Showing posts with label crap~. Show all posts
Showing posts with label crap~. Show all posts

Tuesday, May 17, 2011

after more than 4 months



.






serius aku dah tak reti nak blogging.






nanti-nantilah aku taip lagi.bye!

Tuesday, December 28, 2010

nostalgia

ahem!

eceh tiba-tiba rajin pulak nak menaip kan? *cakap seorang diri.abaikan* masa-masa crucial ini lah nak menaip.hahaha.tak lah crucial sangat.esok kena bangun pagi ..eh salah..bangun awal sebab mahu menghabiskan masa kualiti bersama keluarga.ecehh

saja je nak cerita pasal tajuk ni..apa yang nostalgia?hahaha.kalau yang baca tweet dengan facebook mesti tahu aku sedang sibuk memuat turun (skema habis.download jelah) lagu-lagu retro untuk mak dan ayah aku..serius teruja sikit lah.sebab selama ni main nyanyi je lagu tapi tak tahu lagu tu tajuk apa kan..kalau pergi karoke tu, puas lah duk ingat tajuk lagu lama *perah otak* tapi akhirnya pergi pilih jugak lagu baru sebab tak ingat.bahaha!

masa duk download tadi lah dah macam tokan lagu retro dah.cakap je nak lagu apa, beriya pergi cari.riak habis~ padahal sebelum ni tak terfikir pun nak cari lagu lama-lama.mak ayah punya pasal, ku gagahi jua. :p memang tak baik download kan?tapi lagu lama-lama ni susah lah juga nak cari yang cukup pakej. cukup pakej tu kira kompilasi lagu-lagu yang semuanya best!hehehe. (alasan tak munasabah kan?saya tahu~)



tapi, the best part is.. (part yang perlu ditulis dalam blog supaya ingat)



dalam sibuk mak ayah duk request lagu, tiba-tiba mak keluarkan cadangan lebih kurang macam ni lah;

" nanti masa ain kahwin, tempah la band yang mainkan lagu-lagu lama. haritu mama dengan ayah pergi kenduri ada band budak-budak muda mainkan lagu lama.siap joget-joget lagi nenek-nenek dengan atuk dekat situ" kata mama.

amboih~ bukan main lagi dah pasal kahwin.hahaha.padahal aku tak fikir lagi pasal kahwin ni...terus aku tolak dekat kakak aku.hahaha.dia yang patut kahwin aku rasa...

itu je sebenarnya.lepas-lepas tu dah mengarut lah ha pasal langkah bendul semua.hahaha.tapi kan, memang tak dinafikan lah lagu-lagu lama memang sedap kan?nak senaraikan memang tak dapat laaa..panjang sangat senarai penyanyi dia.tapi setiap kali lepas habis download tu, mainkan lagu mesti terfikir "oh, lagu ni biasa dengar dulu-dulu" :) dulu-dulu aku minat sangat dekat nora.bukan nora danish lah.nora penyanyi tuu..memang minat dia sangat-sangat tapi satu lagu pun tak ingat tajuk dia.hahaha.nasib baik ismailkarim semangat listkan lagu-lagu dia..

dulu konon-konon lah benci siti nurhaliza, tapi satu album hafal sebab pakcik aku beli CD dia lepas tu katamkan CD tu masa perjalanan pulang kampung.masa tu kampung dekat banting. jauh lah sikit berbanding sekarang (15-20 minit) hahaha. padahal siti tak buat salah pun.konon tak nak jadi tipikal minat siti, padahal siti tu kan terror habis nyanyi. memang whatever-lah ain!tak matang langsung.nama pun budak-budak :p


okaylah..nyamuk ni memang dengki lah.nak bukak kipas sejuk pulak. esok mahu pergi sunway lagoon~ teheeee ;p nak pow ayah esok.hahaha


babai

Monday, July 26, 2010

selamat datang

jyeah!

