untuk distract diri sendiri dari mengomel dan menambah dosa membenci orang aku pun berkeluh kesah la dengan kawan aku.kan baru habis 1 sesi latihan mengira.dan antara bahan yang aku kira ialah segala-mala rempah dan serbuk2 cap alagappas la, giant la.bla.bla.
aku mengadu pada kawan aku .habis satu badan aku bau rempah!tadi bau sabun.hahaha!
tiba2.datang suara yang tak diundang.
"kalau dah bau rempah tu pergi lah masak"
ei?
ei?
aku kenal kau ke?
terus aku cakap ;aku tak reti masak.noktah.memang betul apa aku tak reti masak.
lepas tu dia dengan muka tak percaya "betul tak reti masak??" ada gak la dalam 3 4 kali.aku tak pekak lagi tau.tudung aku pun bukannya halang pendengaran aku.semua aku jawab dengan gelengan.
malas layan orang macam ni.buang air liur.
apa?kalau tak reti masak tak boleh belajar masak la?lelaki pun tak boleh tolong la?
oh.kiranya kalau perempuan tak reti masak tak layak jadi perempuan la?
urghh! *emo tiba2
memang la 1st impression kau best wahai lelaki.tak pasal2 aku dah prejudis terhadap kaum adam.ish!nanti aku nak kahwin dengan lelaki juga apa.haha!
okay2.cukup2 lah tu ain..dia sebenarnya nak sedarkan kau tu.lepas ni pergi berguru dengan mama.hehe
this is good
aku memang tak tau lagu2 yuna pun sebenarnya.hehe.malas nak ambil tahu.aku rasa aku suka lagi lagu ni daripada lagu dan sebenarnya.
*thumbs up*
bagi yang tengah serabut2 tu, layan dulu...
maybe what you need is a deeper conversation. *tiba2 je.takda kaitan pun* bwahaha
mengada nak speaking pulak.bersepah!
Sunday, May 24, 2009
ada apa dengan cinta?
kawan aku bagi benda ni.
ada benarnya
Are your palms sweaty, is your heart racing?
and is your voice caught within your chest?
it isn't love, its like.
You can't keep your eyes or hands off them,
am i right?
it isn't love, it's lust
Are you proud and eager to show them off?
it isn't love, its luck.
Do you want them because you know they're there?
it isn't love, its loneliness.
Are you there just cause its what everyone wants?
it isn't love, its loyalty.
Do you stay for their confessions of love, because you don't wanna hurt them?
it isn't love, its pity.
Are you willing to give all of your favorite things for their sake?
it isn't love, its charity.
Are you there because they kissed you, or held your hand?
it isn't love, its unconfident.
Do you pardon their faults because you care about them?
it isn't love, its friendship.
Do you tell them everyday they are the only one you think of?
it isn't love, its a lie
then what is LOVE??
dalam tak sedar, benda2 macam ni la yang selalu buat aku fikir.
dan aku endup sakitkan hati orang lain. :(
do i love him/her? cause i dont even know what LOVE means.
1 yang pasti,
cinta yang paling agung adalah pada Yang Mencipta.
no doubt on it
:)
Friday, May 22, 2009
penat
mungkin juga aku juara pecut kasut tumit tinggi.pagi2 buta dah keluar dari rumah untuk ke ktm.dan ya, ktm buat hal lagi~
hari pertama latihan aku lewat 10++ minit dan alangkah beruntungnya aku tak disuruh pulang.fuhh..kalau tak sia2 aku berlari
hari kedua juga berlari.dan aku tiba tepat pada masanya.tapi tepat sahaja tak cukup bagi mereka.mereka orang2 jepon yang menghargai masa.
d*myu kasut tumit.nak cari duit punya pasal takpe aku tahan je sakit...
tsk.memang susah ya nak mencari rezeki ni..
aku segan meminta duit dari mak ayah.ntah.tak tahu kenapa.nak harapkan duit pinjaman?tak dapat laa.biasiswa jauh sekali.
