Showing posts with label terlebih fikir. Show all posts
Showing posts with label terlebih fikir. Show all posts

Monday, September 20, 2010

memikirkan hal ini semasa memakai foot detoc.

selamat kembali - itu yang aku rasa blog aku akan cakap agaknya kalau dia boleh bercakap.


lama rasanya aku tak menaip. *itu yang aku cakap setiap kali aku datang dengan entri yang entah apa-apa* sekarang aku jarang betul menulis entri. blogger lain jarang menulis entri mungkin sebab sibuk, tapi aku sebab keterujaan untuk menaip selalu hilang.

hahaha

padahal sebenarnya aku tak tahu macam mana nak menggambarkan setiap apa yang aku rasa dalam bentuk penulisan. dah banyak draf dah.

tapi tiba-tiba je aku rasa nak menaip tadi. dan-dan nak menaip padahal kerja satu pun tak buat lagi. ah!tu pekara biasa bagi perempuan bernama ain ni.

semua gara-gara ini!

tadi aku kira duit raya.haha

mengejutkan sungguh. tahun ini duit raya bertambah pula berbanding tahun lepas.adakah aku semakin tampak muda?HAHA.itu mustahil.

rupanya sebab aku beraya rumah ain amin dapat duit raya. *weehuu* dan kakak aku yang baru saja diberhentikan kerja (kasihan) baik hati sebab bagi duit raya tahun ni. perasaan aku; terasa semakin muda remaja.bahaha

sambil mengira duit raya yang tak seberapa itu aku terfikir; aku dah sepatutnya menyimpan duit untuk masa depan.

tak gitu?

bermulalah masa untuk aku berfikir lebih.haha

aku ada kerja sebelum ini.dah kerja dua kali untuk stocktake tu.gaji dia boleh tahan jugak. apa yang pasti masa mula-mula aku kerja dulu aku tak terfikir pun nak saving.sekarang baru terfikir.

dan lumrah manusia juga yang tak pernah nak puas dengan apa yang dia ada.sama juga seperti aku. tapi dalam pada aku nak membeli tu, semuanya tak terbeli.hahaha.dah lama aku tak membeli baju baru (bukan baju kurung ye -_-). masih tegar lagi pakai baju kegemaran masa form 3 tu dengan pinjam baju kakak aku.hahaha

hakikatnya,
aku tak rasa senang berbelanja untuk pakaian.padahal membeli pakaian lah cara paling kita nampak duit kita mengalir kemana (ni pendapat aku la).duit aku banyak habis untuk berhibur.berhibur dalam erti kata lainnya, menghiburkan hati sendiri.ahahaha

contoh paling mudah, makan makanan yang sedap-sedap.jyeahhh!sampai kadang-kadang mus kata aku selera besar.ciss.saja nak membahan lah tu.sampai aku pernah terasa sebab rasa macam mewah sangat bab makan. :( tapi dengan cara itu aku dapat rasa puas hati.alah sekali sekala boleh kan?bukan la sampai beratus cuma tak padan dengan status aku sebagai pelajar.guna duit sendiri tak apa rasanya.hehe

orang tua-tua pun selalu cakap, berhabis untuk makanan tak apa.

lepas tu,satu lagi yang menghalang aku untuk spending lebih-lebih sebab aku ada satu hajat yang tak kesampaian.dulu kononnya nak kumpul duit untuk cat myvi kesayangan mak aku yang dah teruk dikerjakan aku dengan kakak aku tuu.kesian aku tengok.hmm..

yang mampu cuma belikan set pinggan mangkuk biasa-biasa je masa gaji haritu. tu pun sebab dah terpecahkan satu pinggan kesayangan mama baru terfikir.hahaha

kalau lepas hajat yang satu ni..rasanya baru aku puas hati agaknya..

sambil menaip aku dengar lagu ni.rasa macam kena pulak dengan situasi.



"We felt our money gave us infinite power"

sad but true, i hate the fact that i cannot stand having no money at all.

selamat menabung untuk masa depan!babai

Monday, August 2, 2010

kaitan graduasi dengan teman/sahabat/kawan blablabla

okay, sejahtera keatas kamu semua.

memandangkan sekarang tengah seronok-seronok pesta konvo dekat universiti kesayangan aku ni, aku kembali lagi dengan entri yang entah apa-apa.mungkin kali ini cik weda kita perlu bersedia untuk membaca entri ini dengan mood yang serius.ahaha..okay-okay melalut


apa yang kita dapat kaitkan graduasi dengan teman?kalau dijadikan topik diskusi pastinya tak kemana diskusi itu.sebabnya senang je, aku sorang sahaja yang fikir lebih pasal benda ni.hahaha


seronok,

serius seronok (melampau) tengok orang lain graduasi.kita yang tak kenal pun boleh tumpang gembira sekali. (ini kalau jadi aku lah, aku suka observe sorang-sorang.lepas senyum sembunyi-sembunyi.haha)


seronok, tapi aku lama (lama as in betul-betul lamaaaa) lagi nak nak tiba ke saat itu. :( entah-entah kena extend.okay, taknak fikir.itu cerita lain.aku ni selalu ingat aku tak punya ramai kawan dekat um ni. aku membayangkan masa hari aku graduasi nanti aku sambut dengan siapa agaknya?padahal lama lagi ni.dah fikir ke situ.hahaha

aku pernah datang hari graduasi seorang dua senior masa aku first year (second year tak pergi langsung) senior aku ni memang seorang yang inspiring, baik, dan sangat berdedikasi. bayangkan kitaorang (aku bersama rakan-rakan yang lain) sanggup meredah hujan semata-mata untuk menghadiri hari graduasi mereka. kiranya senior aku tu telah memberi pengaruh yang sangat kuat kepada kami-kami yang datang tu lah. wah~ semangat betul aku duk cerita.