selamat datang ke tahun ke tiga.hahaha. padahal dah masuk minggu ke tiga dah kelas bermula. maafkan aku kerana baru nak bermula minggu ini. minggu sebelumnya aku sibuk membuang masa.(benar-benar sibuk membuang masa)

haha

aku rasa tahun ketiga aku bermula dengan teruk. sangat-sangat teruk.bermula dengan aku yang malas ke kelas, di ikuti dengan jam kredit yang tak boleh lebih daripada 18 jam.


mereka (pihak berwajib.hahaha) kata sebab tak mahu pelajar stress.



tapi pelajar pula tak mahu extend. *merujuk kepada diri sendiri, obviously*
kau bayangkan aku punya ijazah empat tahun kalau tambah lagi memang bercintalah aku dekat um ni. dah lah dulu asasi pun dekat sini.

aaaaa... (sambil tarik-tarik rambut) fikirkan pasal benda yang memang tak boleh ubah apa-apa memang stress.cis!

mari kita tuding kepada diri sendiri kerana tidak serius semasa tahun pertama. bukan tak serius, saya blank lah masa periksa!



haaa.macam mana tu?

kesimpulannya disini, jangan main-main semasa tahun pertama ya adik-adik.ini nasihat ikhlas daripada kakak senior yang baik hati.

haih.. apa nak jadi. aku semakin malas.

sedangkan masa tahun ke-tiga aku ada projek industri yang boleh tahan kencang susah (memang susah) dan juga ada latihan industri yang aku rasa aku tak layak sertai memandangkan ilmu kosong di dada. -_-


ah!itu tak penting.
yang penting sekarang, aku lapar dan nak teh o!

cakap dengan diri sendiri lagi. apa nak jadi.haih..

babai

Saturday, July 17, 2010

post cukup syarat

setelah sekian lama aku tidak bercakap sorang-sorang disini, hari ini aku nak beritahu sedikit sebanyak fasal diri aku melalui tag ini.cecece~

biasalah kalau konon-konon sibuk tapi nak menaip juga.maka buatlah tag.senang dan bosan.ceh


---------------------------------------------

5 Brand That You Like The Most
-reebok classic
-nike shoes
-padini. aku suka jeans dia.nampak aku kurus.he he he
- penat fikir.taktau

5 Countries That You Wanna Go
-aussie
-jepun
-itali
-uk
-pergi buat umrah/haji.

5 Countries That You Don't Wanna Go
-malas nak fikir

5 Item That You Like The Most
-kasut
-jam
-perfume
-jeans
-mp3 player

5 People That You Love The Most
-banyak sangat

5 People That You Hate The Most
- malas nak fikir

5 Color That You Like The Most
-merah
-hitam
-hijau muda
-oren
-kelabu?

5 Color That You Dislike The Most
-tak perlu jawab

5 Things That You Dream The Most
-menjadi seorang yang bersyukur dengan apa yang ada
-menjadi manusia berguna
-menjadi seorang yang tidak benci-membenci
-taat kepada agama, ibubapa.
-menjadi seorang yang tahu berkata "tidak".

ps:aku nak naik kapal terbang. *impian masa kecik*

5 Of Your Positive Character
-tak sedar diri.hahah
-positif tak kena tempat.
-saya berdikari.ahahah.ada ke orang mengaku berdikari?
-berfikir berpuluh-puluh kali untuk guna duit.
-bila stress, cakap dengan diri sendiri tak pun tidur.


5 Of Your Negative Character
-malas+kuat tidur = pakej terbaik!
-tak reti masak
-baran
-fikir lebih
-emosi

5 Moments That You Missed The Most
-high schools
-pasum - exams = heaven!
-sunway lagoon: hari membuat jenayah pukal.hahahaha
-camping.tak kira apa jenis camping
-family vacation

5 Moments That You Don't Want To Remember At All
-

5 Positive Character Of Your Best Buddy
-pemurah
-pendengar setia
-baik hati
-never fail to make me smile.


5 Things That You Happy To Do Most (For Your Entire Life)
-tidur
-makan masakan emak
-making people around me happy
-balas jasa mak ayah (belum buat lagi)
-being beside my love one(s)

5 Things That You Regret The Most
-tak belajar pandai-pandai
-buat mak ayah kecewa
-tak hargai usaha sendiri
-pernah maki kawan sendiri.aku dah cakap dah,baran aku teruk.

