Friday, October 30, 2009

jiwang lah kau!

tak lama dulu ada post lagu korea love 119.

sekarang tengah mood jiwang.lol.asal jiwang je pasang lagu ni.asal jiwang je pasang lagu ni.


kalau korea susah sangat nak faham aku bagi yg ni.bapak ah dia memang pandai rapping O.o



aku boleh nyanyi bahagian k.will je.cet! jeles disitu






sesuai buat orang tersayang.kecuali part yang sedih2 tu lah.enjoy!

ps:aku sebenarnya kerinduan T.T pada rakan2 dan juga mus.

Saturday, October 24, 2009

mari mari

aku pelik..

kenapa aku dekat UM sabtu malam.hehe




rupanya study week .lol

baru ingat nak duduk bilik bila dah study week.hahaha.dapat duduk rumah sehari pun jadi la.mama cakap aku balik untuk tidur je -_-!



mari belajar.mari~bagi yang dah mula minggu peperiksaan.semoga berjayaaaaaaaa~ (dengan nada yang kuat)


ayuh!ayuhhh~


weh,mula belajar?kerja pun tak siap lagi.wahaha (stress dengan nada gembira >.<)



chait!kau ingat kau comel ke ain tulis macam tu?haha.


abaikan


ayuh!

Monday, October 19, 2009

tak suka

aku sakit kepala. tak pernah rasa sakit kepala macam ni.dah la macam chipsmore sakit kepala ni.kejap ada, kejap tak ada.sakit dia mencucuk2 beb!

ku kabarkan pada mama, apa lagi, kena lecture la.kata waktu tidur tak terurus.hehe.tapi yang tak seronok tu, mama cakap migraine agaknya.


tak nakkkkkk!


tak pernah ada migraine apasal tiba2 nak ada pulak?mana boleh.kalau ada migraine tak bole pekena nescafe.tak boleh minum white coffee (pak li.pak li) -_-


aaa..tak peduli.tak de.tak de.aku tak kena migraine.saya kuat!yoshhh

Saturday, October 17, 2009

bersakit-sakit kemudian

pepatah ada menyatakan,

"berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang- senang kemudian"
okeh, cukup ulangkaji bahasa Melayu.hehe


perangai aku, yang TAK pernah nak ikut pepatah itu.hahaha.tapi kali ini MEMANG sakit kot!!. serius aku tak pernah rasa sakit macam ni.

macam dulu.pernah juga la study last minute.subjek tu tak ada lah susah sangat.tapi pengakhirannya, kepala sudah jammed. kesannya apa lagi, mengulanglah subjek itu.haha

masih, tak ambil pengajaran lagi dari hal tu.akibatnya...

hurm...

minggu ini sangat meletihkan, SANGAT!

aku ada test hari selasa tu. macam biasa, belajar tapi pengakhirannya tak dapat jawab juga. aku dah biasa sangat dengan pengakhiran macam tu.T.T


yang tak tahan tu, hari tu aku puasa *konon baik la*. balik sahaja dari kelas yang sangat padat pada hari itu (10 sampai 6 tanpa henti. *.*), niat di hati ingat berehat sebentar sebelum membeli lauk berbuka puasa, maka aku pun boom! di atas katil yang empuk itu.rehat lah kononnya kan.dengan tudung dengan stokin aku terjaga bila hari dah gelap.hamik kau punya rehat. T.T

memang hancur puasa aku, berbuka pukul 10 setengah malam.apa punya puasa tu??dengan lambat berbuka dan tak solat maghib semua. aku pun tak tau laa..


eh.belum akhir lagi.baru hari selasa.

rabu seperti biasa, tapi masih juga sibuk dengan kerja projek elektrik.cari bahan di internet.malang sungguh wireless tak ada di kolej.isk.menguji kesabaran sungguh.maka aku pun menumpang bilik rakan2 yang ada wifi.lepas tu pulang ke rumah, kerana ada ura2 UM tak ada air.lagi pun segan la tumpang bilik orang kan.hmm

dirumah, terjadilah peristiwa entri sebelum ini.mengamuk lepas bangun tidur *this is sooo me masa sekolah dulu.betul kata amal* aku memang suka mengamuk lepas bangun tidur.hehe

esoknya sungguh liat untuk ke kelas.sikiiiiiitt lagi nak ponteng.yelah, dari rumah kan?tidur pun lepas subuh.hehe.kelas khamis macam biasa tapi malam tu pulun habisan untuk 1 lab report dan projek elektrik bersama rakan.

