jam menunjukkan pukul 8.46 minit pagi.aku masih berjaga.gara-gara membaca novel twilight.
"ain dan twilight??"
tak la pelik sangat bunyinya.sebab sekarang macam ada satu fenomena yang perempuan menggemari filem itu.yang pelik sepatutnya:
"ain dan novel inggeris??"
itu memang pelik.sebab
aku bukanlah seorang pembaca bahan bacaan berbahasa inggeris.bahan bacaan berbahasa inggeris yang aku baca cumalah majalah fesyen (yang di pinjam oleh orang atau dibaca di kedai-kedai buku secara percuma), surat khabar (jarang sekali), buku rujukan (yang hanya dibaca bila peperiksaan menghampiri) dan kertas peperiksaan (ahah!!yang ni tak lawak langsung)-maknanya:aku masih normal bukan??
sepatutnya, dari dulu lagi aku nak memupuk minat membaca ni, tapi semuanya berhenti di tengah jalan..haha...cubaan pertama ketika mama membeli buku harry potter. aku baca.aku berhenti. *hangat-hangat tahi ayam*peribahasa entri kali ini
okay.berbalik kepada Twilight.
biarpun naik lenguh leher menghadap
lappyku membaca buku tersebut, aku tetap gagahi (gara-gara tak dapt mencari buku, aku mengambil inisiatif men-
download buku tersebut dari internet)
sebab aku membaca novel fiksyen ini:
- alia - dia suka sangat-sangat novel ni (aku terpengaruh) -_-'
- aku mahu menonton filemnya - sebelum menonton, kena baca dulu sebab nanti aku nak banding dengan novel dia.aku nak beri pendapat sendiri.
- aku nak baiki english aku yang dah semakin kritikal dasyatnya.sebab tu aku sekarang selesa berbahasa melayu bila menulis entri.hahaha
- dan aku suka vampire(handsome vampire to be specific)-terpengaruh dengan komik(*-*)
doakan aku berjaya.setakat ni novel ni dah membuatkan aku senyum sorang-sorang,gelak sorang-sorang dan teruja sorang-sorang(sambil berguling-guling) depan
lappyku.haihhh~ain..ain..
.sekian.aku perlu sambung membaca.
p/s:aku beriya nak tengok filem ni.tapi sebenarnya tak de siapa nak teman.ramai yang dah tengok.yang belum tengok kebanyakannya tak berminat pula.
pathetic.-_-