maka aku ambil jalan untuk mencari wang..bekerja selagi mampu..
kini, aku
penat.
serta
keliru.
apa dah jadi dengan rakan2 aku?kenapa boleh jadi macam ni?tiba2 aku sedih pula...
aku semakin penat setelah menerima berita keputusan subjek telah keluar.apa yang aku harapkan tak kesampaian..mana silapnya aku pun tak tahu.
aku pelik.aku baru saja menghabiskan masa dan bergelak-tawa dengan sepupu2ku sebentar tadi sehingga terlupa kesakitan kaki aku.lupa kali terakhir kami menghabiskan masa bergelak tawa.dalam 10 tahun mungkin?tapi kenapa gembira itu hilang sekelip mata?mungkin tuhan mahu mengingatkan kita.
jangan terlalu seronok sekarang , nanti menangis kemudiannya..
aku mahu tidur.tapi masih mahu menggagahkan diri menaip.
kerana fikiran tika ini sungguh serabut.
penat mungkin.
cukup2lah dengan hal dunia..
Wednesday, May 20, 2009
aku, obsess membaca entri sendiri
You're standing at my door
Guess this means you take back
All you said before
Like how much you wanted
Anyone but me
Said you'd never come back
But here you are again
'Cause we belong together now, yeah
Forever united here somehow, yeah
You got a piece of me
And honestly,
My life (my life) would suck (would suck) without you
Maybe I was stupid for telling you goodbye
Maybe I was wrong for tryin' to pick a fight
I know that I've got issues
But you're pretty messed up too
Either way, I found out I'm nothing without you
'Cause we belong together now, yeah
Forever united here somehow, yeah
You got a piece of me
And honestly,
My life (my life) would suck (would suck) without you
Being with you
Is so dysfunctional
I really shouldn't miss you
But I can’t let you go
Oh yeah
'Cause we belong together now, yeah
Forever united here somehow, yeah
You got a piece of me
And honestly,
My life (my life) would suck (would suck) without you
'Cause we belong together now, yeah
Forever united here somehow, yeah
You got a piece of me
And honestly,
My life (my life) would suck (would suck) without you
My Life Would Suck Without You - kelly clarkson
-----------------------------
i know you dont read this.and have no intention to showing off
saja letak , knowing that i love you this much when i read it again 2, 3 or even 10 years later
corny? i know
:)
beauty is pain
Friday, May 15, 2009
bebel2 yang tertangguh
setelah 2 minggu aku cuti, baru2 ni je dapat keluar bersama ain dan rakan2 sekolah.wahh..rindu~haha
mael (bukan nama sebenar) selaku pemangku president persatuan pembuayanas telah semangat mengendalikan perjumpaan tersebut.sebagai pemerhati, aku , ain , dan zatie hadir untuk mengawasi mereka supaya tidak mengganas dipawagam.haha!
ahli2 yang lain ialah .....tengok gambar la
aku sampai paling awal (ajaib tapi benar) biarpun aku menaiki ktm yang suka buat kepala sendiri tu.haha! di ikuti dengan anep ,mail dan zatie.yang lain lambat sikit.
kami menonton 2 cerita hari itu.(aku, zatie, senk dan mail)
cerita pertama,
ANGELS AND DEMONS
fuhh..memang aku suka betul cerita tu.memang dia banyak cerita pasal agama tapi jalan cerita dia memang hebat.mula2 tu macam blur la jugak sebab banyak sangat unsur ilmiah.gabungan fizik dan sejarah serta kaitan antara sains dan agama yang kita sedia maklum sering sahaja ada percanggahan.(poyo betul ayat)
saranan aku, sila tengok dipawagam.dan bersedia untuk membeku kerana cerita tersebut memakan masa 2 jam++.aku sampai buat senaman dalam pawagam.nampaknya lemak2 sahaja tidak mencukupi untuk membekalkan haba.(okay2, aku mengarut)
lepas habis menonton kami makan~
dengan harapan dakota fanning tidak mengecewakan kami.aku pun layan je la.mengisarkan cerita manusia istimewa yang mempunyai kuasa psikik.