biarpun kuyup, ku redah jua.haha

kesimpulannya senang je.aku nak hari graduasi aku ada suasana sebegitu rupa.tapi macam susah je. kawan-kawan aku di uni aku ni kebanyakannya jurusan mereka tiga tahun.aku pulak ampat tahun maaa. yang jurusan 4 tahun dan lagi lama semua jenis oversea graduates.mesti mereka yang dah graduate awal dah sibuk kan.nanti tak ramai yang boleh baling-baling topi ramai-ramai (macam gambar awal-awal tadi) wah! tingginya angan-angan aku.setinggi topi graduasi yang dibaling tu.hahaha.

aku terpengaruh dengan drama-drama dekat tv lagi.adoi!

padahal aku punya uni life tak menarik langsung.kalau ada graf kehidupan, aku rasa uni life aku cuma banyak kejutan-kejutan dari segi akademik ajelah..(banyak sangat yang negatif, aku kira) aku tak mahu berkawan, itu belum lagi termasuk kegarangan mimik muka yang semulajadi yang telah menyebabkan orang takut dengan aku.HAHA!

maka harapan ajelah aku nak ber-hari graduasi yang memorable.kasihan~
atau pun, mungkin juga kawan-kawan aku yang sudah kerja masa tu boleh belikan aku bunga atau beruang graduasi ke.boleh kan,kan?(angan-angan lagi.kasihannya engkau, ain)

sorry atas ke-excited-an aku yang melampau ini.hahaha.aku memang macam ni.bagi yang sedang di tahun terakhir, semoga berjaya!tahun depan aku boleh datang bila kome graduate nanti.hehehe


salam graduasi daripada aku,

seorang pelajar yang malas.

Monday, May 10, 2010

since when studying becomes so stressful?

alala.comel lah pulak.

salam :)

sudah hari keberapa aku berada aku berada di rumah.

semester khas dah pun bermula.

tapi rasa frust aku masih berbaki.semester lepas was tough.



.very tough.



aku cakap benda yang sama setiap semester, tapi kali ini betul-betul punya.mungkin semester yang lepas-lepas aku cakap belajar susah, tapi aku ada jugak main-main masa study week. sekarang ni aku tak tahu nak buat macam mana lagi dah.

semester lepas, tak pernah-pernah aku jejak library untuk study, aku dah pergi.semata-mata untuk belajar.kondusif habis belajar.pergi pulak tak ada teman. (aku pernah pergi berteman, tak jalan langsung belajar -_-') seronok bila kau dah dapat cover semua chapter *nampak sangat aku tak pernah habis belajar.hahaha* siap buat latihan lagi.


alih-alih masa exam , tak boleh jawab.


siapa tak stress.siapa? (emo pula)


dan satu yang aku masih tak dapat atasi sampai sekarang ialah, to let go of something. contoh kalau kau tak boleh buat untuk paper tu, frust aku menonggeng-nonggeng berhari-hari.akibatnya, terjejaslah semua paper yang selepas tu.

teringat dulu masa spm aku frust buat kertas dua sejarah, menangis sakan dalam dorm.nasib baik sejarah kertas dua antara paper yang akhir.

semua cakap,

"tak apa, benda dah lepas, fokus untuk subjek seterusnya."

dan cakap itu lebih senang dari melakukan.tak gitu?
sampai sekarang tak boleh atasi masalah ni. -_-'


oh ye, tak lupa juga kepada masalah blank tiba-tiba, benda ini jadi masa aku mula masuk um.bahana study last minit agaknya.

kali ini punya blank aku rasa paling dasyat.terjadi masa last paper aku.aku punya kondisi untuk belajar masa tu tip-top habis.

tidur cukup,
siap ada break lepas 2 jam study.


alih-alih, aku cuak.

.nervous.

padahal ada 3 4 jam lagi sebelum paper. :(
membazir je masa tu..

masa exam rumus simple habis pun tak ingat.

aku punyalah blank sampai aku dok sebut

"mak, macam mana ni mak..?"

sebut berulang-ulang kali depan buku..haih..


bukan apa, teringat kat mak aku yang letak harapan sangat tinggi.sampai tak kasi aku balik suruh belajar.belajar, dalam konteks sekarang bermaksud, STUDY HARD. sebab mak aku rasa terms 'study smart' tak boleh pakai untuk aku. -_-'

mak jugaklah yang backup kitorang (aku dan kakak) yang sampai sekarang tak habis belajar lagi. sebab ayah aku mungkin tak sabar nak merasa duit gaji anak-anak dia ni. padahal aku lama lagi kut nak habis.mungkin sebab aku nampak (bukan nampak, memang pun) lagi besar dari kakak aku, ayah ingat aku punya umur dah sepatutnya bekerja.. -_-

aku faham, ayah tak faham sangat sebab mak ayah aku pun belajar tak tinggi mana.kerja pun mula dari bawah.

okay, aku dah lari tajuk.-_-

----

senang cerita,

aku tak yakin langsung dengai result aku kali ni, serius tak nampak sinar.haih~
bilalah aku akan berhenti fikir pasal benda ni.


aku rasa semua rancangan-rancangan tv yang tunjuk uni's life *lagi-lagi malaysia punya rancangan* overrated-lah.mana boleh berpoye-poye dekat universiti and still score at the same time?certain people bolehlah.

