Thursday, May 27, 2010

kenapa bila aku nyanyi lagu ni aku terbayang muka seseorang?

When I was younger
I saw my daddy cry
And cursed at the wind
He broke his own heart
And I watched
As he tried to reassemble it

And my momma swore that
She would never let herself forget
And that was the day I promised
Id never sing of love
If it does not exist

But darlin,
You, are, The Only Exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception

Maybe I know, somewhere
Deep in my soul
That love never lasts
And we've got to find other ways
To make it alone
Or keep a straight face
And i've always lived like this
Keeping a comfortable, distance
And up until now
I had sworn to myself that I was content


Cos none of it was ever worth the risk, but

You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception

Ive got a tight grip on reality
But I cant
Let go of what's in front of me here
I know your leaving
In the morning, when you wake up
Leave me with some proof its not a dream

Ohh---

You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception
You, are, the only exception

And im on my way to believing it.
Oh, And Im on my way to believing it. *favourite part :) *


paramore - the only exception


beso bebeno video ni.amek kau!hahaha
video clip dia sangat sweet :)



yes, you are the only exception :)
babai.

ps: korang tak rasa macam tu ke bila dengar lagu ni?ish aku punya emo menjadi-jadi. -_-'

Sunday, May 23, 2010

perihal makan

cuti

cuti

cuti

cutii.....


ah~ heavennya bercuti...(aku dah mula bosan sebenarnya tapi tak nak cakap bosan.sebab ini sememangnya lebih indah berbanding assignment-assignment.ye dok?)

sekarang ni otak aku fikir nak makan je

.isk.

susah macam ni.sebab hari-hari aku duk naik atas penimbang tu duk tengok berat dah berapa. tak suka kalau berat dah naik. alah, aku macam perempuan lain jugak.
dah panjang pulak aku punya pengenalan. (intro sudah.skema nak guna pengenalan pulak)

sekarang, yang aku tau aku nak senaraikan makanan yang aku nak makan;

fish and chip
dekat delicious.


speghetti. (dapat carbonara pun layan jugak ni)

meatball
dekat ikea. tak pernah makan


blueberry cheese tarts
.argh ni macam dadah siut.aaaaaaaa~
dan yang terakhir.makan-makan di PAK LI!

okay-okay.yang ni betul-betul terakhir.nak ice blended mocha please!

--------

eh ni semua macam western je.
takpe-takpe, lepas ni aku senaraikan yang local.nanti orang cakap lupa diri pulak.he he he.
teringat kes makan ayam kampung dekat cheras tapi pakai macam nak lepak kat mana je.dengan baju bendera penjajah (uk) lagi -_-'

senang cerita, apa kata aku senaraikan sekarang;

ayam kampung
dekat cheras. jum makan lagi ain dengan pipat!haritu tak puas lahh. ;p


nak rasa sup meletup yang pipat dok promote. (nampaknya kena datang cheras lagi lah jawabnya)

nasi kandar. yummeh!

air tembikai laici (ini kes ketagih jugak ni)

ayam masak merah
resepi mak. - gara-gara tak reti memasak.haha!


rendang kerang!!!!! - resepi mak jugak~

(amilase dah merembes dengan jayanya -_-')
----


okay, setakat itu sahaja buat masa ini.
dah terliur?esok pergi lah carik. he he he

eh seronoknya aku dok senaraikan.padahal aku tak ada orang nak teman jalan-jalan cari makan pun -_-'

babai!

Monday, May 10, 2010

since when studying becomes so stressful?

alala.comel lah pulak.

salam :)

sudah hari keberapa aku berada aku berada di rumah.

semester khas dah pun bermula.

tapi rasa frust aku masih berbaki.semester lepas was tough.



.very tough.



aku cakap benda yang sama setiap semester, tapi kali ini betul-betul punya.mungkin semester yang lepas-lepas aku cakap belajar susah, tapi aku ada jugak main-main masa study week. sekarang ni aku tak tahu nak buat macam mana lagi dah.

semester lepas, tak pernah-pernah aku jejak library untuk study, aku dah pergi.semata-mata untuk belajar.kondusif habis belajar.pergi pulak tak ada teman. (aku pernah pergi berteman, tak jalan langsung belajar -_-') seronok bila kau dah dapat cover semua chapter *nampak sangat aku tak pernah habis belajar.hahaha* siap buat latihan lagi.