dan sungguh mengecewakan, cerita ini hanya boleh di senaraikan antara cerita yang hanya patut di muat turun.jangan tertipu disebalik poster yang boleh kata hebat itu.sungguh ajaib sebab aku yang sudah 24jam tak tidur masih lagi terjaga menonton cerita tersebut semata2 mengharapkan kesudahan yang lebih mengejutkan.tapi kecewa sungguh.
hambar lah kau ni!
maka dengan hati yang kecewa (dramatik) kami pun pulang.aku bersama dengan zatie pulang bersama.lama betul kami tak berborak sakan.wehuu.sepanjang perjalanan ke stesen ktm klang kami berborak.
esoknya..
aku pergi menonton wayang dengan mus pulak.(tak ada life ke aku ni?haha)
kali ni, ceritaa x-men.
aku memang suuuukaaaaa gila x-men.kartun yang membesar sekali dengan aku.aku sampai jadikan opening theme song dia sebagai ringtone handphone masa dulu2.letak poster dia dekat meja.macam2 lagi la.hahaha.maka aku mengharapkan xmen kali ni lebih baik dari x-men 3 yang macam hampeh tu.
xmen kali ni memang lebih bagus dari xmen 3.but i prefer xmen and xmen 2 tho.grafik pon tak berapa nak real sangat..but the storyline is much3 better than xmen 3.
aku sebenarnya dah lama tunggu cerita ni. sebab....
gambit!!
oh my!siapa perempuan yang tengok xmen kalau tak cair dengan gambit tak tau la aku.dengan cajun(french) accent *chere!* dia.card trick dia lagi.ish.mata pelik dia lagi.suara dia lagi.stick dia lagi.
ingatkan dapat la aku ubat kekecewaan sebab watak gambit tak ada langsung dalam tiga2 cerita xmen sebelum ni.tapi bila tengok poster dia aku kecewa.
mamat mana pulak ni!!?
tak nak tengok laa!!tak sesuai langsung!boikot xmen origin!bwahaha
tapi aku tengok juga atas saranan rakan2..tapi bila dalam cerita dia...
lain pulak si gambit ni!!tengok sendiri
ain..ain..mula lah tu..*geleng2*
tak cool langsung..haha!
dalam cerita ni.aku nampak la yang mereka2 ni memang nak cari duit je.haha!mana tak nya.tiba2 ada pelakon korea berlakon dalam cerita ni.mesti la orang korea nak tengok kan?aku tengok pon sebab dia la.hehe.masa tu tak tau lagi gambit se-hot ni.hehe.
cerita ni memang layan..action dalam cerita ni serius mengingatkan aku yang aku gila2 dengan xmen dulu2 kala.(sekarang pon)
tapi aku tak boleh nak membenci mutant yang jahat dalam cerita ni (agent zero si pelakon korea tu dengan wade yang pegang pedang sebelah gambit tu) mereka terlalu hot untuk di benci.tengok cerita ni buat aku bo-layan mus kat sebelah.kesian dia~
hahaha!
pengajaran yang aku dapat, jangan menilai cerita melalui posternya.haha
aku sudahi entri ini dengan video gambit (lagi?)~duh!
ps:aku sibuk tengok cerita kartun xmen dekat utube.jom!!2 more series to gooo~
aku sorang je ke yang batak xmen? -_-'
Tuesday, May 12, 2009
kusess - a sweet memory
Your first day in KUSESS was:
aku teruja.serius ni!bukan ape.macam waaahh..ini ye sekolah asrama.sebab dua2 famili aku tak da seorang pun yang sekolah asrama.yang pastinya aku kena tegur dengan senior sebab pakai tudung selimpang masa pakai baju sukan.hahaha!mana la aku tau.ampun2.