dan berapa banyak orang yang Allah kurniakan kebolehan cepat pick-up tu. tak ramai, aku rasa. itu pun kalau mereka gunakan sebaiknya.


woi apesal aku serius sangat ni? *cakap sorang-sorang lagi -_-'*


bukan apa, aku cuma teringat masa dulu, the time that learining used to be fun.aku suka sangat lagi-lagi biologi dengan fizik (kombinasi yang aku rase tak padan).teringat cikgu aku terangkan flow sistem dalam badan lepastu kaitkan dengan agama.memang terbaik.gila kagum aku.kalau fizik pulak bila dapat faham puas hati gila.hahaha!.tak kisah lah markah cukup-cukup makan.asalkan faham.(okay ini tipu, frust jugak kalau markah tak tinggi.hehe)


sekarang pun seronok jugak.malangnya rasa seronok datang lambat pulak.datangnya bila study week. dan stress semasa exam mestilah overshadowed rasa seronok itu.(ini yang aku rasa lah)

----------------------------------------------------

panjang pulak aku menaip perihal belajar ni.


semua gara-gara semalam mak aku tiba-tiba memory lane tunjuk baju skrit aku *skirt siuttt* masa umur 3 ke 4 tahun tak ingat. baju tu dipakai masa hari pertama aku ke tadika.
aku mengamuk sakan satu taman, siap panjat grill rumah sebab nak pergi sekolah. padahal tadika umur 5 atau 6 tahun je.aku sibuk-sibuk nak pergi jugak -_-'

kecil lagi,tapi dah sibuk nak belajar.


bila dah besar tak pulak..





i better learn my lesson...this time

babai!

ps:ini belum masuk ilmu akhirat.kena seimbangkan jugak kan?

Wednesday, April 14, 2010

i am sorry

You're not alone
Together we stand
I'll be by your side, you know I'll take your hand
When it gets cold
And it feels like the end
There's no place to go
You know I won't give in
No I won't give in

Keep holding on
'Cause you know we'll make it through, we'll make it through
Just stay strong
'Cause you know I'm here for you, I'm here for you
There's nothing you could say
Nothing you could do
There's no other way when it comes to the truth
So keep holding on
'Cause you know we'll make it through, we'll make it through

So far away
I wish you were here
Before it's too late, this could all disappear
Before the doors close
And it comes to an end
With you by my side I will fight and defend,
I'll fight and defend
Yeah, yeah!

Keep holding on
'Cause you know we'll make it through, we'll make it through
Just stay strong
'Cause you know I'm here for you, I'm here for you
There's nothing you could say
Nothing you could do
There's no other way when it comes to the truth
So keep holding on
'Cause you know we'll make it through, we'll make it through

Hear me when I say, when I say I believe
Nothing's gonna change, nothing's gonna change destiny
Whatever's meant to be will work out perfectly
Yeah, yeah, yeah, yeah!

La da da da
La da da da
La da da da da da da da da

Keep holding on
'Cause you know we'll make it through, we'll make it through
Just stay strong
'Cause you know I'm here for you, I'm here for you
There's nothing you could say
Nothing you could do
There's no other way when it comes to the truth
So keep holding on
'Cause you know we'll make it through, we'll make it through

Keep holding on...
Keep holding on

There's nothing you could say
Nothing you could do
There's no other way when it comes to the truth
So keep holding on
'Cause you know we'll make it through, we'll make it through



i know, you don't even read this.but i am so stress about my study.

and, i am not sure the word 'we' is still valid....



sorry.

Wednesday, April 7, 2010

free

janganlah engkau tak terbang pulang :)

malam-malam ini tiba-tiba mood nak jiwang.he he he

mungkin kawan-kawan aku dah naik muak kalau aku mula bercakap pasal lagu yang satu ini (dah berapa lama status di yahoo messenger aku ada bait lirik lagu ini);


Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

selamat ulang tahun...sayang - imran ajmain.

------

ya,ya,ya.aku tahu lah lagu tu dah lama.

dan ini bukan entri mus jiwang-jiwang dengan aku ke apa.

juga bukan lagu dedikasi mus untuk aku walaupun ulang tahun kelahiran aku baru-baru ini kan.(saja promote birthday.aha!)

juga bukan lagu yang konon-kononnya aku harap mus nyanyikan untuk aku.sebab aku rasa imran ajmain sahaja yang boleh nyanyikan.he he he

juga bukan dedikasi buat sesiapa.

senang cerita,
ini entri berangan sepenuhnya.hahaha.abaikan mood mengarut aku tengah malam ini.

aku rasa aku dah kena sumpahan kata-kata sendiri.bermula satu hari ini, aku ada dinner kolej aku.imran ajmain ada buat persembahan.juga adibah noor.

suara dia memang merdu.itu tak dapat dinafikan.ada 3 buah lagu yang dinyanyikan.semua lagu-lagu dia yang popular.macam 1000 tahun, radio dan lagu yang satu ini.

semua aku suka.... :D

tapi bila dia nyanyi lagu 'selamat ulang tahun..sayang' tu, aku duk pertikai, kenapa dia nyanyi lagu ni?bukannya majlis itu ulang tahun kolej aku ke apa.macam tak puas hati pun ada.

kan dah terkena, lepas tu lagu itu asyik terngiang-ngiang dalam kepala.roommate aku kata lagu tu macam seram.hahaha

lagu itu personally aku rasa ringkas tapi sangat bermakna.

