Showing posts with label i eat. Show all posts
Showing posts with label i eat. Show all posts

Sunday, May 23, 2010

perihal makan

cuti

cuti

cuti

cutii.....


ah~ heavennya bercuti...(aku dah mula bosan sebenarnya tapi tak nak cakap bosan.sebab ini sememangnya lebih indah berbanding assignment-assignment.ye dok?)

sekarang ni otak aku fikir nak makan je

.isk.

susah macam ni.sebab hari-hari aku duk naik atas penimbang tu duk tengok berat dah berapa. tak suka kalau berat dah naik. alah, aku macam perempuan lain jugak.
dah panjang pulak aku punya pengenalan. (intro sudah.skema nak guna pengenalan pulak)

sekarang, yang aku tau aku nak senaraikan makanan yang aku nak makan;

fish and chip
dekat delicious.


speghetti. (dapat carbonara pun layan jugak ni)

meatball
dekat ikea. tak pernah makan


blueberry cheese tarts
.argh ni macam dadah siut.aaaaaaaa~
dan yang terakhir.makan-makan di PAK LI!

okay-okay.yang ni betul-betul terakhir.nak ice blended mocha please!

--------

eh ni semua macam western je.
takpe-takpe, lepas ni aku senaraikan yang local.nanti orang cakap lupa diri pulak.he he he.
teringat kes makan ayam kampung dekat cheras tapi pakai macam nak lepak kat mana je.dengan baju bendera penjajah (uk) lagi -_-'

senang cerita, apa kata aku senaraikan sekarang;

ayam kampung
dekat cheras. jum makan lagi ain dengan pipat!haritu tak puas lahh. ;p


nak rasa sup meletup yang pipat dok promote. (nampaknya kena datang cheras lagi lah jawabnya)

nasi kandar. yummeh!

air tembikai laici (ini kes ketagih jugak ni)

ayam masak merah
resepi mak. - gara-gara tak reti memasak.haha!


rendang kerang!!!!! - resepi mak jugak~

(amilase dah merembes dengan jayanya -_-')
----


okay, setakat itu sahaja buat masa ini.
dah terliur?esok pergi lah carik. he he he

eh seronoknya aku dok senaraikan.padahal aku tak ada orang nak teman jalan-jalan cari makan pun -_-'

babai!

Monday, March 22, 2010

pathetic.

orang2 tua ada berpesan;

tak baik menangis depan rezeki..


aku rasa memang perlu bila saban hari kau makan bertemankan lappy dihadapan.bukannya manusia.



oh nooo~.air mata masuk dalam kuah maggi..hahaha!



ps:genap sebulan mahu final!saya kena bertahan!

babai

Tuesday, March 16, 2010

entri teruja sorang-sorang

oh yeah.saya dah berumur dua puluh satuuu.

namun perangai tetap berumur...lepasan spm?hahaha.takdalah.19 kut.nak jugak muda lagi.

macam tak percaya je.masa umur 20 tahun lepas tak rasa janggal pun dah berumur 20-an.aku terlambat teruja ke?hahaha

*berfikir*

umur 21 dimulakan awal sebenarnya.membuatkan aku sendiri was-was dengan tarikh lahir sendiri.15 haribulan ke 16 haribulan?

sebab ramai bebeno yang mengucap selamat pada 15 haribulan.mungkin keterujaan kut.hahaha.semua gara-gara facebook.haha

mus pun ucap 5 minit awal.chait.!tak romantik langsung.hahaha


yang lagi tak romantik mus tanya nak hadiah apa. -_-


dan aku pun ikut sama tak romantik.mintak hadiah tracksuit sebagai hadiah hari lahir.hahaha

saja nak bagi kuat lagi jogging.baru-baru ni makin liat nak bersukan gara2 mengenangkan kerja yang harus dibuat.okay, aku tipu.aku lagi teruja tidur petang sebab nak berjaga malam.ecece~

konon rajin.padahal tak buat apa pun.hehe



okay, cukup mengarut.



hari ini, maksud aku tadi aku keluar dengan mus.tiada apa yang nak dihairankan pun.dah berapa lama duk dating.

tapi yang mengejutkan aku, mus datang dengan luka-luka dan lebam di badan.memang terkejut sangat tahap O.M.G la.okay.aku lebih-lebih pula

senang cerita,

mus kemalangan. :(

tapi masih lagi boleh buat-buat cool cakap tak ada apa.bukan boleh percaya cakap dia ni -_- tak habis-habis kata:kata cool.rilek sudah.


bila tanya apa sebab kemalangan lagi aku tak percaya, sebab nak elak lembu??sebab ini masih tak dikenalpasti sahih atau tidak.sebab mus memang orang yang suka buat lawak.tak pernah serius.kalau dah kemalangan tu, memang tak lawak okay?

eeee..buat aku risau je sepanjang kitaorang keluar tadi.kan aku dah tak cool.haha.

tapi terharu mengenangkan dia sanggup juga datang walaupun baru je kemalangan tadi.

*rasa nak menangis.oh memang tak cool langsung*


aku cakap dengan dia, "kenapa tak bagitau je accident, tak payah datang pun tak apa.kesian mus"

kata aku dengan lagak seorang kekasih yang memahami.hahaha.lawak ayat aku.

kata mus," tapi kan mus dah janji." ayat itu yang kerap diulangnya

entah aku rasa tak ada manisnya dalam ayat tu, tapi aku rasa nak nangis jugak.terharu lah wei.mengenangkan situasi mus yang nak berjalan pun payah.memang rasa terharu.apatah lagi nak turun naik tangga,

:(

aku lebih-lebih pula.

kami pun pergilah menyambut hari lahir aku dengan makan di spagetti.haha.selepas itu membeli tracksuit aku.nasib baik tengah sale.hehe.nak kongsi bayar kena marah pulok.

maka pilih lah aku tracksuit yang paling banyak diskaun.he he he

aku dah beli stapler baruuuu (gara-gara hilang).sekarang dah rasa lengkap pencil case aku.hehe


tak lupa kepada ubat jerawat yang kotak je mahal.dalam kecik je.hampeh.bilalah jerawat ni nak berhenti tumbuh.parut dah bersusun ni.

okay aku dah siap membebel.so much of my 21th birthday. *tika entri ini siap ditulis, ada 1 minit lagi sebelum pukul 12.hehe*

terima kasih pada yang mengucap selamat.moga tahun ini lebih baik daripada sebelumnya.amin

TERHARUUUUUU


babai.