hari yang di takuti telah tiba (gila macam karangan duh cerita aku ni).kebetulan jumaat itu agak padat dengan perjumpaan dengan advisor and lecturer.kena hantar by hand report tu.tapi tak siap lagi.dapat siapkan pun akhir2 waktu. tu pun berkejar ke blok U yang nun atas bukit untuk ke kedai printing.nasib baik dah bukak.kalau tutup lagi mati aku.hehe

lepas sesi berjumpa dengan pensyarah itu, sambung lagi buat kerja yang asyik tak siap2 tu.jam menunjukan pukul 4 dan masa menghantar ialah pukul 5.dan pukul 5 itu juga lah aku ada kelas hubungan etnik.dekat blok u tercinta jugak.fuhh.pulun lagi.hari jumaat memang hari last minute sedunia agaknya?

pergi balik ke blok U untuk print dan turun bukit balik untuk hantar assignment dekat department.lepas tu naik balik blok U untuk ke kelas.fufufufuuuhhh.marathon ke?tapi masa tu adrenaline rush kut.otak fikir kalau benda ini dah selesai boleh senang hati ^^. perut yang lapar pun tak terasa.hebat kan?hehe.maka saya pergi kelas hubungan etnik dengan senyuman hingga ke telinga biarpun penat. :)

balik tu mesej2 sikit dengan mus.niat di hati ingin berjumpa.lagi pun ada macam rumah terbuka dekat kolej.tapi segan katanya. kesudahannya, merajuk sampai bawa ke tidur.konsepnya sama sahaja ye tuan2 puan2.kononnya tengah tungguh masa untuk turun jamuan raya kat cafe kolej, tengok2 tertidur LAGI. penat sangat gamaknya.campur frust menonggeng lagi.hahaha.tapi kali ini no more stokin+tudung.tapi still dengan jeans and longsleeve. -_-' dan kali ini terjaga pukul...*cuba teka*


5 pagi. (.....speechless)


dengan contact lens yang tak bukaknya.teruk sungguh perangai.tahi mata berkati2.lol.entah bila tah aku bangun untuk bukak contact lens dengan tukar baju pun aku tak tahu.sambung balik tidur.

bangun pukul 2 petang sebab dah tak tahan sangat lapar.penat sangat.ini rekod baru bagi tidur paling panjang agaknya.hmm.tapi serius tak pernah raya tak bermaya macam tu.sampai menggigil nak sapu peanut butter dekat roti siap baring atas katil lagi.sakit betul agaknya kut.haha.lepas telan je roti ingat boleh terus segar, tapi tak pun.chait!


dan ...tertidur lagi...


bangun sebab roomate balik.masa tu makanan dah cerna kut, baru boleh senyum sikit.hahaha.lawak je.


malam tu baru dapat jumpa mus. (perlu ke nak cerita?) haha.tengok2 dah hari ahad dahh.sekejap betul. tak kasi can langsung nak bersuka ria.banyak lagi benda nak siapkan lepas ini.

Wednesday, October 14, 2009

jerk

telah menjadi seorang yang jual-ikan hari ini.

seorang adik yang jual-ikan,

seorang kakak yang baran,

seorang anak yang juga baran.

perangai lama muncul kembali.


-----------------------------------


sepatutnya aku tengah bersuka-ria ada dekat rumah *memang tengah gumbira pun tadi*.balik2 dapat makan asam pedas ikan pari,dapat tengok tv, berguling2, .siap tidur lagi lepas makan *beruang berhibernasi*.memang dah cukup heaven dah buat masa sekarang yang tengah dihempuk oleh beban kerja yang macam aku-nak-mencarut2-tapi-tak-boleh.alik2 bangun tidur mengamuk.entah syaitonnn apa yang merasuk tah.


*keluh*


ni semua salah assignment! *hah!salahkan benda lain je tahunya*


oh well, memang aku jahat pon.maka tak hairan lahh.


dah la.aku nak buat kerja.kalau tak sia2 je aku bergaduh+mengamuk+meroyan hari ini.

Thursday, October 8, 2009

jarang tapi bermakna

kata2 hikmat dari pakcik aku yang selama ini gila2, tak pernah nak serius walau dah ada 2 orang puteri ;

"blaja rerajin.... make ur parent proud.."



via facebook chat (pak cik yang maju) oh well, dia takda la tua pun.



sebak wei.