menggambarkan kesetiaan seorang itu menunggu orang yang dia sayangi :)

rela membiarkan orangnya bebas demi mengenal erti kehidupan.kerana dia tahu, jika ada jodoh pasti mereka bersatu.ecece~


hubungan berlandaskan kesetiaan.kepercayaan.pandai-pandai je aku buat anggapan.hahaha

memang susah nak cari orang yang macam ni..entah-entah tak ada pun situasi macam ni.


dulu aku pernah fikir macam ni..
bagi aku, tak perlu untuk bercinta.asalkan dalam hati terpahat nama orang istimewa itu (nah, tu dia ayat aku~!).bak kata lagu tu;


"cukup dengan salam dan manis doa" :)





ahhhhhhh..apa aku mengarut ni!

imran ajmain memang setia ke?lagu 1000 tahun pun pasal kesetiaan jugak.eh, kenapalah berfikir sampai ke tahap ni.

aku patut fikirkan test aku jumaat ini -_-'

babai~

Monday, January 25, 2010

tidur

aku suka.

tidur.serius aku suka sangat tidur (berapa kali nak ulang).hahaha

bagi aku tidur adalah salah satu terapi penting.selain hilangkan penat, dapat lupakan serabut2 dalam kepala otak ni.

itu bagi aku lah..bagus bukan?ahaha..

semester ini banyak tidur siang.alasan (tak patut betul bagi alasan) kali ini aku sibuk sangat2. *mengeluh* haih2...semua subjek berlumba2 nak ada term paper lah.final project lah.itu lah, ini lah.memikirkan fasal benda tu je dah serabut kepala.belum lagi buat. tsk2.

oh.lari topik.

apa yang aku nak tekankan disini ialah; tolong fahami manusia yang tengah tidur ya. dapat kat aku, ada orang kacau tidur.terus rasa nak mengamuk.nasiblah sekarang dah penat nak mengamuk2.senyap sahaja.mungkin sebab tu lah orang pijak kepala

aku tak senang terjaga dari tidur.kalau tidur kena pasang 2 3 alarm tu pun belum tentu bangun (macam pagi tadi tak pergi kelas tutorial pukul 8) hahaha!.boleh dikategorikan tidur mati+nyenyak juga.maka kalau aku dah terjaga sebab manusia lain buat bising tu maknanya ..INI SUDAH LEBIH!!~ *berapi2*

lagi panas kalau aku terjaga orang tu boleh tanya


"kenapa dengan kau ni?"


.ei.ei.sumpah la geram.


disini saya ada senaraikan andaian2 saya;

mungkin
mereka suka apabila tidur mereka diganggu. -_-'

mungkin
mereka punya cara lain untuk mendapatkan ketenangan seperti bersuka-ria dsbnya.

mungkin
mereka tidak perasan bahawa ada mahluk sedang tidur kerana dia telah bertukar menjadi patung *okay.karut*

mungkin
mereka tidak dapat membendung rasa eksaited mereka sehingga terpaksa meluahkan dalam bentuk lisan yang tinggi not-nya.tinggi pitching-nya

ahh..banyak sangat kebarangkalian aku dah fikir..saja nak bagi aku berfikir petang2 macam ni.terlebih fikir lagi -_- darn it!

aku dah lama tak berjog sebab letih sangat.tak apa lah.sekurang2nya kau boleh buat aku basuh baju petang2 ini. *positif sikit* bolehlah gantikan aktiviti jogging tu kot.hahaha

bersabarlah wahai ain.

ps:entri ini ditulis sebaik sahaja penulis terbangun dari tidur.

akhir kata dari saya, hargai masa tidur anda.


babai

Saturday, January 16, 2010

sejarah mungkin berulang (lagi?)

hahaha.tajuk macam tah apa2 je.harap2 kalau orang google tajuk aku ni tak keluar nama blog. -_-


aku tak suka keadaan sekarang..aku dah banyak sangat fikir.

.peninglah.

dan aku tak suka bila aku berfikir.nanti jadi macam sejarah semasa berumur 15 dan 17 tahun. tapi kali ini sebab aku berfikir ke arah macam ni dipengaruhi oleh unsur2 emosi gitu.hahaha.


siapa suruh aku ni emo.benci lah bila benda jadi macam ni.tak ada mood nak buat semua benda.sekadar berbasa-basi dengan rakan2 bolehlah.tapi untuk bercerita...tak mungkin.semua benda terlampau serabut.

perkataan paling sesuai buat masa ni -
complicated -


p/s: serius tak suka perkataan
berubah hati.mengingatkan aku kepada peristiwa dulu.itu yang buat aku berfikir tahap moksya ni kut.

nak sangat ke aku berubah hati?
lu fikir la sendiri.

babai

Tuesday, December 15, 2009

tiada arah tujuan

ini hanyalah bebelan orang yang tidak tentu arah *tagline apit* terlalu banyak untuk diceritakan ibarat iklan milo yang baru tu, padat gitu.hahaha.

dikala azan subuh sayup2 kedengaran aku menaip, aku terfikir..

"oh, dah nak masuk awal muharram.." 

bagus lah, sekurang2nya kedatangan awal muharram kali ini hampir selari dengan tahun baru.bukan nak mengagungkan sangat kedatangan tahun baru 2010, tapi itulah hakikatnya, orang seperti aku lebih peka akan kedatangan tahun baru kelendar biasa berbanding kelendar Islam sendiri.hmm.. *apesal tiba2 serius pulak?*

oh ya!

sebenarnya aku nak cerita pasal kesudahan semester ini. keputusan rasmi dah lama keluar tapi aku tiada perasaan nak menggambarkan bagaimana keputusan itu.macam biasalah, teruk itu sudah tentu, tapi aku masih bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menuntut ilmu. jauh di sudut hati, mengagumi kebijaksanaan+kerajinan rakan2 lain tapi juga bersyukur kerana ada peningkatan.bak kata kawan aku, "tak apa ain, pelan2 kayuh." :)

"well done" kata ain kepada diri sendiri.hahaha *sedapkan hati*

yang nyata, perlu berusaha lebih keras untuk semester yang akan tiba ini .cecece~ 

perlu..