Saturday, October 17, 2009

bersakit-sakit kemudian

pepatah ada menyatakan,

"berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang- senang kemudian"
okeh, cukup ulangkaji bahasa Melayu.hehe


perangai aku, yang TAK pernah nak ikut pepatah itu.hahaha.tapi kali ini MEMANG sakit kot!!. serius aku tak pernah rasa sakit macam ni.

macam dulu.pernah juga la study last minute.subjek tu tak ada lah susah sangat.tapi pengakhirannya, kepala sudah jammed. kesannya apa lagi, mengulanglah subjek itu.haha

masih, tak ambil pengajaran lagi dari hal tu.akibatnya...

hurm...

minggu ini sangat meletihkan, SANGAT!

aku ada test hari selasa tu. macam biasa, belajar tapi pengakhirannya tak dapat jawab juga. aku dah biasa sangat dengan pengakhiran macam tu.T.T


yang tak tahan tu, hari tu aku puasa *konon baik la*. balik sahaja dari kelas yang sangat padat pada hari itu (10 sampai 6 tanpa henti. *.*), niat di hati ingat berehat sebentar sebelum membeli lauk berbuka puasa, maka aku pun boom! di atas katil yang empuk itu.rehat lah kononnya kan.dengan tudung dengan stokin aku terjaga bila hari dah gelap.hamik kau punya rehat. T.T

memang hancur puasa aku, berbuka pukul 10 setengah malam.apa punya puasa tu??dengan lambat berbuka dan tak solat maghib semua. aku pun tak tau laa..


eh.belum akhir lagi.baru hari selasa.

rabu seperti biasa, tapi masih juga sibuk dengan kerja projek elektrik.cari bahan di internet.malang sungguh wireless tak ada di kolej.isk.menguji kesabaran sungguh.maka aku pun menumpang bilik rakan2 yang ada wifi.lepas tu pulang ke rumah, kerana ada ura2 UM tak ada air.lagi pun segan la tumpang bilik orang kan.hmm

dirumah, terjadilah peristiwa entri sebelum ini.mengamuk lepas bangun tidur *this is sooo me masa sekolah dulu.betul kata amal* aku memang suka mengamuk lepas bangun tidur.hehe

esoknya sungguh liat untuk ke kelas.sikiiiiiitt lagi nak ponteng.yelah, dari rumah kan?tidur pun lepas subuh.hehe.kelas khamis macam biasa tapi malam tu pulun habisan untuk 1 lab report dan projek elektrik bersama rakan.

hari yang di takuti telah tiba (gila macam karangan duh cerita aku ni).kebetulan jumaat itu agak padat dengan perjumpaan dengan advisor and lecturer.kena hantar by hand report tu.tapi tak siap lagi.dapat siapkan pun akhir2 waktu. tu pun berkejar ke blok U yang nun atas bukit untuk ke kedai printing.nasib baik dah bukak.kalau tutup lagi mati aku.hehe

lepas sesi berjumpa dengan pensyarah itu, sambung lagi buat kerja yang asyik tak siap2 tu.jam menunjukan pukul 4 dan masa menghantar ialah pukul 5.dan pukul 5 itu juga lah aku ada kelas hubungan etnik.dekat blok u tercinta jugak.fuhh.pulun lagi.hari jumaat memang hari last minute sedunia agaknya?

pergi balik ke blok U untuk print dan turun bukit balik untuk hantar assignment dekat department.lepas tu naik balik blok U untuk ke kelas.fufufufuuuhhh.marathon ke?tapi masa tu adrenaline rush kut.otak fikir kalau benda ini dah selesai boleh senang hati ^^. perut yang lapar pun tak terasa.hebat kan?hehe.maka saya pergi kelas hubungan etnik dengan senyuman hingga ke telinga biarpun penat. :)

balik tu mesej2 sikit dengan mus.niat di hati ingin berjumpa.lagi pun ada macam rumah terbuka dekat kolej.tapi segan katanya. kesudahannya, merajuk sampai bawa ke tidur.konsepnya sama sahaja ye tuan2 puan2.kononnya tengah tungguh masa untuk turun jamuan raya kat cafe kolej, tengok2 tertidur LAGI. penat sangat gamaknya.campur frust menonggeng lagi.hahaha.tapi kali ini no more stokin+tudung.tapi still dengan jeans and longsleeve. -_-' dan kali ini terjaga pukul...*cuba teka*


5 pagi. (.....speechless)


dengan contact lens yang tak bukaknya.teruk sungguh perangai.tahi mata berkati2.lol.entah bila tah aku bangun untuk bukak contact lens dengan tukar baju pun aku tak tahu.sambung balik tidur.

bangun pukul 2 petang sebab dah tak tahan sangat lapar.penat sangat.ini rekod baru bagi tidur paling panjang agaknya.hmm.tapi serius tak pernah raya tak bermaya macam tu.sampai menggigil nak sapu peanut butter dekat roti siap baring atas katil lagi.sakit betul agaknya kut.haha.lepas telan je roti ingat boleh terus segar, tapi tak pun.chait!


dan ...tertidur lagi...


bangun sebab roomate balik.masa tu makanan dah cerna kut, baru boleh senyum sikit.hahaha.lawak je.


malam tu baru dapat jumpa mus. (perlu ke nak cerita?) haha.tengok2 dah hari ahad dahh.sekejap betul. tak kasi can langsung nak bersuka ria.banyak lagi benda nak siapkan lepas ini.

Wednesday, October 14, 2009

jerk

telah menjadi seorang yang jual-ikan hari ini.

seorang adik yang jual-ikan,

seorang kakak yang baran,

seorang anak yang juga baran.

perangai lama muncul kembali.


-----------------------------------


sepatutnya aku tengah bersuka-ria ada dekat rumah *memang tengah gumbira pun tadi*.balik2 dapat makan asam pedas ikan pari,dapat tengok tv, berguling2, .siap tidur lagi lepas makan *beruang berhibernasi*.memang dah cukup heaven dah buat masa sekarang yang tengah dihempuk oleh beban kerja yang macam aku-nak-mencarut2-tapi-tak-boleh.alik2 bangun tidur mengamuk.entah syaitonnn apa yang merasuk tah.


*keluh*


ni semua salah assignment! *hah!salahkan benda lain je tahunya*


oh well, memang aku jahat pon.maka tak hairan lahh.


dah la.aku nak buat kerja.kalau tak sia2 je aku bergaduh+mengamuk+meroyan hari ini.

Wednesday, October 7, 2009

rezeki

ini bebel2 orang yang tengah pokai.hahaha

bukan lah pokai.ada je mak ayah makcik bagi duit.tapi aku pergi buat bayar yuran sikit2.sikit2 lama2 jadi langsai.

hahaha.

belum langsai lagilah.tu lah, siapa suruh malas belajar.meskipun aku cukup tak suka ptptipu, tapi sekurang2nya dia dah kurangkan beban parents2 yang ada kat malaysia ni.lol.betul tak? (masih tak suka ptptipu)

walaupun dia dah mengajar remaja2 untuk berhutang dengan kadar interest yang $*^%$@!! , tapi tu lah, sekurang2nya mak ayah tak pening sangat.

senang cerita, kau belajar lah elok2 wahai pemuda pemudi di luar sana.sakit wei jadi macam aku.

lari tajuk.

aku pokai, sengkek.mengharap pada kuih raya untuk mengisi perut.wahaha.bukannya kenyang sangat pun, gemuk je lebih.seluar dah ketat. pfft!


