Friday, December 31, 2010

fireworks anyone?

nah lagu klip video bunga api.sempena tahun baru (abaikan unsur negatif.hahaha)



macam biasa, mesti dah dapat agak aku nak membebel perihal tahun baru kan?tapi tak ada lah aku nak beriya ke apa sebab aku tak ada apa-apa perasaan pun nak dah masuk tahun baru ni.mungkin tak banyak benda yang aku perbaiki berbanding tahun sebelumnya.



mungkin sebab itu agaknya?


aku tak menggunakan masa sebaiknya. tapi ada lah jugak peningkatan pointer untuk semester lepas.meningkat tak semesti nya pointer tu hebat kan?hahaha.tapi aku masih lagi syukur sebab tak ada mengulang apa-apa subjek untuk semester lepas.phewww! *nampak sangat selalu repeat.kahkahkah* tak apa lah.kira a good start lah juga kan?menaik sedikit-sedikit lebih bagus daripada naik mendadak lepastu jatuh -_-


kalau nak sedapkah hati, cakap jelah masih ada ruang untuk jadi lebih baik.bukan kah positif habis tu?


okay?sekarang balik kepada tajuk..bagaimana anda menyambut kedatangan tahun 2011?pergi sambut di pusat membeli-belah kah?yang ada artis-artis yang menghiburkan hati.atau pergi pukul mana-mana kelab (hit the club) ahahaha.atau paling tipikal (no no no!.bukan tipikal, tetapi biasa) tengoklah bunga api dekat mana-mana.

sememangnya aku pilih yang akhir sekali.paling mudah yet the most memorable. lagi-lagi kalau ditemani orang-orang tersayang tak kiralah famili, 'ehem-ehem' dan juga kawan-kawan.


eh, gaya macam aku pergi tengok bunga api je.padahal aku bukan ada pun bila jam tepat pukul 12.00 tu.aku tidur lepas maghib lepas tu bangun pukul 2 pagi dengan perut lapar. -_- memang tak rancang nak sambut pun (macam yang telah diberitahu di awal entri)


terpulang lah kepada setiap individu sama ada nak menyambutnya atau tidak. tapi bagi aku, kalau nak sambut, sambutlah dengan keluarga :) masa ni lah nak menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga.hehehe. untuk keluarga aku pulak, new year mesti telah di-over-shadow oleh hari ulang tahun kelahiran ayah.hehehe.bagus jugak kan?dah tentu hari tu cuti. tapi aku pun tak ucap selamat lagi ni.. *sembang je lebih*


apa-apa pun, aku juga seperti orang lain mengharapkan agar tahun yang baru ini mendatangkan lebih banyak makna (supaya aku teruja nak sambut tahun 2012 pula), lebih baik daripada tahun sebelum nya. mengeratkan silaturrahim, menghindar permusuhan.positif habis bukan?


oh ya!lupa pula.kena juga kurangkan gossip.ini paling susah.bahaha!


babai.


ps:aku nak buat azam jugak lah.aku nak cuba pakai selendang pusing-pusing tercekik macam orang lain jugak lah.kasihan tudung bawal hitam tuuu..dah lunyai dah.sekurang-kurangnya aku tak lah nampak lame macam perangai aku.colorful gitu.kehkehkeh.

saja cakap.padahal tahu takkan buat :p


ps lagi: selamat ulangtahun kelahiran ayah.walaupun aku yakin yang ayah takkan baca, i love you :)

No comments:

Post a Comment