Wednesday, September 30, 2009

sekarang pukul berapa ha?

countdown untuk ke final lagi 1 bulan.

1 bulan


1 bulan


1 bulan


ya ya , 1 bulan.


bahu dah lenguh.tangan asyik atas meja.ke meja ni yang tak sesuai?asyik buat design.asyik buat design.asyik buat design.jadinye tak juga. hmmm

dah dah,

aku dah annoyed dengan diri sendiri.

ada test lagi, projek lagi, study lagi.

oh, tak lupa yuran belum langsai lagi.


*keluh*


pukul 6 pagi subuh2 ni mengeluh.apa agaknya jadi pada aku hari ini.permulaan hari dah mengeluh.

mata cuba pejam.tapi otak ligat fikir benda2 yang tak selesai.memang la aku end up membebel dekat kau blog.


lihat cermin, sedih tengok muka sendiri tak bermaya... -_-'


dah, dah,

lepas ni pergi tidur, tengok boleh lelap tak lepas menaip dekat sini.

Tuesday, September 29, 2009

entah

wei dah berhabuk la blog ni.

aku banyak sangat benda nak cerita tapi macam dah basi je.lagi2 cerita pasal ramadhan.konon nak tunggu hujung2 ramadhan.sekarang kuih raya pon dah nak habis, apa kes?hahaha


aku naik berkati2 raya kali ini.terbaik!


nah 1 lagu.currently listening

she's a genius -JET


My girl's ready to take control
She just blows my mind
She only listens to the radio
To see who's alive, yeah

She wakes up scared of getting old
She don't feel no shame
She knows so many pretty boys
And they are all the same
They said, 'oh hey there girl tell me what do you do'
She said, 'um nothing but I'm damn sure it's more than you'

That girl's a genius
Whoa oh oh oh oh oh
I think she's serious
Whoa oh oh oh oh oh oh

If what you know is who you are
Then she's everything
You don't need an education
To know what class that you're in
They said 'hey there girl tell me what do you do'
She said 'nothing but I'm damn sure it's more than you'

That girl's a genius
Whoa oh oh oh oh oh
I think she's serious
Whoa oh oh oh oh oh

That girl's a genius
Whoa oh oh oh oh oh
I think she's serious
Whoa oh oh oh oh oh oh

She said hey there boy
Come on over and sit
Love is when you wanna kiss
And you get bit

That girl's a genius
Whoa oh oh oh oh oh
I think she's serious
Whoa oh oh oh oh oh

That girl's a genius
Whoa oh oh oh oh oh
I think she's serious
Whoa oh oh oh oh oh

That girl's a genius
That girl's a genius
That girl's a genius
Whoa oh oh oh oh oh oh

nice beat.aku suka.sekarang dah jadi nada dering wei.hehe

selamat menggemukan diri wahai ain.oh, selamat hari raya.dari kami anak2 ahfu~ (sebenarnya aku je yang ucap selamat)

maaf zahir batin

tahun ni tak ada gambar famili sebab rushing balik sabak bernam.oh sedihnya~ T.T

Tuesday, September 22, 2009

choose

he choose ciggarate over me...

you can't choose both.

thanks 

Friday, September 11, 2009

tong sampah

pukul

5.20

pagi

selamat pagi semuaa.. >.<

bertemankan segelas susu HL (all time fav) aku menaip.menanti detik2 waktu imsak.baru sahaja bersahurkan..

nasi. berlauk kacang panjang goreng, ikan sambal, kari daging, ayam goreng kcf, cornflakes madu, kurma, air milo.

fuhh..

aku keliru, sekarang waktu sahur ke berbuka?ehh.ke dah raya dah?isk3

inilah padahnya bila berada dirumah.hehe.

motif menulis :saja nak kasi orang lain dengki.aku ada kat rumah wei~hahaha.

