Friday, December 12, 2008

aku..yang pernah....

pernah rasa.. diri tak berguna?


pernah rasa.. usaha sia-sia??


pernah rasa.. putus asa??


pernah rasa.. bala datang bertimpa-timpa??



semua pernah..aku pernah...


bila??sekarang....


pada siapa harus ku adukan??


hanyalah pada-Nya


kerna aku tahu..

Dia Maha mendengar...

Maha pengampun..



aku cuma mengharap kekuatan daripada-Nya...

mengharap sinar daripada-Nya....

mengharap keampunan daripada-Nya....

biarpun aku tahu..
aku sering menghadap-Nya
hanya pabila ujian datang..


biarpun aku tahu..aku bakal terleka semula...


ahh...aku emosi lagi

abaikan saja..

Tuesday, December 9, 2008

aku dan twilight (bahagian 2)

yeah...

dah habis baca.~~:D


secara keseluruhannya..

aku sukaaaa *angau sorang-sorang*


membayangkan semua watak-watak dalam novel tu macam tak berapa thrilled sangat..yelahh..sepatutnya kita boleh jadi lebih kreatif nak bayangkan ape yang Stephenie Meyer tu cuba describe tapi sebab aku telah di dedahkan dengan filem tu *kira dah tengok preview dia la*
aku punya kreativiti untuk meng-imagine dah terikat dengan filem tu sendiri..

ahhh..mengade lah ko ain..

lepas ni nak tengok filem pulak.*ye...aku tau aku ketinggalan*



p/s:kalau baca novel dia,(ni pandangan aku la) Edward tu jauh..jauh lagi handsome dari Robert Pattinson tu sendiri but hey..i could'nt amagine anyone else though..haha

Sunday, December 7, 2008

triple tag~hiahh

dah berkurun rasenye tag ni ..aku telah menjadi salah seorang mahluk bertuah yang telah di-tag oleh cik izreena,cik azie payung dan juga rakan baik ku kamil ghazali

tag oleh cik izreena dan kamil

The last persons who tagged you are: seperti diatas :D

1. What is the relationship of you and him/her?
semuanya rakan sepasum.ohh..i just love pasum
izreena-aku kenal dia pon sebab dia 1 group tutorial dengan kamil.dan tak susa nak cam dia sebab kami duduk dalam tempat yang sama dalam lecture hall
azie-dia merangkap se-lab dengan aku.oleh sebab kegilaan nya yang tahap gaban.aku rapat dengan dia (oh ya..kami selalu lambat ke lab =p)
kamil-kami kenal semasa peristiwa malam merdeka.dia merangkap kekasih setia rakan baikku alia


2. Your impressions towards him/her.
izreena-okay je..aku suka baca blog dia =p
azie-kegilaan tahap best~
kamil- dia mempunyai sense of humor yang tinggiiiii~


3. The most memorable things he/she had done for you.
izreena-aa??menulis kata-kata yang best di belog nya
azie-dia telah meminjamkan pembaris panjangnya kat aku untuk melakar graf..haha
kamil-
banyak yang kami telah tempuhi bersama..chewahh

5. If he/she become your lover, you will...
izreena-tidak sama sekali..katakan tidak kepada lesbo~
azie-hak milik mr payung.aku tak mau kene cepuk dengan payung mr payung *ape yang aku merepek ni*
kamil-
bermadu dengan alia..wahaha

6. If he/she become your enemy, you will...
izreena-saya akan komen yang tak elok dekat blog dia
azie-saya tak bole buat pape.dia jauh nun di utara
kamil-
saya akan hasut alia soh clash dengan dia.macam la akan terjadi.hahaha

7. If he/she become your lover, he/she has to improve on his/her
izreena-tatau la
azie-dia tak bole contact payung dah.hahaha
kamil-
kamil..ko kena gemok.aku tak suka laki kurus

8. If he/she become your enemy, the reason is...
izreena-dia kutuk aku kat blog dai??*tak habis-habis pasal blog*
azie-dia rampas mus dari aku..wahaha
kamil-
dia curang kat alia.siap ko kamil

9. The most desirable thing to do on him/her is?
tah la.tapi kalo kat kamil aku nak jadi pengapit masa dia kawen..wahaha

10. The overall impression of him/her is...
izreena-dia sangat best
azie-mempunyai banyak persamaan dengan aku.-banyak makan-lol
kamil-
the perfect man for my friend..chewah..(kamil ko taching tak?)

