ahem!
eceh tiba-tiba rajin pulak nak menaip kan? *cakap seorang diri.abaikan* masa-masa crucial ini lah nak menaip.hahaha.tak lah crucial sangat.esok kena bangun pagi ..eh salah..bangun awal sebab mahu menghabiskan masa kualiti bersama keluarga.ecehh
saja je nak cerita pasal tajuk ni..apa yang nostalgia?hahaha.kalau yang baca tweet dengan facebook mesti tahu aku sedang sibuk memuat turun (skema habis.download jelah) lagu-lagu retro untuk mak dan ayah aku..serius teruja sikit lah.sebab selama ni main nyanyi je lagu tapi tak tahu lagu tu tajuk apa kan..kalau pergi karoke tu, puas lah duk ingat tajuk lagu lama *perah otak* tapi akhirnya pergi pilih jugak lagu baru sebab tak ingat.bahaha!
masa duk download tadi lah dah macam tokan lagu retro dah.cakap je nak lagu apa, beriya pergi cari.riak habis~ padahal sebelum ni tak terfikir pun nak cari lagu lama-lama.mak ayah punya pasal, ku gagahi jua. :p memang tak baik download kan?tapi lagu lama-lama ni susah lah juga nak cari yang cukup pakej. cukup pakej tu kira kompilasi lagu-lagu yang semuanya best!hehehe. (alasan tak munasabah kan?saya tahu~)
tapi, the best part is.. (part yang perlu ditulis dalam blog supaya ingat)
dalam sibuk mak ayah duk request lagu, tiba-tiba mak keluarkan cadangan lebih kurang macam ni lah;
" nanti masa ain kahwin, tempah la band yang mainkan lagu-lagu lama. haritu mama dengan ayah pergi kenduri ada band budak-budak muda mainkan lagu lama.siap joget-joget lagi nenek-nenek dengan atuk dekat situ" kata mama.
amboih~ bukan main lagi dah pasal kahwin.hahaha.padahal aku tak fikir lagi pasal kahwin ni...terus aku tolak dekat kakak aku.hahaha.dia yang patut kahwin aku rasa...
itu je sebenarnya.lepas-lepas tu dah mengarut lah ha pasal langkah bendul semua.hahaha.tapi kan, memang tak dinafikan lah lagu-lagu lama memang sedap kan?nak senaraikan memang tak dapat laaa..panjang sangat senarai penyanyi dia.tapi setiap kali lepas habis download tu, mainkan lagu mesti terfikir "oh, lagu ni biasa dengar dulu-dulu" :) dulu-dulu aku minat sangat dekat nora.bukan nora danish lah.nora penyanyi tuu..memang minat dia sangat-sangat tapi satu lagu pun tak ingat tajuk dia.hahaha.nasib baik ismailkarim semangat listkan lagu-lagu dia..
dulu konon-konon lah benci siti nurhaliza, tapi satu album hafal sebab pakcik aku beli CD dia lepas tu katamkan CD tu masa perjalanan pulang kampung.masa tu kampung dekat banting. jauh lah sikit berbanding sekarang (15-20 minit) hahaha. padahal siti tak buat salah pun.konon tak nak jadi tipikal minat siti, padahal siti tu kan terror habis nyanyi. memang whatever-lah ain!tak matang langsung.nama pun budak-budak :p
okaylah..nyamuk ni memang dengki lah.nak bukak kipas sejuk pulak. esok mahu pergi sunway lagoon~ teheeee ;p nak pow ayah esok.hahaha
babai
No comments:
Post a Comment