sekejap rasanya masa dah berlalu.tiba-tiba dah minggu terakhir kelas.
serius sangat sekejap. hari isnin punya kelas pun dah habis.dan aku masih tidak berbuat apa-apa. terpuji sungguh sikap ini
masanya dah tiba.
masa untuk lengkapkan semua kerja-kerja yang tertangguh,
semua nota-nota yang tidak lengkap, dalam usaha untuk lengkapkan,
semua lab report yang berbaki, esok mahu siapkan,
turorial dan esaimen yang sudah tamat tempoh, gagahkan juga hantar.dengan harapan dapat lah sejukkan hati tutor.hahaha
teruk betul aku semester ini.semua gara-gara industrial projek yang hanya dua jam kredit tapi kerja yang kena buat rasa macam ada satu subjek je yang di ambil untuk satu semester. aku dengan industrial project ni macam ada love-hate relationship pulak.aku minat explore benda-benda baru ni, tapi kalau ada tekanan memang susah nak serap dalam kepala otak.
lepas itu ilmu tu terbiar je.tak dapat nak aplikasi dalam kehidupan.
bak kata pepatah;
ilmu yang tidak di amalkan, ibarat pohon yang tidak berbuah
haaa,ingat lagi tak pepatah tu?saja nak kasi perah otak sikit padahal aku dah merapu banyak sangat dengan menaip entri ni.
-------------------------------------------------
minggu depan dah cuti.cuti dulu baru final.lepas tu cuti balik.
kali ni aku ambil risiko.kerja sambil cuti. mudah-mudahan Allah permudahkan urusan aku untuk semester kali ni walaupun aku rasa macam susah,
tapi tak mustahil.kan?
pekara utama yang aku rasa jadi batu penghalang aku sekarang ialah; masa tidur aku.
kena hadkan masa tidur atau sampai bila pun aku tak akan berjaya aku rasa.
sila ucapkan selamat berjaya kepada aku sekarang!
babai
ps:rasa macam nak tutup je blog sebab aku rasa hidup semakin serabut untuk digambarkan dalam bentuk tulisan.tapi tak mahulah, sebab Allah kan sentiasa ada :) adulah pada dia