Favorite Animal?
kucing *satu je cukup*


Favorite Quote?
-i dont know

Favorite Actor
soalan tak releven

Favorite Actress
soalan tak releven nombor dua

Favorite Things That You Do When You Are Alone
pergi jalan-jalan tengok sekeliling.lagi-lagi mid valley.itu kalau tak tidur.selalunya tidur je.hahaha

Favorite Website
blog orang lain.youtube.facebook pun okay juga

Favorite Moments
banyak

Favorite Sports
jogging - simple but nice
nettball walaupun tak hebat.
skuasy *betul ke aku eja?*- baru berjinak-jinak.hehe
futsal; jarang main tapi perasaan menjaringkan gol itu terasa seperti pemain bertaraf dunia.hahaha

Favorite Vegetable
vegetable; maksudnya semua lah.hahaha.tapi selalunya aku gedik tak nak makan tauge.

Favorite Comedies
tak ada yang spesifik

Tag this to 10 person
ain amin - dah buat
amal - si tukang tag
hani
nas
shafiq
jibam
weda
pipat
sesiapa yang bosan
sesiapa yang tiada idea untuk menaip untuk tujuan blog.macam aku.hahaha




kalau nak tanya apa-apa lagi boleh formspring aku di;






aku tak ada formspring lah.ha ha ha.okay aku tau tak lawak.

babai

Saturday, April 17, 2010

ini baru betul homesick....kot?

i like being home.ecehh.gaya macam rumah jauh beribu batu.padahal kalau pecut dari UM 25 minit dah sampai.

but,

i dont like being home when its study week.boleh kan macam tu?sebab aku tak study apa benda pun.macam sekarang ni.

the worst part is, aku demam bila sampai rumah. -_-'
mungkin ini balasan anak derhaka?he he he



yang pastinya, makanan sangaaaaaaaaatttttttt sedappp =9 *gara-gara tak reti memasak*



tapi aku hairan, kenapa aku larat nak menaip lagi ni.?

till then, babai.


ps:entri-entri selepas ini mungkin akan menceritakan betapa stressnya aku dengan exam.abaikan jelah -_-

Thursday, April 8, 2010

alone

setuju tak kalau aku cakap,


being alone makes you lazy.



kata-kata seorang pemalas tegar yang sunyi.HAHA!-_-'

Sunday, April 4, 2010

tag



okay, aku nak ambil masa sekejappppp je.

itu memang tipu.mesti lama punya kalau dah mula menaip.

ini ialah tag daripada rakan baik merangkap jiran jauh.konon-konon dekat. -_-'


1. Do you think you are hot?

saya TIDAK hot.jika saya hot, sudah tentu saya telah mempunyai stalkers mahupun fanclub sendiri.ye dok?

comel mungkin ye.warghahahaha~ seronoknya syok sendiri.

2. Upload a favorite picture of yours.


3. Why do you like that picture?

tengok pun tahu kenapa.i heart my family :)

nak letak gambar kawan-kawan tapi banyak lah pula :p

4. when the last time you ate pizza?

tak tahu apa relevannya soalan ini tapi lebih kurang 2 minggu lepas.semasa mahasiswa-mahasiswi ada hari keusahawanan di UM.berpanas2 mencari pizza.

5.The last song you listened to?

insyaAllah by Maher Zain.

dah lama mahu muat turun lagu2 dalam albumnya.tapi asyik terlupa.tadi menjengah blog rakan kebetulan ada lagu ini.maka terus muat turun :D

6. What are you doing beside this?

facebook-ing and downlaoding - lame.i know

7. What name do you prefer beside yours?

none. ain ahfu seems purrrfect tho it is only a nickname. he he he

8. Three people to tag. *tak buat pun tak mengapa :) *

miss amalia alias.
miss alia ghaz.
miss ain amin.

