Sunday, February 15, 2009

rojak

wahhh..~~

tetiba dah tengah bulan febuari..


.hai.

.hello.

.salam.


aku gila lama tak post entri. sedangkan banyak sangat benda yang jadi sepanjang aku tak menulis ni~

yang baik, tu memang bagus..

dan mesti la ada yang buruk juga kan.

aku tahu.mesti semua tu ada hikmah dari-Nya.. :) *gila positif habis ni*

cuma ada beberapa je yang aku nak tulis kat sini (macam la orang peduli) biar lepas ni alu baca balik, aku boleh flashback, ambil iktibar. hidup tak semudah yang kita sangkakan. senyum walaupun tak semua benda manis.

*sengih*
___________________________________________

1. belajar

belajar memang payah. aku ingat belajar kat malaysia senang. kita dengan kita-kita je.semua orang malaysia.eh.bukan.lebih spesifik lagi orang melayu la .seronok KOT.

tapi ntah lah..

aku gila-gila mengumpul semangat nak belajar sem ni akibat result sem yang sungguh cemerlang..
tapi banyak kali kecewa.

ntah kenapa aku sering dilupakan (konteks dilupakan ni merangkumi pelbagai pekara)


mungkin sebab aku tak sepandai mereka.

tak sepadan dengan mereka

yang sentiasa kemas dan rapi.

kalau nak dibandingkan dengan aku yang selekeh ni memang jauh beza kut.

tak seramah mereka.berbanding aku yang jarang senyum ni.

hemeh2
*gelak jahat*

paling sedih bila aku yakin tak ada kelas rupanya ada kelas ganti.aku ni sangat la tak update.sebab aku tak banyak ambil subjek sem ni.sebab aku takda lah bijak pon.dan aku pulak menumpang dekat bilik orang yang sememangnya jauh dari kolej mereka.banyak kali dah jadi macam tu.mungkin aku yang meminggirkan diri kot.aku pon berat mulut sangat.sampai di lupakan..

ha ha ha .kasihan diri ini.

pathetic

tak apa lah kalau tak da kawan kat sini, at least aku masih ada nad. mus pun selalu datang jenguk. rakan-rakan pasum aku ada lagi. rakan-rakan sekolah aku pon ramai.walaupun jauh.buat apa aku nak risau. internet kan ada.


aku katakan pada diri sendiri:ain boleh berdikari <---poyonya lah hai.

_______________________________________

2. karma

aku gila percaya pada karma. pernah kena kot kat aku sebijik apa yang aku buat dekat orang lain. kan ke Tuhan tu Maha adil. benda ni buat aku terfikir balik. eisyhh.aku ni jahat. pernah dump orang. takut kalau mus dump aku pulak.

waaaa..

takpe2.aku cuma boleh doa je. isk..mengarut apa aku fikir pasal relationship dalam entri ni.tak seswaiiii!

tapi tu memang apa yang terlintas dekat fikiran aku.

buat orang-orang yang aku pernah buat salah ,

.minta maaf.ikhlas dari hati. :)

______________________________________

3. complicated

kenapalah aku suka sangat fikir lebih??

kenapa??

kenapa????

pernah sekali aku ponteng 1 kelas semata-mata nak buat assignment yang sangat-sangat simple tapi aku fikir compicated sangat-sangat.tension aku di buatnya.dapat siapkan sikit je.

tapi..yang tambah sakit hati bila aku nak transfer file tu tetiba hilang.

.kosong.

sama macam otak aku masa tu.lama lah jugak aku tenung pc tu.dalam 15 minit kut.otak tiba-tiba jadi malfunction.sakit sangat.

sakit hati

sakit otak

sia-sia.

mungkin Allah nak bagi pengajaran kat aku. suruh ingat dia banyak-banyak. mengucap banyak.

bila aku fikir balik, kerja yang aku buat tu tak berkat kut..

*sigh*

________________________________________

4. rakan-rakan

kebelakangan ni memang ramai kawan sekolah menengah aku yang bakal/dah fly.

bila masa dah singkat.baru lah aku sibuk nak habiskan masa dengan diorang. ahh..derhaka betul aku ni.dah jauh baru nak terhegeh jumpa.rindu zaman sekolah.serius.kalau ulang balik.mungkin aku akan jadi lagi jahat kut.hahahaha.tak betul.

rindunyaaaaa.macam lah tak boleh jumpa lagi.

cakap pasal fly ni.hmm.(sama macam entri ain amin)

kebelakangan ni aku macam nak sangat hantar kawan-kawan.tapi bila aku suarakan hasrat nak ke klia tu.mak mesti tanya,

"Ain bila nak fly??"<--soalan cepumas

aduh.pedihnya soalan tu.tak mungkin kut.

tak mungkin

.noktah.

_______________________________________

entri ni memang sangat tak berkualiti (macam la pernah berkualiti). isk.macam rojak. ni semua wireless punya pasal.asyik takda je :(

takpe.aku baca sendiri cukup.

sekadar pengajaran untuk diri supaya jangan ulang yang tak best tu.

