Sunday, January 18, 2009

ada hikmahnya

dah lama aku tak menaip :D

tapi ni memang aku geram.

aku ke sungai wang semalam. sebenarnya lot 10 la kalau nak cakap betul pon. tahniah la nad tak bagitau awal-awal yang sebenarnya ko nak pergi dating dengan nak pergi lot 10. tempat lot 10 tu memang aku tak tau langsung. dalam tu memang untuk orang kayo-kayo je.nak masuk kedai dalam tu memang tak dapat laa.. haila

penghabisannya aku dok je luar dengan mus..haha

tapi yang aku tak suka, bila turun je monorel tu, aku nampak ada satu tempat ni di banjiri oleh budak-bidak yang serius aku tak faham apa motif diorang.

isk.budaya tak elok ni.memang la ada yang tunjuk bakat menari diaorang .okey tu aku macam tengok la sekejap sebab aku pun tak boleh buat kan? tapi tu setakat 2 3 je yang melepak tak tentu hala lagi banyak.

aduh..serabutnyaaaaaaaaaaa!!nak jalan pun susah

okay la.aku mengaku aku pon melepak jugak (tapi kat kedai makan okeh).

tapi tolong lah..tolong lah cari tempat yang tak menghalang orang.
plisssss~jangan la serabutkan tempat yang jalannya yang dah memang jem tu

tolong la ..tolong lah jangan pakai pakaian yang pelik-pelik.
aku pun dah tak tau nak klasifikasikan pakaian tu ape.aku rasa aku yang obviously lagi tua dari diaorang pun takut nak dekat dengan diaorang.

tolong la...tolong lahh jangan jadi mat/minah saleh celup tak jadi.
isk (ada ke mat saleh wat rambut dia macam tertepek pewarna rambut warna biru kat rambut dia?) -_-

ada satu tu.aku terserempak budak laki ni, budak perempuan jugak.

budak laki ni kecik lagi.macam baya sekolah rendah la..dah siap ada tindik dengan hisap rokok..ya Allah..mengucap kejap aku dalam hati.dia lagi kecik dari adik lelaki aku kot..(memang kecik pon sebab adik laki aku f1) muka comel-comel je.geram aku tapi boleh jadi macam tu....

*keluh*

yang perempuan pulak, baya adik aku. memang aku tengok budak tu terus aku ingat adik aku kat rumah. isk..ape lah nak jadi ni..risau pulak aku...tetiba aku terfikir ape adik aku buat kat rumah sekarang.tidur kot.haha

semua se-kaum dengan aku pulak tu.melayu sedang me-layu...haihh..

tetiba aku bersyukur. ada hikmahnya aku punyai mak dengan ayah yang tegas.

teringat dulu-dulu makan tali pinggang, rotan, hanger semua. sekarang dah tak mungkin sebab aku dengan akak dah besar, dah tau mana baik buruk pekara. adik aku yang kecik je kadang-kadang kena.tapi memang jarang la. ugut guna rotan sikit je jalan.hehe(jeles aku!tak aci betul)

ada hikmahnya~
Alhamdulillah..

nak kata aku baik tak juga la. masa depan aku pun tak terjamin lagi.aku pun melepak tengah malam juga. tapi bukan kat mana pon (nak menang jugak tu). tengok midnight movie dengan kedai mamak 24 hours..okey la.aku ngaku.teruk jugak la tu sebab aku ni perempuan :p perempuan tak elok keluar malam-malam kan?

tapi aku memang jelek tengok mahluk-mahluk yang aku jumpa semalam.

mudah-mudahan anak aku tak jadi macam tu.dapat didikan yang sempurna.amin~

sekian.

ps:tetiba aku terfikir.sempat ke aku jadi seorang ibu?ish..dah kritikal overthinking aku ni..hahah

Tuesday, January 13, 2009

ini sewius~wonderpets

harini kelas berjalan lancar.cuma ada 1 kelas yang dekat atas bukit tu tukar tempat sedangkan aku dah kat atas bukit.haih2.nasib baik aku tak mendaki tangga lagi.

yess~lepas ni dah tak payah mendaki lagi untuk subjek tu.hehe.