9. Who is number one?
BFF since highschool~

10. Number two is having relationship with?

seorang pria bernama kamil sebagai teman istimewa.ecece~

my BFFLAD.of course.


11. Say something about number three.

pengapit saya?kahkahkah!


***


betul rupanya sekejap sahaja entri kali ini.tak sangka -_-'

babai.

Wednesday, March 31, 2010

tidur


alahai comel siut
yeap.

tajuk ini, i loike bak kata orang kuala lumpur. sememangnya aku suka tidur.suka dalam konteks ini, SANGAT suka.hehe.kalau dah tidur secara berterusan, boleh mencapai 10 jam.rekod setakat ini ialah
15 jam

ke sebenarnya 17 jam?
lantak ler..
hebat bukan?

hebat endasmu!

aku ni perempuan, malah tak kira apa jantina pun, tidur berlebihan adalah sangat tidak bagus.sangat tidak bagus.


aku ulang, sangat tidak bagus.

annoying


kalau orang perempuan, orang yang kuat tidur lebih banyak dikaitkan sebagai anak dara pemalas.mesti tak pandai buat kerja rumah.malas tolong emak, serta sewaktu dengannya.


bagi lelaki, entah.aku pun tak tahu pula. mungkin akan dikaitkan dengan isu masa depan.macam mana nak jadi ketua keluarga?nak cari rezeki untuk keluarga bla bla bla.


ala.. lebih kurang sahaja.

secara ringkasnya, tidur yang berlebihan menutup pintu rezeki anda.

disini aku nak senaraikan keburukan tidur berlebihan setelah membuat sedikit kajian.sikit je.ecece.

(1)
tidur yang berlebihan boleh menyebabkan keletihan - tidak berkesan bagi aku.mungkin benar bagi sebahagian besar orang lain.aku keletihan mungkin sebab tidak makan dalam tempoh yang lama.

(2)
juga boleh menyebabkan sakit kepala - boleh diterima.kadangkala memang sakit kelapa.eh kepala.

(3)

menyebabkan penyakit2 kronik seperti diabetis dan obesiti. ini apa yang aku baca melalui laman sawang (website.haha) - sejauh mana kebenarannya, tidak diketahui.sebab bagi aku lebih banyak aku tidur, lebih kurang aku makan.berat mungkin menyusut tapi secara tidak sihat-lah.ish3

(4)

tidur yang berlebihan mungkin akan menyebabkan anda gagal ikut peredaran masa.dalam kes aku ni.mak aku selalu dok cakap aku ni sepatutnya tinggal dekat overseas.ini tipu.serius tipu.hehe.sebenarnya aku susah tidur malam sebab sudah terlebih tidur siang harinya.kalau duduk overseas sama sahaja.ye dok?


(5)

tidur yang berlebihan juga mungkin akan mengundang kemarahan orang yang terdekat dengan anda.tak kiralah saudara mara ke,kawan-kawan ke.mereka mungkin sedang mencari anda.tetapi jika anda seorang yang tidur mati atau ala2 sleeping beauty, mereka mungkin akan risau akan keadaan anda.


"dia ni buat apa?"

"kenapa orang telefon tak angkat.mesej tak berbalas?"

dan sewaktu dengannya. - selalu terjadi kepada diri sendiri.hahaha.kasihan orang lain.

mungkin juga akan menyebabkan anda lewat untuk temujanji dengan rakan-rakan.hehe.selalunya aku salahkan kesesakan lalu lintas ataupun ktm, tapi sebenarnya puncanya ialah aku sendiri bangun lewat.bukan lewat sangat.sepatutnya boleh gerak lagi awal. :p

(6)

okay, keburukan ke-enam ini peribadi sikit.hahaha.

dalam aku tak sedar, tabiat aku yang kuat tidur ini boleh juga menyebabkan diri sendiri anti-sosial.aku bersosial kebanyakannya dengan menggunakan jaringan internet.waktu malam-malam buta.dan aku selalu tidur semasa majoriti manusia berpusu-pusu membeli makan malam.dan aktiviti harian yang lain.


akibatnya, makan lah aku seorang diri.


akibatnya, aku bangun tidur berseorangan.


akibatnya, aku SUKA makan tengah malam.hahaha (okay tak ada kaitan)

(7)

ini paling parah.aku tak STUDY!macam sekarang ni.bila berjaga, buat kerja lain pulak.


okay.sekian sedikit info separa fakta, separa auta dari saya.kalau anda juga punyai masalah seperti saya.boleh pergi ke sini mana tahu berguna :D

babai.