*ishh, mana ada seluar kau ketat ain. denial lagi.waahahaha*


nak keluarkan duit untuk makan pun boleh fikir 2 3 4 kali.haha.maka, saya telah membuat keputusan untuk mencatu makanan.makan malam sahaja.fuhhh..sakit bagi orang yang kuat melantak macam aku ni

tapi baru2 ini murah rezeki sikit, dah dua kali makan malam saya orang bagi.wehuuu~terima kasih rumateku.kalau tak, maggie la jawabnya.hehe

bukan ke Allah itu maha pemurah lagi penyayang?Alhamdulillah syukur :)


ada 2 hari lagi untuk ditempuh sebelum hujung minggu.hari sabtu ada 1 kenduri dan 2 rumah terbuka.tungguuuuuuuu~


i just love raya.


buat2 lupa minggu depan ada test dengan projek motor yang tak mula2 lagi.hahaha.


selamat hari rayaaaa semua. :D

Tuesday, September 29, 2009

entah

wei dah berhabuk la blog ni.

aku banyak sangat benda nak cerita tapi macam dah basi je.lagi2 cerita pasal ramadhan.konon nak tunggu hujung2 ramadhan.sekarang kuih raya pon dah nak habis, apa kes?hahaha


aku naik berkati2 raya kali ini.terbaik!


nah 1 lagu.currently listening

she's a genius -JET


My girl's ready to take control
She just blows my mind
She only listens to the radio
To see who's alive, yeah

She wakes up scared of getting old
She don't feel no shame
She knows so many pretty boys
And they are all the same
They said, 'oh hey there girl tell me what do you do'
She said, 'um nothing but I'm damn sure it's more than you'

That girl's a genius
Whoa oh oh oh oh oh
I think she's serious
Whoa oh oh oh oh oh oh

If what you know is who you are
Then she's everything
You don't need an education
To know what class that you're in
They said 'hey there girl tell me what do you do'
She said 'nothing but I'm damn sure it's more than you'

That girl's a genius
Whoa oh oh oh oh oh
I think she's serious
Whoa oh oh oh oh oh

That girl's a genius
Whoa oh oh oh oh oh
I think she's serious
Whoa oh oh oh oh oh oh

She said hey there boy
Come on over and sit
Love is when you wanna kiss
And you get bit

That girl's a genius
Whoa oh oh oh oh oh
I think she's serious
Whoa oh oh oh oh oh

That girl's a genius
Whoa oh oh oh oh oh
I think she's serious
Whoa oh oh oh oh oh

That girl's a genius
That girl's a genius
That girl's a genius
Whoa oh oh oh oh oh oh

nice beat.aku suka.sekarang dah jadi nada dering wei.hehe

selamat menggemukan diri wahai ain.oh, selamat hari raya.dari kami anak2 ahfu~ (sebenarnya aku je yang ucap selamat)

maaf zahir batin

tahun ni tak ada gambar famili sebab rushing balik sabak bernam.oh sedihnya~ T.T

Friday, September 11, 2009

tong sampah

pukul

5.20

pagi

selamat pagi semuaa.. >.<

bertemankan segelas susu HL (all time fav) aku menaip.menanti detik2 waktu imsak.baru sahaja bersahurkan..

nasi. berlauk kacang panjang goreng, ikan sambal, kari daging, ayam goreng kcf, cornflakes madu, kurma, air milo.

fuhh..

aku keliru, sekarang waktu sahur ke berbuka?ehh.ke dah raya dah?isk3

inilah padahnya bila berada dirumah.hehe.

motif menulis :saja nak kasi orang lain dengki.aku ada kat rumah wei~hahaha.

Monday, August 10, 2009

aktiviti malam hari.

helo

salam lebih afdhal mungkin ??

ye.malam ni baru nak menaip.sebabnya, entah.tiba2.

hari ini aku puasa.ya,buruk betul perangai.hakikatnya, aku tak ingat aku dah ganti habis ke belum.lepas raya tu semangat je ganti tapi lupa.hahaha.maka aku puasa je la.tak salah kann.hehe

aku berbuka puasa dengan snack plate kfc.dah susahkan mus suruh teman.padan muka, siapa suruh tak ada kelas hari isnin.hehe.

oh, bukan sampai situ je juadah berbuka aku ya~ balik je makan kfc boleh beli roti canai dengan teh o ais.

lepas tu, teka la aku buat apa?

mesej2 sikit, tidurrrrr~ zzzz..

ular sawa punya budak.bwahaha!.aku terjaga bila roommate aku balik bilik.dia kata nak balik rumah.

tinggallah aku seorang diri...cececeee~.macam la tak biasa.tah, aku dah biasa kot seorang2 ni.dah tak kuasa nak fikir betapa menyedihkan-nya hidup aku ni.haha *ayat dramatik*

okay2.dah2.konon nak touching.sambung cerita.

bila dah seorang diri ni, asyik terfikir lapar je.*alasan tak munasabah* haha

aku pun makan la sepeket biskut oat yang aku sukaaaa.hehe.

okay, tak kenyang langsung!

saya tiada makan sihat selain biskut oat tersebut yang sepatutnya hanya layak dimakan sebelum ke kelas untuk isi perut.bwahaha!

kesudahannya, maggi sahaja lah jalan penyelesaian.masak air, buat maggi dan teh o panasss *layan~~* aku tak tau la berapa portion teh aku minum setiap hari.haha.lantak la.aku suka teh o.

tengah sedap2 habiskan maggi, seorang rakan yang baru pulang menonton wayang datang dengan membawa ...popcorn??hahaha.kombinasi apa ni? oh.mereka ini selalu ingat aku ni tong sampah agaknya.hahaha.dah kenyang pun makan lagi.

kesudahannya,


aku pun tak tau kenapa aku tulis entri ini.hahaha.*bengong*


aku dah agak dah, mesti aku end up tak buat apa2 malam ni sedangkan aku ada banyaaaaaaaakk *sumpah aku tak tipu banyak wei!* kerja kena siapkan.

meh kita tengok apa cik ain pemalas ni sepatutnya *hamek kau, siap warna merah lagi* buat;

1. assignment proE.kena siapkan 2 design.seronok kan.rabu kena tunjuk dekat tutor.

2. design lagi.kena buat sikat (due:khamis) dan bingkai basikal (due:lepas cuti puasa)

3. tutorial vector yang memang terang2an aku tak faham.hehe.rabu.

4. esok ada simple assignment buat on the spot subjek MED - mechanical element design.yep, aku tau macam seronok ja tajuk dia.tak sepatah apa aku tak faham.