_______________________________________


p/s:aku rasa aku dah tangkap cintan dengan david cook la.macam mana ek?

Saturday, February 7, 2009

lagu gumbira aku

baru-baru ni banyak benda yang jadi kat aku.

lagi-lagi yang tak best langsung.haih..

nak cite dalam blog.internet cam haram

yang pastinya.aku suka lagu ni.hehehe

sekurang-kurangnya boleh la buat aku senyum c:






taylor swift lawa sangat dalam vclip ni.aku pelik kenapa dulu dia kena buli sebab dia hodoh.psenk kate makeup.mungkin betul.

.ahh..pedulikan aje lah.layan bunyi gitar dia.best juge

Sunday, February 1, 2009

moga-moga

entri ini aku tujukan khas untuk diri sendiri. (sape lagi kan)

moga-moga aku yang ada masalah nak tido tapi bila dah tido macam anakonda (tak reti-reti nak bangun) ni boleh tido dengan normal selepas ni.

supaya..
boleh bangun tepat untuk solat subuh dan lain-lain waktu,

boleh bangun tepat untuk ke kelas,

boleh bangun untuk belajar (err...ni susah sikit.hemeh2)

dah nak dekat separuh semester dah...kejapnyaaaa~

lagu ini kawan aku yang bagi kat aku tak lama dulu.masa form 5 kut. (thanks anep~)

.comel je.





aminn~(tersedak pak cik amin.ain jgn marah.he he he)

ps:tertinggal bubu kat rumah..waaaaaaaaa.macam mana nak tido niiiii. :'((

Friday, January 30, 2009

buat teman2 diluar sana :)

entri kedua malam ini.bertemankan semug milo ais yang aku buat tadi.

he he he


dan hujan renyai-renyai luar sana.(sedap gila kalau tido ni)

aku tengok blog orang tadi (masih tengok) perempuan jomblo nama blog ladynoe nama penulisnya.best jugak.

terjumpa satu entri pasal teman.tertarik dengan video yang di post.

aku nak kongsi dengan teman-teman yang mengenali diri ini.

video pasal tahun baru.walaupun dah dekat sebulan tahun baru lepas tapi aku nak korang tengok jugak!

isk.
rindu la kat kawan-kawan aku.jangan fly dulu sebelum kita jumpaa~ (hani dan amal)

layan weh.fynnjamal nii...aku suka akan dia. *emoticons two thumbs up*





ps:buat teman di luar sana.biarpun tak ramai.terima kasih kerana sudi jadi teman aku :)


rindunya..



sblm menjangkau 20

gambar ini aku suka sangat~langit biruu~

okeh..ini post lewat dari aku..

dah nak msk sabtu, baru aku menulis perihal apa yang aku buat hari selasa lepas.hehe

okay.ceritanya begini...isnin malam itu,

mahluk2 bernama selengdan kamil menyatakan bahawa mereka sungguh boring.

keluarlah idea bangang dari aku;

"jom pergi zoo? nak?"

ini gara-gara plan aku bersama gang bas sekolah.(bukan-bukan, geng sekolah menengah) haritu yang nak pergi zoo negara tapi akhirnya ke sungai sendat..*best gila* rujuk sini

aku serius tak jangka mereka ni serius. tu cuma satu idea gila dari aku yang keluar tak tentu hala. lagipun mana la aku jangka lelaki2 itu mahu melihat binatang2 itu.muahaha

tapi lain pula yang jadi. mereka semangat pula.

aku dah musykil..isyh..biar betul? <----monolog dalaman

la tu jugak aku bagitau mus dengan nad plan hari selasa itu. sepatutnya aku memang nak ke wangsa maju untuk dating selasa tu.he he he
tapi member punya pasal .tak de hal lah..lagi pun aku yang cadang kan??jumpa mus jugak ape :D

setelah berconference bersama kamil n seleng dalam ym, masa yang ditetapkan ialah 12 tengahari (27.01.09) dan tempat berkumpul UM. kenderaan myvi mak aku. :D

dan pada hari yang ditetapkan,mereka lewat sejam.takpe2 aku sabar je.muahaha. setelah mereka sampai kami pun bertolak ke rumah mus.dia ni memang macam raja. mentang-mentang rumah dia dekat je dengan zoo negara.*jeles*

sesampai nya kami kat situ, mus baru je lepas mandi..dia solat kejap dan yang lain pun solat juga.

dan kami pergi makan tengahari.nasi ayam itu sedap juga.kat taman melawati eh?nta la, aku bukan tau sangat kl ni.

baru lah sampai....memang nasib kami sangat baik sebab masa tu cuaca redup. (mula-mula lalu masa nak pergi makan tu panas terik sangat)