Tuesday, March 16, 2010

entri teruja sorang-sorang

oh yeah.saya dah berumur dua puluh satuuu.

namun perangai tetap berumur...lepasan spm?hahaha.takdalah.19 kut.nak jugak muda lagi.

macam tak percaya je.masa umur 20 tahun lepas tak rasa janggal pun dah berumur 20-an.aku terlambat teruja ke?hahaha

*berfikir*

umur 21 dimulakan awal sebenarnya.membuatkan aku sendiri was-was dengan tarikh lahir sendiri.15 haribulan ke 16 haribulan?

sebab ramai bebeno yang mengucap selamat pada 15 haribulan.mungkin keterujaan kut.hahaha.semua gara-gara facebook.haha

mus pun ucap 5 minit awal.chait.!tak romantik langsung.hahaha


yang lagi tak romantik mus tanya nak hadiah apa. -_-


dan aku pun ikut sama tak romantik.mintak hadiah tracksuit sebagai hadiah hari lahir.hahaha

saja nak bagi kuat lagi jogging.baru-baru ni makin liat nak bersukan gara2 mengenangkan kerja yang harus dibuat.okay, aku tipu.aku lagi teruja tidur petang sebab nak berjaga malam.ecece~

konon rajin.padahal tak buat apa pun.hehe



okay, cukup mengarut.



hari ini, maksud aku tadi aku keluar dengan mus.tiada apa yang nak dihairankan pun.dah berapa lama duk dating.

tapi yang mengejutkan aku, mus datang dengan luka-luka dan lebam di badan.memang terkejut sangat tahap O.M.G la.okay.aku lebih-lebih pula

senang cerita,

mus kemalangan. :(

tapi masih lagi boleh buat-buat cool cakap tak ada apa.bukan boleh percaya cakap dia ni -_- tak habis-habis kata:kata cool.rilek sudah.


bila tanya apa sebab kemalangan lagi aku tak percaya, sebab nak elak lembu??sebab ini masih tak dikenalpasti sahih atau tidak.sebab mus memang orang yang suka buat lawak.tak pernah serius.kalau dah kemalangan tu, memang tak lawak okay?

eeee..buat aku risau je sepanjang kitaorang keluar tadi.kan aku dah tak cool.haha.

tapi terharu mengenangkan dia sanggup juga datang walaupun baru je kemalangan tadi.

*rasa nak menangis.oh memang tak cool langsung*


aku cakap dengan dia, "kenapa tak bagitau je accident, tak payah datang pun tak apa.kesian mus"

kata aku dengan lagak seorang kekasih yang memahami.hahaha.lawak ayat aku.

kata mus," tapi kan mus dah janji." ayat itu yang kerap diulangnya

entah aku rasa tak ada manisnya dalam ayat tu, tapi aku rasa nak nangis jugak.terharu lah wei.mengenangkan situasi mus yang nak berjalan pun payah.memang rasa terharu.apatah lagi nak turun naik tangga,

:(

aku lebih-lebih pula.

kami pun pergilah menyambut hari lahir aku dengan makan di spagetti.haha.selepas itu membeli tracksuit aku.nasib baik tengah sale.hehe.nak kongsi bayar kena marah pulok.

maka pilih lah aku tracksuit yang paling banyak diskaun.he he he

aku dah beli stapler baruuuu (gara-gara hilang).sekarang dah rasa lengkap pencil case aku.hehe


tak lupa kepada ubat jerawat yang kotak je mahal.dalam kecik je.hampeh.bilalah jerawat ni nak berhenti tumbuh.parut dah bersusun ni.

okay aku dah siap membebel.so much of my 21th birthday. *tika entri ini siap ditulis, ada 1 minit lagi sebelum pukul 12.hehe*

terima kasih pada yang mengucap selamat.moga tahun ini lebih baik daripada sebelumnya.amin

TERHARUUUUUU


babai.