5.assignment thermodynamic.kena hantar sebelum cutii.sebab kalau dah balik rumah tak boleh bukak website dia.*hi tech betul lecturer dia hantar assignment pakai website*

oh..banyak sungguh....~~

mak aku selalu cakap ;
nak berak baru nak gali lubang
yep.memang macam kasar sikit, tapi itulah hakikatnya.kebenaran tu memang pahit kan?

dan aku tak tau kenapa aku boleh luangkan masa untuk menaip lagi.hahaha!

seronok apa macam ni. *pale mung!*

penutup bagi entri ni, aku bagi tag.sila lah buat bagi sesiapa yang boring.*orang yang pura2 boring tak sedar diri macam aku lagi digalakkan buat.hahaha!*

tag ini aku buat dekat facebook.*boleh layan facebook* kan aku dah kata aku ni carik nahas.haha

-----------------------------------------


ABC About You Questions:

A - AVAILABLE : nope.ntah,tak paham lgsg relevennya

B - BIRTHDAY: march.dah lepas daa.

C - CRUSHING ON: nobody

D - DRINK YOU LAST HAD :teh panasss.buat sendiri tuu

E - EASIEST PERSON TO TALK TO: diri sendiri?

F - FAVORITE SONG: many

G - GUMMY BEARS OR GUMMY WORMS:both

H - HOMETOWN: klang bandar diraja yang kotor dan selalu jam kalah kl.

I - IN LOVE WITH:my boyfriend?

J - JUGGLE: ntah

K - KILLED SOMEONE: bodoh punya soalan.haha

L - LONGEST CAR RIDE: sabak bernam?penang pun naik van

M- MILKSHAKE FLAVOR:xpena minum.choc mayb?

N - NUMBER OF SIBLINGS: 5

O - ONE WISH: too hve more wish.tamak haloba.lol

P - PERSON YOU CALLED LAST:mus?

R- REASON TO SMILE:eye contact with someone? *if im in a good mood*

S - SONG YOU LAST HEARD: baby i need to know? *betul ke tajuk dia by marc anthony

T - TIME YOU WOKE UP: 6.45 am susbuh dinosor.hahaha

V - VEGETABLE(S): sedap~

W - WORST HABIT: kopek bibir *sampai berdarah wacakap luu*

X - X-RAYS YOU HAD:last time ada abg menggatal *annoyed*

Y – YO-YOS ARE: ikot musim

Z - ZODIAC SIGN: pieces


RANDOM QUESTIONS ABOUT YOU:

Spell your name without vowels: frn *gila hodoh.lol*

What color do you wear most: Red-ish *sama la haniii!!

What are you listening to?:menghapus jejak by peterpen

Are you happy with your life right now?: tak sgt.saya manusia yg jarang bersyukur

What is your favorite class in school?: pjk? hehe

Are you outgoing?:depends

Favorite pair of shoes?:sports shoes

Where do you wish you were right now?:beside bubu *nk tidoq maknanyaa.haha*


THE CANS:

Can you dance?:i my dreams.haha

Can you tie a cherry stem with your mouth?: apobondo ni?

Can you whistle?: nope

Write with both hands?: 1 buruk la.mcm biasa laa

Walk with your toes curled?: bila pakai 1 kasut yg ketat


THE DO'S:

Do you believe there is life on other planets?: ntah.tak peduli

Do you believe in miracles?: yes. yes. yes.mesti laa wei

Do you believe in magic?: NO .syirik.

Love at first sight?: haha.pernah jadi so percy laa wei

Do you think there's a Satan?: dah tertulis dalam al Quran :)

Do you believe in Santa?: tak.

Do you know how to swim?: saya x reti ok..fobia.pernah lemas :(

Do you think you could handle the stuff they eat on those reality shows?: klu durian bole kot.haha

THE HAVES:

Have you ever been on a plane?: tak.looserrr.lol

Have you ever asked someone out?: mesti laa

Have you ever been asked out by someone?: pernah laa.bengong

Have you ever been to the ocean?: pernah.

Have you ever painted your nails?: yup


THE WHATS:

What is the temperature outside?: tak tau.xsejuk pon :P

What radio station do you listen to?:winamp je.no radio

What was the last restaurant you ate at?: hmm.kfc?haha

What was the last thing you bought?:roti canai + teh o ais

Who was the last person you took a picture of?: saya dan sepupu saya .

CRYING SECTION:

Ever really cried your heart out?: saya nangis sorg2 dengan huduhnya .hahaha

Ever cried yourself to sleep?: byk kali dol

Ever cried on your friend's shoulder?: pernah.tapi kat lap dia.masa tu dapat result pasum :( *thanks alia lobaloba*

Ever cried over the opposite sex?: pernah je.*malu ohhh*

Do you cry when you get an injury?:main netball.tahii!jatuh kat tar tuu

Do certain songs make you cry?:ada je.byk


HAPPY SECTION.

Are you a happy person?: saya emotionless

What can make you happy?: random

Do you wish you were happier?:mesti laa

Can music make you happy?: yeah.music do infuence my mood


LOVE SECTION.

How many times have you had your heart broken?: hehe.ada laa.


LOOK AT ME.

What is your current hair color?: just dark..warna sebenar dirahsiakan haha

Current piercings?: ear

Have any tattoos?: no.birthmark ada la.lol

Eye color?: black


IN A GIRL/GUY

Favorite eye color: contact lens aku.wpon org ckp mcm hantu and mcm org saket.tp xpe la.haha

Short or long hair: depends, both works

Height:167??ntah.

Best clothing: baju kurung cotton.lol

HAVE YOU EVER.

Been to jail: never!

Mooned someone:tak paham.lol

Thrown up in a store:x laa

Done something really stupid that you still laugh at today: yep tapi dah lupe ape huhu

Gone skinny dipping:ape ni.aku pon tak faham gak.hahaha


THIS OR THAT.

Pepsi or Coke:vanilla coke for sure ! *obses*

McDonald's or Burger King: burger king mahal .so mcd la

Single or Group Dates:sama je :D

Chocolate or Vanilla:vanilla coke!tiba2.haha

Strawberries or Blueberries: Strawberries

Meat or Veggies:both!gila daging @_@

TV or Movie: tv

Guitar or Drums?:dua2 tak reti.

Adidas or Nike: nike. :) sbb lgi murah.haha

Chinese or Mexican: chinese sbb mexican tak pernah rasa

Cheerios or Corn Flakes: corn flakes dgn susu HL.ohhh rindunya nk makannn

ps:aku cuti wei miggu depannnn!!yahooo~

Wednesday, July 8, 2009

gembiraaa

yehh..aku dapat juga cerita pasal kerja.


tadi 2 jusco/aeon aku jejak.aeon au setiawangsa dengan wangsamaju.lalu jusco, lagi2 bahagian supermarket mesti teringat waktu kerja dulu2.lalu food court ingat tempat rehat dengan tidur.hehe.


sebab sekarang mood tengah baik.tengah gembira.dapat jumpa orang tersayang.makan kenny rogers (hasrat tercapai setelah 2 kali mengamuk sakan dengan mus) hehehe.dannnn..

aku berada di rumah.*tak sedar diri esok ada kelas pukul 10.hahaha.tak rancang pun nak tidur kat rumah.tapi bonda (uuu..bonda) kata semua orang dah penat.tak ada orang nak hantar.

tak kisah..asal aku bahagia~


kejap2.nak pergi cari kabel nak upload gambar...


laaa.kabel tak dak.


spoil mood betul lah.!







lain kali lah.tsk!

oh ya!aku nak beli jam .untuk aku yang dah berapa lama tak ada jam ni.huuuu.any suggestions?