Wednesday, September 9, 2009

just take

entri pendek buat masa ini


dalam setiap hubungan tu,kena ada perlakuan memberi dan menerima. give and take bak kata orang putih.

haa, jangan fikir cintan cintun je, aku merujuk kepada yang lain.lagi2 persahabatan.

persoalannya sekarang, apa akan jadi jika seorang itu hanya menerima?tak memberi? dan pihak yang lagi satu hanya memberi, walau tak sudi (dalam erti kata lain, tak ikhlas) fikir2 kan.apa kesudahan melodramatik ini ya rakan2.


entri ini tidak merujuk kepada sesiapa.biasalah aku, terlebih fikir.


hahaha


ps:aku rindu nak hantar kad raya weh.siapa nak kad raya dari aku bagi alamat.ini serius!hehe.


obsesi buat masa ini: ipod shuffle.nak buat jogging lepas raya nanti.dah semakin membulat.membulat.-_- *perlu ke nak jenama ipod?* hahaha. (update: tak jadi ipod.nak beli sandisk sansa clip.wehuuu~lagi murah)

Monday, September 7, 2009

kasih seorang ibu

aku nak post pasal ramadan sebenarnya, tapi nak tunggu habis ramadan dulu lah.tak pun nak dekat2 habis ramadan.sebab tak payah nak buat banyak2 kali.hehe

ya, harini negeri selangor cuti sempena nuzul quran.malang sungguh fakulti aku yang dah masuk kawasan petaling jaya,pun tak cuti. -_-' hehe.tak ada kaitan.

maka aku yang baru sahaja pulang ke rumah ahad lepas pun berpura2 dalam suasana cuti juga.setelah hujung minggu yang sungguh dramatik, serasa tidak puas duduk di rumah.maka aku membuat keputusan untuk pulang ke um selepas subuh.

selepas subuh?

tidur pun pukul 4,memang tak la jawapannya.mama kejut tak lut.hehe.maka aku sedikit lewat pagi itu.kelas pukul 9..sempat memang sempat.tapi persoalannya, siapa yang nak menghantar aku?semalam mama boleh buat lawak suruh balik naik ktm.waaaa..kalau nak balik rumah memang aku akan balik naik ktm, tapi untuk ke um balik , tidak~ tidak~

*dramatik sungguh*


boleh je sebenarnya.aku dah biasa redah ktm berjam-jam.berdiri berjam-jam.nak berhimpit berjam-jam pun boleh.asalkan sekeliling aku tu perempuan.kalau tak, tak kuasa nyah!makcik2 yang berpaut dekat aku pun aku boleh tahan lagi.hahaha.lawak

okay2, dah lari tajuk.

bila dah lewat bangun tu baru menyesal, kalau bangun awal sikit boleh gerak naik ktm sendiri.tak payah nak menyusahkan orang lagi2 mak aku pagi2 buta.mama offer nak hantar pergi um.aku sumpah risau gila.sebab mak aku ni jenis yang takut kalau drive sorang2, takut sesat satu hal lagi.ajak kakak aku teman dia sempat menjawab dalam mamai,

"mana boleh sesat."

cis!hampas kelapa punya kakak..orang suruh teman la mangkok.maka aku dengan berat hati turutkan jua hasrat murni mama untuk hantar aku.dah sampai siap boleh tunggu aku nak hantar aku pergi kelas lagi.oh aku terharu. :')

mengada kan?nak terharu lah bagai.haha.yelah, mana tak nya,aku tau mama aku dengan tak cukup tidur , dengan tak yakin untuk drive lagi.boleh lagi hantar aku.terus aku semangat nak belajar pagi tadi. *dan2 je* datang pun awal.yelah, dah ada orang hantar.hahaha

tapi petang tu layu pula.isk.tak boleh jadi ni.kena tahan juga sebab tak sia2 sahaja mak aku hantar pagi2.ingatkan nak habiskan kelas sampai ke petang.tapi fikir aku kena pulangkan buku kepada rakan, maka aku pun pulang.dalam keadaan serba salah juga. T.T

dan nasib memang menyebelahi aku.kelas yang aku rancang nak ponteng tu, BATAL.wahahaha! *ketawa suka hati*

maka petang tu habiskan masa untuk tidur.sebab tak cukup tidur malam tadi dan buat bekalan malam ni.aku ada dua test esok.dan tadi boleh berbuka dekat mid lagi.dan boleh tengok wayang lagi.

aku memang bungkus la esok~


apa-apa pun, setiap hari ialah hari ibu.

maka, selamat hari ibu mama. :)


oh syahdu lagi.