Thursday, February 26, 2009

high school thing-y


gambar tema untuk n3 kali ni
*aku rindu sama budak ini*


baru-baru ni aku selalu sangat wish birthday dekat schoolmates aku. tadi aku baru je wish seorang senior perempuan.dia ni (kak yan) aku kenal sebab main netball.terror tau.

lepas dari kejadian tu aku tetiba rindu pada zaman sekolah.ramai sangat kawan.seronok betul!.

pagi-pagi buta tu jugak (pukul 4 pagi) pergi cari album lama.tak banyak sangat gambar yang aku tangkap masa zaman sekolah tapi cukup dah buat aku rindu dengan semua kegembiraan yang aku lalui sepanjang zaman sekolah.

sanggup tu pergi scan gambar-gambar tu.hehe

rindu~~

zaman f1 lawak.kelas aku kelas budak2 nakal.suka buat bising.tag team dengan kelas sebelah.yang amek bahasa jepun memang bising.kena denda dengan cikgu boleh buat muka selamba lagi.

hehehe *sengih2*

masa aku f1 aku baik dengan senior.ada lah kakak2 f5 ni.dan masa tu juga aku belajar langgar peraturan sekolah.

escape tak turun surau lah (kena rotan oo), kena panggil pergi bilik mt (majlis tertinggi pengawas) lah.kes dengan pet-brother aku yang selalu turun kelas aku. aku tau budak kelas aku sampai dah naik muak..macam-macam jugak masa form 1.

masa f2 pulak zaman aku mencari kawan.ni memang aku ingat sampai bebila

setiap kali bila aku tengok gambar ni aku jadi pelik.eh.aku kelas pertama.(bukan nak bangga tau) aku jadi pelik sebab kenapa aku boleh masuk kelas first masa form 2.sedangkan aku pemalas.

bila aku ingat balik rupanya masa akhir tahun form 1 aku pernah kena pulau dengan kawan2 aku sebab ..hehe.adalah~~dan menjadikan aku keseorangan dan menghabiskan masa dengan belajar (gila nerd~~)

masa f2 lah aku jumpa kawan2 aku yang aku kawan sampai sekarang~tu pun dah nak akhir tahun dah.sebelum tu aku ade lah rapat dengan geng2 lain.






ni rakan aku sampai bila2

alamak.hani nanoe dengan daia takde.










selain tu, ada jugak kena dengan senior sebab aku dikatakan terlalu rapat sampai melupakan jurang senior-junior. <---aku mudah lupa diri . hahaha

aku baru sedar bila aku terima surat berdakwat merah.hehe.benda tu ajar aku supaya hormat orang lain biarpun beza 1 setahun je :) kalau ada sesiapa yang ada kaitan terbaca, no heart feelings eh~

masa f3 dengan f4 pun best juge~ walaupon konon2 cuak dengan pmr, aku tetap ligat main netball la, join kedet polis lah campinglah.itu lah ini lah.nasib baik la result pmr pon ok (f4 tak ok la tapi).hehehe.
aku suka aktiviti lasak.aku enjoy kawad.<---??aneh

dan juge netball ~


f5 juge aku lupe diri.insiden yang lebih kurang sama juga berlaku.kena pulau juga.memula aku melupakan kejap kawan aku yang sedia ada dan baik dengan orang lain. bila dah susah baru reti nak balik kat dorang.

masa tu aku heartless.tak tau yang dorang marah dengan aku, dah lama tu baru tau.hahaha.

lawak je.

yang pasti nye kami semua baik sampai sekarang.both sides.kira ada lah jugak hikmah dia kan.aku ada ramai kawan rapat~~

yang pastinye aku ingat semua tu sampai bebila.hahaha

isk.tadi beriya nak tulis pasal zaman sekolah.tapi ape yang aku ingat sikit je.memang lah dah nyanyuk. (dah regret semua megi yang di makan dolu2 kala.hahaha)

rindu pada baju sekolah.waaa~~aku tak percaya aku buat statement ni. banyak uniform tau sekolah aku

ni uniform ketua dorm dengan pengawas (mpp)



ada baju warna hijau muda untuk pengawas perpustakaan




















ni baju outing~

baju rasmi sekolah aku
selain baju batik biru gelap tu :)











ni baju biasa la kan~




















ni baju pakai hari jumaat.
ain, ko comel jugak dalam gamba ni.









hari rabu pulak aku kena pakai baju kadet polis~

oh.baru aku teringat, masa aku jadi ketua dorm.semua takut dengan aku bukan sebab aku bertanggungjawab/tegas/skema la..bla3.