Friday, July 3, 2009

pabila kamu pilihan ke dua

rindu sangat2 nak menaip.

betul, aku buat2 sibuk.sampaikan nak berjumpa seorang senior sekolah pun tak sempat. sebenarnya aku lebih banyak habiskan masa tidur je.

minta maaf banyak2. T.T


ini entri emosi dari aku.mungkin.melihat kepada tajuknya.hahaha.takde lah.mungkin aku patut letak tajuk 'pabila kenny rogers di ganti dengan sup daging'.aaaaa~ mengarut.sangat mengarut.

baru2 ni aku dilanda konflik dalaman.dah lama otak aku tak berfikir lebih dari sepatutnya.berfikir lebih cara aku ini dalam konteks, dipengaruhi emosi.hehe.emo.mungkin sebab dulu sibuk.asyik fikir kerja je.oh.kerja lain entri.

hari bertuah dimana aku berfikir lebih ialah khamis lepas.baru je.aku pergi subang untuk hantar uniform kesayangan.kalau tak gaji potong 40 hengget.kedekut!.*apesal aku asyik cerita pasal kerja ni*

sepanjang perjalanan dari klang ke subang aku berbalas mesej dengan mus.ya.entri ni pasal mus dan aku.kalau annoyed sila berhenti membaca.hahaha!


aku dah sampai klang dah masa mus cakap dia baru ingat nak jumpa.nasib baik aku ikut jalan jauh masa tu.sebab nak ambil masa untuk berfikir sama ada aku patut ke tak patah balik.


dan ya.aku patah balik ke arah kuala lumpur walaupun jarak aku dari rumah masa tu 5 minit perjalanan menaiki kereta.

oh ya.masa tu peak hour ya.nampaknya aku tak berfikir semasak2nya.oh ya.mungkin masa tu pemikiran aku dipengaruhi nafsu untuk makan kenny rogers *tiba2 je* dengan si dia.

dan tiba2 mus cakap nak jumpa acap dekat klcc.kebetulan.mungkin juga.tapi aku rasa seperti berjumpa achap itu agenda utama.sebab mus dah berjanji dengan dia.


hmm...*fikir lebih.fikir lebih*


aku dah sampai pj masa tu.mus boleh tanya soalan cepumas. "betul ke nak datang ambil mus ni?"

yes.soalan itu yang kita tunggu2 ya tuan2 dan puan2.dan aku tengah emo masa tu sebab dah fikir lebih banyak sangat dalam kereta seorang diri sambil meredah kesesakan lalu lintas (peh gambaran nak pom je) menjawab ; habis nak ain patah balik ke?kalau nak boleh je.

seterusnya aku ambil keputusan untuk berhenti mesej sebab bateri pun dah lemah (??! bateri low lah).dan menumpukan perhatian kepada pemanduan.


dan ...


sambung berfikir.*otak ni tak nak berhenti berfikir*


isk.menyedihkannya aku ni.

aku tahu mus cuma tak nak menyusahkan aku.dia sendiri cakap.dan aku sendiri sedar hakikat tu.cuma tulah..eish. %&*^#@$!!

serabut ah!

tapi, cubaan untuk makan kenny rogers tetap aku lakukan.ye lah.itu lah motif utama.dinner kenny rogers dengan mus.sampai ke kl kau ain.hahaha.kalau tak sia2 je la perjalanan aku siap sesat2 lagi.mus cadang lepas jumpa acap tu baru pergi makan tapi memang tak sempat.aku cuba ajak acap.tapi dia kata kawan dia tak ada sen.tak ada sen tapi boleh lepak DOME , apa hal? dia pulak lapar nasi.

argh.bengang la.

gila lain kenny rogers dengan pelita nasi kandar wehh.ei.

aku pasrah gila makan sup daging dengan roti telur.biarpun acap yang belanja, tapi aku masih tak puas hati. aaaaaa


sabar je la...


bak kata psenk.kau kena bersyukur sebab dia masih ada dengan kau.

fuhh..

ayat mendalam sungguh


benar walaupun pahit.


dah la.lame betul aku asyik cerita aku bergaduh je.

aku nak tidur dengan perut yang kenyang ini.tapi masih kempunan kenny rogers..mahu teruskan misi makan kenny rogers .hahaha


ps:aku tak tau apa yang sedap dengan kenny rogers tu.mengadalah kau ain.teringat masa kerja kat kenny rogers dolu2 lah tu.aish.kerja lagi.

Friday, June 5, 2009

rawak

lah.dah masuk bulan jun dah rupanya~


erm..

erm..


aku tak tau nak cakap ape la sebenarnya.hahaha

hidup aku baru2 ini :


  • macam burung hantu.macam la tak biasa pula yeee
  • bergelumang dengan segala macam pengangkutan awam hari2 (ye.hari2!).dari ktm ke lrt.lepas ni aku nak belajar naik rapid kl pula.boleh jimat duit tambang.jom jimat!
  • bergelumang dengan semua lapisan masyarakat.hahah!sebab naik pengangkutan awam la.
  • oh!bergelumang dengan macam2 jenis lelaki.perempuan pun ada la~*ugh! asap rokok dimana2.benci!
  • berjimat cermat.diet ketat (tolong la percaya!hehe)
  • bergelumang dengan baju yang sangat tak menarik.tapi aku pakai 2 lapis.sebab lengan pendek.berpeluh ketiak eden.tapi ok juga, aku tak boleh bayangkan kalau baju tu lengan panjang.nantikan gambar2 eksklusif dari aku.bwahaha!
  • hidup dengan pasaraya JUSCO!boleh kata aku dah pro dengan produk2 jusco.hehe
  • sekarang kemana saja dengan tangga+mesin kira.dan....
  • kira.kira.kira.hilangkan semua karat di otak.

kesimpulannya~

aku sibuk.

sibuk cari duit!

oh!jangan harap aku nak belanja bila nak gaji.sebab

..itu untuk bayar yuran.hehe.

kalau nak belanja, mai datang klang. aku belanja cendol klang yang sedap dan terkenal tu.

minggu depan pergi penang dengan perak.uuu..outstation do.nasi kandar~macam la aku sempat nak berjalan.

bwahaha!

*

*

*

*

*






jangan rindu aku.hahaha!


ps:ayat berwarna jingga di atas ditujukan terutama buat ain amin tercinta.haha!aku kata terutama.maknanya orang yang membaca pun termasuk juga.ya.kau la.bwahaha!