Alhamdulillah~


hari ni ade 1 subjek u 2 jam. dan subjek tu memang la sangat boring.aku nak dengar pon tak boleh sebab orang lain bising dan orang yang mengajar tu punyalah berbisik-bisik.(ini bukan alasan okay?)hahah

akhirnya aku endup bergossip dengan coursemate aku.echot.hehe

echot ni dulu budak pasum jugak, tapi aku tak berapa nak kenal dia sebab aku ada geng aku sendiri tapi tiba-tiba dia ade buat evaluation pasal diri aku dari pengamatan dia.

dia kata (lebih kurang),

aku paling senyap
aku jarang bercakap
aku SUSAH nak senyum
aku kalau gelak pon SINIS2 je <----ini paling pelik.dia tak pernah nampak aku gelak sampai menagis kut.hehe
aku ni dok diam je

senang cita aku ni senyap lah..hehe

senyum je aku dengar.tak de lah aku marah pun (tak marah langsung.cuma gelak dalam hati je.hehe), sebab benda tu dah banyak kali aku dengar.hehe

dulu aku jadi pembantu pelajar mase junior pasum pun ade orang tegur

"orang tengok muka awak boleh jadi lagi sakit tau.bukan lagi elok" sebab masa tu aku biro kebajikan yang sepatutnya treat orang yang sakit. haila~

"cubalah senyum sikit, ni muka masam aje"ni pon banyak kali juga la orang pernah cakap.

tapi bila aku senyum pulak (siap melambai-lambai lagi tau masa tegur orang) , ada orang cakap aku punya senyum plastik, macam tak ikhlas, terpaksa, tak pun bajet comel (jeles la tu aku comel) tak pun orang tu buat-buat tak nampak aku...isk2.sedehnya.

aku terfikir...

gigi aku ade terselit cili ke sebab bila senyum orang buat-buat tak nampak?

Monday, January 12, 2009

no monday blues~ yeahhh

selamat hari isnin..

hari ni aku sungguh gumbira.sebab semalam aku dapat tidur awal.(pkol 2 lebih kira awal tak??)hehehe

aku dah set jam handphone sebelum pukul 10 lagi sebab sedia maklum aku mesti akan snooze jam 2 3 kali.hehe.

namun pekara yang lebih baik berlaku..aku terjaga lebih awal.pukul 8 lebih macam tu la..tapi lepas tu tidur-tidur ayam.kaki tidur macam aku memang susah nak terpisah dengan bantal.anak dara pemalas!

aku bangun pada masa yang ditetapkan. terus mandi.sejukkk.balik dari mandi nad dah terjaga.

"awalnya ko bangun?"

aku senyum sejuk2 (?!?bahasa apa ni?)

kira bagus lah ni.minggu lepas aku tak pergi langsung kelas subjek ni.(rujuk entri please)

lepas tu siap buat breakfast lagi.wahh..semangat sangat ain ni.aku pun pelik dengan diri sendiri.haha.tapi air takde pulak.lepas bersiap kami turun ke kafe untuk membeli air.jumpa pula apom dan muk sedang breakfast.

bila aku datang nad menjerit suka.

"ain!!ada orang nak hantar kita~"seronok betul nad.aku pun seronok la juga. Allah dah permudahkan jalan aku nak menuntut ilmu (bunyi macam poyo je ayat ni)

Alhamdulillah..

sampai je kelas, seronok bukan main (maklumlah, 1st class.hee~) semua coursemate aku pandang macam tak pernah jumpa.hahaha.dan lagi 1, mereka dah siap dengan lecture note.aku sorang je takde!waaaa~

tulah ko..padan muka.sape suruh tak datang kelas.

takpa2.aku boleh guna kertas lagi.

habis kelas aku pergi amik notes dekat fakulti biomed dengan nad.habis kelas tuk hari ni.haha.

lepas tu aku teman nad beli barang.balik tu berhimpit dalam bas..haha.berjalan dalam hujan renyai.seronok gelakkan orang yang sersangkut dalam jam.hehe :D

penat, tapi taknak tidur takut malam nanti tak boleh tidur, aku baca Twilight Saga, new moon.sebab dah tak tau nak buat apa.baru terfikir, eh.boleh online lahh..hahah

pergi mandi,

basuh sportshoes, lepas ni baru best pergi kelas.time kasih nad sponsor sabun. :D

dan aku endup disini semula.siap ade bunyi gendang cina lagi -_-

dah la..nak pergi belajo la.

"Ya Allah, Kau permudahkanlah jalan bagiku untuk menuntut ilmu dunia dan akhirat serta kau tempatkan lah kami dalam golongan orang beriman.amin~"

ps:banyak sangat fikir masalah (entri lepas) menyebabkan jerawat(s) tumbuh dekat dengan ubun rambut.bila pakai cekak tak pun serkup mak aihhh..sakittttnyaaaa~


bai.bai

Friday, January 9, 2009

susah

dah mengjangkau ke umur 20 ni, baru aku sedar...

susah betul hidup bila dah jadi orang yang meningkat dewasa ni..