Your last day in KUSESS was:
bangun lambat la jugak sebab malam sebelumnya sebuk berborak.hehe.kemas2 apa yang patut.bila tengah sibuk2 suruh clear barang aku sebuk tangkap gambar dengan semua orang.rindu.lepas dah siap kemas lepak kejap.pastu pergi jalan2 keliling dewan dengan seseorang~haha.lawak la pulak.lepas balik je mak sampai.syahdu la pulak bila tengok belakang masa balik tu.
overall, my lastday in KUSESS was kinda sweet~
Best memory:
banyak la best memory aku.ikut form la
f1 -
ada kem btn dekat pahang kot.aku ikut pipat dengan sya.sebab ayah aku amek tender bas dengan btn ingatkan nak jumpa ayah kejap tapi tak sempat pun.tapi best gila.kem tu macam budak nakal pastu perempuan pulak tu.heaven!nak freehair pon senang.asrama dia best.bila masuk hutan lagi best.lenjan habis sungai.rindu la pipat~
dorm aku masa f1 dorm otai.haha.aku suka gila dorm masa f1.sodom beramai2 sambil ketua kerohanian jaga line.amacam?escape tak payah cerita la.senior ajak.f1 dah kena panggil dengan bili mt.sebab abang angkat.kecik2 dah pandai buat hal.selambe!
f2-
aku dapat masuk team netball~suka sangat walaupun aku tak da la hebat mana.best2!
f3-
exam year.tapi mesti la yang best masa pasca pmr.hahaha!himpun 1 batch dalam bilik study dekat aspura mana tak gamat.aku ingat sampai bila2 masa ada budak perempuan kantoi makan dengan budak laki.masa tu kan puasa.hahaha!
f4-
yeah.honeymoon year lah kononnya.aku sangat gila dengan kadet polis masa ni.sampai ke kebangsaan aku. (bangge kejap) hampir setiap masa aku legam.hehe.kawad lagi.netball lagi.skandal lagi *teett!* mana ada weh.
f5-
ouh.masa ni la seronok.senior la katekan.tapi aku tak buli budak okayy.budak dorm aku siap panggil aku mami lagi (keibuan tak aku?wakaka!).takda kak2 ni.haha.masa jadi ketua dorm lagi la.boleh pegi lambat~aku amek masa ni untuk tido.bukan check2 dorm pon.hehe.ohh!terlupa.aku suka gila masa semua f5 1 dorm.lepak dekat dorm amal~pastu boleh pakat escape2 lagi.hehe.rindunya.sob3
Worst memory:
f1-
kantoi sodom.aku kena rotan dengan umi.aku ingat lagi aku orang pertama mengaku.macho tak?hahaha.best gak sebenarnya.takda la worst pon
f2-
ini paling best la.aku kena ragut dengan samseng india kuala selangor.#$%&!@.bukan takat ragut je.siap pukul2 lagi.yang sedihnya sekolah macam biar je.ikut hati mak dengan ayah aku nak saman dah.
f2 juga aku dapat surat merah~ kata mereka aku tak hormat senior.sebab aku rapat sangat dengan diaorang.hehe
ohh!!aku dapat parut kusess masa ni la!baru ingat.jatuh kat tar mase practise.belum sempat baik dah jatuh lagi sekali dekat tempat yang sama.waaaa!
f3-
tak ingat
f4-
ouh.aku turun kelas.dari delima ke intan.sebuk sangat ber-kedet-polis ini lah akibatnya~haha
f5-
pressure masa ni sebab insiden 'aku-lupa-kawan-plus-aku-dahulukan-bf' dan lagi satu insiden bodoh.hahaha!.tapi aku okay je.benda tu kan sebahagian dari kehidupan.dari sudut positifnya aku kenal la perangai orang macam mana.tahu bezakan keikhlasan dengan kepura-puraan.poyo kejap.hehe
Best food:
lauk ayam semestinya best!lagi2 ayam sambal.pedas dia terangkat beb.puas hati.pastu bila outing beli kat pasar malam sampai nak senget bahu bawak.hahaha.over kau ni.lepas tu mesti beli untuk 2 orang.gatal~hehe
Worst food:
ntah.biase je.aku telan je.nak idop punya pasal.hahaha
Favorite place:
5 tahun aku dok kusess katil aku mesti best.hahaha!
