Wednesday, October 7, 2009

salahkan software .haha

ya. aku kembali untuk merungut2+membebel2+serabut2 seorang diri.sesungguhnya blog ini kepunyaan orang yang sunyi mungkin.tiada tempat mengadu.ahaha.tipu je lah.kan kita sentiasa ada tempat untuk mengadu kepada-Nya?

tak kuasa nak mengadu pada orang lain.mereka ada masalah mereka sendiri.

aku ada satu masalah ni, namanya lembap dalam penggunaan komputer. (tapi kalau internet reti pulak) dan tahniah buat aku kerana course aku ini banyak menggunakan perisian2 (software) untuk merekabentuk segala objek2 disekeliling. hampir setiap semester ada belajar perisian baru.bayangkan 5 semester lagi aku kena tempuh .pfft! *ngomel2*

aku pun pelik kenapa aku pilih jurusan ni.bila aku tanya junior, ramai yang jawab "sebab nama jurusan ini ada kaitan dengan design" aku jeling kawan2 lain dengan senyuman. sambil tergelak kecil. yelah nama jurusan ini COMPUTER aided DESIGN and manufacturing engineering (CAD/CAM). teras dia, rekabentuk dan komputer. dia tak tahu macam mana payahnya nak design ni. semua benda bukan tangkap muat saja.setiap benda ada kira2. bukan main lukis je. lukis? jangan haraplah kau dapat lukis tangan macam budak2 arkitek. semua pakai software.kalau lah boleh lukis2 je, heaven! aku suka lukis kot.

dan aku sekarang , aku sangatlah lembap (orang2 tua kata benak hati.haha) dalam menggunakan perisian. tak kira lah apa bentuk perisian pun.teringat dulu masa semester pertama belajar AUTOCAD, orang naik geram mengajar aku.kena ulang banyak kali. maaflah, aku tiada asas seperti kome semua. saya budak biologi yang konon2nya nak sambung dalam bidang perubatan tapi tak sedar diri tak cukup pandai tiba2 tersesat masuk fakulti kejuruteraan pulok. hahaha. hasilnya, aku habiskan banyak masa depan laptop semata untuk melukis.memang banyak! roommates aku kesian gamaknya tengok aku tekanan seorang2 hempuk2 meja+mengamuk2 depan laptop.

mengamuk dekat laptop apa dapat?hahaha.bukan boleh selesaikan masalah pun.

ye dok?


orang2 putih ada cakap, bad workers always blame their tool.sekarang, akulah bad worker itu .sekian.


p/s:doakan aku ya. >.<

1 comment:

  1. aku pon tak ske gune komputer n sgala mcm software ni...!hu..ak nye klas IT da r sume nihongo....damn...ak malas nak bace kat monitor tulisan jepon doh...hu

    ReplyDelete