dah nak msk sabtu, baru aku menulis perihal apa yang aku buat hari selasa lepas.hehe
okay.ceritanya begini...isnin malam itu,
mahluk2 bernama selengdan kamil menyatakan bahawa mereka sungguh boring.
keluarlah idea bangang dari aku;
"jom pergi zoo? nak?"
ini gara-gara plan aku bersama gang bas sekolah.(bukan-bukan, geng sekolah menengah) haritu yang nak pergi zoo negara tapi akhirnya ke sungai sendat..*best gila* rujuk sini
aku serius tak jangka mereka ni serius. tu cuma satu idea gila dari aku yang keluar tak tentu hala. lagipun mana la aku jangka lelaki2 itu mahu melihat binatang2 itu.muahaha
tapi lain pula yang jadi. mereka semangat pula.
aku dah musykil..isyh..biar betul? <----monolog dalaman
la tu jugak aku bagitau mus dengan nad plan hari selasa itu. sepatutnya aku memang nak ke wangsa maju untuk dating selasa tu.he he he tapi member punya pasal .tak de hal lah..lagi pun aku yang cadang kan??jumpa mus jugak ape :D
setelah berconference bersama kamil n seleng dalam ym, masa yang ditetapkan ialah 12 tengahari (27.01.09) dan tempat berkumpul UM. kenderaan myvi mak aku. :D
dan pada hari yang ditetapkan,mereka lewat sejam.takpe2 aku sabar je.muahaha. setelah mereka sampai kami pun bertolak ke rumah mus.dia ni memang macam raja. mentang-mentang rumah dia dekat je dengan zoo negara.*jeles*
sesampai nya kami kat situ, mus baru je lepas mandi..dia solat kejap dan yang lain pun solat juga.
dan kami pergi makan tengahari.nasi ayam itu sedap juga.kat taman melawati eh?nta la, aku bukan tau sangat kl ni.
baru lah sampai....memang nasib kami sangat baik sebab masa tu cuaca redup. (mula-mula lalu masa nak pergi makan tu panas terik sangat)
Alhamdulillah~
sampai~
masa beli tiket tu semua macam tak percaya nak pergi zoo.aku pulak konon nak pergi zoo sebelum umur menjangkau 20 ni.ha ha ha~
masa sampai tu tengok semua family je yang ada.haih2.segan pulak tetiba.hehe
*****
lepas masuk je.nad, kamil dan seleng terus pergi ke kedai souvenier.
aku pelik...err
dan inilah hasilnya. -_-
nak tak nak aku pun kena juga *malu ohh*
biar gambar je yang cerita.kalau aku tulis panjang berjela
haiwan pertama
lawa bukan? okay.aku tau aku excited lebih2
haiwan ketiga
okey.ini kes malas nak suruh orang tangkapkan gambar
gambar dalam taman burung~
swan itu cantikkkk~ dan jinak :D
anak rusa
singa ini sangat pemalas(abaikan pose fake aku tu) sleng mainkan aku.cis! (btw, ini gamba singa comolot dengan penyu aku)
********
tapi yang jadi tumpuan haritu, seekor harimau yang sangat rajin lagi comel. harimau tu macam tau je orang datang nak tengok dia.maka dia pun meng-show-off skill dia berenang. :D
comel~ dia naik, pastu dekat satu point ni turun semula..
kurusnya harimau ni~ *sedih*
comel bukan?? aku bias sket sebab dia keturunan kucing.he he he penat.rest kejap bila teruskan perjalanan.mereka jumpa patung rimau dan terus dirasuk -_- aku jumpa turtle~ *****
okeh..penat gila berjalan.
banyak sangat binatang.nak tangkap semua susah gak la.mana yang sempat je.
yang pastinya.binatang yang terakhir kami tengok ialah penguin.
depan tempat penguin
pose kami didepan pintu masuk*****
balik tu kami pergi jumpa poih kejap.mereka borak tak ingat dunia.nad pula pergi dating.cis.mentang-mentang rumah bf dia dekat je kat situ. malam itu kami pergi cari tempat makan..