tempat duduk aku mase dalam kelas mesti belakang.memang sedap la nak tido.nak2 lagi ada kipas stand tu.aku ingat lagi malil sergah meja aku bila aku tidur dalam kelas masa f5.memang meletop la.dia ingat lagi sampai sekarang aku mengamuk macam mana tu.masa cikgu tak ada dengan masa rehat sangat berharga okayy!hehe.jeles la tu tengok aku tido.kekadang dating pon ada orang kejut.*teett!*gatal lagi.hehe
Least favorite place:
ada ke?*tunggu la aku fikir nanti*oh.aku tau.public fon!aku penat2 beratur satgi mpp suruh naik.cait!
Favorite activity:
· Prep malam.cuci mata melihat orang pakai baju melayu.haha!aku suka tengok laki pakai baju melayu okay.ok2.tu pekara ke dua la.aku bole la buat keje dengan tenang.
· acara berebut nasi lemak kak zah!yeah!!
· prep pagi ahad.lepas tu boleh pergi gerai~*ish!ape aku cakap pasal makan je ni?*
· Camping- camping f1 dengan f5 best gila!nak mandi sungai~
· aku suka jogging!pelik bukan?masa tu la aku boleh keluar peluh.pastu naik je tido.fuhh...layan weh!
· aku lagi suka masa family aku datang pastu buat mini picnik berbanding balik bermalam.sebab masa tu mesti mama masak spesel sikit.waaaa~rindu lagi
· anjal.tak kesah la spm ke pmr.macam2 ragam boleh tengok dalam 1 dewan tu.haha!
· buat backdrop!hahaha.tak kesah la nak kata aku semangat ke tapi seronok.cikgu faridah mesti belanja.pastu escape kelas lagi.wehuuu
Least favorite activity:
· lepas balik bermalam.mesti nak kelam kabut je.ada perjumpaan la apa la
· segala mala perjumpaan
· inspection asrama.tapi masa tu la aku beriya kemaskan loker
· spotcheck.aku ada banyak benda2 yang sepatutnya disorok.hehe.tapi tak kantoi laa.hebat bukan?
Proudest moment:
wakil selangor camping kadet.ape yang nak dibanggakan aku pon tak tau.tapi selangor johan tau!mak aku siap potong lagi gambar kontijen selangor dekat surat kabar.hehe.nasib baik gambar aku menyelit sikit nampak.
Shameful moment:
aku gi tendang anep ban!sape ingat.hahahah!kesian2
Most valuable thing you learnt:
persahabatan!lagi satu, tak ada yang boleh ganti memori kau kat sekolah.
One thing you wish you had done:
aku nak cakap pasal spm tapi aku rasa aku memang tak layak pun fly.so tak de pape kot!haha
----------------------------------------
secara keseluruhannya,aku dapat lalui semua pengalaman, dari yang nakal sampai la yang baik.err.baik tu macam tak je.haha!yang pahit masa bila kena ragut, kena pulau lah.macam2.tapi bila fikir balik, benda tu akan jadi lagi manis bila kita tengok dari sudut lagi satu.contoh bila kena ragut tu ramai rupanya yang care pasal kita.bila kena pulau tu masa berbaik lagi seronok.wahh..positif aku ni.tak sangka.
dan memori masa sekolah ni lah, tak kira yang indah tau tak, aku tetap akan tersenyum bila terkenangkan balik.
orang2 yang dah mewarnai hidup aku masa di KUSESS dulu, terima kasih :)
Monday, May 11, 2009
sejak bila aku jadi pengkritik ni?
oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh
by: Yuna-Dan Sebenarnya
-----------------------------------------------------------
macam biasa la.aku suka lagu ni mula2 sebab muzik dia.n i adore girls that can play guitars. wiwit~.tapi bila tengok lirik balik , aku dok bayangkan jadi orang yang dalam keadaan tu.susah gak.uih,terseksa la pulak.
tapi bila part "ku rebah , jatuh ke bumi" tu macam ...erk!hiperbola disitu.ok2.aku faham la,itu metafora..hehe
apa2 pun.lagu ni memang layan..tepuk sikit!
pengajaran yang kita dapat hari ini, jangan cuba2 untuk benci orang lain sangat2 okeh!.hahaha!
pasni aku nak tengok lirik superhuman pulak.hehe *obses*
bebel2 bersama ain:aku baru tau adik laki aku attend guitar classes!mane aci ayah!
