Tuesday, December 22, 2009

konon

hahaha.tajuk je macam tah hape2.

aku macam dah kurang sikit online baru2 ni.hilang minat mungkin.eh bukan, aku demam lah.demam yang main sorok2.sekejap ade sekejap takde.sebenarnya memang demam (eh aku dah tak faham aku nak cakap apa) tapi aku kan suka denial, act kononnya kuat.

perangai yang satu ni memang susah sangat nak ubah; tak suka bergantung kepada ubat.

konon2 power.tapi tulah yang set dalam kepala aku dari dulu kalau kena penyakit yang tipikal macam demam, pening dll tu.orang suruh makan ubat aku iyakan aje tapi tak pernah buat.kepala batu betul.hehe.dalam hati cakap; aku boleh lawan punye sakit ni.tak payah makan ubat.hahaha.*riak betul*

dan baru2 ni, aku dah cakap dengan diri aku, aku dah baik demam sebab aku nak hangout dengan kawan2 india aku.hehehe.mereka pulang sekejap.sedih pulok tiba2.maka kali ni aku pun rendahkan sikit ego tu dan makan ubat.tah berapa lama aku tak sentuh panadol.minum air banyak2.ikut pesanan tipikal doktor kalau datang klinik.ingat lagi tu.cecece

dan sekarang ini, aku mengalami masalah apa tah yang menyebabkan aku tak boleh telan air liur.sakit beb bila nak telan.ulser kot.tah, malas nak ambil peduli lagi.lama2 baik la tu. 

babai

ps:berat kurang 1kg masa demam.jakun sekejap.hahaha.lama tak turun berat weh.tengoklah, kejap lagi naik balik 2 3 kg -_-' 

Friday, December 18, 2009

emosi lagi:kasih sayang tanpa batasan.cewah

ya, aku kembali dengan entri yg emosi.haha

tengok oprah siang tadi.cerita pasal facebook semua *oprah yg dah lama* 

nasib baik tgk sorang2 (tengok kanan kiri dulu sebelum layan emosi.hahaha)bolehlah layan emosi.hahaha






terharu weh.tak lupa christian super2 cute and hugable.lepas ni ada duit lebih sikit nak bli buku dia lah (angan2 tinggi).hehehe
uwaaa~ nak lion hug jugak :'(( gedik sungguh aku (itu pun kalau singa tu tak baham aku dulu.lol)
 
banyak lagi video pasal christian ada di portal youtube.taip sahaje christian the lion.tengok lah sampai lebam mata kau. *dalam kes aku asyik menangis je.haha* ee..tak malu langsung
bye!
ps:cakap pasal buku,dah lama tak lepak kedai buku sorang2 berjam2 baca buku free.hehe.next sem nak mula balik hobi lama. :D

Tuesday, December 15, 2009

tiada arah tujuan

ini hanyalah bebelan orang yang tidak tentu arah *tagline apit* terlalu banyak untuk diceritakan ibarat iklan milo yang baru tu, padat gitu.hahaha.

dikala azan subuh sayup2 kedengaran aku menaip, aku terfikir..

"oh, dah nak masuk awal muharram.." 

bagus lah, sekurang2nya kedatangan awal muharram kali ini hampir selari dengan tahun baru.bukan nak mengagungkan sangat kedatangan tahun baru 2010, tapi itulah hakikatnya, orang seperti aku lebih peka akan kedatangan tahun baru kelendar biasa berbanding kelendar Islam sendiri.hmm.. *apesal tiba2 serius pulak?*

oh ya!

sebenarnya aku nak cerita pasal kesudahan semester ini. keputusan rasmi dah lama keluar tapi aku tiada perasaan nak menggambarkan bagaimana keputusan itu.macam biasalah, teruk itu sudah tentu, tapi aku masih bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menuntut ilmu. jauh di sudut hati, mengagumi kebijaksanaan+kerajinan rakan2 lain tapi juga bersyukur kerana ada peningkatan.bak kata kawan aku, "tak apa ain, pelan2 kayuh." :)

"well done" kata ain kepada diri sendiri.hahaha *sedapkan hati*

yang nyata, perlu berusaha lebih keras untuk semester yang akan tiba ini .cecece~ 

perlu..