Thursday, March 11, 2010

gambar

senang je nak buat rumusan tentang minggu ni


ajaib satu subjek tak ada kerja.hahaha



dan aku tak mula study lagi. :(

eh aku tak boleh taip panjang2 ini.kata busy!nyahaha!

Monday, February 1, 2010

mama

selamat hari wilayah semua.

heavennya bercuti..mungkin aku tak sepatutnya diberikan cuti.sebab aku balik rumah hanya untuk tidur bak kata mama.

hmm *berfikir kejap*


isk.kenapa ye?kenapa ye?


tadi masa mama lipat kain boleh lagi letak kepala atas lipatan2 kain.yeah!

lalu mama berkata:

" Ya Allah, apalah nak jadi, nanti ada anak boleh mati kejang anak sebab mak dia tidur je kerjanya"

mama, please lah cakap benda tu bukan doa? please? -_-


ei, apa cerita pasal anak ni?next!

Monday, January 25, 2010

tidur

aku suka.

tidur.serius aku suka sangat tidur (berapa kali nak ulang).hahaha

bagi aku tidur adalah salah satu terapi penting.selain hilangkan penat, dapat lupakan serabut2 dalam kepala otak ni.

itu bagi aku lah..bagus bukan?ahaha..

semester ini banyak tidur siang.alasan (tak patut betul bagi alasan) kali ini aku sibuk sangat2. *mengeluh* haih2...semua subjek berlumba2 nak ada term paper lah.final project lah.itu lah, ini lah.memikirkan fasal benda tu je dah serabut kepala.belum lagi buat. tsk2.

oh.lari topik.

apa yang aku nak tekankan disini ialah; tolong fahami manusia yang tengah tidur ya. dapat kat aku, ada orang kacau tidur.terus rasa nak mengamuk.nasiblah sekarang dah penat nak mengamuk2.senyap sahaja.mungkin sebab tu lah orang pijak kepala

aku tak senang terjaga dari tidur.kalau tidur kena pasang 2 3 alarm tu pun belum tentu bangun (macam pagi tadi tak pergi kelas tutorial pukul 8) hahaha!.boleh dikategorikan tidur mati+nyenyak juga.maka kalau aku dah terjaga sebab manusia lain buat bising tu maknanya ..INI SUDAH LEBIH!!~ *berapi2*

lagi panas kalau aku terjaga orang tu boleh tanya


"kenapa dengan kau ni?"


.ei.ei.sumpah la geram.


disini saya ada senaraikan andaian2 saya;

mungkin
mereka suka apabila tidur mereka diganggu. -_-'

mungkin
mereka punya cara lain untuk mendapatkan ketenangan seperti bersuka-ria dsbnya.

mungkin
mereka tidak perasan bahawa ada mahluk sedang tidur kerana dia telah bertukar menjadi patung *okay.karut*

mungkin
mereka tidak dapat membendung rasa eksaited mereka sehingga terpaksa meluahkan dalam bentuk lisan yang tinggi not-nya.tinggi pitching-nya

ahh..banyak sangat kebarangkalian aku dah fikir..saja nak bagi aku berfikir petang2 macam ni.terlebih fikir lagi -_- darn it!

aku dah lama tak berjog sebab letih sangat.tak apa lah.sekurang2nya kau boleh buat aku basuh baju petang2 ini. *positif sikit* bolehlah gantikan aktiviti jogging tu kot.hahaha

bersabarlah wahai ain.

ps:entri ini ditulis sebaik sahaja penulis terbangun dari tidur.

akhir kata dari saya, hargai masa tidur anda.


babai

Saturday, January 16, 2010

sejarah mungkin berulang (lagi?)

hahaha.tajuk macam tah apa2 je.harap2 kalau orang google tajuk aku ni tak keluar nama blog. -_-


aku tak suka keadaan sekarang..aku dah banyak sangat fikir.