Saturday, May 9, 2009
malu tapi mahu
selamat hari ibu, puan fatimah binti mohd ajib.
susah betul nak cakap sendiri.sememangnya bukan kebiasaan bagi keluarga aku untuk mengekspresikan kasih sayang secara terang-terangan (huh!kalau dengan bf boleh pulak kau nak ber-i-love-you -_-').
selalu mesti aku berikan mesej atau buat panggilan. tapi kalau aku ada dirumah apakejadahnya nak berbalas mesej atau panggilan.
cukup bukan sekadar aku sendiri tahu bahawasanya aku sayang akan ibu aku?cukup kan?
tak perlu kan nak pakai t-shirt bertulis "saya sayang mak saya", seperti yang dijual di jalanan?
mungkin perangai aku yang pemalas (merangkumi kuat tidur dan makan), kurang bijak, perhabis duit ini melambangkan kasih sayang aku terhadap ibu aku.
aku harap aku akan jadi seorang ibu yang tabah seperti ibu aku suatu hari nanti.
you know i love you ma!hehe.
E-class,
dari anakmu yang panas baran ini. <3
sesi terlebih fikir bersama ain:aku tak faham motif aku buat entri ni.hahaha
mungkin juga
atau dalam perkataan universalnya,
hipokrit (dieja dengan satu 'p' dalam bahasa melayu)
perkataan ini membuatkan aku tak henti2 berfikir (hobi agaknya) dan tak boleh tidur.
ke sebab kopi yang aku minum tadi?
aku dalam penafian...letih betul
Thursday, May 7, 2009
t*hi punya firefox.aku penat buat benda ni 2 kali tau
001.REAL NAME : Farain binti Ahmad Fuat
002.NICK NAME : ain, mami, ain ahfu.
003.AGE : 20
004.ZODIAC SIGN : pisces
005.MALE or FEMALE : female
006.ELEMENTARY : tadika wonderkids
007.MIDDLE SCHOOL : sekolah kebangsaan (1) jalan meru.klang.semua adik beradik aku sekolah situ
008.HIGH SCHOOL : sekolah menengah sains kuala selangor
009.COLLEGE : UM.tempat kejatuhan aku.hahaha.
010.HAIR COLOUR : hitam
011.LONG or SHORT : sederhana
012. Loud or Quit : tengok mood
013. Sweats or Jeans : jeans
014. Phone or Camera : dua2
015. Health Freak : aku cerewet sikit kalau bab makanan.aku nak makan makanan sihat.fastfood bila tengah tak betul.aku anti minyak.mama kata aku ni kecoh lebih.hehe
016. Drink or Smoke: no no no noooo
017. Do you have a crush on someone : takda.pelik tak?tak kan?
018. Eat or Drink : both.kita hidup untuk makan!hahaha
019. Piercings : ada
020. tattoos : say tak nak!
021. Social or Anti-Social : sosial dengan yang kenal sahaja.
022. First Piercing : mak aku kata aku sibuk nak tiru akak aku tindik.akibatnya satu mall tu dengar aku meraung.hamek kau!
023. First Relationship : form 2.isk3.terasa bodoh je masa tu
024. First Best Friend : ada seorang masa aku tadika yang aku nak sangat jumpa dia.aku tadika cina.maka susah nak dapat kawan melayu.dia wirawati aku weh!