  • baiki waktu tidur 
  • belajar menguruskan waktu. jangan masa akhir2 jadi wakluu!
  • baiki ibadat dengan Tuhan
  • ibadat dengan rakan2, keluarga
  • kawal emosi.oh! saya sangat mudah terpengaruh dengan emosi.bak kata mus, asyik2 nangis.hahaha

oh sungguh cemburu dengan rakan2 yang dapat keputusan gempak2 tapi saya tahu, they deserve it.

banyak yang berlaku kebelakangan ini, ajar aku bahawa kehidupan tak semestinya ikut kemahuan kita. dan ya, life is unfair.but we have too live it. *entah betul entah tak grammar aku ni* belasah jelah.

telah banyak belajar supaya menelan emosi.jangan cepat marah (berjaya atasi sikit, berbanding dulu yang baran.wahaha), jangan cepat nangis (sedut air mata.lol).fikirkan dulu penyelesaian bagi konflik itu.isk, lama2 aku jadi heartless pulak.

mustahil jadi heartless..

sebab kebanyakannya aku luahkan di sini wahai blogku.hehehe.pengharagaan buat oh lala~.terfikir juga nak tukar nama tapi takpelah, orang kata ..ada sentimental value (penat fikir perkataan sentimental).hahaha

eh apa yang aku dah merapu ni.makin banyak merapu makin banyak jerawat yang tumbuh.muka aku dah teruk dengan parut.lepas ni pakai bedak tebal2.hahaha.annoyed dengan diri sendiri.

penutup: moga2 setiap kali aku cuba nak buat benda lagha aku akan baca entri ini.please2, tolonglah tidur seperti manusia biasa lepas ni ain.hahaha

Wednesday, September 9, 2009

just take

entri pendek buat masa ini


dalam setiap hubungan tu,kena ada perlakuan memberi dan menerima. give and take bak kata orang putih.

haa, jangan fikir cintan cintun je, aku merujuk kepada yang lain.lagi2 persahabatan.

persoalannya sekarang, apa akan jadi jika seorang itu hanya menerima?tak memberi? dan pihak yang lagi satu hanya memberi, walau tak sudi (dalam erti kata lain, tak ikhlas) fikir2 kan.apa kesudahan melodramatik ini ya rakan2.


entri ini tidak merujuk kepada sesiapa.biasalah aku, terlebih fikir.


hahaha


ps:aku rindu nak hantar kad raya weh.siapa nak kad raya dari aku bagi alamat.ini serius!hehe.


obsesi buat masa ini: ipod shuffle.nak buat jogging lepas raya nanti.dah semakin membulat.membulat.-_- *perlu ke nak jenama ipod?* hahaha. (update: tak jadi ipod.nak beli sandisk sansa clip.wehuuu~lagi murah)

Thursday, August 27, 2009

tiang

assalamualaikum dan salam muhibah.

sempena bulan yang penuh keberkatan ini, eloklah kiranya saya tulis pasal...

.

.

.


ahaha..poyo je.tak da lah

tiba2 tergerak hati nak tulis serba sedikit pasal masa sekolah dulu.lagi2 masa bulan ramadan ni.macam kena tema pulak.

sebabnya, aku teringat masa dekat sekolah dulu, masa bulan ramadan, seronok sangat aku berterawih.masa tu tak tahu kenapa kusyuk sangat bersolat masa tu.sikit sebanyak cara hidup dekat asrama masa tu dapat dipraktikkan dalam kehidupan lepas sekolah.

contoh macam baca al-Quran, surah Yasin dengan surah Al-Mulk. aku mengaku, benda2 macam ni aku buat kebanyakan masa dekat sekolah je.aku bukanlah muslim baik.tapi cuba bayangkan kalau tak masuk kusess. terkial2 lagi nak baca surah Yasin dengan Al-Mulk. sebab selalu baca , bacaan jadi lancar.tapi aku mengaji memang lembap sikit lah. lembap banyak sebenarnya. hehe.tapi kalau dulu tak buat dekat sekolah, aku tak rasa aku akan buat sekarang masa lepas solat.

masa zaman sekolah dulu aku rasa senang la juga nak fokus dalam solat.aku tak la cakap aku khusyuk , tapi sekurang2nya aku tak menerawang fikir hal2 dunia. fokus pada yang satu, Yang Maha Esa. :)
tapi sekarang susah betul nak jadi macam tu. banyak sangat masalah dunia kut.dapat pulak perangai terlebih fikir ni. maklumlah dulu fikir belajar je.hehehe

tapi solat tu lah yang paling penting kan.solat tiang agama.benda pertama yang di hisap nanti solat kita. buat aku terfikir, berkualiti ke solat aku selama ni?...ke cuma membuta tuli sahaja?.hmmm..