.peninglah.

dan aku tak suka bila aku berfikir.nanti jadi macam sejarah semasa berumur 15 dan 17 tahun. tapi kali ini sebab aku berfikir ke arah macam ni dipengaruhi oleh unsur2 emosi gitu.hahaha.


siapa suruh aku ni emo.benci lah bila benda jadi macam ni.tak ada mood nak buat semua benda.sekadar berbasa-basi dengan rakan2 bolehlah.tapi untuk bercerita...tak mungkin.semua benda terlampau serabut.

perkataan paling sesuai buat masa ni -
complicated -


p/s: serius tak suka perkataan
berubah hati.mengingatkan aku kepada peristiwa dulu.itu yang buat aku berfikir tahap moksya ni kut.

nak sangat ke aku berubah hati?
lu fikir la sendiri.

babai

Sunday, January 10, 2010

rasa

rasa nak delete blog.biar semua yg aku fikir duk dalam otak sampai meletup

alah, rasa je kan..bukan nak buat pun.hahaha

this is the most memorable new year i ever had..thanks for those who make it 'meaningfull'.

something to share;-

I don't know the key to success, but the key to failure is trying to please everybody.- Bill Cosby


dah la, penat berfikir.so much of the first entry of the year.babai

Tuesday, December 22, 2009

konon

hahaha.tajuk je macam tah hape2.

aku macam dah kurang sikit online baru2 ni.hilang minat mungkin.eh bukan, aku demam lah.demam yang main sorok2.sekejap ade sekejap takde.sebenarnya memang demam (eh aku dah tak faham aku nak cakap apa) tapi aku kan suka denial, act kononnya kuat.

perangai yang satu ni memang susah sangat nak ubah; tak suka bergantung kepada ubat.

konon2 power.tapi tulah yang set dalam kepala aku dari dulu kalau kena penyakit yang tipikal macam demam, pening dll tu.orang suruh makan ubat aku iyakan aje tapi tak pernah buat.kepala batu betul.hehe.dalam hati cakap; aku boleh lawan punye sakit ni.tak payah makan ubat.hahaha.*riak betul*

dan baru2 ni, aku dah cakap dengan diri aku, aku dah baik demam sebab aku nak hangout dengan kawan2 india aku.hehehe.mereka pulang sekejap.sedih pulok tiba2.maka kali ni aku pun rendahkan sikit ego tu dan makan ubat.tah berapa lama aku tak sentuh panadol.minum air banyak2.ikut pesanan tipikal doktor kalau datang klinik.ingat lagi tu.cecece

dan sekarang ini, aku mengalami masalah apa tah yang menyebabkan aku tak boleh telan air liur.sakit beb bila nak telan.ulser kot.tah, malas nak ambil peduli lagi.lama2 baik la tu. 

babai

ps:berat kurang 1kg masa demam.jakun sekejap.hahaha.lama tak turun berat weh.tengoklah, kejap lagi naik balik 2 3 kg -_-' 

Thursday, December 10, 2009

mengamuk

laptop kuat iman aku buat hal.loading untuk selama2nya mungkin.warghhh!!!


tolong jangan suruh format.aku serius malas nak install software.dah la baru install 10++ game baru  (terfikir.adakah ini sebabnya??hmmm  -_-')


ahem, minggu depan dengar cerita nak pergi penang.yeahhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!nasi kandar,laksa penang,abc,bath tub (tak ada kaitan), bilik tidur yg heaven, pasembor tidak dilupa. =9 


eh, bukan sepatutnya aku mengamuk ke?cerita pasal tidur dengan makan terus lega.dah la tengah sakit perut sampai terlingkup ni.hahaha.babai~

Sunday, December 6, 2009

tipikal

baru2 ni berduyun2 orang cerita pasal zaman sekolah dekat blog.kalau dekat fb, orang upload gambar semua.