tapi sebab aku kuat mengamuk dekat dorm.hahaha.baran tu tak bole kawal langsung~(mentang2 ko paling tua.hemeh2)

lagi2 bila ada benda kacau tidur aku. :p (sleeping beauty.hahaha!) dan sakit hati dengan announcement mpp bila aku dah lambat

contoh berbunyi:
.dalam kiraan 10..9..

hahaha(ye aku tak suke mpp.lalala~)<--jahat dan aku muka latecomer.hihi.tukang demerit markah rumah sukan~

rindu..

apa yang dapat ubati rindu aku..cumalah gambar-gambar itu.

oh.tak lupe.rakan2 juge :)


ps:share lah dengan aku apa benda yang macam2 korang pernah buat masa sekolah dulu

Tuesday, February 17, 2009

jigzaw puzzle paling senang di dunia

okeh.aku baru balik kelas.japgi nak sambung buat keja semalam yang tak siap walaupon tido 10 menet je pagi tadi.

sebelum tu...

aku nak bagi jigzaw puzzle plg senang di duniaaaa~~~

sebab tinggal last piece je

hmm..macam pernah nampak .?

dan puzzle tu ialah?

*jeng




*jeng



*jeng~







tuuuuu..nampak dah?


waaaaaaaaaaa!!!

kesian lappy aku.umor belum pon 2 tahun.tapi dah kena abuse oleh tuan yang sangat ganassss.

wuu...

aku cuma nak bersihkan daki ko je..


apelah malang ko dapat tuan macam aku ni :'(

tolong lah cakap rosak macam tu boleh betul kan.pleaseeeee??

p/s:agak2 guna gam gajah ok tak??
waaaa..
tak nak~~

tak perlu tajuk

ahem. (clear throat)

sekarang jam 2.35 minit pagi

situasi:


1 mahluk (hamba Allah) yang tengah mengadap komputer ribanya dan berlakon jadi programmer yang berjaya.

baru siap 1 soalan dalam masa 4-5 jam macam hiro nakamura baru berjaya guna kuasa time travel-nya.


"yattaaaaa~~!!"

soalan yang tinggal:
7 soalan lagi.


masa yang tinggal:
beberapa jam


apa yang mahluk itu perlu lakukan:
berhenti merapu di blog ni dan sambung buat kerja


apa yang perlu anda lakukan:
doakan mahluk itu berjaya. :D


________________________________

terima kasih tuhan kerana mengurniakan daya tahan tidur yang sungguh power kepada aku. :p

p.s:kalau kerja nanti macam ni ke?gila thrill .hahaha

semoga hari-hari yang akan datang ceria belaka :)

Sunday, February 15, 2009

rojak

wahhh..~~

tetiba dah tengah bulan febuari..


.hai.

.hello.

.salam.


aku gila lama tak post entri. sedangkan banyak sangat benda yang jadi sepanjang aku tak menulis ni~

yang baik, tu memang bagus..

dan mesti la ada yang buruk juga kan.

aku tahu.mesti semua tu ada hikmah dari-Nya.. :) *gila positif habis ni*

cuma ada beberapa je yang aku nak tulis kat sini (macam la orang peduli) biar lepas ni alu baca balik, aku boleh flashback, ambil iktibar. hidup tak semudah yang kita sangkakan. senyum walaupun tak semua benda manis.

*sengih*
___________________________________________

1. belajar

belajar memang payah. aku ingat belajar kat malaysia senang. kita dengan kita-kita je.semua orang malaysia.eh.bukan.lebih spesifik lagi orang melayu la .seronok KOT.

tapi ntah lah..

aku gila-gila mengumpul semangat nak belajar sem ni akibat result sem yang sungguh cemerlang..
tapi banyak kali kecewa.

ntah kenapa aku sering dilupakan (konteks dilupakan ni merangkumi pelbagai pekara)


mungkin sebab aku tak sepandai mereka.

tak sepadan dengan mereka

yang sentiasa kemas dan rapi.

kalau nak dibandingkan dengan aku yang selekeh ni memang jauh beza kut.

tak seramah mereka.berbanding aku yang jarang senyum ni.

hemeh2
*gelak jahat*

paling sedih bila aku yakin tak ada kelas rupanya ada kelas ganti.aku ni sangat la tak update.sebab aku tak banyak ambil subjek sem ni.sebab aku takda lah bijak pon.dan aku pulak menumpang dekat bilik orang yang sememangnya jauh dari kolej mereka.banyak kali dah jadi macam tu.mungkin aku yang meminggirkan diri kot.aku pon berat mulut sangat.sampai di lupakan..

ha ha ha .kasihan diri ini.

pathetic

tak apa lah kalau tak da kawan kat sini, at least aku masih ada nad. mus pun selalu datang jenguk. rakan-rakan pasum aku ada lagi. rakan-rakan sekolah aku pon ramai.walaupun jauh.buat apa aku nak risau. internet kan ada.


aku katakan pada diri sendiri:ain boleh berdikari <---poyonya lah hai.