dari mapley 14, ke murni..dan pergi makan pakapau.semua hampa..
akhirnya.pasar malam juga yang best.diorang la kate.aku kenyang lagi aku pulang ke rumah.carik topup tapi semua kedai tak ada..laju jugak aku drive.30 minit da sampai.kentang~
aku ke sungai wang semalam. sebenarnya lot 10 la kalau nak cakap betul pon. tahniah la nad tak bagitau awal-awal yang sebenarnya ko nak pergi dating dengan nak pergi lot 10. tempat lot 10 tu memang aku tak tau langsung. dalam tu memang untuk orang kayo-kayo je.nak masuk kedai dalam tu memang tak dapat laa.. haila
penghabisannya aku dok je luar dengan mus..haha
tapi yang aku tak suka, bila turun je monorel tu, aku nampak ada satu tempat ni di banjiri oleh budak-bidak yang serius aku tak faham apa motif diorang.
isk.budaya tak elok ni.memang la ada yang tunjuk bakat menari diaorang .okey tu aku macam tengok la sekejap sebab aku pun tak boleh buat kan? tapi tu setakat 2 3 je yang melepak tak tentu hala lagi banyak.
aduh..serabutnyaaaaaaaaaaa!!nak jalan pun susah
okay la.aku mengaku aku pon melepak jugak (tapi kat kedai makan okeh).
tapi tolong lah..tolong lah cari tempat yang tak menghalang orang. plisssss~jangan la serabutkan tempat yang jalannya yang dah memang jem tu
tolong la ..tolong lah jangan pakai pakaian yang pelik-pelik. aku pun dah tak tau nak klasifikasikan pakaian tu ape.aku rasa aku yang obviously lagi tua dari diaorang pun takut nak dekat dengan diaorang.
tolong la...tolong lahh jangan jadi mat/minah saleh celup tak jadi. isk (ada ke mat saleh wat rambut dia macam tertepek pewarna rambut warna biru kat rambut dia?) -_-
ada satu tu.aku terserempak budak laki ni, budak perempuan jugak.
budak laki ni kecik lagi.macam baya sekolah rendah la..dah siap ada tindik dengan hisap rokok..ya Allah..mengucap kejap aku dalam hati.dia lagi kecik dari adik lelaki aku kot..(memang kecik pon sebab adik laki aku f1) muka comel-comel je.geram aku tapi boleh jadi macam tu....
*keluh*
yang perempuan pulak, baya adik aku. memang aku tengok budak tu terus aku ingat adik aku kat rumah. isk..ape lah nak jadi ni..risau pulak aku...tetiba aku terfikir ape adik aku buat kat rumah sekarang.tidur kot.haha
semua se-kaum dengan aku pulak tu.melayu sedang me-layu...haihh..
tetiba aku bersyukur. ada hikmahnya aku punyai mak dengan ayah yang tegas.
teringat dulu-dulu makan tali pinggang, rotan, hanger semua. sekarang dah tak mungkin sebab aku dengan akak dah besar, dah tau mana baik buruk pekara. adik aku yang kecik je kadang-kadang kena.tapi memang jarang la. ugut guna rotan sikit je jalan.hehe(jeles aku!tak aci betul)
ada hikmahnya~ Alhamdulillah..
nak kata aku baik tak juga la. masa depan aku pun tak terjamin lagi.aku pun melepak tengah malam juga. tapi bukan kat mana pon (nak menang jugak tu). tengok midnight movie dengan kedai mamak 24 hours..okey la.aku ngaku.teruk jugak la tu sebab aku ni perempuan :p perempuan tak elok keluar malam-malam kan?
tapi aku memang jelek tengok mahluk-mahluk yang aku jumpa semalam.
mudah-mudahan anak aku tak jadi macam tu.dapat didikan yang sempurna.amin~
sekian.
ps:tetiba aku terfikir.sempat ke aku jadi seorang ibu?ish..dah kritikal overthinking aku ni..hahah
tepat-tepat setahun lepas..lebih kurang macam ini jugak lah situasi nya..
