Friday, April 17, 2009

tolong la jangan buat aku camni..

tolong lah jangan bagi harapan.....

tak suka

aku rase aku yang emo lebih kot...hahahaha


nak2 exam ni lah boleh jadi macam ni....

macam mana la aku nak belajar kalau kerja asyik termenuuunnnggg je??

oh d*mn!

ingat Allah banyak2 ain...

ok,sekarang aku nak carik kopi lagi

babai~

sesi terlebih fikir bersama ain:setelah nak 2 tahun ni, aku terfikir, aku ni tak sesuai bercinta kot??hahaha.setan asyik nak hasut je otak ni suruh fikir lebih :(

Tuesday, April 14, 2009

pekara gila #1 :journey to the south

akibat kekacauan jiwa dan rasa membuak2 untuk ketemu sang ain amin yang berada di UTM, aku telah membuat keputusan untuk ke sana

mulanya mahu jadikan kedatangan aku itu satu kejutan, tapi aku lupa agaknya..

yang aku...

tak reti naik bas untuk perjalanan jauh (paling jauh pon kuala selangor.ahaha)

tak reti nak ke puduraya (pernah pergi naik kereta dengan kawan la)

tak reti nak beli tiket bas

tak pernah keluar dari selangor dan k.l berseorangan

secara keseluruhannya, aku loser.hahaha

maka kenalah aku bagitau juga ain supaya dapat berguru dengannya cara2 untuk ke j.b. hehe

jumaat (10 april) yang dinanti telah tiba,

aku target nak pergi pudu pukul 1..tapi oleh kerana tak sempat nak hantar lab report dan tunggu lab bukak balik pukul 3 maka lambat la sikit..

perjalanan bermula dengan menghantar lab report yang dah 4 hari lewat tu menaiki bas UM..

lepas tu naik bas rapid kl ke mid untuk ambil contact lens aku.beli roti dan rebina :D

dan selepas itu naik ktm ke kl sentral (oh ktm..aku rindu kau)

sesampainya di kl sentral naik pulak lrt ke masjid jamek..

.mak aih.cukup semua pengangkutan awam aku guna.hahaha.

*cuak!padahal kat malaysia je.haha.*

turun je dekat masjid jamek, aku dah cuak..tempat tu memang asing sangat bagi aku..tapi aku kena kuat!poyo siot.jalan sikit2 nampak signboard ke arah jalan pudu, terus teruja dan teruskan perjalanan.aku perlu nampak cool supaya tak diragui oleh orang sekeliling.hahahaha.bodo la kau

setelah beberapa panggilan dibuat kepada nad, aku akhirnya sampai ke puduraya.


ini buktinya.haha

.penat tau aku tangkap gambar ni.bodoh.gambar tu pon nak tangkap.haha.



aku kabarkan kepada ain aku dah kat pudu.dia tak percaya.hahaha.jangan ingat aku main2.

ini sewius~~

pastu tanya dia macam mana nak beli tiket -_-'
aish.loser betul..

takpa..everyone have their own first time kan?tapi sebab aku sorang2, maka kecoh lebih la kan.hahaha

siap tangkap gambar tiket lagi~
oooh.macam ni rupanya tiket bas~~
.skyview konon.ingat kapal terbang ke?tapi batak la jugak naik bas 2 tingkat.hahaha.



ok.sekarang ni tinggal nak naik bas dan bertolak.hehe.mus risau sangat dekat aku..dah bermacam2 mesej dia bagi.aku gelak je bila baca.hehe

tapi yang tak tahan dia cakap aku saiko sebab pergi johor semata2 nak jumpa member.dia ingat aku sayang dia sorang je ke?hahahaha *ain mesti bangge habes ni bila baca*

masa aku dalam bas pula, aku tengok la kat luar, ada la sorang lelaki ni, badannya besar, rambut karat2 gitu, bawak gitar, leher sangkot headphone, muka macam bengis la.

tanggapan sendiri:dia ni menakotkan.

hahaha

dan tahniah, dia duduk sebelah aku. T.T

haila2~

tapi kan..tak baik tau buat assumption sendiri.sebab budak tu (dia lepasan spm rupanya.. -_-') baik ooo..peramah gila.sangat kuat cakap.haha

yang aku tak boleh belah tu, dia panggil aku akak. oh ain, sedar2 la kau tu dah tua..hahaha

dari topik pelajaran sampai la ke topik muzik indie kitorang borak.naseb la aku ni baik (perasan sekejap) layan je la budak tu berborak.hahaha

cuma yang takut bila aku dengar lagu2 dia (sebab dia pasang kuat sangat) lagu metal kau.suara orang jerit2 .fuhh..macam2..