*senyap*

okay.kat sini ada aku letak maksud bacaan dalam solat *aku copy and paste sahaja.minta maaf kalau ada salah*.aku letak kat sini supaya aku sendiri senang nak baca dan rujuk balik dan supaya apa yang aku baca tak lah membuta tuli je.nak dapat ingat maksud dia secara direct memang susah.tapi aku cuba hayati .(suka2 aku je.hoho) ..dulu dah tau serba sedikit, tapi lama2 lupa pula.banyak melagho anak pak cik fuat ni.haih2.

makan dengan itu, marilah kita sama2 baiki solat kita :)


------------------

bacaan dalam solat

Allah Maha Besar

Doa Iftitah :
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah :
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk :

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk :
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal :
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud :
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud :
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal :
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir :
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut :
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. "wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. ..kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"


----------------

wallahualam.

selamat menjalani ibadah puasa.ye aku tau aku lambat. >.<

p.s:tempahan untuk berbuka puasa beramai2 masih lagi dibuka.sila hantarkan mesej anda ke *****...apo bondo yang aku mengarut ni aku pun tak tau.sehingga berjumpa lagi di lain entri

Monday, July 6, 2009

kusut

sudah mula semester tiga.

oh ya, hai , salam

dan aku secara rasminya penghuni halal.wehuuu~


semester ini, harus lebih pandai berdikari. pandai bahagikan masa dan wang.terutama bila aku hilang sumber kewangan semester ini.padan muka.padan muka.main2 lagi


tak apa, benda lepas.kan3?*tiba2 positif pula*


aku tengah kusut sebenarnya ni, banyak yang aku fikir sekarang.antaranya...

minggu tambah dan gugur
sekarang ni tengah minggu add and drop subjek.ada masa 2 minggu untuk tambah atau gugur subjek.aku tengah pening memikirkan patut ke aku ambil subjek yang aku harus ulang dan gugur subjek yang sepatutnya aku ambil semester ni..sebab nak kuatkan basic.hmm

macam mana eh?hmm (lagi)

pening la.lepas tu aku macam takut sangat aku tak boleh bawa banyak2 sangat subjek.nanti terabai pulak.isk.


.2 minggu untuk fikir.kurang 2 minggu tolak harini.

dilema pun ada, aku tak nak la lepas cukup2 makan je semata2 nak grad sama dengan kawan lain.

*berfikir2*

perlu atau tidak saya bekerja??
tiada sumber kewangan, tapi takut pelajaran terabai (aaaaa.asyik takot je kau ni!)

apasal duit gaji tak masuk lagi??
aaaa..ini bukan kusut.ini dah tahap bengang ni..!

uruskan kewangan aku?
baru2 ni aku termakan apa tah sampai aku punya nafsu membeli dan makan sangat tingggii.wahhhh.tak pernah2 macam ni..

takooot.hahaha.

keyakinan diri.

semakin.dan.semakin.fikir lebih.ah..macam tak biasa pulak.haha


............................................................

hidup perlu ambil risiko.kalau tak jadi padan muka kau!wahaha.*pesanan untuk diri sendiri*


selamat menempuhi semester baru kawan2.


moga2 semester ini lebih baik dari sebelumnya..


ps:bila aku nak cerita pasal aku kerja ha?macam tak perlu je?

Friday, July 3, 2009

pabila kamu pilihan ke dua

rindu sangat2 nak menaip.

betul, aku buat2 sibuk.sampaikan nak berjumpa seorang senior sekolah pun tak sempat. sebenarnya aku lebih banyak habiskan masa tidur je.

minta maaf banyak2. T.T


ini entri emosi dari aku.mungkin.melihat kepada tajuknya.hahaha.takde lah.mungkin aku patut letak tajuk 'pabila kenny rogers di ganti dengan sup daging'.aaaaa~ mengarut.sangat mengarut.

baru2 ni aku dilanda konflik dalaman.dah lama otak aku tak berfikir lebih dari sepatutnya.berfikir lebih cara aku ini dalam konteks, dipengaruhi emosi.hehe.emo.mungkin sebab dulu sibuk.asyik fikir kerja je.oh.kerja lain entri.

hari bertuah dimana aku berfikir lebih ialah khamis lepas.baru je.aku pergi subang untuk hantar uniform kesayangan.kalau tak gaji potong 40 hengget.kedekut!.*apesal aku asyik cerita pasal kerja ni*

sepanjang perjalanan dari klang ke subang aku berbalas mesej dengan mus.ya.entri ni pasal mus dan aku.kalau annoyed sila berhenti membaca.hahaha!


aku dah sampai klang dah masa mus cakap dia baru ingat nak jumpa.nasib baik aku ikut jalan jauh masa tu.sebab nak ambil masa untuk berfikir sama ada aku patut ke tak patah balik.


dan ya.aku patah balik ke arah kuala lumpur walaupun jarak aku dari rumah masa tu 5 minit perjalanan menaiki kereta.

oh ya.masa tu peak hour ya.nampaknya aku tak berfikir semasak2nya.oh ya.mungkin masa tu pemikiran aku dipengaruhi nafsu untuk makan kenny rogers *tiba2 je* dengan si dia.

dan tiba2 mus cakap nak jumpa acap dekat klcc.kebetulan.mungkin juga.tapi aku rasa seperti berjumpa achap itu agenda utama.sebab mus dah berjanji dengan dia.


hmm...*fikir lebih.fikir lebih*


aku dah sampai pj masa tu.mus boleh tanya soalan cepumas. "betul ke nak datang ambil mus ni?"

yes.soalan itu yang kita tunggu2 ya tuan2 dan puan2.dan aku tengah emo masa tu sebab dah fikir lebih banyak sangat dalam kereta seorang diri sambil meredah kesesakan lalu lintas (peh gambaran nak pom je) menjawab ; habis nak ain patah balik ke?kalau nak boleh je.

seterusnya aku ambil keputusan untuk berhenti mesej sebab bateri pun dah lemah (??! bateri low lah).dan menumpukan perhatian kepada pemanduan.