11. How do you think the people around you will feel about you?
i dont know and i dont care at all

12. The character of you for yourself is?
saya matang.hahaha

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
tido tahap koma.hahaha

14. The most ideal person that you wanna be is?
disebalik semua perangai buruk saya.saya suka menjadi diri sendiri.wee~

15. For the people who likes you, say something to them.
oh yeahh~mari berjinggo~

16. 8 people to tag:
1. apit
2. afiq
3. amer panda
4. azie
5. adib
6. bibulalala
7. zam (hamek ko)
8. alia *wpon aku tau dia tak bole surf blogger*

17. who is no. 2 having a relationship with?
ayu yang lebih tinggi..haha

18. Is no. 3 a male or a female?
jantan

19. If no. 7 and no. 8 were together, would it be a good thing?
uishh..marah kamil kang..(alia pon)

20. How about no. 5 and 6?
hmm..*wondering*

21. What is no. 1 studying about?
music indie..kadang2 engineering (sama dengan kamil)

22. Is no. 4 single?
oh no no nooo..hehe

23. Say something about no. 2.
dia cakap dia tak kacak.tapi ade ke orang yang nak percaya??


tag oleh azie~

SENARAIKAN HOBI-HOBI MELAMPAU ANDA.SILA NYATAKAN SEBABNYA.

1.makan tanpa henti
i just love food..i mean good food.aku bukan baham semua ya~

2.tido
cinta kedua ku selepas mus.hahaha.tak pelik sangat.yang peliknya.aku bole tido lebih 12 jam sekali harung.lepas bangun.mesti lapar.menjurus kepada hobi no 1.hamik ko!!

3.online
rakan-rakan.banyak benda yang boleh di buat dengan online.sebab utama:saya boleh berhubung dengan rakan saya (makluman.saya tiada kawan di rumah)

4.drebar tetap
aku telah menjadi official driver bagi akak dan adek aku yang workaholic

5.bercakap dengan kucing
aaaaa..kan aku dah cakap tadi.aku tak de kawan kat rumah.kucing kat rumah aku ni dah pelik tengok tuan dia bercakap sorang-sorang.haha
tak de la.dah memang aku suka..nak buat macam mana.nama pon hobi pelik


lain-lain insan terpilih :
1.kamil
2.apit
3.panda~*panda yang tahu berblog* =p

________________________________________________________________________


selamat hari raya korban ya!!

masa untuk makan lagi.. :DD

p/s:cik azie.time kasih atas kad anda.hihi



Saturday, December 6, 2008

marah

ain marah...


ain marah...


eeeeee~templete blog lama menghianati aku...*rase macam nak transform jadi shehulk aje*

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


.tu je.

Thursday, December 4, 2008

aku dan twilight

jam menunjukkan pukul 8.46 minit pagi.aku masih berjaga.gara-gara membaca novel twilight.

"ain dan twilight??"

tak la pelik sangat bunyinya.sebab sekarang macam ada satu fenomena yang perempuan menggemari filem itu.yang pelik sepatutnya:

"ain dan novel inggeris??"

itu memang pelik.sebab aku bukanlah seorang pembaca bahan bacaan berbahasa inggeris.bahan bacaan berbahasa inggeris yang aku baca cumalah majalah fesyen (yang di pinjam oleh orang atau dibaca di kedai-kedai buku secara percuma), surat khabar (jarang sekali), buku rujukan (yang hanya dibaca bila peperiksaan menghampiri) dan kertas peperiksaan (ahah!!yang ni tak lawak langsung)-maknanya:aku masih normal bukan??

sepatutnya, dari dulu lagi aku nak memupuk minat membaca ni, tapi semuanya berhenti di tengah jalan..haha...cubaan pertama ketika mama membeli buku harry potter. aku baca.aku berhenti. *hangat-hangat tahi ayam*peribahasa entri kali ini

okay.berbalik kepada Twilight.

biarpun naik lenguh leher menghadap lappyku membaca buku tersebut, aku tetap gagahi (gara-gara tak dapt mencari buku, aku mengambil inisiatif men-download buku tersebut dari internet)

sebab aku membaca novel fiksyen ini:

  • alia - dia suka sangat-sangat novel ni (aku terpengaruh) -_-'
  • aku mahu menonton filemnya - sebelum menonton, kena baca dulu sebab nanti aku nak banding dengan novel dia.aku nak beri pendapat sendiri.
  • aku nak baiki english aku yang dah semakin kritikal dasyatnya.sebab tu aku sekarang selesa berbahasa melayu bila menulis entri.hahaha
  • dan aku suka vampire(handsome vampire to be specific)-terpengaruh dengan komik(*-*)
doakan aku berjaya.setakat ni novel ni dah membuatkan aku senyum sorang-sorang,gelak sorang-sorang dan teruja sorang-sorang(sambil berguling-guling) depan lappyku.haihhh~ain..ain..

