Monday, May 10, 2010

since when studying becomes so stressful?

alala.comel lah pulak.

salam :)

sudah hari keberapa aku berada aku berada di rumah.

semester khas dah pun bermula.

tapi rasa frust aku masih berbaki.semester lepas was tough.



.very tough.



aku cakap benda yang sama setiap semester, tapi kali ini betul-betul punya.mungkin semester yang lepas-lepas aku cakap belajar susah, tapi aku ada jugak main-main masa study week. sekarang ni aku tak tahu nak buat macam mana lagi dah.

semester lepas, tak pernah-pernah aku jejak library untuk study, aku dah pergi.semata-mata untuk belajar.kondusif habis belajar.pergi pulak tak ada teman. (aku pernah pergi berteman, tak jalan langsung belajar -_-') seronok bila kau dah dapat cover semua chapter *nampak sangat aku tak pernah habis belajar.hahaha* siap buat latihan lagi.


alih-alih masa exam , tak boleh jawab.


siapa tak stress.siapa? (emo pula)


dan satu yang aku masih tak dapat atasi sampai sekarang ialah, to let go of something. contoh kalau kau tak boleh buat untuk paper tu, frust aku menonggeng-nonggeng berhari-hari.akibatnya, terjejaslah semua paper yang selepas tu.

teringat dulu masa spm aku frust buat kertas dua sejarah, menangis sakan dalam dorm.nasib baik sejarah kertas dua antara paper yang akhir.

semua cakap,

"tak apa, benda dah lepas, fokus untuk subjek seterusnya."

dan cakap itu lebih senang dari melakukan.tak gitu?
sampai sekarang tak boleh atasi masalah ni. -_-'


oh ye, tak lupa juga kepada masalah blank tiba-tiba, benda ini jadi masa aku mula masuk um.bahana study last minit agaknya.

kali ini punya blank aku rasa paling dasyat.terjadi masa last paper aku.aku punya kondisi untuk belajar masa tu tip-top habis.

tidur cukup,
siap ada break lepas 2 jam study.


alih-alih, aku cuak.

.nervous.

padahal ada 3 4 jam lagi sebelum paper. :(
membazir je masa tu..

masa exam rumus simple habis pun tak ingat.

aku punyalah blank sampai aku dok sebut

"mak, macam mana ni mak..?"

sebut berulang-ulang kali depan buku..haih..


bukan apa, teringat kat mak aku yang letak harapan sangat tinggi.sampai tak kasi aku balik suruh belajar.belajar, dalam konteks sekarang bermaksud, STUDY HARD. sebab mak aku rasa terms 'study smart' tak boleh pakai untuk aku. -_-'

mak jugaklah yang backup kitorang (aku dan kakak) yang sampai sekarang tak habis belajar lagi. sebab ayah aku mungkin tak sabar nak merasa duit gaji anak-anak dia ni. padahal aku lama lagi kut nak habis.mungkin sebab aku nampak (bukan nampak, memang pun) lagi besar dari kakak aku, ayah ingat aku punya umur dah sepatutnya bekerja.. -_-

aku faham, ayah tak faham sangat sebab mak ayah aku pun belajar tak tinggi mana.kerja pun mula dari bawah.

okay, aku dah lari tajuk.-_-

----

senang cerita,

aku tak yakin langsung dengai result aku kali ni, serius tak nampak sinar.haih~
bilalah aku akan berhenti fikir pasal benda ni.


aku rasa semua rancangan-rancangan tv yang tunjuk uni's life *lagi-lagi malaysia punya rancangan* overrated-lah.mana boleh berpoye-poye dekat universiti and still score at the same time?certain people bolehlah.

dan berapa banyak orang yang Allah kurniakan kebolehan cepat pick-up tu. tak ramai, aku rasa. itu pun kalau mereka gunakan sebaiknya.


woi apesal aku serius sangat ni? *cakap sorang-sorang lagi -_-'*


bukan apa, aku cuma teringat masa dulu, the time that learining used to be fun.aku suka sangat lagi-lagi biologi dengan fizik (kombinasi yang aku rase tak padan).teringat cikgu aku terangkan flow sistem dalam badan lepastu kaitkan dengan agama.memang terbaik.gila kagum aku.kalau fizik pulak bila dapat faham puas hati gila.hahaha!.tak kisah lah markah cukup-cukup makan.asalkan faham.(okay ini tipu, frust jugak kalau markah tak tinggi.hehe)


sekarang pun seronok jugak.malangnya rasa seronok datang lambat pulak.datangnya bila study week. dan stress semasa exam mestilah overshadowed rasa seronok itu.(ini yang aku rasa lah)

----------------------------------------------------

panjang pulak aku menaip perihal belajar ni.


semua gara-gara semalam mak aku tiba-tiba memory lane tunjuk baju skrit aku *skirt siuttt* masa umur 3 ke 4 tahun tak ingat. baju tu dipakai masa hari pertama aku ke tadika.
aku mengamuk sakan satu taman, siap panjat grill rumah sebab nak pergi sekolah. padahal tadika umur 5 atau 6 tahun je.aku sibuk-sibuk nak pergi jugak -_-'

kecil lagi,tapi dah sibuk nak belajar.


bila dah besar tak pulak..





i better learn my lesson...this time

babai!

ps:ini belum masuk ilmu akhirat.kena seimbangkan jugak kan?

1 comment:

  1. dah hbs usaha, twkal n doa la plak. mami boleh! (:

    ReplyDelete