alih-alih masa exam , tak boleh jawab.


siapa tak stress.siapa? (emo pula)


dan satu yang aku masih tak dapat atasi sampai sekarang ialah, to let go of something. contoh kalau kau tak boleh buat untuk paper tu, frust aku menonggeng-nonggeng berhari-hari.akibatnya, terjejaslah semua paper yang selepas tu.

teringat dulu masa spm aku frust buat kertas dua sejarah, menangis sakan dalam dorm.nasib baik sejarah kertas dua antara paper yang akhir.

semua cakap,

"tak apa, benda dah lepas, fokus untuk subjek seterusnya."

dan cakap itu lebih senang dari melakukan.tak gitu?
sampai sekarang tak boleh atasi masalah ni. -_-'


oh ye, tak lupa juga kepada masalah blank tiba-tiba, benda ini jadi masa aku mula masuk um.bahana study last minit agaknya.

kali ini punya blank aku rasa paling dasyat.terjadi masa last paper aku.aku punya kondisi untuk belajar masa tu tip-top habis.

tidur cukup,
siap ada break lepas 2 jam study.


alih-alih, aku cuak.

.nervous.

padahal ada 3 4 jam lagi sebelum paper. :(
membazir je masa tu..

masa exam rumus simple habis pun tak ingat.

aku punyalah blank sampai aku dok sebut

"mak, macam mana ni mak..?"

sebut berulang-ulang kali depan buku..haih..


bukan apa, teringat kat mak aku yang letak harapan sangat tinggi.sampai tak kasi aku balik suruh belajar.belajar, dalam konteks sekarang bermaksud, STUDY HARD. sebab mak aku rasa terms 'study smart' tak boleh pakai untuk aku. -_-'

mak jugaklah yang backup kitorang (aku dan kakak) yang sampai sekarang tak habis belajar lagi. sebab ayah aku mungkin tak sabar nak merasa duit gaji anak-anak dia ni. padahal aku lama lagi kut nak habis.mungkin sebab aku nampak (bukan nampak, memang pun) lagi besar dari kakak aku, ayah ingat aku punya umur dah sepatutnya bekerja.. -_-

aku faham, ayah tak faham sangat sebab mak ayah aku pun belajar tak tinggi mana.kerja pun mula dari bawah.

okay, aku dah lari tajuk.-_-

----

senang cerita,

aku tak yakin langsung dengai result aku kali ni, serius tak nampak sinar.haih~
bilalah aku akan berhenti fikir pasal benda ni.


aku rasa semua rancangan-rancangan tv yang tunjuk uni's life *lagi-lagi malaysia punya rancangan* overrated-lah.mana boleh berpoye-poye dekat universiti and still score at the same time?certain people bolehlah.

dan berapa banyak orang yang Allah kurniakan kebolehan cepat pick-up tu. tak ramai, aku rasa. itu pun kalau mereka gunakan sebaiknya.


woi apesal aku serius sangat ni? *cakap sorang-sorang lagi -_-'*


bukan apa, aku cuma teringat masa dulu, the time that learining used to be fun.aku suka sangat lagi-lagi biologi dengan fizik (kombinasi yang aku rase tak padan).teringat cikgu aku terangkan flow sistem dalam badan lepastu kaitkan dengan agama.memang terbaik.gila kagum aku.kalau fizik pulak bila dapat faham puas hati gila.hahaha!.tak kisah lah markah cukup-cukup makan.asalkan faham.(okay ini tipu, frust jugak kalau markah tak tinggi.hehe)


sekarang pun seronok jugak.malangnya rasa seronok datang lambat pulak.datangnya bila study week. dan stress semasa exam mestilah overshadowed rasa seronok itu.(ini yang aku rasa lah)

----------------------------------------------------

panjang pulak aku menaip perihal belajar ni.


semua gara-gara semalam mak aku tiba-tiba memory lane tunjuk baju skrit aku *skirt siuttt* masa umur 3 ke 4 tahun tak ingat. baju tu dipakai masa hari pertama aku ke tadika.
aku mengamuk sakan satu taman, siap panjat grill rumah sebab nak pergi sekolah. padahal tadika umur 5 atau 6 tahun je.aku sibuk-sibuk nak pergi jugak -_-'

kecil lagi,tapi dah sibuk nak belajar.


bila dah besar tak pulak..





i better learn my lesson...this time

babai!

ps:ini belum masuk ilmu akhirat.kena seimbangkan jugak kan?