_______________________________________

2. karma

aku gila percaya pada karma. pernah kena kot kat aku sebijik apa yang aku buat dekat orang lain. kan ke Tuhan tu Maha adil. benda ni buat aku terfikir balik. eisyhh.aku ni jahat. pernah dump orang. takut kalau mus dump aku pulak.

waaaa..

takpe2.aku cuma boleh doa je. isk..mengarut apa aku fikir pasal relationship dalam entri ni.tak seswaiiii!

tapi tu memang apa yang terlintas dekat fikiran aku.

buat orang-orang yang aku pernah buat salah ,

.minta maaf.ikhlas dari hati. :)

______________________________________

3. complicated

kenapalah aku suka sangat fikir lebih??

kenapa??

kenapa????

pernah sekali aku ponteng 1 kelas semata-mata nak buat assignment yang sangat-sangat simple tapi aku fikir compicated sangat-sangat.tension aku di buatnya.dapat siapkan sikit je.

tapi..yang tambah sakit hati bila aku nak transfer file tu tetiba hilang.

.kosong.

sama macam otak aku masa tu.lama lah jugak aku tenung pc tu.dalam 15 minit kut.otak tiba-tiba jadi malfunction.sakit sangat.

sakit hati

sakit otak

sia-sia.

mungkin Allah nak bagi pengajaran kat aku. suruh ingat dia banyak-banyak. mengucap banyak.

bila aku fikir balik, kerja yang aku buat tu tak berkat kut..

*sigh*

________________________________________

4. rakan-rakan

kebelakangan ni memang ramai kawan sekolah menengah aku yang bakal/dah fly.

bila masa dah singkat.baru lah aku sibuk nak habiskan masa dengan diorang. ahh..derhaka betul aku ni.dah jauh baru nak terhegeh jumpa.rindu zaman sekolah.serius.kalau ulang balik.mungkin aku akan jadi lagi jahat kut.hahahaha.tak betul.

rindunyaaaaa.macam lah tak boleh jumpa lagi.

cakap pasal fly ni.hmm.(sama macam entri ain amin)

kebelakangan ni aku macam nak sangat hantar kawan-kawan.tapi bila aku suarakan hasrat nak ke klia tu.mak mesti tanya,

"Ain bila nak fly??"<--soalan cepumas

aduh.pedihnya soalan tu.tak mungkin kut.

tak mungkin

.noktah.

_______________________________________

entri ni memang sangat tak berkualiti (macam la pernah berkualiti). isk.macam rojak. ni semua wireless punya pasal.asyik takda je :(

takpe.aku baca sendiri cukup.

sekadar pengajaran untuk diri supaya jangan ulang yang tak best tu.

_______________________________________


p/s:aku rasa aku dah tangkap cintan dengan david cook la.macam mana ek?

Saturday, February 7, 2009

lagu gumbira aku

baru-baru ni banyak benda yang jadi kat aku.

lagi-lagi yang tak best langsung.haih..

nak cite dalam blog.internet cam haram

yang pastinya.aku suka lagu ni.hehehe

sekurang-kurangnya boleh la buat aku senyum c:






taylor swift lawa sangat dalam vclip ni.aku pelik kenapa dulu dia kena buli sebab dia hodoh.psenk kate makeup.mungkin betul.

.ahh..pedulikan aje lah.layan bunyi gitar dia.best juge

Sunday, February 1, 2009

moga-moga

entri ini aku tujukan khas untuk diri sendiri. (sape lagi kan)

moga-moga aku yang ada masalah nak tido tapi bila dah tido macam anakonda (tak reti-reti nak bangun) ni boleh tido dengan normal selepas ni.

supaya..
boleh bangun tepat untuk solat subuh dan lain-lain waktu,

boleh bangun tepat untuk ke kelas,

boleh bangun untuk belajar (err...ni susah sikit.hemeh2)

dah nak dekat separuh semester dah...kejapnyaaaa~

lagu ini kawan aku yang bagi kat aku tak lama dulu.masa form 5 kut. (thanks anep~)

.comel je.





aminn~(tersedak pak cik amin.ain jgn marah.he he he)

ps:tertinggal bubu kat rumah..waaaaaaaaa.macam mana nak tido niiiii. :'((