*keluh*

*

* <--ruangan ini anggap ajalah aku tengah serabut

*

*

masa-masa macam ni lah, semua jadi tak kena..

dem.dem.#^%$(%&%$^%#


ingat tuhan ain...

aku tak sangka benda-benda macam ni akan jadi serabut.

semuanya pasal..

academic-antara harapan mak ayah dengan kemampuan diri sendiri (pedas siot statement aku tak berusaha bersungguh-sungguh tu psenk, aku ingat sampai mati) tapi aku dah maafkan ko.jangan risau~
nak belajar pon susah....

kawan-aku sangat tak reti berkawan.
bila dah rapat dengan orang tu, aku akan end up overthinking yang aku sebenarnya takut sakitkan hati mereka-mereka ni.sorry la..

perhubungan -aku dengan orang lain:oleh sebab aku seorang yang introvert.
ish..serabut la

pasal masalah yang aku rasa tak patut pon aku fikir-hakam<----serius aku tak faham tapi aku cuma nak tau benda betul je.nta.biarlah.bodoh namanya kalau fikir pasal benda-benda macam ni

duit,duit,duit,duuuuuuittttttttt-macam mana nak elak dari menyusahkan mak ayah??padam muka aku yang terover independent ni.(perasan siot)

confidence-banyak orang taruh harapan pada aku.tapi kenapa tak confident dengan aku??


rasa macam nak nyanyi lagu Avril-complicated je (sumpah tak lawak)

cukup.setakat tu je ah tekanan untuk hari ni.sambung lain hari pulak.aku nak gi baca komik lah

Wednesday, January 7, 2009

please.please??

amaran!!!
perlakuan yang terdapat dalam entri ini tak patut dipraktikan bagi sesiapa pon!!hehehe



dah masuk minggu ke 2 kelas..


kejapnya rasa..

dan sepanjang 2 minggu ni..bersamaan 6 hari kelas (minggu lepas banyak cuti), dah 3 kelas aku tak pegi, mungkin 4 kelas.

adeh..sakitnya rasa hati ni..


*keluh*


serius.aku memang nak sangat pergi kelas.tapi aku ada masalah nak bangun awal. maksud awal kat sini maksudnya sejam awal. selalunya aku bangun setengah jam lagi awal. sebab sekarang ni aku dok menumpang kat bilik kawan aku (aku perempat terulung) yang kolejnya terletak jauh dari fakulti aku.(20 minit perjalanan)

nak tak nak aku kena bangun awal...

dan tahniah kepada aku kerana bertambah lagi satu masalah ;

sukar tidur malam.<-----kat rumah mak panggil si musang/burung hantu


macam mana lah nak bangun awal kalau tak cukup tidur??demyu ain!!
pernah sekali aku gagahi ke kelas biarpun hanya dapat tidur sejam dua.sakit kepala ooo..


*keluh lagi*

memandangkan bas dekat UM ni macam..#%@*&#@%..lagi lah aku kena bangun awal. nak sampai ke fakulti tu dah makan masa 20 minit kalau jalan kaki. kalau nasib baik 5 minit je sebab ada bas. tapi tu belum masuk lagi pendakian ke kelas, yang kebanyakannya terletak di auditoriun ,blok U (ni atas bukit.tak tipu!!).dah sampai atas kena naik tangga 3 tingkat..sampai-sampai je semua tengok muka aku yang penat nak mati (gara-gara lambat) ...

cabaran betul nak menuntut ilmu ni. aku tak nak jadi macam dulu. walaupun dulu jarang ponteng, tapi mungkin niat tu tak diperbetulkan untuk belajar. akibatnya, nah result aku..!


*sedih*


tak apa.benda dah lepas tak baik dikenang.kan??

dua tiga hari ni, aku ada terfikir nak bawak motor.senang sikit hidup aku.nak bawak kereta tak mampu. tapi bila fikirkan balik , mesti mama dengan ayah tak kasi..alahai..tapi kat rumah ada 2 motor ape..bagi lah aku pakai satu..

boleh la..boleh la...plis??<-----harapan seorang anak.hehehe

aku memang tak suka naik moto ni.tapi nak ke kelas punya pasal.sanggup!!tak tipu ni.

jeles tengok kawan-kawan lain datang ke kelas dengan penuh tenaga. aku punya tenaga dah separuh habis nak ke kelas je.

ya Allah.Kau kuatkan lah iman aku.perbanyakkan lah tenaga aku untuk aku nenuntut ilmu..amin~

_______________________________________

semalam kawan aku kamil call aku.pelik.suara dia sengau-sengau.20 minit jugak kami berborak.kami ber-ym harini dan kamil cakap dia tak tau pon dia ada call aku.wahahaha..dia cakap dia dah tidur awal sebab demam.

hahaha.lawak dan spooky~



ps:ketika entri ini ditulis, ya!aku memang tengah ponteng :(

Sunday, January 4, 2009

aku yang kebulur.

aku lapar nak mampos..

haihh..aku ke cafe untuk tapau makanan.

asyik kena reject je sebab dah habis. dah lebih setengah jam aku setia tercongok kat depan kedai tu sambil mengunyah buah jambu, akhirnya aku fedup mengetahui makanan aku sebenarnya tak wujud pon.

