Showing posts with label personaliti. Show all posts
Showing posts with label personaliti. Show all posts

Saturday, February 27, 2010

hi there.how are you?

lama betul tak menaip.

lama.
...

ish, lama lah.hahaha *ye sudah2 lah tu*

aku .... aku... aku....

aku sebenarnya dah hilang rasa untuk menulis.menaip dalam erti kata sebenarnya.

entahlah (tak ada perkataan lain selain entahlah)


kebelakangan ini serasanya hidup seakan kurang sesuatu.dikelilingi manusia tapi masih rasa sunyi.


.sepi.

amacam?ada rupa kesepian tak?padahal penat mandi laut ni.hehe

mungkin berada dalam zon sendiri.

hilang dalam ramai.tawa dalam duka.


duka pun entah kenapa.

okay aku dah mula mengarut.


stop.stop!


masa untuk teruskan hidup!yeah!tiba-tiba je.entah apa-apa.

sekarang mungkin masa yang agak kritikal bagi aku.ada dua subjek yang aku memang betul-betul tak ada gambaran.ah!orang putih kata lost lah.hehe.sekarang dah minggu ke berapa.belambak-lambak final assignment kena buat.

test ada 3 lagi.satu benda tak belajar lagi.

mungkin aku sibuk fikirkan hal ini buat aku rasa sunyi.tsk!.boleh botak kepala fikir pasal belajar ni!.tapi belajarnya tak jugak.macam mana nak jadi engineer ni ain?hahaha.wahh..besar punya angan-angan.jangan jadi angin-angin sudahlah.

orang lain pun ada masalah jugak kan?
okay, dah lega sikit dah.sebab aku tau Dia ada untuk aku. :)

ah, Dia memang sentiasa ada untuk kau.kau je selalu tiada untuk Dia.selalu itu dalam erti kata lain nya SELALU!
*dengan huruf besar hamek kau!*

apa agaknya khabar rakan2 yang lain?nanti aku menaip lagi ya.sebelum itu.saja nak bagitau hobi aku.hehe (credit to psenk kerana hp aino yang sangat wow!)


yeap.aku suka merenung awan.bulan pun boleh.boleh masuk dalam dunia sendiri jadinya.
ain amin kata sentimental.
memang pun.hehe

babai!

Monday, January 25, 2010

tidur

aku suka.

tidur.serius aku suka sangat tidur (berapa kali nak ulang).hahaha

bagi aku tidur adalah salah satu terapi penting.selain hilangkan penat, dapat lupakan serabut2 dalam kepala otak ni.

itu bagi aku lah..bagus bukan?ahaha..

semester ini banyak tidur siang.alasan (tak patut betul bagi alasan) kali ini aku sibuk sangat2. *mengeluh* haih2...semua subjek berlumba2 nak ada term paper lah.final project lah.itu lah, ini lah.memikirkan fasal benda tu je dah serabut kepala.belum lagi buat. tsk2.

oh.lari topik.

apa yang aku nak tekankan disini ialah; tolong fahami manusia yang tengah tidur ya. dapat kat aku, ada orang kacau tidur.terus rasa nak mengamuk.nasiblah sekarang dah penat nak mengamuk2.senyap sahaja.mungkin sebab tu lah orang pijak kepala

aku tak senang terjaga dari tidur.kalau tidur kena pasang 2 3 alarm tu pun belum tentu bangun (macam pagi tadi tak pergi kelas tutorial pukul 8) hahaha!.boleh dikategorikan tidur mati+nyenyak juga.maka kalau aku dah terjaga sebab manusia lain buat bising tu maknanya ..INI SUDAH LEBIH!!~ *berapi2*

lagi panas kalau aku terjaga orang tu boleh tanya


"kenapa dengan kau ni?"


.ei.ei.sumpah la geram.


disini saya ada senaraikan andaian2 saya;

mungkin
mereka suka apabila tidur mereka diganggu. -_-'

mungkin
mereka punya cara lain untuk mendapatkan ketenangan seperti bersuka-ria dsbnya.

mungkin
mereka tidak perasan bahawa ada mahluk sedang tidur kerana dia telah bertukar menjadi patung *okay.karut*

mungkin
mereka tidak dapat membendung rasa eksaited mereka sehingga terpaksa meluahkan dalam bentuk lisan yang tinggi not-nya.tinggi pitching-nya

ahh..banyak sangat kebarangkalian aku dah fikir..saja nak bagi aku berfikir petang2 macam ni.terlebih fikir lagi -_- darn it!

aku dah lama tak berjog sebab letih sangat.tak apa lah.sekurang2nya kau boleh buat aku basuh baju petang2 ini. *positif sikit* bolehlah gantikan aktiviti jogging tu kot.hahaha

bersabarlah wahai ain.

ps:entri ini ditulis sebaik sahaja penulis terbangun dari tidur.

akhir kata dari saya, hargai masa tidur anda.


babai

Wednesday, March 18, 2009

bulan penuh rahmat . wakaka

halo..

dah lama tak post entri.

aku bukak page ni pon tak banyak perubahan.rata-rata sibuk agaknya (aku dengan mid sem test) tapi aku boleh main pet scociety lagi .ape kes??

haih2

memang la tak sedar diri.dah la sekarang tidur tak tentu hala. *bukan merata2* waktu tak tentu.
esok ada test terakhir lepas tu tinggal nak selesaikan subjek universiti je..

tengok-tengok lagi 3-4 minggu nak final.waaaaa

ok2..cukup sesi merungut.

sebenarnya ini entri perasan-tan-nak-meroyan dari aku. orang yang lahir pada bulan ini *bulan penuh rahmat la katekan* pun boleh sama2 perasan.

karut.karut.karut

sebenarnya aku punya birthday bulan ni.hehe.ain pon same.
ini apa yang aku dapat dari fesbuk tentang manusia lahir bulan mac.anda2 boleh nilai sendiri .

MARCH Birthdays:

.Attractive personality. -no komen

.Sexy. -mak aih .no no no~

.Affectionate. -mungkin

.Shy and reserved. - yeke?? XD

.Secretive. -sikit2

.Naturally honest, generous and sympathetic. -no komen lagi

.Loves peace and serenity. -hooo yeahhh

.Sensitive to others. -sangat3.dah kata aku kuat emo

.Loves to serve others. -best tau

.Easily angered. -sangat.sape kacau tidur aku siap la

.Trustworthy. -bagi aku 1 juta aku tak usik.betul.cuma aku amek komisen simpan kat asb.hehe

.Appreciative and returns kindness. -orang berbudi.kita berbahasa.chewah

.Observant and assesses others. -sikit2

.Vengeful. - heaven yeah!! *gelak keji*

.Loves to dream and fantasize. -isk.tu hobi tu

.Loves traveling. -kalau lah ku punya wang~ huuu

.Loves attention. -siapa yang taknak?

.Hasty decisions in choosing partners. -apa ni?

.Loves home decors. -tengok la betapa aku obses dengan pet society

.Musically talented. -erk?tidak!

.Loves special things. -ape ni?

.Moody. -sangat


amacam? perasan-tan-nak-meroyan bukan? XD


sesi terlebih berfikir bersama ain:kenapa tak pernah ada orang buat macam ni ikut kalendar Islam yek?

ps:terima kasih kepada yang mengucap selamat.aku sayang pada kamu semua!