Friday, May 15, 2009

bebel2 yang tertangguh

aku sebenarnya tak ada modal nak berblog, tapi nak tulis la jugak.hahaha.

setelah 2 minggu aku cuti, baru2 ni je dapat keluar bersama ain dan rakan2 sekolah.wahh..rindu~haha

mael (bukan nama sebenar) selaku pemangku president persatuan pembuayanas telah semangat mengendalikan perjumpaan tersebut.sebagai pemerhati, aku , ain , dan zatie hadir untuk mengawasi mereka supaya tidak mengganas dipawagam.haha!

ahli2 yang lain ialah .....tengok gambar la

aku sampai paling awal (ajaib tapi benar) biarpun aku menaiki ktm yang suka buat kepala sendiri tu.haha! di ikuti dengan anep ,mail dan zatie.yang lain lambat sikit.

kami menonton 2 cerita hari itu.(aku, zatie, senk dan mail)

cerita pertama,
ANGELS AND DEMONS

fuhh..memang aku suka betul cerita tu.memang dia banyak cerita pasal agama tapi jalan cerita dia memang hebat.mula2 tu macam blur la jugak sebab banyak sangat unsur ilmiah.gabungan fizik dan sejarah serta kaitan antara sains dan agama yang kita sedia maklum sering sahaja ada percanggahan.(poyo betul ayat)


.ini gambar patung dari belakang.kalau tengok dari depan gerun jugak.

saranan aku, sila tengok dipawagam.dan bersedia untuk membeku kerana cerita tersebut memakan masa 2 jam++.aku sampai buat senaman dalam pawagam.nampaknya lemak2 sahaja tidak mencukupi untuk membekalkan haba.(okay2, aku mengarut)

lepas habis menonton kami makan~


makan2 di yoshinoya~cubaan untuk tahan ngatuk akibat tidak tidur malam langsung.hahaha


yang ada hari itu.seronok!

lepas itu ain pulang dan anep pergi jumpa buah hati.senk bagi idea gila nak tengok satu lagi cerita. cerita ke-dua, PUSH

dengan harapan dakota fanning tidak mengecewakan kami.aku pun layan je la.mengisarkan cerita manusia istimewa yang mempunyai kuasa psikik.


dan sungguh mengecewakan, cerita ini hanya boleh di senaraikan antara cerita yang hanya patut di muat turun.jangan tertipu disebalik poster yang boleh kata hebat itu.sungguh ajaib sebab aku yang sudah 24jam tak tidur masih lagi terjaga menonton cerita tersebut semata2 mengharapkan kesudahan yang lebih mengejutkan.tapi kecewa sungguh.

hambar lah kau ni!

maka dengan hati yang kecewa (dramatik) kami pun pulang.aku bersama dengan zatie pulang bersama.lama betul kami tak berborak sakan.wehuu.sepanjang perjalanan ke stesen ktm klang kami berborak.

esoknya..
aku pergi menonton wayang dengan mus pulak.(tak ada life ke aku ni?haha)

kali ni, ceritaa x-men.

aku memang suuuukaaaaa gila x-men.kartun yang membesar sekali dengan aku.aku sampai jadikan opening theme song dia sebagai ringtone handphone masa dulu2.letak poster dia dekat meja.macam2 lagi la.hahaha.maka aku mengharapkan xmen kali ni lebih baik dari x-men 3 yang macam hampeh tu.

xmen kali ni memang lebih bagus dari xmen 3.but i prefer xmen and xmen 2 tho.grafik pon tak berapa nak real sangat..but the storyline is much3 better than xmen 3.

aku sebenarnya dah lama tunggu cerita ni. sebab....

gambit!!

oh my!
siapa perempuan yang tengok xmen kalau tak cair dengan gambit tak tau la aku.dengan cajun(french) accent *chere!* dia.card trick dia lagi.ish.mata pelik dia lagi.suara dia lagi.stick dia lagi.

ingatkan dapat la aku ubat kekecewaan sebab watak gambit tak ada langsung dalam tiga2 cerita xmen sebelum ni.tapi bila tengok poster dia aku kecewa.

.tengok mamat yang pegang stick tu.

mamat mana pulak ni!!?
tak nak tengok laa!!tak sesuai langsung!boikot xmen origin!bwahaha

tapi aku tengok juga atas saranan rakan2..tapi bila dalam cerita dia...

lain pulak si gambit ni!!tengok sendiri


sekarang dia jadi background desktop aku~hehe


ain..ain..mula lah tu..*geleng2*

tak cool langsung..haha!

dalam cerita ni.aku nampak la yang mereka2 ni memang nak cari duit je.haha!mana tak nya.tiba2 ada pelakon korea berlakon dalam cerita ni.mesti la orang korea nak tengok kan?aku tengok pon sebab dia la.hehe.masa tu tak tau lagi gambit se-hot ni.hehe.

cerita ni memang layan..action dalam cerita ni serius mengingatkan aku yang aku gila2 dengan xmen dulu2 kala.(sekarang pon)

tapi aku tak boleh nak membenci mutant yang jahat dalam cerita ni (agent zero si pelakon korea tu dengan wade yang pegang pedang sebelah gambit tu) mereka terlalu hot untuk di benci.tengok cerita ni buat aku bo-layan mus kat sebelah.kesian dia~

hahaha!

pengajaran yang aku dapat, jangan menilai cerita melalui posternya.haha

aku sudahi entri ini dengan video gambit (lagi?)~duh!



ps:aku sibuk tengok cerita kartun xmen dekat utube.jom!!2 more series to gooo~


aku sorang je ke yang batak xmen? -_-'

Thursday, April 23, 2009

yuks!

siapa pernah rasa maggi sabun???

definisi:maggi yang mempunyai unsur sisa2 rasa sabun. duhhh

eiwww...

aku ingat maggi sabun ni zaman sekolah je yang ada.tapi aku dah lapar sangat2.sori perutku..ini memang membunuh namanya!!

eiwww..eiwww..

ps:perlu ke tulis pasal benda ni?entah.aku serabut arr..lapar laaaaa

Sunday, December 28, 2008

nah..entri 1 mgu..

hmm... <-----tak tahu macam mana nak mulakan enti ni

baiklah..senang cerita..minggu lepas ialah minggu yang agak seronok bagi aku.biarpun ada jugak pengalaman pahit, tapi pengalaman yang seronok mengatasi yang pahit tu..

*apasal ayat aku ni*kes dah lama tak menulis

sebenarnya tak de lah seronok mana pon.cuma aku je yang terlebih teruja. minggu lepas terasa sangat seronoknya. aku berjumpa dengan teman-teman aku. mungkin aku teruja kerana aku sunyi. internet dan telefon bimbit tak mampu nak hilangkan sunyi tu. tak sama bila berjumpa rakan-rakan. bergelak tawa sampai tersedak-sedak+tersembur-sembur makanan. berborak sampai panas punggung. tak sama dengan berbual di alam maya mahupun di skrin telefon bimbit. lebih lepas. lebih bermakna.