*keluh*

monolog:nak makan pon susah ke??

naik je lah!! *geram*

siapa nak tolong aku?

Thursday, January 1, 2009

tahun baru..

dah genap setahun..

tepat-tepat setahun lepas..lebih kurang macam ini jugak lah situasi nya..

malam tahun baru tu kami (aku, mus, muk dan nad) buntu nak buat apa..bincang punya bincang akhirnya kami ke panggung wayang juga. laju je muk nak pergi bila aku cakap aku tuang minyak. hahaha .menonton cerita ip man yang kami (eh..nad yang cakap) sebutannya I P man *macam superhero lah konon nya* rupanya nama cina biasa je -_-'

kami lewat ke panggung 10 minit macam tu lah.ketika beratur untuk membeli tiket kedengaran bunyi bunga api menandakan sudah masuk tahun yang baru. 2009. adalah juga 3 4 mesej dari rakan-rakan mengucapkan selamat.aku membalas mesej tersebut tanda mengahargai niat baik mereka. semoga impian tahun 2008 tercapai.

setelah menjangkau 30 minit pertama tahun 2009, di tengah baris di kaunter tiket tersebut aku terjerit kecilt. terlupa sesuatu yang penting!!

*tepuk dahi dua kali*

hari lahir ayahku jatuh pada hari tahun baru!!

macam mana lah aku boleh terlupa~ meningkat lagi umur ayahku..tapi dia masih sibuk mencari rezeki...terima kasih ayah..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. itulah doaku ketika menaip mesej selamat hari lahir kepada ayah. nad tergelak kecil kerana itulah yang berlaku kepadaku tepat setahun yang lepas. haha. lucu bila teringatkan ape yang berlaku.

rupanya sudah dua tahun aku berkenalan dengan nad. tahun lepas kami juga melakukan pekara yang sama. bezanya, cuma kami menonton cerita the golden compass (aku suka cerita itu!!) dan tahun ini kami tidak menonton bunga api seperti tahun lepas..

tapi cerita tahun ni (ip man) juga tak kurang menariknya!!seronok menonton.tak perlukan bertih jagung untuk mengisi masa terluang dengan mengunyah. penuh dengan aksi, juga humor yang santai. watak ip man itu sendiri sangat dikagumi dan memberi inspirasi <------promote kejap .hehehe. bagi sesiapa yang nak tengok wayang, tolonglah tengok cerita ni..gerenti tak menyesal. :DD

sampai aku tiba-tiba ada idea gila nak belajar kung fu wu shun *berangan lebih*

keluar panggung semua jadi gila.haha. menyatakan rasa puas hati terhadap cerita tersebut. nad siap keluar gaya-gaya kungfu lagi.

*geleng-geleng kepala*hahaha.masuk air betul nad ni.

kami gerak ke ss14. tahun lepas. aku, nad dan mus juga ke gerai makan. bezanya....kami ke sana ...

berjalan kaki.

*senyap*

berjalan kaki dari mid ker stesen lrt universiti memang pekara paling gila pernah aku buat. apa mereka (ini cadangan mereka, antara mus dan nad) ingat malaysia ni macam dalam cerita korea ape ke??boleh jalan kaki tengah-tengah malam. dah la lalu federal. aku cuak betul

*geleng-geleng lagi*

akan aku ingat pengalaman itu setiap tahun baru.

lepas makan, muk menghantar ayed pulang. pening katanya. kami sambung ronda-ronda kl (mentang-mentang minyak free) untuk melihat gelagat manusia menyambut tahun baru..macam-macam perangai. tapi paling aku kecewa bila melintasi jalan di sungai wang. mungkin ada sambutan tahun baru di situ. tak pernah aku lihat sampah sebanyak tu di mana-mana jalan raya sebelum ni.

*keluh*

apa lah nak jadi..

di perjalanan pulang pula terdapat 1 kemalangan ngeri..kereta proton satria neo berwarna putih remuk sampai terkeluar enjinnya. darah membasahi jalan raya. kesiannya..

ramai membuat anggapan sendiri. termasuk aku. antaranya mungkin pemandu mabuk. maklumlah..menyambut tahun baru cara barat.

tapi..tuhan lebih mengetahui apa yang terjadi..

pengajarannya....

jauhi arak..hehehe

semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya..

amin..

p/s:tak ada azam..haha.malas nak fikir