Saturday, May 8, 2010

benci!

hai hai hai~!

assalamualaikum :)

aku dah dua hari berada di rumah.baru dua hari tapi cukup untuk membuatkan aku lost track of time.aku asyik ingat hari ini (sabtu) ialah hari ahad.hahaha!

baru dua hari.penangan dia melampau betul.


okay sekarang mari bercerita perihal tajuk entri.

benci.

ya.ini bukan benci manja2 ke apa.ini betul-betul sakit hati.cakaplah aku berkira ke apa.tapi memang aku berkira kalau benda jadi macam ni.

senang cerita, aku sayang semua barang-barang aku.sebab kebanyakannya bukan senang nak dapat.

mungkin sesetengah yang tahu mak ayah aku kerja apa akan cakap


"alah, bapak kau tauke bas.mintak jelah."


wah~senangnya bercakap.aku dah di ajar sejak kecil mengikut ayat ini;

you want it, you earn it.

muka aku pulak dah naik tebal minta wang saku setiap minggu lagi nak layan kehendak aku.

*perhatian, kehendak itu berlainan dengan keperluan.sila ingat balik pelajaran kemahiran hidup*

antara kehendak aku yang paling utama ialah,

hahaha!showoff bukan?tapi ini sahaja kasut aku.

i dont do pumps, heels ke apa.tapi a loveeeeeee sportshoes!!ada satu sneakers itu pun sebab boleh pakai dengan baju kurung.he he he

and i value all my shoes!sebab semuanya dibeli dengan wang sendiri. (ptptn pun wang sendiri kan?haha)


kedua,

ini memang kehendak.

gajet-gajet (ke sebenarnya dieja dengan gejet?) seperti ini aku kira tak patut kalau aku mintak duit mak ayah kalau nak beli kan.ini aku beli guna duit kerja sebulan tahun lepas.

yang ketiga, ini memang tak mampu nak beli sendiri.

lappy kesayangan.mak ayah aku bagi dengan harapan membantu pelajaran.
(setakat ini melaghakan ada lah -_-')


----------------------------------------------------------------------

okay.aku dah melalut sangat ini.

pekara pokok disini ialah, aku tak suka kalau ada orang pinjam barang aku, lepastu rosakkan, tak bagitau.


senyappppppppppppppppppppppppp je.

*kan dah emo*


dan paling menyakitkan hati aku jumpa barang-barang tersebut dalam situasi yang boleh bikin panas dan boleh buat mengamuk sakan.

kau nak guna, tak bagi tau aku, aku boleh maafkan lagi.sebab mungkin aku tak ada masa kau nak guna barang tu.walaupun tak susah mana nak bagitahu aku memandangkan aku ada dua nombor untuk dihubungi.

kau dah guna dan sudah minta izin, lepastu ter-rosakkan TAPI kau bagitahu.aku marah memang marah, tapi marah aku tak lama pun. sejuk hati aku sebab punyai kawan yang bertanggungjawab. (okay itu lain cerita)he he he

tapi kalau kau guna tak bagi tahu pun, lepas tu aku jumpa barang-barang aku koyak/patah/hancur (itu pun nasib aku terjumpa balik.ada yang hilang terus.)dan masih lagi tertanya-tanya siapa yang gunakan barang tu
cakap dengan aku,




siapa yang TAK MARAH!



aku dah lama sangat simpan pasal hal ni.tapi semalam buat marah naik balik sebab aku tengok kasut kesayangan aku (antara yang paling lama) dah 'berlidah' dikerjakan T.T


saya tahu niat murni ada untuk bersukan dipetang2 hari.tapi kasut saya dua tiga pasang itu bukan untuk kamu pakai ikut suka-suka hati je.

balik-balik bilik tengok kasut dah tak ada.(bagi lagi spesifik, kasut aku yang paling mahal pulak tu dirembatnya) boleh sabar lagi.sabar.

boleh sabar lagi.

alah, marah-marah pada blog bukan bagi kesan pun.apa dapat?oh, dapat lepas geram jelah.masalah tak selesai pun -_-'

sekian entri marah-marah.

babai!

Sunday, May 2, 2010

for you

selamat ulang tahun sayang - imran ajmain.

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu (dan bahagia-KU)
2nd May - 15:50 PM

the song is dedicated just for you.but for sure its not for your birthday




please wait for me.will ya? :)