malam tahun baru tu kami (aku, mus, muk dan nad) buntu nak buat apa..bincang punya bincang akhirnya kami ke panggung wayang juga. laju je muk nak pergi bila aku cakap aku tuang minyak. hahaha .menonton cerita ip man yang kami (eh..nad yang cakap) sebutannya I P man *macam superhero lah konon nya* rupanya nama cina biasa je -_-'
kami lewat ke panggung 10 minit macam tu lah.ketika beratur untuk membeli tiket kedengaran bunyi bunga api menandakan sudah masuk tahun yang baru. 2009. adalah juga 3 4 mesej dari rakan-rakan mengucapkan selamat.aku membalas mesej tersebut tanda mengahargai niat baik mereka. semoga impian tahun 2008 tercapai.
setelah menjangkau 30 minit pertama tahun 2009, di tengah baris di kaunter tiket tersebut aku terjerit kecilt. terlupa sesuatu yang penting!!
*tepuk dahi dua kali*
hari lahir ayahku jatuh pada hari tahun baru!!
macam mana lah aku boleh terlupa~ meningkat lagi umur ayahku..tapi dia masih sibuk mencari rezeki...terima kasih ayah..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. itulah doaku ketika menaip mesej selamat hari lahir kepada ayah. nad tergelak kecil kerana itulah yang berlaku kepadaku tepat setahun yang lepas. haha. lucu bila teringatkan ape yang berlaku.
rupanya sudah dua tahun aku berkenalan dengan nad. tahun lepas kami juga melakukan pekara yang sama. bezanya, cuma kami menonton cerita the golden compass (aku suka cerita itu!!) dan tahun ini kami tidak menonton bunga api seperti tahun lepas..
tapi cerita tahun ni (ip man) juga tak kurang menariknya!!seronok menonton.tak perlukan bertih jagung untuk mengisi masa terluang dengan mengunyah. penuh dengan aksi, juga humor yang santai. watak ip man itu sendiri sangat dikagumi dan memberi inspirasi <------promote kejap .hehehe. bagi sesiapa yang nak tengok wayang, tolonglah tengok cerita ni..gerenti tak menyesal. :DD
sampai aku tiba-tiba ada idea gila nak belajar kung fu wu shun *berangan lebih*
keluar panggung semua jadi gila.haha. menyatakan rasa puas hati terhadap cerita tersebut. nad siap keluar gaya-gaya kungfu lagi.
*geleng-geleng kepala*hahaha.masuk air betul nad ni.
kami gerak ke ss14. tahun lepas. aku, nad dan mus juga ke gerai makan. bezanya....kami ke sana ...
berjalan kaki.
*senyap*
berjalan kaki dari mid ker stesen lrt universiti memang pekara paling gila pernah aku buat. apa mereka (ini cadangan mereka, antara mus dan nad) ingat malaysia ni macam dalam cerita korea ape ke??boleh jalan kaki tengah-tengah malam. dah la lalu federal. aku cuak betul
*geleng-geleng lagi*
akan aku ingat pengalaman itu setiap tahun baru.
lepas makan, muk menghantar ayed pulang. pening katanya. kami sambung ronda-ronda kl (mentang-mentang minyak free) untuk melihat gelagat manusia menyambut tahun baru..macam-macam perangai. tapi paling aku kecewa bila melintasi jalan di sungai wang. mungkin ada sambutan tahun baru di situ. tak pernah aku lihat sampah sebanyak tu di mana-mana jalan raya sebelum ni.
*keluh*
apa lah nak jadi..
di perjalanan pulang pula terdapat 1 kemalangan ngeri..kereta proton satria neo berwarna putih remuk sampai terkeluar enjinnya. darah membasahi jalan raya. kesiannya..
ramai membuat anggapan sendiri. termasuk aku. antaranya mungkin pemandu mabuk. maklumlah..menyambut tahun baru cara barat.
dah lama rasanya aku tak menules entri..huhu.enti kali ini tak de la pasal aku yang rindukan sekolah ke.tak de la pasal persiapan persekolahan ke what so ever lah kan..
cuma..