dan ...


sambung berfikir.*otak ni tak nak berhenti berfikir*


isk.menyedihkannya aku ni.

aku tahu mus cuma tak nak menyusahkan aku.dia sendiri cakap.dan aku sendiri sedar hakikat tu.cuma tulah..eish. %&*^#@$!!

serabut ah!

tapi, cubaan untuk makan kenny rogers tetap aku lakukan.ye lah.itu lah motif utama.dinner kenny rogers dengan mus.sampai ke kl kau ain.hahaha.kalau tak sia2 je la perjalanan aku siap sesat2 lagi.mus cadang lepas jumpa acap tu baru pergi makan tapi memang tak sempat.aku cuba ajak acap.tapi dia kata kawan dia tak ada sen.tak ada sen tapi boleh lepak DOME , apa hal? dia pulak lapar nasi.

argh.bengang la.

gila lain kenny rogers dengan pelita nasi kandar wehh.ei.

aku pasrah gila makan sup daging dengan roti telur.biarpun acap yang belanja, tapi aku masih tak puas hati. aaaaaa


sabar je la...


bak kata psenk.kau kena bersyukur sebab dia masih ada dengan kau.

fuhh..

ayat mendalam sungguh


benar walaupun pahit.


dah la.lame betul aku asyik cerita aku bergaduh je.

aku nak tidur dengan perut yang kenyang ini.tapi masih kempunan kenny rogers..mahu teruskan misi makan kenny rogers .hahaha


ps:aku tak tau apa yang sedap dengan kenny rogers tu.mengadalah kau ain.teringat masa kerja kat kenny rogers dolu2 lah tu.aish.kerja lagi.

Saturday, May 9, 2009

mungkin juga

ada orang cakap aku talam,

atau dalam perkataan universalnya,



hipokrit (dieja dengan satu 'p' dalam bahasa melayu)


perkataan ini membuatkan aku tak henti2 berfikir (hobi agaknya) dan tak boleh tidur.


ke sebab kopi yang aku minum tadi?


aku dalam penafian...letih betul

Wednesday, April 22, 2009

thanks but no thanks


kadang2 aku ni jahat betul,


menipu orang lain semata-mata malas nak layan orang yang menghulur salam persahabatan..

bukan apa, seronok berkawan tu, aku suka gila berkawan..kan ada ada orang cakap, musuh jangan dicari

aku pergi google ayat 'musuh jangan di cari ' di internet *ye, aku tau buang tebiat* dan ini hasilnya.

puas hati :)

Tajuk :
Musuh Jangan Dicari, Jika Bertemu Pantang Mundur
Hadith :
Abu Hurairah r.a berkata:”Nabi SAW bersabda:”Janganlah kamu berharap untuk bertemu musuh, tetapi apabila kamu bertemu musuh maka bertahanlah.”
(Bukhari dan Muslim)

klik sini untuk huraian


fuhh..bermakna juga la.tambah lagi 1 ilmu.biarpun ilmu yang sepatutnya aku sibuk belajar sekarang pun tak khatam lagi (aku tengah exam) . -_-'

memang berkawan itu seronok.tapi aku cukup tak gemar sesi perkenalan yang samar2.contoh,

seorang / no. yang tak dikenali: hai, tengah buat apa?

aku macam...oh..aku memang tau kau sape kan?hafal sungguh nombor kau.

ei.

ei.

geram ohhh. *aku dalam usaha untuk mengurangkan carutan*


dan aku ni konservatif sikit la.ok.sikit je (ada ke orang mengaku dia konservatif?poyo!)

dan aku suka perkenalan yang jelas .cukup la macam ni,


"hai/salam, nama saya blablabla, boleh kita jadi kawan?"
fulamak.macam ayat novel seh.tak pon skrip2 drama.hahaha


cukup dengan nama penuh, terserlah keikhlasan untuk berkawan tu *itu pendapat aku la*

dan memang tak suka orang main2 prank2 ni.tapi kena pada orang lain boleh pulak gelakkan, contoh:panggilan hangit.

okay.lepas ni aku cuba tak nak gelakkan orang *poyo gila*


..er..ni dah lari dari tajuk ni.

okay.berbalik kepada berkawan,

akhirnya aku cuba nak lari dari benda ni, benda paling senang aku buat, menipu.isk3.jahat betul

aku tipu je kata ni aku dah berkahwin.ada juga yang baik kata nak berkawan juga *sweet nye*

tapi dah memang perangai aku susah sangat nak percaya kat orang.i took it seriously la.kamon la wei.kawan je pun kan?tapi tu lah kan.dah perangai aku macam tu.nak buat macam mana kan?

kawan je pun benda tu tetap bagi kesan kat hidup aku.sebab aku hargai semua kawan aku.tak kira la mereka hargai aku ke tak.

apa lah aku bebel ni #*&*%

maka, kepada orang yang pernah aku tipu (biarpun mereka tak baca ni),

sorry... :(

mungkin juga aku dah selesa dengan kawan2 aku sekarang.mungkin.aku mahu hidup yang simple je (bahasa melayu simple apa ye?)


babai.

doakan aku tak overdose tidur.hahaha

ps:macam poyo kan?macam buat kenyataan yang kau ni hot (aku ni fikir lebih ) tapi ini yang terlintas dalam fikiran aku sekarang.dan sekurang2nya ini pendapat aku..abaikan jika tidak setuju :)

Friday, April 17, 2009

tolong la jangan buat aku camni..

tolong lah jangan bagi harapan.....

tak suka

aku rase aku yang emo lebih kot...hahahaha


nak2 exam ni lah boleh jadi macam ni....

macam mana la aku nak belajar kalau kerja asyik termenuuunnnggg je??

oh d*mn!

ingat Allah banyak2 ain...

ok,sekarang aku nak carik kopi lagi

babai~

sesi terlebih fikir bersama ain:setelah nak 2 tahun ni, aku terfikir, aku ni tak sesuai bercinta kot??hahaha.setan asyik nak hasut je otak ni suruh fikir lebih :(

Thursday, April 9, 2009

D to the A to the M toooo the N! eja sendiri

kelas dah habessssss.tapi aku maseh lagi tensen.

terima kaseh.

terima kaseh.