kalau nak cerita memang jadi novel pulak kan?baik tak payah.aku dah cerita sikit dalam entri2 lepas.nanti aku akan buat diri sendiri gelak2 dengan kisah tipikal seorang budak perempuan tak matang aku tu.

nak dijadikan cerita, harini aku tidur awal. pukul 11 dah tidur.gara2 keserabutan otak tanpa sebab.sedangkan dah puas tidur siang.akibatnya terjagalah aku pukul 4 pagi.kawan2 aku semua ingat aku nak buat qiamullail.tak lawak pun okey (hahaha.aku gelak juga -_-) maka aku pun tengok tv. pastinya tiada cerita menarik maka aku pun bukalah MTV.ada klip video ini:

lagu yang dah lama aku nak download tapi asyik lupa (sibuk dengan hal dunia kononlol).taylor swift memang pandai buat lagu berkaitan kisah2 tipikal seorang perempuan.haha. aku bukan kutuk pun, memang kena kat batang hidung sendiri kut.kecuali bab kissing la.gilo ke apa?*banyak sebenarnya yang tak sama* hahaha. nampak sangat aku tipikal.

kalau tak sama pun kisah tu sekurang2nya lagu tu sedap.setiap kali dengar mesti masuk ke alam 'memory lane' buatan sendiri :)


ahh..benci ah asyik nak memory lane je.hahaha.lain kali aku post lagi.babai

Wednesday, December 2, 2009

ai bizi yuu.

huyoh, lama betul tak menaip.aku malas sebenarnya..hahaha

semua malas.banyak sangat benda jadi kebelakangan ni.yang pastinya, cuti aku kali ini memang tak buat apa2.selalunya ada jugak usaha nak cari kerja semua tapi rasa macam tak sempat je.dapat pulak aku yang memilih bab2 kerja ni.haha

memilih bukan apa, aku tak suka dikelilingi orang2 yang terlebih peramah atau dalam bahasa kasarnya, gatal

sibuk dengan hal2 tak penting (lagi2 tidur yang overdose), sampai dua2 telefon pun diabaikan.rakan2, sila hubungi saya melalui nombor celcom.bukan tak dapat mesej kalau nombor maxis.tapi selalunya 3 hari selepas mesej diterima.hahahaha

dah2.sibuk sangat ni.kita jumpa lagi ye (statment menggelabah-poyo.mana ada aku sibuk.lol)


ps:selamat ulang tahun kelahiran Alia.serius aku rindu kau

Wednesday, November 18, 2009

sengal

sempat lagi berym dengan seorang rakan walaupun esok ada exam (nama pun ain, biasakkk lah tu),


a: carik boyfriend ramai sikit.orang kata substitute.

f: sengal.

bukan sepatutnya bakal doc jadi nerd ke?ada ke patut encourage aku benda2 macam ni. -_-'

Saturday, November 7, 2009

entah #2

post tajuk macam ini berlaku bila semua benda yang kau buat serba tak kena.

aku dah bazirkan 2 hari aku macam tu je.hari pertama selepas paper elektrik. (aku rasa ini lah puncanya)

entah lah.


entah lah.

kalau boleh aku nak cakap entahlah sepanjang masa untuk jawapan bagi soalan yang aku sendiri tak boleh jawab.contoh, boleh jawab tak tadi? kenapa tak boleh score? study macam mana?


semua aku nak jawab dengan ;

entah lah.


ada yang makan pelempang nanti. (ye aku tahu bahasa aku kasar)

paper elektrik tak ada lah sesukar yang disangka.tapi disebabkan iyanya tak lah sesukar mana, aku tak boleh jawab.hahaha.rasa nak mencarut sahaja.

penyelesaian,

1- tidur bagai tiada esok.yeah!

2- makan bagai tak pernah makan.tak berapa efektif.

3- paling efektif selain tidur, keluar bersama orang tersayang.haha.lupa terus semua masalah wei.

4- pulang


semua aku dah buat.sekarang ni memang tak mampu untuk belajar. kepala sudah selirat.hahahaha.aku dah boleh bayangkan masa depan aku macam mana.


entah lah.tak boleh bayangkan pun sebenarnya