Thursday, August 19, 2010

formspring sendiri

soalan paling kerap aku tanya kepada diri sendiri;

"engkau tak bosan ke sorang-sorang?"














aku harap orang lain yang tanya soalan tu pada aku sebab aku bolehlah jawab soalan itu dengan pertanyaan juga;

"kenapa?kau nak teman ke?"
(takkan nak suruh diri sendiri temankan kau.gila?)

Monday, August 2, 2010

kaitan graduasi dengan teman/sahabat/kawan blablabla

okay, sejahtera keatas kamu semua.

memandangkan sekarang tengah seronok-seronok pesta konvo dekat universiti kesayangan aku ni, aku kembali lagi dengan entri yang entah apa-apa.mungkin kali ini cik weda kita perlu bersedia untuk membaca entri ini dengan mood yang serius.ahaha..okay-okay melalut


apa yang kita dapat kaitkan graduasi dengan teman?kalau dijadikan topik diskusi pastinya tak kemana diskusi itu.sebabnya senang je, aku sorang sahaja yang fikir lebih pasal benda ni.hahaha


seronok,

serius seronok (melampau) tengok orang lain graduasi.kita yang tak kenal pun boleh tumpang gembira sekali. (ini kalau jadi aku lah, aku suka observe sorang-sorang.lepas senyum sembunyi-sembunyi.haha)


seronok, tapi aku lama (lama as in betul-betul lamaaaa) lagi nak nak tiba ke saat itu. :( entah-entah kena extend.okay, taknak fikir.itu cerita lain.aku ni selalu ingat aku tak punya ramai kawan dekat um ni. aku membayangkan masa hari aku graduasi nanti aku sambut dengan siapa agaknya?padahal lama lagi ni.dah fikir ke situ.hahaha

aku pernah datang hari graduasi seorang dua senior masa aku first year (second year tak pergi langsung) senior aku ni memang seorang yang inspiring, baik, dan sangat berdedikasi. bayangkan kitaorang (aku bersama rakan-rakan yang lain) sanggup meredah hujan semata-mata untuk menghadiri hari graduasi mereka. kiranya senior aku tu telah memberi pengaruh yang sangat kuat kepada kami-kami yang datang tu lah. wah~ semangat betul aku duk cerita.

biarpun kuyup, ku redah jua.haha

kesimpulannya senang je.aku nak hari graduasi aku ada suasana sebegitu rupa.tapi macam susah je. kawan-kawan aku di uni aku ni kebanyakannya jurusan mereka tiga tahun.aku pulak ampat tahun maaa. yang jurusan 4 tahun dan lagi lama semua jenis oversea graduates.mesti mereka yang dah graduate awal dah sibuk kan.nanti tak ramai yang boleh baling-baling topi ramai-ramai (macam gambar awal-awal tadi) wah! tingginya angan-angan aku.setinggi topi graduasi yang dibaling tu.hahaha.

aku terpengaruh dengan drama-drama dekat tv lagi.adoi!

padahal aku punya uni life tak menarik langsung.kalau ada graf kehidupan, aku rasa uni life aku cuma banyak kejutan-kejutan dari segi akademik ajelah..(banyak sangat yang negatif, aku kira) aku tak mahu berkawan, itu belum lagi termasuk kegarangan mimik muka yang semulajadi yang telah menyebabkan orang takut dengan aku.HAHA!

maka harapan ajelah aku nak ber-hari graduasi yang memorable.kasihan~
atau pun, mungkin juga kawan-kawan aku yang sudah kerja masa tu boleh belikan aku bunga atau beruang graduasi ke.boleh kan,kan?(angan-angan lagi.kasihannya engkau, ain)

sorry atas ke-excited-an aku yang melampau ini.hahaha.aku memang macam ni.bagi yang sedang di tahun terakhir, semoga berjaya!tahun depan aku boleh datang bila kome graduate nanti.hehehe


salam graduasi daripada aku,

seorang pelajar yang malas.