ini hanyalah bebelan orang yang tidak tentu arah *tagline apit* terlalu banyak untuk diceritakan ibarat iklan milo yang baru tu, padat gitu.hahaha.
dikala azan subuh sayup2 kedengaran aku menaip, aku terfikir..
"oh, dah nak masuk awal muharram.."
bagus lah, sekurang2nya kedatangan awal muharram kali ini hampir selari dengan tahun baru.bukan nak mengagungkan sangat kedatangan tahun baru 2010, tapi itulah hakikatnya, orang seperti aku lebih peka akan kedatangan tahun baru kelendar biasa berbanding kelendar Islam sendiri.hmm.. *apesal tiba2 serius pulak?*
oh ya!
sebenarnya aku nak cerita pasal kesudahan semester ini. keputusan rasmi dah lama keluar tapi aku tiada perasaan nak menggambarkan bagaimana keputusan itu.macam biasalah, teruk itu sudah tentu, tapi aku masih bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menuntut ilmu. jauh di sudut hati, mengagumi kebijaksanaan+kerajinan rakan2 lain tapi juga bersyukur kerana ada peningkatan.bak kata kawan aku, "tak apa ain, pelan2 kayuh." :)
"well done" kata ain kepada diri sendiri.hahaha *sedapkan hati*
yang nyata, perlu berusaha lebih keras untuk semester yang akan tiba ini .cecece~
perlu..
- baiki waktu tidur
- belajar menguruskan waktu. jangan masa akhir2 jadi wakluu!
- baiki ibadat dengan Tuhan
- ibadat dengan rakan2, keluarga
- kawal emosi.oh! saya sangat mudah terpengaruh dengan emosi.bak kata mus, asyik2 nangis.hahaha
oh sungguh cemburu dengan rakan2 yang dapat keputusan gempak2 tapi saya tahu, they deserve it.
banyak yang berlaku kebelakangan ini, ajar aku bahawa kehidupan tak semestinya ikut kemahuan kita. dan ya, life is unfair.but we have too live it. *entah betul entah tak grammar aku ni* belasah jelah.
telah banyak belajar supaya menelan emosi.jangan cepat marah (berjaya atasi sikit, berbanding dulu yang baran.wahaha), jangan cepat nangis (sedut air mata.lol).fikirkan dulu penyelesaian bagi konflik itu.isk, lama2 aku jadi heartless pulak.
mustahil jadi heartless..
sebab kebanyakannya aku luahkan di sini wahai blogku.hehehe.pengharagaan buat oh lala~.terfikir juga nak tukar nama tapi takpelah, orang kata ..ada sentimental value (penat fikir perkataan sentimental).hahaha
eh apa yang aku dah merapu ni.makin banyak merapu makin banyak jerawat yang tumbuh.muka aku dah teruk dengan parut.lepas ni pakai bedak tebal2.hahaha.annoyed dengan diri sendiri.
penutup: moga2 setiap kali aku cuba nak buat benda lagha aku akan baca entri ini.please2, tolonglah tidur seperti manusia biasa lepas ni ain.hahaha
jangan cemburu biasa aja kan... usaha
ReplyDelete