Wednesday, October 7, 2009

salahkan software .haha

ya. aku kembali untuk merungut2+membebel2+serabut2 seorang diri.sesungguhnya blog ini kepunyaan orang yang sunyi mungkin.tiada tempat mengadu.ahaha.tipu je lah.kan kita sentiasa ada tempat untuk mengadu kepada-Nya?

tak kuasa nak mengadu pada orang lain.mereka ada masalah mereka sendiri.

aku ada satu masalah ni, namanya lembap dalam penggunaan komputer. (tapi kalau internet reti pulak) dan tahniah buat aku kerana course aku ini banyak menggunakan perisian2 (software) untuk merekabentuk segala objek2 disekeliling. hampir setiap semester ada belajar perisian baru.bayangkan 5 semester lagi aku kena tempuh .pfft! *ngomel2*

aku pun pelik kenapa aku pilih jurusan ni.bila aku tanya junior, ramai yang jawab "sebab nama jurusan ini ada kaitan dengan design" aku jeling kawan2 lain dengan senyuman. sambil tergelak kecil. yelah nama jurusan ini COMPUTER aided DESIGN and manufacturing engineering (CAD/CAM). teras dia, rekabentuk dan komputer. dia tak tahu macam mana payahnya nak design ni. semua benda bukan tangkap muat saja.setiap benda ada kira2. bukan main lukis je. lukis? jangan haraplah kau dapat lukis tangan macam budak2 arkitek. semua pakai software.kalau lah boleh lukis2 je, heaven! aku suka lukis kot.

dan aku sekarang , aku sangatlah lembap (orang2 tua kata benak hati.haha) dalam menggunakan perisian. tak kira lah apa bentuk perisian pun.teringat dulu masa semester pertama belajar AUTOCAD, orang naik geram mengajar aku.kena ulang banyak kali. maaflah, aku tiada asas seperti kome semua. saya budak biologi yang konon2nya nak sambung dalam bidang perubatan tapi tak sedar diri tak cukup pandai tiba2 tersesat masuk fakulti kejuruteraan pulok. hahaha. hasilnya, aku habiskan banyak masa depan laptop semata untuk melukis.memang banyak! roommates aku kesian gamaknya tengok aku tekanan seorang2 hempuk2 meja+mengamuk2 depan laptop.

mengamuk dekat laptop apa dapat?hahaha.bukan boleh selesaikan masalah pun.

ye dok?


orang2 putih ada cakap, bad workers always blame their tool.sekarang, akulah bad worker itu .sekian.


p/s:doakan aku ya. >.<

rezeki

ini bebel2 orang yang tengah pokai.hahaha

bukan lah pokai.ada je mak ayah makcik bagi duit.tapi aku pergi buat bayar yuran sikit2.sikit2 lama2 jadi langsai.

hahaha.

belum langsai lagilah.tu lah, siapa suruh malas belajar.meskipun aku cukup tak suka ptptipu, tapi sekurang2nya dia dah kurangkan beban parents2 yang ada kat malaysia ni.lol.betul tak? (masih tak suka ptptipu)

walaupun dia dah mengajar remaja2 untuk berhutang dengan kadar interest yang $*^%$@!! , tapi tu lah, sekurang2nya mak ayah tak pening sangat.

senang cerita, kau belajar lah elok2 wahai pemuda pemudi di luar sana.sakit wei jadi macam aku.

lari tajuk.

aku pokai, sengkek.mengharap pada kuih raya untuk mengisi perut.wahaha.bukannya kenyang sangat pun, gemuk je lebih.seluar dah ketat. pfft!


*ishh, mana ada seluar kau ketat ain. denial lagi.waahahaha*


nak keluarkan duit untuk makan pun boleh fikir 2 3 4 kali.haha.maka, saya telah membuat keputusan untuk mencatu makanan.makan malam sahaja.fuhhh..sakit bagi orang yang kuat melantak macam aku ni

tapi baru2 ini murah rezeki sikit, dah dua kali makan malam saya orang bagi.wehuuu~terima kasih rumateku.kalau tak, maggie la jawabnya.hehe

bukan ke Allah itu maha pemurah lagi penyayang?Alhamdulillah syukur :)


ada 2 hari lagi untuk ditempuh sebelum hujung minggu.hari sabtu ada 1 kenduri dan 2 rumah terbuka.tungguuuuuuuu~


i just love raya.


buat2 lupa minggu depan ada test dengan projek motor yang tak mula2 lagi.hahaha.


selamat hari rayaaaa semua. :D