*emosi lagi*

hari isnin hingga khamis.. banyak sebenarnya yang terjadi. tapi terlampau banyak sangat sampai aku pon dah lupa. nak taip di blog asyik tak berkesempatan *malas sebenarnya. bertangguh-tangguh. tengok.kan dah lupa.

tapi khamis malam tu aku dikejutkan dengan mesej ganjil dari nombor yang tak di kenali.

"wahsap babe.free esok?nak lepak mid?"

siapa pulak ni.aku cukup malas nak layan. balas 1 2 mesej.dah tak tahan. apa kena lah manusia zaman sekarang. guna perkataan yang sangat pelik. hew hew , cwix killew , (perkataan ni berhuruf besar dan kecil) *berkerut-kerut sambil membaca* itu pun kalau boleh baca.

senang cerita.annoying nak mampos. aku buat bodoh.

akhirnya sipolan mengaku. rupanya rakan sePASUM aku yang belajar di india. hawau najis kerbau punye budak!! kenakan aku Alia merancang nak berjumpa esok. tapi lambat sikit katanya. takpe. aku okay-kan saja. (lagi lambat lagi bagus)


khamis-4 petang


mesej alia aku tunggu. sambil fikir. jadi ke tak...jadi ke tak?jam dah merangkak ke pukul 5 baru dia kata jadi.aku pon bersiap. menggunakan ktm dan lrt ke klcc. perjalanan lancar biarpun lambat (faham-faham je lah).

jam 8 tiba. lepak kinokuniya . alia sampai. bersama adiknya yang merupakan komplot penghantar mesej semalam. -_-' sambung jalan di kinokuniya. dengan harapan nad cepat sampai. lambat sangat. turun ke food court baru terserempak dengan dia.

kami bersatu semula di hadapan escalator tu.
lepas tu.borak. borak. borak. mus tiba.sambung borak lagi *dan makan

bahagianyaaa~

3 sekawan+ 3 jam yang bermakna

sehinggalah jam 11.aku dah cuak takut tak ada tren pulang. nasib sangat menyebelahi aku sebab sempat kejar tren terakhir .beriya-iya aku berlari . *sampai orang ktm tu tegur aku*

pulang..lega..

___________________________________________________

jumaat

biasa-biasa sahaja. cuma menemani mama dan adik-adik kecil yang lain membeli baju sekolah. *sengih-sengih* dulu aku pun macam ni. lepas tu yang best. makan~~ kami makan steambot


masa berkualiti bersama keluarga dan makanan berkualiti :D

sedang menikmati makanan, ku khabarkan kepada mama aku mau menggunakan kereta esok. mama siap tuangkan minyak lagi. thank you mama. =))

pulang. kenyang. puas hati. Alhamdulillah~


____________________________________________________

sabtu

bangun awal. bersiap dengan baju kurung cotton adik aku lantas ke UM untuk ambil nad. misi hari ini nak 'crash the wedding' lah kononnye. sebab hari ini hari bahagia bekas teman lelaki nad punya kakak.<--err faham tak?? hampir tiba di UM, aku ajak kamil. dia nak ikut.hehehe.bagus. lebih ramai lebih bermakna. chewah..kamil tiba dan nad pon siap melaram, kami gerak nak amik mus.

tibanya di gombak. nad nervous.hahaha. last-last baju dia melaram kena minyak. kesian dia



selesai majlis. pulang ke UM dan bergerak ke Mid untuk movie. cerita The Spirit.


***
iklan kejap...
jangan tertipu, biarpun movie tersebut hasil arahan pengarah filem 300 dan Sin City, tapi sangat tak best. tak faham. tak menarik. menyesal tengok. :((

***

nad kehilangan selera

habis wayang, makan lagi, kali ni di ss14.
menu tetap:bandung ais, nasi lemak suri. tambah lagi dengan orang tersayang. memang membahagiakan.

orang tersayang .hahaha

kami *aku nad dan mus* ucapkan bye2 kat kamil dan terus hantar mus. sesampai je di Wangsamaju, berborak seminit dua dengan orang tua mus, baru kembali ke UM untuk hantar nad pula.
kamil bercerita *juga orang tersayang* +nad

memang berjalan sakan aku hari tu...pulang ke rumah. biarpun penat, tapi aku bahagia. :)

oh ya!!hari ni hari malang bagi aku.aku dah calarkan kereta masa fetch kakak aku dari tempat kerja.sigh~

___________________________________________________

hari ahad pun biasa-biasa aja. aku ke kampung membawa adik-adik ku yang lain *memang driver berjaya aku ni* sebab makcik aku masakkan dinner hasil tangkapan ikan pakcik aku.

sempat pula aku tengok cerita cartoon old school. beauty and the beast. best siot!!

pulang ke rumah.layan internet.

sempat menyaksikan pergaduhan teruk antara kakak dan adik aku. hanya kerana tambah nilai 10 ringgit yang hilang.

*keluh* tak ada rezeki lah tu...

packing untuk pulang ke UM sebab semester baru nak mula.


tidur bila hari menghampiri subuh ..

___________________________________________________

p/s:harini (isnin) memang best.tapi pengakhirannya sucks. nanti aku cerita sebab isnin bukan minggu ni.

ape yang aku dapat simpulkan

hidup ini ada atas dan bawahnya..
tidak selamanya indah..
kita pahatkan dalam ingatan yang indah itu
yang pahit dijadikan perasa untuk mematangkan diri kita
biarpun pahit..tapi bermakna..

*aku dirasuk *

Wednesday, December 17, 2008

hangout+twilight mv (alia tak bole baca)


:aku dan saisha:

aaa...ini sebenarnya entri untuk semalam..

aku penat sangat sampai tetido..haha

setelah kekecewaan yang bertimpa-timpa baru-baru ni..

akhirnya aku membuat keputusan untuk enjoy..

enjoy ape??

meraikan keputusan aku yang teruk??

tak de la..saja..lepaskan tensi ni..*aku kena positif!!*
_____________________________________________


aku keluar ke mid hari ni(selasa)..nasib baik tak ramai sangat orang (lega~)

jmpe saisha..hee~terkejut aku dai pakai kemeja.berwarna pink..alahai..comel gila kott

masing-masing tak makan lagi.dan kami membuat keputusan nak makan dekat sushi king.tak pernah la aku makan kat sane bayar sendiri.tetibe rasa macam nak lepaskan makan sepuas-puasnyaaaa~hamik ko!