*terasa nak menghempuk kepala dekat meja banyak kali*

tapi bukan dapat ape pon.lagi jendul kepala adelah.. T.T

sesi pikir lebih bersama ain:susahnya nak jadi student ni..$^$&^#&%$(@!..
buat baik pon salah.buat jahat ape tah lagi


dah2.sebelom aku guna tisu baik aku berhenti menaip...

ps:selamat belajar rakan2.jangan jadi loser macam aku.buang tenaga!

oh ya!thanks for the memory

Monday, March 30, 2009

ini sudah lebih!

hari ini saya mahu kabarkan berita lab report seperti yang di janjikan..

saya tak siap lagi~~~

nasib baik ramai lagi yang tak hantar.. ^^,

tapi aku nak highlight hari ni aku sedih..selain masalah sikit , aku sedih..mengenangkan dah hilang ke perikemanusiaan dalam hidup manusia ni?bukan sepatutnya makin bertamadun ke?
.tengok.anjing laut tu pasrah je.

tapi aku rasa sangat sedih bila tengok buletin utama tadi.dah berkurun aku tak tengok berita tapi Tuhan tunjukan juga pada aku..mesti ada hikmah kenapa mesti harini aku tengok berita kan??

haih..

sedih tengok makhluk2 Allah lain di aniaya..bayangkan, tak patut betul syaitan bertopeng manusia itu membunuh mahluk Allah..

comel sahaja aku tengok anjing laut tu melompat2 bergerak2 tapi tiba2 datang pula batang (tak tau la kayu ke hape) dilayangkan tepat pada kepalanya sampai berdarah.

mati, dengan darah berhamburan merata

sekelip mata.

terjerit kecil aku dengan 2 orang rakan aku yang lain di kedai makan tadi menonton berita tersebut..

aneh...

pelik...

kenapa ya...

aku sebak pula..

kejam sangat..

biarpun nak mengawal populasi.(tah betul tah tak) perlu ke nak bunuh macam tu sekali??

sebelum tu ada pula berita kematian 1500 ekor penguin...mak aih..

mother earth dah lama bersuara.

apa yang aku dah buat ye sebagai khalifah Allah di muka bumi ya?

muhasabah diri sekejap...

okay...

saya nak tidur dah ni..

okay..lab report esok saya akan buat k?saya nak tidur awal ni.. (pukul 3 awal ke?)

papejela~

hari yang mencabar menanti akan datang.saya harus tabah. :)

Wednesday, March 18, 2009

bulan penuh rahmat . wakaka

halo..

dah lama tak post entri.

aku bukak page ni pon tak banyak perubahan.rata-rata sibuk agaknya (aku dengan mid sem test) tapi aku boleh main pet scociety lagi .ape kes??

haih2

memang la tak sedar diri.dah la sekarang tidur tak tentu hala. *bukan merata2* waktu tak tentu.
esok ada test terakhir lepas tu tinggal nak selesaikan subjek universiti je..

tengok-tengok lagi 3-4 minggu nak final.waaaaa

ok2..cukup sesi merungut.

sebenarnya ini entri perasan-tan-nak-meroyan dari aku. orang yang lahir pada bulan ini *bulan penuh rahmat la katekan* pun boleh sama2 perasan.

karut.karut.karut

sebenarnya aku punya birthday bulan ni.hehe.ain pon same.
ini apa yang aku dapat dari fesbuk tentang manusia lahir bulan mac.anda2 boleh nilai sendiri .

MARCH Birthdays:

.Attractive personality. -no komen

.Sexy. -mak aih .no no no~

.Affectionate. -mungkin

.Shy and reserved. - yeke?? XD

.Secretive. -sikit2

.Naturally honest, generous and sympathetic. -no komen lagi

.Loves peace and serenity. -hooo yeahhh

.Sensitive to others. -sangat3.dah kata aku kuat emo

.Loves to serve others. -best tau

.Easily angered. -sangat.sape kacau tidur aku siap la

.Trustworthy. -bagi aku 1 juta aku tak usik.betul.cuma aku amek komisen simpan kat asb.hehe

.Appreciative and returns kindness. -orang berbudi.kita berbahasa.chewah

.Observant and assesses others. -sikit2

.Vengeful. - heaven yeah!! *gelak keji*

.Loves to dream and fantasize. -isk.tu hobi tu

.Loves traveling. -kalau lah ku punya wang~ huuu

.Loves attention. -siapa yang taknak?

.Hasty decisions in choosing partners. -apa ni?

.Loves home decors. -tengok la betapa aku obses dengan pet society

.Musically talented. -erk?tidak!

.Loves special things. -ape ni?

.Moody. -sangat


amacam? perasan-tan-nak-meroyan bukan? XD


sesi terlebih berfikir bersama ain:kenapa tak pernah ada orang buat macam ni ikut kalendar Islam yek?

ps:terima kasih kepada yang mengucap selamat.aku sayang pada kamu semua!