Saturday, October 17, 2009

bersakit-sakit kemudian

pepatah ada menyatakan,

"berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang- senang kemudian"
okeh, cukup ulangkaji bahasa Melayu.hehe


perangai aku, yang TAK pernah nak ikut pepatah itu.hahaha.tapi kali ini MEMANG sakit kot!!. serius aku tak pernah rasa sakit macam ni.

macam dulu.pernah juga la study last minute.subjek tu tak ada lah susah sangat.tapi pengakhirannya, kepala sudah jammed. kesannya apa lagi, mengulanglah subjek itu.haha

masih, tak ambil pengajaran lagi dari hal tu.akibatnya...

hurm...

minggu ini sangat meletihkan, SANGAT!

aku ada test hari selasa tu. macam biasa, belajar tapi pengakhirannya tak dapat jawab juga. aku dah biasa sangat dengan pengakhiran macam tu.T.T


yang tak tahan tu, hari tu aku puasa *konon baik la*. balik sahaja dari kelas yang sangat padat pada hari itu (10 sampai 6 tanpa henti. *.*), niat di hati ingat berehat sebentar sebelum membeli lauk berbuka puasa, maka aku pun boom! di atas katil yang empuk itu.rehat lah kononnya kan.dengan tudung dengan stokin aku terjaga bila hari dah gelap.hamik kau punya rehat. T.T

memang hancur puasa aku, berbuka pukul 10 setengah malam.apa punya puasa tu??dengan lambat berbuka dan tak solat maghib semua. aku pun tak tau laa..


eh.belum akhir lagi.baru hari selasa.

rabu seperti biasa, tapi masih juga sibuk dengan kerja projek elektrik.cari bahan di internet.malang sungguh wireless tak ada di kolej.isk.menguji kesabaran sungguh.maka aku pun menumpang bilik rakan2 yang ada wifi.lepas tu pulang ke rumah, kerana ada ura2 UM tak ada air.lagi pun segan la tumpang bilik orang kan.hmm

dirumah, terjadilah peristiwa entri sebelum ini.mengamuk lepas bangun tidur *this is sooo me masa sekolah dulu.betul kata amal* aku memang suka mengamuk lepas bangun tidur.hehe

esoknya sungguh liat untuk ke kelas.sikiiiiiitt lagi nak ponteng.yelah, dari rumah kan?tidur pun lepas subuh.hehe.kelas khamis macam biasa tapi malam tu pulun habisan untuk 1 lab report dan projek elektrik bersama rakan.

hari yang di takuti telah tiba (gila macam karangan duh cerita aku ni).kebetulan jumaat itu agak padat dengan perjumpaan dengan advisor and lecturer.kena hantar by hand report tu.tapi tak siap lagi.dapat siapkan pun akhir2 waktu. tu pun berkejar ke blok U yang nun atas bukit untuk ke kedai printing.nasib baik dah bukak.kalau tutup lagi mati aku.hehe

lepas sesi berjumpa dengan pensyarah itu, sambung lagi buat kerja yang asyik tak siap2 tu.jam menunjukan pukul 4 dan masa menghantar ialah pukul 5.dan pukul 5 itu juga lah aku ada kelas hubungan etnik.dekat blok u tercinta jugak.fuhh.pulun lagi.hari jumaat memang hari last minute sedunia agaknya?

pergi balik ke blok U untuk print dan turun bukit balik untuk hantar assignment dekat department.lepas tu naik balik blok U untuk ke kelas.fufufufuuuhhh.marathon ke?tapi masa tu adrenaline rush kut.otak fikir kalau benda ini dah selesai boleh senang hati ^^. perut yang lapar pun tak terasa.hebat kan?hehe.maka saya pergi kelas hubungan etnik dengan senyuman hingga ke telinga biarpun penat. :)

balik tu mesej2 sikit dengan mus.niat di hati ingin berjumpa.lagi pun ada macam rumah terbuka dekat kolej.tapi segan katanya. kesudahannya, merajuk sampai bawa ke tidur.konsepnya sama sahaja ye tuan2 puan2.kononnya tengah tungguh masa untuk turun jamuan raya kat cafe kolej, tengok2 tertidur LAGI. penat sangat gamaknya.campur frust menonggeng lagi.hahaha.tapi kali ini no more stokin+tudung.tapi still dengan jeans and longsleeve. -_-' dan kali ini terjaga pukul...*cuba teka*


5 pagi. (.....speechless)


dengan contact lens yang tak bukaknya.teruk sungguh perangai.tahi mata berkati2.lol.entah bila tah aku bangun untuk bukak contact lens dengan tukar baju pun aku tak tahu.sambung balik tidur.

bangun pukul 2 petang sebab dah tak tahan sangat lapar.penat sangat.ini rekod baru bagi tidur paling panjang agaknya.hmm.tapi serius tak pernah raya tak bermaya macam tu.sampai menggigil nak sapu peanut butter dekat roti siap baring atas katil lagi.sakit betul agaknya kut.haha.lepas telan je roti ingat boleh terus segar, tapi tak pun.chait!


dan ...tertidur lagi...


bangun sebab roomate balik.masa tu makanan dah cerna kut, baru boleh senyum sikit.hahaha.lawak je.


malam tu baru dapat jumpa mus. (perlu ke nak cerita?) haha.tengok2 dah hari ahad dahh.sekejap betul. tak kasi can langsung nak bersuka ria.banyak lagi benda nak siapkan lepas ini.

4 comments:

  1. kesian nye akak ni.
    biasa laa do.
    student.
    baru feel nanti bila dapat ijazah.

    ReplyDelete
  2. hahaha..dah mmg salah aku pun.so redho je la :D

    ReplyDelete
  3. hahaha. superb r ko mi. kalo ak tkejang da sume bnde jd last mnit!

    ReplyDelete
  4. kan betul ak kate ko ske ngamok kalo pas bgn tdo..hihi...ak plak ske ngamuk ble nak dkt2 peod(ke ak mmg ske mngamuk tiap mase...)...huhu....

    ReplyDelete