cuma baru-baru ni..aku telah menjadi babysitter bagi sepupu aku yang berumur 5 tahun dan 6-7 tahun.haha.sorang nama dia baby (even dia dah ade adik dan dia lelaki, dia nak dirinya dipanggil baby) lagi satu nama dia mijan (nama sebenar:hamizan)
*excited lebih*
terus terang lah aku cakap, aku bukanlah seorang kakak contoh.aku bukanlah seorang perempuan yang mempunyai naluri keibuan sangat.sukakan budak kecik semua.baru-baru ni je.itu pun aku cuma berkata dalam hati sambil senyum
"eh..comel la budak ni"
mahluk yang terdekat aku treat dengan penuh kasih sayang cuma kucing dekat rumah aku.haihh mungkin sebab rumah aku dah lama tak ada budak kecik...yelah adik aku yang paling kecik pon dah nak UPSR tahun depan.
kalau lipat kain pon rasa pelik gila ada baju budak kecik..hahha -_-'
sepanjang budak-budak ni ada kat rumah..boleh kata sepanjang masa tv dekat rumah tu channelcartoon je..
masa tu lah..aku tau macam-macam cartoon zaman sekarang..b-daman..ben-10..gundam..
eishh..macam-macam la..hahaha
masa tu lah..aku punya bebola mata naik juling tengok dorang ni berlari ke sana-sini...dok kejar waktu iklan cartoon tu dengan nak main ps2 -_-' (diaorang sangat energetic)
masa tu lah..aku teringat balik cara nak buat susu...mandikan budak kecil..pakaikan baju..macam kerja dekat nursery pulak..haha
yang paling penting..aku akan teringat balik zaman aku budak kecik dulu..eeee..punya lah nakal aku..haha
aku sangat boyish
tetiba rindu dekat cartoon-cartoon yang aku tengok masa kecik-kecik dulu.tak banyak yang ada lagi.cartoon macam pokemon dah menyebabkan aku berlari balik dari tempat mengaji..(dapat tengok 15 minit pon jadi la) cartoondigimon, yang masih lagi ditayangkan *kat channel ceria ye..dah buat aku nangis (kan betul..aku ni emo) cartoon ape lagi ye..ahaa..dragon ball..ini memang follow gila panggung la.kakak aku beli komik dia sampai la majin buu tu mampos.haha.tak lupa jugak Sailormoon *dengan kuasa bulan~~akan menghukummu!! -_-'* kalau nak buat senarai memang sampai ke subuh la aku tulis entri ni.senang cerita kartun dengan budak kecik memang tak dapat dipisahkan (sekarang pun). cartoon-cartoon macam ni lah dah meng-encourage aku untuk bangun awal pagi masa hujung minggu.
lawak-lawak..
lagi-lagi part Sailormoon tu.memang susah nak mengaku.tapi memang betul kot.mak aku sangat supportive.siap bagi duit nak sewa komik tu lagi (sekarang korang tahu mana datangnya aku punya obsess dengan manga) at least dengan buat macam tu, mak aku tahu aku lepak kat mana, kedai ComicHouse tu dekat kot dari office mak aku dan dengan sekolah aku.tapi sekarang dah tutup.sedih.setiap kali aku lalu situ mesti senyum sorang-sorang...
ahh..memory lane pulak tiba-tiba..tulah kerja aku.kalau mengelamun, nombor satu..
p/s: 1st cartoon crush aku..tau sape??tgk X-men??Gambit..ohhhhh im in love with a person that didnt exist *again.. haihh
setelah kekecewaan yang bertimpa-timpa baru-baru ni..
akhirnya aku membuat keputusan untuk enjoy..
enjoy ape??
meraikan keputusan aku yang teruk??
tak de la..saja..lepaskan tensi ni..*aku kena positif!!* _____________________________________________
aku keluar ke mid hari ni(selasa)..nasib baik tak ramai sangat orang (lega~)
jmpe saisha..hee~terkejut aku dai pakai kemeja.berwarna pink..alahai..comel gila kott
masing-masing tak makan lagi.dan kami membuat keputusan nak makan dekat sushi king.tak pernah la aku makan kat sane bayar sendiri.tetibe rasa macam nak lepaskan makan sepuas-puasnyaaaa~hamik ko!