lagi satu benda yang aku rasa dia ni baik.dia belanja aku weh.gila la..orang yang aku buruk sangka ni (*aku pemikir negatif terulung) punya lah baik siap belanja aku masa berhenti kat perhentian mana tah.aku pon nak balas budi maka aku hulur roti tapi dia tak nak pulak.bersalah sungguh hati ini .

tulah.orang yang kita sangka buruk tu la buat baik dengan kita.kadang2 orang yang kita sangka baik pulak sebaliknya .ironi bukan?

pengajaran yang aku dapat harini:don't jugde a book by its cover.chewah.nak speaking jugak

dah nak dekat pukul 11 baru aku sampai johor. semangat je ain cakap :selamat datang ke skudai kat aku.sekarang dia tu duta skudai.

hahaha

tempat aku sepatutnya turun tu sebelum stesen perhentian yang betul2 maka macam sunyi la sikit.budak sebelah aku tu cakap kawan dia pernah kena ragut kat situ.

ape? ???

RAGUT????

fobia wehhhh!waaaaa~~

tapi aku cool je.*kalau ain macho aku pulak cool.hehe* aku cakap kat budak tu member dah tunggu.sedangkan aku sorang je.sori la dik.tipu sunat.haha

sempat lagi dia berpesan kat aku sebelum aku turun,

"take care kak". *suwitt..muka perang hati taman.hahaha*


bersambung....


ps:napa aku bubuh nama entri ni pekara gila?sebab aku pergi johor ni tak bagitau pon kat mak aku.kalau apa2 jadi masa aku ke/di/dari sana macam mana?gila lah kau ain..mau kena kejar keliling kampong ni.





Sunday, April 12, 2009

Diam adalah pintar!


rindunya nak menaip..tapi aku kat johor ni~~



*rindu aku tak??~~i know u wont.haha*


cerita pasal johor aku akan post nanti..



memang record besar la aku tak online dari jumaat malam.semuanya sebab aku ada ain amin dengan aku :DD


betul la kawan itu boleh ganti segalanya....kecuali keluarga la.hehe



dalam kegembiraan aku tu..setan nak jugak selit2..haih..

takpa2..*aku jadi positive gila ni*


aku dah tak nak men-serabut-kelapa-kan benda2 ni lagi.dah penat~

bak kata KRU...


DIAM ADALAH PINTAR!~

fanatik..fanatik..fanaaaaatiiikkk~~fanatik la duniaku~~ok2..ni dah mula meroyan.



tak tau lagu tu..?



boooo~


*gurau2*

sila pergi youtube.hahaha


ececece..poser la kau ain.


i rest my case!.


sekarang aku nak layan jiwang..hehehe



ps:doakan aku selamat pulang esok! tak sabar nak menaip lagi~


Thursday, April 9, 2009

D to the A to the M toooo the N! eja sendiri

kelas dah habessssss.tapi aku maseh lagi tensen.

terima kaseh.

terima kaseh.


*terasa nak menghempuk kepala dekat meja banyak kali*

tapi bukan dapat ape pon.lagi jendul kepala adelah.. T.T

sesi pikir lebih bersama ain:susahnya nak jadi student ni..$^$&^#&%$(@!..
buat baik pon salah.buat jahat ape tah lagi


dah2.sebelom aku guna tisu baik aku berhenti menaip...

ps:selamat belajar rakan2.jangan jadi loser macam aku.buang tenaga!

oh ya!thanks for the memory

Sunday, April 5, 2009

renung2kan dan selamat beramal!

pengajaran yang aku dapat hari ni,

jangan sebuk jaga tepi kain orang.

jangan suka buat tanggapan sendiri.

jangan suka emo (adoi, bile lah aku nak berubah ni)

jangan.....



arghh..jangan buat ape2 lah!



jahat!jahat!jahat!

layan beb!

aku selalu macam ni, subuh2 mesti meroyan download lagu .maklum la wireless paling laju masa2 ni.hehehe

aku ni dah lupa daratan sebenarnya, dah lama tak dengar lagu melayu.konon update la.bwahaha


tapi bukak website hot.fm , menganga aku kejap.sume lagu aku tak pernah dengar pon?

kecuali lagu ni..*pause dulu lagu yg memekak kat sebelah tu*





layan beb!


jatuh cinta lagi sekali dibuatnya.aku pon nak suara serak2 basah gitu~ *tu diaa..dah mula dah~*

ps:ni yang rasa nak belajar main gitar ni :DD ada sesiapa nak aja??apitkustika??bwahaha

jatuh cinta lagi

setelah mengharungi minggu yang sangat melecet,

aku bertekad membeli sportshoes baru,


haha.tapi bila fikir balik, sayang la pulak nak pakai..

wahahah
oh.aku sayang kau!




ps:payah tau nak carik kau, dari sunway ke mid.tulah.sape suruh kaki gajah lagi.bwahaha.

pss:buat kekasih lama,

jgn riso,aku sayang ko jugak~~

haha.aku dah gila menghitung hari nak exam