Alhamdulillah~

sampai~

masa beli tiket tu semua macam tak percaya nak pergi zoo.aku pulak konon nak pergi zoo sebelum umur menjangkau 20 ni.ha ha ha~

masa sampai tu tengok semua family je yang ada.haih2.segan pulak tetiba.hehe


*****

lepas masuk je.nad, kamil dan seleng terus pergi ke kedai souvenier.

aku pelik...err

dan inilah hasilnya. -_-


nak tak nak aku pun kena juga *malu ohh*


biar gambar je yang cerita.kalau aku tulis panjang berjela



haiwan pertama


lawa bukan?
okay.aku tau aku excited lebih2


haiwan ketiga


okey.ini kes malas nak suruh orang tangkapkan gambar


gambar dalam taman burung~


swan itu cantikkkk~
dan jinak :D


anak rusa


singa ini sangat pemalas(abaikan pose fake aku tu)
sleng mainkan aku.cis! (btw, ini gamba singa comolot dengan penyu aku)

********

tapi yang jadi tumpuan haritu, seekor harimau yang sangat rajin lagi comel. harimau tu macam tau je orang datang nak tengok dia.maka dia pun meng-show-off skill dia berenang. :D

comel~
dia naik, pastu dekat satu point ni turun semula..
kurusnya harimau ni~ *sedih*

comel bukan?? aku bias sket sebab dia keturunan kucing.he he he
penat.rest kejap
bila teruskan perjalanan.mereka jumpa patung rimau dan terus dirasuk -_-

aku jumpa turtle~
*****
okeh..penat gila berjalan.

banyak sangat binatang.nak tangkap semua susah gak la.mana yang sempat je.

yang pastinya.binatang yang terakhir kami tengok ialah penguin.


depan tempat penguin

pose kami didepan pintu masuk*****

balik tu kami pergi jumpa poih kejap.mereka borak tak ingat dunia.nad pula pergi dating.cis.mentang-mentang rumah bf dia dekat je kat situ.
malam itu kami pergi cari tempat makan..

dari mapley 14, ke murni..dan pergi makan pakapau.semua hampa..

akhirnya.pasar malam juga yang best.diorang la kate.aku kenyang lagi
aku pulang ke rumah.carik topup tapi semua kedai tak ada..laju jugak aku drive.30 minit da sampai.kentang~

pengalaman yang best gila..penat tapi gumbira :DD

sapa kata pergi zoo tak function???


Saturday, January 24, 2009

siyes ini best :p

kakak aku bagi aku baca comment kat myspace dia.baca lah

cbe bce nie..:P~

budak2 yg lahir pd thn 80an mesti ingat
mase skola rendah dulu:

- kat skola ade salesman jual buku
cerita. ari ni bg list, esok mintak duit
beli walaupun cerita buku tu dah tau.
salesman susu pon camtu gak.

- kat library, budak2 mmg baca buku tp
just tengok gamba je. bile ade program
Nilam, sebok semua nak pinjam buku.

- RMT kat skola mkn x best, tp yg
berduit pon join RMT, x phm....

- pakai pensel box yg bole bukak dpn
blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.

- main lwn pemadam, syg nak guna utk
padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!

- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm
ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.

- cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade
pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu
pgg pon kat situ.

- bulu ayam jd ramping krn sering
dijadikan rotan.

- time pendidikan seni, lukis sume boleh
tp bile time kaler sume hampeh. ade gak
buat anyaman pakai kertas warna, kolaj
la, ape la...

- main game 2D. super contra, super
mario, street fighter, sume pakai tape.

- jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole
tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.

- takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...

- balik skola beli JoJo xpon Dendang.
Tora pon best gak. Beli se mata2 nak
mainan, coklat die x mkn pon.

- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die
kat tV bole tembak alien tu...

- Siri kartun; power rangers, ultraman,
transformers, ninja turtles,
Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.

jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x
smpt lyn bende2 ni. kite akan sentiasa
berubah, cume asal-usul kite yg
permanent. huhu~

ni la baru zaman kita kawan2

pas r kt member2 korang....
mesti diorg tersengeh2 bace mende nih...
hehehee

ade lagi yang best??meh bagitau.

Tuesday, January 20, 2009

masa untuk tag!

ini tag unik dari zureen. hehe
Rules: Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a pic
Rules: Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer.ture in the first page of the results, and post it as your answer.

i am:
i really want to go to:



my favourite place:



my favourite thing:


my favourite drink:

my favourite food:


my favourite colur:


i was born in:
i live in:


my college?:
my favourite story:


my hobby:

i wish i am:

aku nak tag:

ahmad kamil
apit

kak ale (sila buat bila dah habis exam ye)
ain amin
amir panda

saisha
hani
encik zam
cik izreena
cik azie


seronok jugak buat tag ni.ka ale, nanti ain buat yang ka ale punye ok?hehe

ps:aku macam musykil. buat tag bole tmbhkan nafsu makan ke??dah 3 keping roti yang sarat dengan nutella aku baham masa buat tag ni. :D