okay, sejahtera keatas kamu semua.
memandangkan sekarang tengah seronok-seronok pesta konvo dekat universiti kesayangan aku ni, aku kembali lagi dengan entri yang entah apa-apa.mungkin kali ini cik weda kita perlu bersedia untuk membaca entri ini dengan mood yang serius.ahaha..okay-okay melalut
apa yang kita dapat kaitkan graduasi dengan teman?kalau dijadikan topik diskusi pastinya tak kemana diskusi itu.sebabnya senang je, aku sorang sahaja yang fikir lebih pasal benda ni.hahaha
seronok,
serius seronok (melampau) tengok orang lain graduasi.kita yang tak kenal pun boleh tumpang gembira sekali. (ini kalau jadi aku lah, aku suka observe sorang-sorang.lepas senyum sembunyi-sembunyi.haha)
seronok, tapi aku lama (lama as in betul-betul lamaaaa) lagi nak nak tiba ke saat itu. :( entah-entah kena extend.okay, taknak fikir.itu cerita lain.aku ni selalu ingat aku tak punya ramai kawan dekat um ni. aku membayangkan masa hari aku graduasi nanti aku sambut dengan siapa agaknya?padahal lama lagi ni.dah fikir ke situ.hahaha
aku pernah datang hari graduasi seorang dua senior masa aku first year (second year tak pergi langsung) senior aku ni memang seorang yang inspiring, baik, dan sangat berdedikasi. bayangkan kitaorang (aku bersama rakan-rakan yang lain) sanggup meredah hujan semata-mata untuk menghadiri hari graduasi mereka. kiranya senior aku tu telah memberi pengaruh yang sangat kuat kepada kami-kami yang datang tu lah. wah~ semangat betul aku duk cerita.
kesimpulannya senang je.aku nak hari graduasi aku ada suasana sebegitu rupa.tapi macam susah je. kawan-kawan aku di uni aku ni kebanyakannya jurusan mereka tiga tahun.aku pulak ampat tahun maaa. yang jurusan 4 tahun dan lagi lama semua jenis oversea graduates.mesti mereka yang dah graduate awal dah sibuk kan.nanti tak ramai yang boleh baling-baling topi ramai-ramai (macam gambar awal-awal tadi) wah! tingginya angan-angan aku.setinggi topi graduasi yang dibaling tu.hahaha.
aku terpengaruh dengan drama-drama dekat tv lagi.adoi!
padahal aku punya uni life tak menarik langsung.kalau ada graf kehidupan, aku rasa uni life aku cuma banyak kejutan-kejutan dari segi akademik ajelah..(banyak sangat yang negatif, aku kira) aku tak mahu berkawan, itu belum lagi termasuk kegarangan mimik muka yang semulajadi yang telah menyebabkan orang takut dengan aku.HAHA!
maka harapan ajelah aku nak ber-hari graduasi yang memorable.kasihan~
atau pun, mungkin juga kawan-kawan aku yang sudah kerja masa tu boleh belikan aku bunga atau beruang graduasi ke.boleh kan,kan?(angan-angan lagi.kasihannya engkau, ain)
sorry atas ke-excited-an aku yang melampau ini.hahaha.aku memang macam ni.bagi yang sedang di tahun terakhir, semoga berjaya!tahun depan aku boleh datang bila kome graduate nanti.hehehe
salam graduasi daripada aku,
seorang pelajar yang malas.
lama x balik UM.
ReplyDeleterindu plak. pokok yang aku tanam sebelah Kolej 12 besar mana dah agaknya.
eh kau ada tanam ke?dtg lah...roger aku, apom semua :)
ReplyDeleteaku xtau la npe aku xleh komen kt blog aku sendiri...problem tol...
ReplyDeletejgn risau mi...klu aku ade kesempatan, aku datg graduation day ko...
hehe.tq pat~ :D masa kau graduate pun aku dtg insya Allah
ReplyDeleteeh xde hal la mi. nnt ak final kt msia gak so kompem la bole dtg. sebelah uni kau je pon. pastu kau bank in la kat aku barang 3,4,5ratus nnt ak belikan kau rose selori dgn bear besaaaaaaaaa pnye. amacam? hehe
ReplyDeletehaaaaa?kenapa kena bank in?bukan kau nak sponsor? :p
ReplyDeletetakpe aku yang pemurah ni akan belikan mcm2. kau mintak je. beruang dgn bunga tu berape ringgit je kalau nak dibandingkan dgn keseronokan kau graduate. eceh :p
ReplyDeleteaku musykil kenapa ain jadi cheeky sangat.haha~
ReplyDeletecheeky tu macam mane? aku bodoh sikit istilah amerika ni. *aku tak buat lawak murahan buat2 taktau, aku mmg tak faham*
ReplyDeleteohhh.ntah.aku rasa mcm riang2 sikit lah.ahaha.mcm kena je cheeky tuu
ReplyDelete