hari-hari aku bukak blog ni.tapi tak rasa mahu menaip pun *okay itu tipu!memang rasa nak update sangat-sangat*
tapi tu lah, banyak sangat halangan.eceh!gaya macam sibuk bebenor aku ni..padahal membuang masa.aku cuma jejak blog ni untuk tengok update dari blog-blog lain je.hahaha
sebab aku tak rasa kalau aku tak ada isi nak membebel baik tak payah tulis (dalam erti kata lain nya, menaip) entri.ehehe.
sekarang ni, rasa-rasanye, apa yang aku nak mengarut berkaitan tajuk aku ni iaitu kagum.hehehe
cerita sampai kagum ni sebenarnya sebab aku kagum dengan orang yang sangat rajin untuk blogging.orang yang rasa macam tak senang duduk pulak kalau dia tak update untuk haritu.lepas tu siap bagitahu pulak sorry sebab tak update!tengok tu!bertanggungjawab sungguh terhadap blognya, kan?. *drama sebabak; sorry blog sebab mengabaikan kamu.sob3~*
pheww!!i wish im like that!
'like that'?apa yang dimaksudkan dengan 'like that'?ia merujuk kepada orang yang punyai masa dan sangat eager untuk bercerita, berceloteh tentang apa yang dah berlaku hari itu atau hari sebelumnya.mahupun ape yang terlintas dalam fikiran. sememangnya blogging itu kena ada passion agaknya?!blogger tegar, orang kata. bukan macam aku....yang mengumpul berkoyon-koyon draft dekat posting tu. -_- nak menaip entri yang satu ni pun aku payah.dah lagging berapa banyak kali entah sebab dok tengok blog orang lain.ehehe
mungkin aku cuma layak membaca agaknya (monolog dalaman:baru sedar ke ain?isk3~ kasihan kau) serius aku lebih suka membaca blog lain dari menulis sendiri.tapi biasalah, tangan gatal juga nak buat blog. sekarang sudah hangat-hangat tahi ayam! *peribahasa untuk hari ini* macam mana agaknya orang yang rajin update ni curi masa untuk hasilkan entri yang bagus?siap letak gambar lagi.lebih kurang macam diari tak lah terperinci sangat, sesuai untuk bacaan umum. tsk!aku jelous betul..aku nak letak satu gambar pun payah!
kalau setakat nak membebel pendek-pendek tu boleh lah.dab aku rasa seeloknya aku pergi twitter. sebab tak ada yang aku boleh elaborate untuk apa yang terlintas dekat fikiran..
cakap fasal entri pendek-pendek ni, aku masih tak faham apa motif orang buat tumbler?kenapa eh?ye, aku tahu tumbler tu macam 'the new way to blog', tapi kebanyakan tumbler yang aku tengok banyak kongsi gambar. memang itu ke kegunaan nye? *please enlighten me* aku serius tak faham.memang ada yang tulis entri panjang-panjang tapi tak banyak..tapi tak dinafikan lah gambar yang ada tu banyak lawa, cantik, cool dan macam-macam lagi lah.ehehe
oh ye! *tiba-tiba tukar topik*
nak bercerita lah pulak. haritu aku baru accident!hehehe (apahal seronok pulak diri sendiri kemalangan?) tak lah, cuma aku baru tahu yang aku ni sangat tak ada pengalaman menguruskan diri sendiri. lepas accident panik! blur tak tahu nak buat apa. tak teruk pun, cuma..macam mana nak terangkan eh..macam its a new thing for me to make decision in such condition. *chewah nak kena speaking pulak!*
akhirnya aku call jugak mak aku tanya macam mana..sememangnya langkah paling senang, kan?!nasib baik lah yang melanggar tu tak lari :) aku macam kesian juga, nak je lepaskan sebab tak teruk pun tapi kereta tu pun bukan aku punya. maka kena la juga tanya orang tua sayep :p
okay, dari insiden yang berlaku baru-baru ni kita beralih pula dengan apa yang aku nak beli atau buat. *tiba-tiba banyak pulak kan aku membebel.bahaha!*
aku nak cari beg baru.beg macam yang selalu orang dapat free tu. green bag lah kononnya..nak buat bawak pergi kelas.hehehe.tapi kat mana ada jual eh?macam tote bag lah.tapi lebar dengan tinggi dia besar sikit dari A4.hehe. mengada betul aku ni. sebab beg lama aku dah teruk. tu pun dapat free siap tulis CIMB lagi.jadi duta CIMB pulak tiba-tiba dekat UM tu.hehehe.
lagi satu aku nak buat scaling. tapi...takot.HAHAHA.jangan tak percaya, seumur hidup tak pernah buat scaling!bukan takut sakit (tipu besar tak takut sakit!) tapi aku lagi takut dentist tu komen gigi aku teruk.hehehe. susah nak terima kritikan!nanti down habis lah kononnya.padahal klinik gigi dekat je. -_-
lagi satu nak cari kasut baru.tehehehe *gedik!* yep!aku suka kumpul kasut sneakers atau sportshoes .sebab kasut lagi tahan lama dari baju kan?kan?kan? *dah la gedik, annoying pulak -_- *..lagi satu, kaki dah tak membesar.kalau beli baju atau seluar baru, kalau tak muat nanti down sorang-sorang.HAHAHA! ada satu kasut ni!serius suka.tapi tak ada saiz..kenapa kaki perempuan tiba-tiba ramai yang jadi besar?aku rasa kaki aku punya saiz ni dah cukup rare dah!tapi aku tak cukup bijak nak mintak saiz lagi besar sebab orang studio R tu bagi saiz lagi kecil dari actual aku.memang lah tak muat kan? T.T
esok lah nak pergi shoehunting.hehehe.esok lah sangat! sekarang dah nak subuh dah.
babai.
ps:tiba-tiba nak kagum sebab dah tulis entri panjang.hehehe.balas dendam ke apa aku ni?
No comments:
Post a Comment