.sekian.aku perlu sambung membaca.

p/s:aku beriya nak tengok filem ni.tapi sebenarnya tak de siapa nak teman.ramai yang dah tengok.yang belum tengok kebanyakannya tak berminat pula.pathetic.-_-

Wednesday, December 3, 2008

tiada rezeki... T-T

hari ini..bermula agak lewat.

kerna tido selepas subuh..(tak de la selepas sangat pun.dah pagi dah pon)


sebelum tidur pergi text ain amin sebab kami bercadang nak jumpa hari ni.

harini kami bercadang nak keluar. buaya-buaya *ahli2 persatuan buaya dirahsiakan* sibuk ajak keluar sebab aku dan ain amin je yg bole keluar dgn mereka sebab kami kalis buaya.hahaha

sedang aku nyenyak tidur, aku dikejutkan dengan 1 panggilan telefon...ohh..pengerusi buaya kol rupanya~tiba-tiba cakap plan xjadi la..bla3..aku pon mengiyakan dalam kemamaian itu..

.sambung tido.

tiba-tiba (lagi -_-')..aku dikejutkan lagi dengan 1 mesej..ain amin yang mesej.bertanyakan aku jadi keluar ke x?eehh??ape ni..tolong la jangan buat aku konfius..td kata tak jadi??..pelik2..aku pon membalas mesej tersebut.sambil menaip+mamai+konfius.....aku.....tertidur..

yaa..benar..aku tertidur.

aku dah buat rakan aku tertunggu-tunggu balasan mesej dari aku..kejam sungguh aku..nasib baik la ain amin tetep keluar sebab dia memang nak keluar dengan rakan yang lagi 1.weda namanya.kesian ain.

aku bangun tak lama kemudian dan mendapati ada beberapa mesej daripada psenk (bukan nama sebenar) yang juga merupakan ahli pembuayass (ter-reveal 1 ahli pulak).lupa pula aku berjanji dengan dia suruh dia temankan pergi tengok hp.gara-gara hp ku telah cacat (rujuk entri sebelum ini)
aku bercadang untuk membeli hp baru.0leh sebab aku ni sangat mengada-ngada dan memilih.aku dah tetapkan beberapa kriteria utk hp tersebut.
kriteria hp baru tersebut *ngeh3* :
  • saya mahu hp flip
  • saye mahu hp yg nipis (kalau tebal2 nanti poket tak muat.saya tak suka bwk hbag)
  • saye xmahu model terbaru
  • saye xkesah sgt fuction2 canggih ni.(mcm kamera /mp3/3g) asal ade mms n gigibiru sebab hp lg 1 dah cukup sempurna rasanya.
  • saye xmahu hp yg mahal sangat *pokai.ohh..pokai*
  • saye mahu hp yg tahan lasak.yeah~saye ganas
  • saye mahu hp selain s.e dan nokia(ubah angin)
setelah mendapat idea dari cik alia.maka.aku pon membuat keputusan..

hp pilihan:motorola v3i

semase aku bersiap-siap untuk keluar(sesi meng-kalis buaya-kan diri), fikiranku pula sibuk merancang ape yang patut dilakukan hari ini.

mission(s):
  1. mendapatkan hp idaman.
  2. pergi um.nak tengok result.(wpon snanye takut.tetap kugagahi)
  3. pegi mid.v -jmpe ain amin
  4. carik buku twilight (baru nak baca)-kena baca buku dulu sebelum tengok movie dia
______________________________________________________________

mission 1.

aku pegi cafour yang dekat dengan rumah aku.kat situ ade 3 kedai hp.aku cuba mencari hp idaman.

gagal.

cari lagi(jangan putus asa).kali ini tanya pada org yang jual

hampa. )':

aku ke shoping complex yang lagi 1 yang jaraknya kira-kira 5 minit perjalanan.yang ni mmg banyak gila kedai hp.memang byk hp idaman ku.tapi banyak yang 2nd hand.*takut menanggung risiko*

tiba-tiba.mata aku terlihat apa yang ku cari.*excitednyaaa*
yg ni baru punya.wahh..

ku bertanyakan pada tokei kedai harganya

.terkejut.minda malfunction.

