Sunday, June 21, 2009

mamai

hai.helo


aku baru bangkit dari tido. (bangkit??haha)


setelah selamat makan sebelum tidur.(rujuk post sebelum ni) aku pun bergerak terus ke katil.


tak payah tunggu guling2.dah selamat tidur.hmm..


hasrat di hati nak katamkan cerita csi dan leverage terkubur begitu sahaja kerana..


aku telah tidur dari pukul 12 tengahari sampai 5 pagi.hmm..hebat jugak aku ni.17 jam

ada la dekat berpuluh kali family aku kejut.banyak la yang mereka2 ni umpan suruh aku bangun.

antaranya

cubaan pertama oleh adik aku: "wei bangun, mama suruh makan. "- bangun dan tidur semula~

kedua juga oleh adik aku: "wei, csi dah mula.kau tak nak tengok ke?" zzz... *adik aku rindu aku kot?hehe*

ketiga oleh mama: "ain bangun!dah 12 jam tidur ni."

aku boleh tunjuk 5 jari. "lima minit mama"

dalam mamai aku tu sempat lagi aku tangkap jawapan mama. "yelah 5 minit, mesti lagi 5 jam!"

memang masin mulut mama~ haha


cubaan yang lain..panggilan dari mus 2 3 4 5 kali.haha!


teringat dekat kawan kerja lelaki aku.dia dah kahwin.budak2 group aku memang paham sangat perangai aku yang kuat tidur sebab diorang la tukang kacau.jeles la tu!

dia boleh cakap dekat budak laki lain.

"lain kali suruh mak ko carik menantu macam ni." sambil tuding jari kat aku.

cis!aku ada potensi nak jadi andartu ke?haha


dan sekarang aku lapar.tadi jenguk bawah tudung saji ada tempe goreng! hehe


aku pergi gosok gigi dulu

Saturday, June 20, 2009

entah

penat.

penat.

penat.


penat la wei!!!



aku dah ada kat selangor~

wehuuuu


siapa rindu aku senyum sorang2 sekarang!


takda?


ok.fine!


oh ya.aku mengalami masalah kurang selera makan.ada sesiapa boleh bantu?? 0_O


tak percaya aku dah hidop dekat seminggu tak ada internet.fuuhhh.satu kemajuan ni.mungkin sebab tu aku tak selera nak makan?ohh..tipu kau ain.kau kurang makan sebab kau lagi banyak tidoooooo~

dapat pulak bilik yang sangat best.tapi tak ada yang boleh tanding dekat rumah.walaupun aku punya tempat tidur dekat rumah tak rupa bilik tidur, tak ada bathtub, tak ada pendingin hawa macam bilik dekat johor, tak ada room service (pemalas!). rumah tetap tempat paling senang aku tidur.aku boleh tidur dengan aman.tak ada orang buat prank calls.main tekan-locengpintu-menyorok semua.

yeayyy~


dan dengan itu, saya mahu berangat tidur sekarang. *tengahari buta ni nak tido?*



sehingga berjumpa lagi ~


ps:fon aku senyap dengan nombor yang aku kenal.korang tak rindu aku ke...aku tak nak nombor2 yang aku tak kenal mesej..

pss:perlu ke aku makan sebelum tidur ni?


ps(lagi):korang memang tak rindu aku ke? *desperate* haha

Wednesday, June 10, 2009

kenapa ya..



aku rasa


macam


.tersisih.

padan muka kau ain.hahaha


i miss my friends.kita dekat tapi masa menjauhkan kita~

sorry~aku emosi.hehehe

Friday, June 5, 2009

rawak

lah.dah masuk bulan jun dah rupanya~


erm..

erm..


aku tak tau nak cakap ape la sebenarnya.hahaha

hidup aku baru2 ini :


  • macam burung hantu.macam la tak biasa pula yeee
  • bergelumang dengan segala macam pengangkutan awam hari2 (ye.hari2!).dari ktm ke lrt.lepas ni aku nak belajar naik rapid kl pula.boleh jimat duit tambang.jom jimat!
  • bergelumang dengan semua lapisan masyarakat.hahah!sebab naik pengangkutan awam la.
  • oh!bergelumang dengan macam2 jenis lelaki.perempuan pun ada la~*ugh! asap rokok dimana2.benci!
  • berjimat cermat.diet ketat (tolong la percaya!hehe)
  • bergelumang dengan baju yang sangat tak menarik.tapi aku pakai 2 lapis.sebab lengan pendek.berpeluh ketiak eden.tapi ok juga, aku tak boleh bayangkan kalau baju tu lengan panjang.nantikan gambar2 eksklusif dari aku.bwahaha!
  • hidup dengan pasaraya JUSCO!boleh kata aku dah pro dengan produk2 jusco.hehe
  • sekarang kemana saja dengan tangga+mesin kira.dan....
  • kira.kira.kira.hilangkan semua karat di otak.

kesimpulannya~

aku sibuk.

sibuk cari duit!

oh!jangan harap aku nak belanja bila nak gaji.sebab

..itu untuk bayar yuran.hehe.

kalau nak belanja, mai datang klang. aku belanja cendol klang yang sedap dan terkenal tu.

minggu depan pergi penang dengan perak.uuu..outstation do.nasi kandar~macam la aku sempat nak berjalan.

bwahaha!

*

*

*

*

*






jangan rindu aku.hahaha!


ps:ayat berwarna jingga di atas ditujukan terutama buat ain amin tercinta.haha!aku kata terutama.maknanya orang yang membaca pun termasuk juga.ya.kau la.bwahaha!