Tuesday, March 16, 2010

entri teruja sorang-sorang

oh yeah.saya dah berumur dua puluh satuuu.

namun perangai tetap berumur...lepasan spm?hahaha.takdalah.19 kut.nak jugak muda lagi.

macam tak percaya je.masa umur 20 tahun lepas tak rasa janggal pun dah berumur 20-an.aku terlambat teruja ke?hahaha

*berfikir*

umur 21 dimulakan awal sebenarnya.membuatkan aku sendiri was-was dengan tarikh lahir sendiri.15 haribulan ke 16 haribulan?

sebab ramai bebeno yang mengucap selamat pada 15 haribulan.mungkin keterujaan kut.hahaha.semua gara-gara facebook.haha

mus pun ucap 5 minit awal.chait.!tak romantik langsung.hahaha


yang lagi tak romantik mus tanya nak hadiah apa. -_-


dan aku pun ikut sama tak romantik.mintak hadiah tracksuit sebagai hadiah hari lahir.hahaha

saja nak bagi kuat lagi jogging.baru-baru ni makin liat nak bersukan gara2 mengenangkan kerja yang harus dibuat.okay, aku tipu.aku lagi teruja tidur petang sebab nak berjaga malam.ecece~

konon rajin.padahal tak buat apa pun.hehe



okay, cukup mengarut.



hari ini, maksud aku tadi aku keluar dengan mus.tiada apa yang nak dihairankan pun.dah berapa lama duk dating.

tapi yang mengejutkan aku, mus datang dengan luka-luka dan lebam di badan.memang terkejut sangat tahap O.M.G la.okay.aku lebih-lebih pula

senang cerita,

mus kemalangan. :(

tapi masih lagi boleh buat-buat cool cakap tak ada apa.bukan boleh percaya cakap dia ni -_- tak habis-habis kata:kata cool.rilek sudah.


bila tanya apa sebab kemalangan lagi aku tak percaya, sebab nak elak lembu??sebab ini masih tak dikenalpasti sahih atau tidak.sebab mus memang orang yang suka buat lawak.tak pernah serius.kalau dah kemalangan tu, memang tak lawak okay?

eeee..buat aku risau je sepanjang kitaorang keluar tadi.kan aku dah tak cool.haha.

tapi terharu mengenangkan dia sanggup juga datang walaupun baru je kemalangan tadi.

*rasa nak menangis.oh memang tak cool langsung*


aku cakap dengan dia, "kenapa tak bagitau je accident, tak payah datang pun tak apa.kesian mus"

kata aku dengan lagak seorang kekasih yang memahami.hahaha.lawak ayat aku.

kata mus," tapi kan mus dah janji." ayat itu yang kerap diulangnya

entah aku rasa tak ada manisnya dalam ayat tu, tapi aku rasa nak nangis jugak.terharu lah wei.mengenangkan situasi mus yang nak berjalan pun payah.memang rasa terharu.apatah lagi nak turun naik tangga,

:(

aku lebih-lebih pula.

kami pun pergilah menyambut hari lahir aku dengan makan di spagetti.haha.selepas itu membeli tracksuit aku.nasib baik tengah sale.hehe.nak kongsi bayar kena marah pulok.

maka pilih lah aku tracksuit yang paling banyak diskaun.he he he

aku dah beli stapler baruuuu (gara-gara hilang).sekarang dah rasa lengkap pencil case aku.hehe


tak lupa kepada ubat jerawat yang kotak je mahal.dalam kecik je.hampeh.bilalah jerawat ni nak berhenti tumbuh.parut dah bersusun ni.

okay aku dah siap membebel.so much of my 21th birthday. *tika entri ini siap ditulis, ada 1 minit lagi sebelum pukul 12.hehe*

terima kasih pada yang mengucap selamat.moga tahun ini lebih baik daripada sebelumnya.amin

TERHARUUUUUU


babai.

3 comments:

  1. sejak ble ko tiru ain menjadi cool nie?
    banyak bebeno perkataan cool tuh~

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. arr~ ak rase part nk adiah ap tu comel. sbb ak pon x reti wat seprais end up tnye kau nk adiah ape. *okeh, subtly ak tgh ckp aku comel* haha

    ReplyDelete