  • baiki waktu tidur 
  • belajar menguruskan waktu. jangan masa akhir2 jadi wakluu!
  • baiki ibadat dengan Tuhan
  • ibadat dengan rakan2, keluarga
  • kawal emosi.oh! saya sangat mudah terpengaruh dengan emosi.bak kata mus, asyik2 nangis.hahaha

oh sungguh cemburu dengan rakan2 yang dapat keputusan gempak2 tapi saya tahu, they deserve it.

banyak yang berlaku kebelakangan ini, ajar aku bahawa kehidupan tak semestinya ikut kemahuan kita. dan ya, life is unfair.but we have too live it. *entah betul entah tak grammar aku ni* belasah jelah.

telah banyak belajar supaya menelan emosi.jangan cepat marah (berjaya atasi sikit, berbanding dulu yang baran.wahaha), jangan cepat nangis (sedut air mata.lol).fikirkan dulu penyelesaian bagi konflik itu.isk, lama2 aku jadi heartless pulak.

mustahil jadi heartless..

sebab kebanyakannya aku luahkan di sini wahai blogku.hehehe.pengharagaan buat oh lala~.terfikir juga nak tukar nama tapi takpelah, orang kata ..ada sentimental value (penat fikir perkataan sentimental).hahaha

eh apa yang aku dah merapu ni.makin banyak merapu makin banyak jerawat yang tumbuh.muka aku dah teruk dengan parut.lepas ni pakai bedak tebal2.hahaha.annoyed dengan diri sendiri.

penutup: moga2 setiap kali aku cuba nak buat benda lagha aku akan baca entri ini.please2, tolonglah tidur seperti manusia biasa lepas ni ain.hahaha

Thursday, December 10, 2009

mengamuk

laptop kuat iman aku buat hal.loading untuk selama2nya mungkin.warghhh!!!


tolong jangan suruh format.aku serius malas nak install software.dah la baru install 10++ game baru  (terfikir.adakah ini sebabnya??hmmm  -_-')


ahem, minggu depan dengar cerita nak pergi penang.yeahhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!nasi kandar,laksa penang,abc,bath tub (tak ada kaitan), bilik tidur yg heaven, pasembor tidak dilupa. =9 


eh, bukan sepatutnya aku mengamuk ke?cerita pasal tidur dengan makan terus lega.dah la tengah sakit perut sampai terlingkup ni.hahaha.babai~

Sunday, December 6, 2009

tipikal

baru2 ni berduyun2 orang cerita pasal zaman sekolah dekat blog.kalau dekat fb, orang upload gambar semua.

kalau nak cerita memang jadi novel pulak kan?baik tak payah.aku dah cerita sikit dalam entri2 lepas.nanti aku akan buat diri sendiri gelak2 dengan kisah tipikal seorang budak perempuan tak matang aku tu.

nak dijadikan cerita, harini aku tidur awal. pukul 11 dah tidur.gara2 keserabutan otak tanpa sebab.sedangkan dah puas tidur siang.akibatnya terjagalah aku pukul 4 pagi.kawan2 aku semua ingat aku nak buat qiamullail.tak lawak pun okey (hahaha.aku gelak juga -_-) maka aku pun tengok tv. pastinya tiada cerita menarik maka aku pun bukalah MTV.ada klip video ini:

lagu yang dah lama aku nak download tapi asyik lupa (sibuk dengan hal dunia kononlol).taylor swift memang pandai buat lagu berkaitan kisah2 tipikal seorang perempuan.haha. aku bukan kutuk pun, memang kena kat batang hidung sendiri kut.kecuali bab kissing la.gilo ke apa?*banyak sebenarnya yang tak sama* hahaha. nampak sangat aku tipikal.

kalau tak sama pun kisah tu sekurang2nya lagu tu sedap.setiap kali dengar mesti masuk ke alam 'memory lane' buatan sendiri :)


ahh..benci ah asyik nak memory lane je.hahaha.lain kali aku post lagi.babai

Wednesday, December 2, 2009

ai bizi yuu.

huyoh, lama betul tak menaip.aku malas sebenarnya..hahaha

semua malas.banyak sangat benda jadi kebelakangan ni.yang pastinya, cuti aku kali ini memang tak buat apa2.selalunya ada jugak usaha nak cari kerja semua tapi rasa macam tak sempat je.dapat pulak aku yang memilih bab2 kerja ni.haha

memilih bukan apa, aku tak suka dikelilingi orang2 yang terlebih peramah atau dalam bahasa kasarnya, gatal

sibuk dengan hal2 tak penting (lagi2 tidur yang overdose), sampai dua2 telefon pun diabaikan.rakan2, sila hubungi saya melalui nombor celcom.bukan tak dapat mesej kalau nombor maxis.tapi selalunya 3 hari selepas mesej diterima.hahahaha

dah2.sibuk sangat ni.kita jumpa lagi ye (statment menggelabah-poyo.mana ada aku sibuk.lol)


ps:selamat ulang tahun kelahiran Alia.serius aku rindu kau