RM450??? mahalnyaaa~~ aku budget RM350-RM400

.kecewa.tak terhingga.

mission 1:gagal
_______________________________________________________

mission 2

ke um.

pegi department aku.tgk board.tiada apa yang aku kehendaki.yang ada cuma notis-notis lama.

.kecewa.lagi.

mission 2 :gagal
_______________________________________________________

mission 3-jumpa ain amin dekat mid valley

bergerak pantas ke mid.v

belum sempat sampai.ain suda mahu pulang.aku relakan.sebab aku sendiri xreply mesej dia.kesian aku.tapi kesian lagi dia (ain).

.sedih.

mission 3:gagal (lagi)
______________________________________________________

mission 4-novel twilight

aku jumpa pembuayass dekat mid.2 orang.

pergi cari dekat mph mid.5 6 kali tawaf.naik lenguh kaki.

xjumpa.mungkin habis stok.tidak mengapa.(cuba mem-positif-kan diri)

kami berjalan-jalan.window shoping.terdapat 1 insiden yang telah menyebabkan aku bengang.tiada mood.sakit hati.(biar aku je yang tahu)
aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri dan terus ke food court untuk melepaskan tension dengan membeli ice mango special.(aku sukaaaa~teringat dekat mus)

kesejukan ais mango special itu masih xdapat memadamkan api kemarahan dalam diri aku.maka, aku makan lagi.teppanyaki.

.kenyang.puas ati??boleh laa..(banding dengan tadi).

pulang dari mid.v dan terus bergerak ke arah klang.misi masih lagi berjalan.destinasi seterusnya ialah mph jusco bukit raja,klang.

dalam perjalanan aku terfikir.dah dekat pukul 9.30 ,sempat ke??plan di ubah ke sunway.dekat situ ada 2 bookstore.harapan lagi tinggi.maka ke sunway piramid lah aku.

di sana...

popular bookstore-
.mencari..dan mencari...gagal.alternatif terakhir.bertanye pada akak jaga kaunter yang sangat tak mesra alam itu.dia menjawab pendek
."xde stok"


xpe.xpe.mph masih ada.(ain kena positif)

mph bookstore-
.mencari lagi.
ahah!!!*background music dah jadi hepi*

ada....(terlalu awal utk berasa gembira) tapi bukan original punya.cuma ada yang movie version...


bertnya pada abang yang peramah..

"original version dah habis stok.hujung bulan baru sampai"
katanya sambil tersenyum.


saye tidak mahuuuuuu!!!!

.serius...serius...serius geram~ D:

.sangat kecewa.hampa.

sigh~

mission 4:gagal .
________________________________________________

kesimpulannya..perjalanan yang panjang ini tidak membuahkan hasil langsung.

perasaanku bercampur aduk..

.hampa.kecewa.pasrah.sedih.sakit hati.

ku kabarkan kepada psenk.dia hanya boleh menjawab

"xde rezeki lah tu"

aku cuba sabarkan diri.....

.tamat.


p/s:hari ini dalam sejarah.seumur hidup aku.hari ini lah hari paling banyak pengkid pernah aku jumpa.tiba-tiba aku jadi takut....

dunia di akhir zaman

sempatkah kita semua bertaubat??menjadi hambanya yang beriman..

.renungkan sejenak.

Tuesday, December 2, 2008

kenapa mesti hari ini??

kenapa??

kenapa????

kenapa??????

sebelum ni hp aku jatuh tahap kritikal macam mana pon okay je.*smart phone.hehe*

kenapa hari ni..jatuh..lepas tu terus tak bole dengar orang yg call??

kenapaaaaaaaaa!!!!! (kenapa aku emo sangat ni -_-)

wuuu..*meraung sekuatnya*

selamat tinggal hp ku..bersemadilah dengan aman.
banyak kenangan hp tuuu D,:
tapi x mengapa.tidak semua benda kekal kan..*sedapkan hati*

itu je hari ini.sekadar luahan perasaan.

sori saisha ,tak dapat nak tulis panjang