025. First Award : anugerah pelajar contoh masa sekolah rendah.naif.sungguh (wakaka!)
026. First Kiss : dengan ayah aku kot
027. First Pet : banyak sangat la.
028. First Big Vacation : tak ingat.
029. First Love at First Sight : hehe.adalah~ rahsia.nak tau mesej aku
030. First Big Birthday : aku malas nak fikir.haha
currently...
031. Eating : alamak.tadi aku makan 2 senduk nasi bersama lauk sambal ikan bilis yang hampir sama banyak dengan nasi.kangkung goreng.kepak ayam 2 (ke sebenarnya 3?).roti butterscoth 2 keping.dan emping yang banyak gila.perlu ke makan lagi?
032. Drink : ribena.ada orang minum ribena aku yang aku minum tak sampai separuh dalam peti ais.warghhhhh!
033. Excitement Level: kosong.aku tengah cari mana excited tu dah pergi
034. I'm about to : garu kepala lagi
035. Listening to : superhuman! aku cair wehhhhh. *tiba2 je*
036. Plan for today : walaupun ini dah penghujung hari, semoga hari ini lebih baik dari semalam
037. Waiting for : mesej seseorang.*teet!*
038. Energy Level : penuh dengan tenaga yang bakal bertukar menjadi lemak.aku perlu jog.kritikal
039. Thinking of Someone : mesti.memikirkan punca pergaduhan.haih
040. Want Kids? : walaupun aku bukan la a big fan of kids like other girls, tapi aku tetap nak anak tau
041. Want to Get Married? : nak la!
042. Careers in Mind?: jurutera.jurutera.haha.apa yang seronok sangat aku pun tak tahu
Which is better in the boy/girl you like..
068.Lips or Eyes? : eyes.aku tak suka bibir sebab banyak bibir lelaki (mus pon) hitam sebab rokok.benci!
069. Romantic or Funny? : dua2.aku tak kira!
070.shorter or taller : taller.ikut sekarang la
071.Protective or Caring? : aku tamak.maka dua2.hahaha
072. Romantic or spontaneous : depends
073.Nice Stomach or Nice Arms? : aku tak kesah la
074.Sensitive or Loud? : ntah
075.Hook-up or Relationship? :tak suka.
076.Trouble Maker or Hesitant? : hesistant.aku ni selalu timing tak betul kalau buat jahat.maka teragak2 sikit la
Have you ever..
080. Lost glasses or contacts : yep.
081. Ran away from home: masa kecik2 dulu.tapi sampai pintu rumah je.tah apa yang aku fikir aku pon tak tau.
082. Held a gun/knife for self defence : dulu masa lepas kena ragut aku simpan pisau lipat.tak pernah guna la tapi.hahaha
083. Killed Somebody : dalam game boleh tak?
084. Broken somenone's heart : pernah.saya jahat!
085. Been arrested : kalau kat sekolah ada la
087. Cried when someone died : kucing mati pon aku mati.apa tah lagi orang.
Do you believe in..
089. Yourself : itu pekara asa untuk hidup la.kalau tak, tak guna hidup
090. Miracles : ye!saya berharap ia berlaku sekarang!hahaha.
091. Love at first sight : mesti la.tapi mesti mula dengan suka.bukan cinta.kalau tak kem salam je la
092. Heaven : mudah2an aku ditempatkan disana
093. Santa Claus : kamon la.logik la wei
094. Tooth Fairy : tak
095. Kiss in The First Date :ni mesti quiz orang kapir ni.bongok
Truthfully..
097. Is there someone you would want to be with right now? :yes.dan tengah bergaduh lagi.
098. Are you seriously happy with where you're in life now? : kalau serius, gembira.kalau tak serius, aku tak gembira sebab aku tak berduit masa cuti.ohhhh.malangnya nasib kau ain
099. Do you believe in God? : mesti la
Sunday, May 3, 2009
haloba
rindu akan sesuatu yang aku tak dapat.hahaha
dah la.lupakan je la ain~ *ceit,aku teringat je la!* apa masalah kau ni cakap sorang2?
kan betul, manusia tu tamak?