menu utama.miso soup.octopus.hehe.dannn bertimbun sushi.ape yang paling lawaknya.saisha pegi beli 1 sushi yang sangat pelik
yang ni fav aku.octopus. =9
ni sushi yang saisha try.and she regreted it.hahaha
terkejut jugak aku bila bayar.64 ringgit??!haha.tahniah la.takpe skali sekala.lepas tu kitorang jalan-jalan.borak.jalan-jalan.borak.tunggu sorang lagi pria ni.kate nak join.namanya Ahmad Kamil.kami tiba di the borders.belek-belek buku.tetiba mahluk ni dah membuatkan aku dan saisha menjerit kat dalam bookstore yang sedia maklum senyap macam kubur tu.
dan..kami makan lagi.. -_-'
untung la kamil dia makan banyak mana pon kurus jugak.jeles aku
selepas pria ini "pulang" ..aku dan saisha pon bergegas ke cinema.dan kami di kejutkan lagi dengan kemunculan mieza.dan yelah.mahluk gila makan ni pon kurus jugak.haha.kesian dia.sejak pindah ni.susah betul nak jumpa.lepas sesi jejak kasih tu.aku dan saisha pegi la cinema no. 10 dah tak sabar gila.haha.twilight ohh twilight.seat aku memang belakang sekali dan tengah-tengah (teringat aku kat exam hall masa SPM.lol)
secara keseluruhannya...disebalik wajah-wajah handsome+beautiful the Cullens
aku dah jangka aku akan kecewa..haihh..
banyak jalan cerita tak teli dengan novel tu..geram betul aku.gerr~serious geram.no wonder la ramai novel fans dia bengang tengok cerita tu.
cerita tu sangat senyap.punyalah banyak soundtrack dia.tapi kenapa lah dia tak guna dalam cerita??haihh..
aku memang suka the cullens..maka aku geram sebab emmet+alice punya scene sikit gila kutt.lagi-lagi bila bella kat hotel tu.
tapi a credit to baseball scene..pehh..stylo milo habis.dan tidak dilupa.Carlise punya 1st scene telah menyebabkan aku kering darah kejap..punyalah cair aku...maknanya aku masih normal.hahaha*walaupun aku tak suka reaction macam tu*tapi memang kali ni susa ooo ..automatic.kah3
yang lawaknya.setiap kali scene Edward , saisha mesti dok siku aku.wahaha..gelak-gelak sakan aku..saisha..saisha..
ni lah satu-satunya scene yang buat aku tersenyum gembira.thanks kepada cik izreena.aku amek video ni dari blog dia.hee~nampaknya pendapat kami lebih kurang.
habis je movie.saisha pulang.kamil contact aku.dia kata nak pegi UM jumpa seleng.aku yang menggedik ni telah menyusahkan dia dengan menyuruh dia amek aku.hehehe *faham kan kamil?*
sesampainya di um.jumpa seleng.kesiannya tengok dia.muka sakit betul.suspect denggi katanya.aku dan kamil macam mak n bapak pulak pegi lawat dia yang sibuk dengan latiham FESENI tu.habis berborak.kamil hantar aku ke kl sentral.*tq kamil~*
dalam tren..aku tersengguk-sengguk tido.hahaha
pulang.text mus kejap.dan tertido semula.haha
what a day..a wonderfull day indeed :D
p/s:aku nak letak entri ni 'twilight (bahagian 3)' tapi macam tak sesuai.sebab tak setaraf je.sebab novel dia jauh lebih bagus dari mv(at least a good novel for girls la)...nasib baik la aku baca novel dia dulu. ;D _______________________________________________
sebenarnya...malam sebelum aku tertidur tu aku pegi check result (pointer) dekat website.dan keputusannya telah dijangka.
tah.tak nak fikir.=(
aku nak fikir benda-benda happy je sekarang ni.aku dah lama bersedih.tak baik untuk kesihatan.
life goes on.i have to think of something to redeem all my mistake(s).*aaa..teruk betul english aku.hahaa*