Wednesday, March 31, 2010

tidur


alahai comel siut
yeap.

tajuk ini, i loike bak kata orang kuala lumpur. sememangnya aku suka tidur.suka dalam konteks ini, SANGAT suka.hehe.kalau dah tidur secara berterusan, boleh mencapai 10 jam.rekod setakat ini ialah
15 jam

ke sebenarnya 17 jam?
lantak ler..
hebat bukan?

hebat endasmu!

aku ni perempuan, malah tak kira apa jantina pun, tidur berlebihan adalah sangat tidak bagus.sangat tidak bagus.


aku ulang, sangat tidak bagus.

annoying


kalau orang perempuan, orang yang kuat tidur lebih banyak dikaitkan sebagai anak dara pemalas.mesti tak pandai buat kerja rumah.malas tolong emak, serta sewaktu dengannya.


bagi lelaki, entah.aku pun tak tahu pula. mungkin akan dikaitkan dengan isu masa depan.macam mana nak jadi ketua keluarga?nak cari rezeki untuk keluarga bla bla bla.


ala.. lebih kurang sahaja.

secara ringkasnya, tidur yang berlebihan menutup pintu rezeki anda.

disini aku nak senaraikan keburukan tidur berlebihan setelah membuat sedikit kajian.sikit je.ecece.

(1)
tidur yang berlebihan boleh menyebabkan keletihan - tidak berkesan bagi aku.mungkin benar bagi sebahagian besar orang lain.aku keletihan mungkin sebab tidak makan dalam tempoh yang lama.

(2)
juga boleh menyebabkan sakit kepala - boleh diterima.kadangkala memang sakit kelapa.eh kepala.

(3)

menyebabkan penyakit2 kronik seperti diabetis dan obesiti. ini apa yang aku baca melalui laman sawang (website.haha) - sejauh mana kebenarannya, tidak diketahui.sebab bagi aku lebih banyak aku tidur, lebih kurang aku makan.berat mungkin menyusut tapi secara tidak sihat-lah.ish3

(4)

tidur yang berlebihan mungkin akan menyebabkan anda gagal ikut peredaran masa.dalam kes aku ni.mak aku selalu dok cakap aku ni sepatutnya tinggal dekat overseas.ini tipu.serius tipu.hehe.sebenarnya aku susah tidur malam sebab sudah terlebih tidur siang harinya.kalau duduk overseas sama sahaja.ye dok?


(5)

tidur yang berlebihan juga mungkin akan mengundang kemarahan orang yang terdekat dengan anda.tak kiralah saudara mara ke,kawan-kawan ke.mereka mungkin sedang mencari anda.tetapi jika anda seorang yang tidur mati atau ala2 sleeping beauty, mereka mungkin akan risau akan keadaan anda.


"dia ni buat apa?"

"kenapa orang telefon tak angkat.mesej tak berbalas?"

dan sewaktu dengannya. - selalu terjadi kepada diri sendiri.hahaha.kasihan orang lain.

mungkin juga akan menyebabkan anda lewat untuk temujanji dengan rakan-rakan.hehe.selalunya aku salahkan kesesakan lalu lintas ataupun ktm, tapi sebenarnya puncanya ialah aku sendiri bangun lewat.bukan lewat sangat.sepatutnya boleh gerak lagi awal. :p

(6)

okay, keburukan ke-enam ini peribadi sikit.hahaha.

dalam aku tak sedar, tabiat aku yang kuat tidur ini boleh juga menyebabkan diri sendiri anti-sosial.aku bersosial kebanyakannya dengan menggunakan jaringan internet.waktu malam-malam buta.dan aku selalu tidur semasa majoriti manusia berpusu-pusu membeli makan malam.dan aktiviti harian yang lain.


akibatnya, makan lah aku seorang diri.


akibatnya, aku bangun tidur berseorangan.


akibatnya, aku SUKA makan tengah malam.hahaha (okay tak ada kaitan)

(7)

ini paling parah.aku tak STUDY!macam sekarang ni.bila berjaga, buat kerja lain pulak.


okay.sekian sedikit info separa fakta, separa auta dari saya.kalau anda juga punyai masalah seperti saya.boleh pergi ke sini mana tahu berguna :D

babai.

3 comments:

  1. kucing tu gle comel okeh ak rase nk gigit2! haha. komen xde kaitn ngn n3!

    ReplyDelete
  2. aku tau.aku pun rase mcm nak kunyah2.geram mak!hehe

    ReplyDelete
  3. tak de koje nak kunyah kunyah kucing
    anyway, nanti aku balik, tak denye ko nak tido tido
    kite keluar due puluh empat tujuh
    hee~

    ReplyDelete