Sunday, February 28, 2010

you, yes you :)




" I want you, in my life (in the castle, in the air)
I want you, kiss me everyday (i take your hand, my dear)
I want you, in my life (i don't want you fly away)
I want you, smiling at me everyday (you're my dreaming days)
If your love won't stay with me forever
I'll be loving you, whenever
You in my life (tell me everything's alright)

I wanna be ur shining light...forever "

Saturday, February 27, 2010

hi there.how are you?

lama betul tak menaip.

lama.
...

ish, lama lah.hahaha *ye sudah2 lah tu*

aku .... aku... aku....

aku sebenarnya dah hilang rasa untuk menulis.menaip dalam erti kata sebenarnya.

entahlah (tak ada perkataan lain selain entahlah)


kebelakangan ini serasanya hidup seakan kurang sesuatu.dikelilingi manusia tapi masih rasa sunyi.


.sepi.

amacam?ada rupa kesepian tak?padahal penat mandi laut ni.hehe

mungkin berada dalam zon sendiri.

hilang dalam ramai.tawa dalam duka.


duka pun entah kenapa.

okay aku dah mula mengarut.


stop.stop!


masa untuk teruskan hidup!yeah!tiba-tiba je.entah apa-apa.

sekarang mungkin masa yang agak kritikal bagi aku.ada dua subjek yang aku memang betul-betul tak ada gambaran.ah!orang putih kata lost lah.hehe.sekarang dah minggu ke berapa.belambak-lambak final assignment kena buat.

test ada 3 lagi.satu benda tak belajar lagi.

mungkin aku sibuk fikirkan hal ini buat aku rasa sunyi.tsk!.boleh botak kepala fikir pasal belajar ni!.tapi belajarnya tak jugak.macam mana nak jadi engineer ni ain?hahaha.wahh..besar punya angan-angan.jangan jadi angin-angin sudahlah.

orang lain pun ada masalah jugak kan?
okay, dah lega sikit dah.sebab aku tau Dia ada untuk aku. :)

ah, Dia memang sentiasa ada untuk kau.kau je selalu tiada untuk Dia.selalu itu dalam erti kata lain nya SELALU!
*dengan huruf besar hamek kau!*

apa agaknya khabar rakan2 yang lain?nanti aku menaip lagi ya.sebelum itu.saja nak bagitau hobi aku.hehe (credit to psenk kerana hp aino yang sangat wow!)


yeap.aku suka merenung awan.bulan pun boleh.boleh masuk dalam dunia sendiri jadinya.
ain amin kata sentimental.
memang pun.hehe

babai!

Tuesday, February 2, 2010

mari bermain *cara amatur*!

awas(!?): entri bergambar.banyak2.sampai tak lalu nak mengadap.haha




hahaha.tajuk macam apa je.poser!itu lah tajuk seorang pemain amatur.memandangkan mood aku tengah elok2 ni (walaupun banyak masalah) baik aku bercerita.hehe

baru2 berlangsungnya sukan mahasiswa universiti malaya (sukmum).aku dengan penuh rasa bangga memyertainya.chewah ayat aku tak boleh kalah karangan bahasa malaysia SPM.he he he

dan sukan yang aku sertai (jeng3~!) tak saspen langsung sebab dah tunjuk gambar.bukan bola jaring seperti selalunya.tapi boling padang.orang putih cakap lawn bowl.masuk pun sekadar cuba nasib mana tau pengalaman main 10 tahun lepas (hahaha!sepuluh tahun) boleh tolong menang ke?

oh rindu pada bola jaring.sukan tu jelah yg boleh buat aku lompat terkinja2 tapi aku rasa aku dah hilang touch la. (hahaha!ayat kau ain.. *geleng2*) saya rasa saya ada masalah komunikasi lah.masalah tak nak bergaul dengan orang.kalau masuk bola jaring mesti kena bergaul dengan ramai2 orang.so, i decided to lay low.join sukan tak ramai orang. satu pasukan ada 5 orang sahaja.heheh

eh banyak pulak bebel.mana ha gambarnya?


bowl-nya

baik tuan2 puan2, hari ini saya akan terangkan cara2 bermain boling padang (cara amatur) hehe.mula2 anda harus mengenali bola (bowl) ye.

bowl tersebut ada 2 bahagian.ada simbol yang sama pada setiap bahagian cuma bezanya satu saiznya kecik daripada yg lagi satu.saiz yg kecik tu la bahagian yang lebih berat.sebelum baling (draw) kena tentukan mana arah yang nak dituju.

macam ni (model ialah atlet masum) hehe

fokus.fokus.


kira kalau nak balingan tu belok ke arah kiri, maka bahagian yang lebih berat mestilah kat belah kiri.sebab bowl akan 'belok' ke arah yang ditentukan bila akhir2 balingan.