menu utama.miso soup.octopus.hehe.dannn bertimbun sushi.ape yang paling lawaknya.saisha pegi beli 1 sushi yang sangat pelik


yang ni fav aku.octopus. =9


ni sushi yang saisha try.and she regreted it.hahaha

terkejut jugak aku bila bayar.64 ringgit??!haha.tahniah la.takpe skali sekala.lepas tu kitorang jalan-jalan.borak.jalan-jalan.borak.tunggu sorang lagi pria ni.kate nak join.namanya Ahmad Kamil.kami tiba di the borders.belek-belek buku.tetiba mahluk ni dah membuatkan aku dan saisha menjerit kat dalam bookstore yang sedia maklum senyap macam kubur tu.

dan..kami makan lagi.. -_-'

untung la kamil dia makan banyak mana pon kurus jugak.jeles aku



selepas pria ini "pulang" ..aku dan saisha pon bergegas ke cinema.dan kami di kejutkan lagi dengan kemunculan mieza.dan yelah.mahluk gila makan ni pon kurus jugak.haha.kesian dia.sejak pindah ni.susah betul nak jumpa.lepas sesi jejak kasih tu.aku dan saisha pegi la cinema no. 10 dah tak sabar gila.haha.twilight ohh twilight.seat aku memang belakang sekali dan tengah-tengah (teringat aku kat exam hall masa SPM.lol)

secara keseluruhannya...disebalik wajah-wajah handsome+beautiful the Cullens

aku dah jangka aku akan kecewa..haihh..

  • banyak jalan cerita tak teli dengan novel tu..geram betul aku.gerr~serious geram.no wonder la ramai novel fans dia bengang tengok cerita tu.
  • cerita tu sangat senyap.punyalah banyak soundtrack dia.tapi kenapa lah dia tak guna dalam cerita??haihh..
  • aku memang suka the cullens..maka aku geram sebab emmet+alice punya scene sikit gila kutt.lagi-lagi bila bella kat hotel tu.
  • tapi a credit to baseball scene..pehh..stylo milo habis.dan tidak dilupa.Carlise punya 1st scene telah menyebabkan aku kering darah kejap..punyalah cair aku...maknanya aku masih normal.hahaha*walaupun aku tak suka reaction macam tu*tapi memang kali ni susa ooo ..automatic.kah3
yang lawaknya.setiap kali scene Edward , saisha mesti dok siku aku.wahaha..gelak-gelak sakan aku..saisha..saisha..


ni lah satu-satunya scene yang buat aku tersenyum gembira.thanks kepada cik izreena.aku amek video ni dari blog dia.hee~nampaknya pendapat kami lebih kurang.


habis je movie.saisha pulang.kamil contact aku.dia kata nak pegi UM jumpa seleng.aku yang menggedik ni telah menyusahkan dia dengan menyuruh dia amek aku.hehehe *faham kan kamil?*

sesampainya di um.jumpa seleng.kesiannya tengok dia.muka sakit betul.suspect denggi katanya.aku dan kamil macam mak n bapak pulak pegi lawat dia yang sibuk dengan latiham FESENI tu.habis berborak.kamil hantar aku ke kl sentral.*tq kamil~*

dalam tren..aku tersengguk-sengguk tido.hahaha

pulang.text mus kejap.dan tertido semula.haha

what a day..a wonderfull day indeed :D


p/s:aku nak letak entri ni 'twilight (bahagian 3)' tapi macam tak sesuai.sebab tak setaraf je.sebab novel dia jauh lebih bagus dari mv(at least a good novel for girls la)...nasib baik la aku baca novel dia dulu. ;D
_______________________________________________

sebenarnya...malam sebelum aku tertidur tu aku pegi check result (pointer) dekat website.dan keputusannya telah dijangka.

tah.tak nak fikir.=(

aku nak fikir benda-benda happy je sekarang ni.aku dah lama bersedih.tak baik untuk kesihatan.

life goes on.i have to think of something to redeem all my mistake(s).*aaa..teruk betul english aku.hahaa*

akhirnya aku pulih..hee~

Sunday, November 30, 2008

tiba2...

tau kenapa tiba2??


tiba-tiba...

aku rasakan aku mengalami masalah pemakanan yg amat aneh~

tiba-tiba...

aku terfikir ape yg aku dah makan harini~

ketika sedang dalam proses memarathon cerita csi tadi, aku terbayang ape yang aku makan harini...*berkerut-kerut memikirkan*

hasilnya..amat lah mengejutkan -_-"

hari aku bermula dgn makan sebungkus nasi ayam.*steady lg*

pastu gerak pegi uitm.jumpe mus sebab kakak dia konvo.suprisingly xsempat makan ape-ape sebab disebabkan kesesatan dan ketiadaan mesin atm.kami xsempat buat ape-ape.borak.borak.borak.(bosan la pulak)

lepas melepaskan rindu(??!) aku berhenti di stesen minyak petronas utk mengeluarkan wang di mesin atm.semua gara-gara xde duit nak bayar tol sebab semua duit dah buat isi minyak.hehehe.

okeh.lupekan pasal tu.aku pegi beli 1 tin air justea+aloe vera dan 1 paket coklat.semuanye dimakan tanpa ragu-ragu ..

sampai je dekat rumah.online.pastu hantar my sis pegi keja.pastu pulang ke kampung halaman yg terletak kira-kira 20 minit perjalanan.

disitu..xpayah cerita la aku makan ape..

pecal-sejenis makanan org jawa.kuantiti:2 mangkuk
air sirap-air yg ditambah dgn kordial berperisa ros.kuantiti:3-4 gelas
putu bambu-macam mana aku nak terangkan ye?kuantiti:1 je
vanilla coke-air berkarbonat cocacola versi vanilla.kuantiti:2 gelas
twisties-pasti mau.kuantiti:ohhh..infiniti

-pulang ke rumah-


mengunyah.dan terus mengunyah.(coklat zip 2+beberape sedut jus oren..hehe)

adikku pulang dari kerja lewat malam itu *workaholic sungguh*membawa pizza dan mushroom soup.tahniah kpd beliau kerana telah berjaya menghasut aku utk makan lg sepotong pizza dan beberapa sudu mushroom soup itu.(mentang-mentang la keje kat pizza hut,jangan la bg gemuk kakak ko nii~)

pak cik dan ayahku pulang pula.pakcik aku kelaparan malam itu.sepotong pizza saje xmencukupi.maka dia pon masak la maggi.dan tahniah kepada aku sekali lagi kerana terjebak ke kancah tidak sihat itu.hahaha.maggi pada pukul 3 pg ye tuan2.

tahniah kepada aku.cuba bayangkan bertapa teruknya eating disorder ini..patutkah di gelar eating disorder??patut panggil eating terlebih order je.wahahaha..mengarut

oh ya..perasan x aku xlistkan pon air kosong dalam menu??sebab aku xminum langsung walau 1 gelas pun plain water...sungguh tidak sihat..

menyebabkan sepanjang aku menulis entri ini.1 gelas bersaiz besar air kosong menemani ku -_-'

jika dinilai secara keseluruhannya..ain bukan manusia..ain DBKL
ain...ain..sigh~

sekian.