kekuatan balingan (weight) pun penting supaya bowl berhenti mendekati bola kecil yang dipanggil jack.

ini bolanya,
taktau la kenapa aku suka tangkap gambar pegang jack.konon kasi ong.hehe

cara balingan pula, suka hati lah..yang pasti ikut keselesaan masing2.yang pastinya kena pijak mat.sepatutnya ada kasut khas dia tapi mana mampu kan.

mari aku tunjuk gaya2 balingan menarik.hahaha

ni atlet masum mari.

sekarang kita banding dengan pemain amatur a.k.a aku ler tu
sumpah aku tak suka muka kusyuk macam ni.wahaha

okay..sebenarnya aku dah tak tahu nak tulis apa dah.*sekarang dah selang beberapa hari selepas awal2 menaip post ini*

oh, yang pastinya laluan untuk menang sangat sukar.kitorang dapat naib johan kumpulan bagi semua acara.tapi tiba2 kena lawan johan kumpulan pula, tak ke susah tu.patut naib johan lawan naib johan lah kan? *macam boleh menang*ada banyak kategori dalam sukan boling padang ni;

single - perseorangan
pair - mestilah berpasangan
triple - bertiga
force - berempat

aku main untuk force dan pair


ini team pair aku.yg lagi satu team puspita (pelajar yang tak duduk kolej)









*sumpah hitam ohhh*




puspita ini memang hebat.sbb kebanyakan memang main bukan untuk suka2 (macam aku) banyak wakil um kot.yang kitorang ni pulak baru belajar nak main.tak apa, tak apa.yang pastinya.pair aku sangat bersemangat!hahaha.kita orang dah ketinggalan berapa banyak mata pun dia still bagi sokongan moral yang sangat tinggi.aku yang mula2 down juga sebab ketinggal pun boleh tersenyum gelak2 dengan gelagat dia.kita orang siap high five lagi bila tukar giliran.sebab akan ada seorang yang berdiri tengah padang untuk guide pemain lain lepas setiap balingan.

contohnya, bila pemain sepasukan bagi balingan yang kurang jaraknya dari jack,kita akan cakap;

" tambah weight lagi~"

ataupun bila balingan terlalu kuat;

"kurangkan weight sikit~"

aku lah orang yang selalu dok kat tengah tu.haha.maka aku rasa (rasa lah) aku hitam paling kaw2 punya.hahaha


bila balingan tamat sesi mengukur pulak.kalau ada bowl yang sipi2 lebih kurang boleh panggil umpire (aku tak tahu ejaan dia) dia boleh ukurkan.macam ni

ini bowl penentuan.kalah sipiii je team triple lelaki.

masa ni beza jarak cuma dipisahkan dengan pisau lipat.hebat sungguh~

tapi keseluruhannya memang sangat gembira .dapat kenal kawan2 baru.mula2 rasa macam alahai baik sangat mereka ni sebab 3 antara mereka budak pengajian islam.takut sangat nak bertegur.

lepas dah kenal, dia orang sebenarnya sangat sempoi! hehe.

team lelaki pun okay2 saja.mereka pun supportive.aku punya kapten laki suka buat lawak.hahaha


ni ha gambar2 sikit (banyak kot!)
ni konon2 sedih kalah.haha


bergambar dengan kolej 5.(baju merah)









team lelaki















aktiviti menyokong kapten!go!

kejar yob kejar.*tiba2*

rawak

para penonton~


okay.rasa2 itu sahaja buat masa ini.harap2 lepas ini anda boleh mencuba sendiri sukan ini.selain menang.anda juga boleh dapat sarung tangan dan topeng muka eksklusif sumbangan cahaya matahari. -_-

jangan kata sukan ini tak mengeluarkan peluh.cepuk nanti!sebab kaki aku sakit2 2 3 hari lah juga selepas tu.hahaha

akhir kata dari saya.majulah sukan untuk ain!


okay lepas ini boleh sambung jog.kasut dah berhabuk tak berusik :(

babai

Monday, February 1, 2010

mama

selamat hari wilayah semua.

heavennya bercuti..mungkin aku tak sepatutnya diberikan cuti.sebab aku balik rumah hanya untuk tidur bak kata mama.

hmm *berfikir kejap*


isk.kenapa ye?kenapa ye?


tadi masa mama lipat kain boleh lagi letak kepala atas lipatan2 kain.yeah!

lalu mama berkata:

" Ya Allah, apalah nak jadi, nanti ada anak boleh mati kejang anak sebab mak dia tidur je kerjanya"

mama, please lah cakap benda tu bukan doa? please? -_-


ei, apa cerita pasal anak ni?next!