Sunday, July 26, 2009

what a wonder-fool sunday

haih..

sedih do.

sampai sekarang aku sedih..

semangat aku pergi buat homework pasal nak hantar jiran aku tuu..

ajak kawan2 semua, sebab aku rasa jiran aku tu memang semangat dok hantar2 kawan2 kitaorang. *walaupun duit tol dengan minyak banyak aku yang bayar* hahaha

tapi bila masa dia nak terbang, senyap je.tu yang aku dok gebang tu.haha

malam tu aku tak boleh tidur, kenapa aku pun tak tau.takut sesat kot.

dan akibatnya, aku bangun lambat sikit.siap cepat2.dah siap baru mak aku cakap kereta tak boleh guna.

weeeee~~ *gilaa*


cuba iktihar lain.

telefon kakak aku yang sibuk nak jadi model tu.
tak dapat.

telefon pakcik aku,
kalau telefon dia nak suruh buat apa? buntu.tak kan nak suruh hantar pergi klia.lepas tu tunggu aku lagi.dah macam driver lagaknya.baik tak payah.

nak pinjam kereta dari makcik aku,
mak aku macam tak percaya je pada aku.


hahahahaahahahahahahaahha. *menaip sambil emo*


bengang3.


sumpah bengang.


aku tak jangka betul benda ni akan jadi.sebab sebelum tu aku siap pergi rumah jiran aku tu lagi, ambil barang.

boleh cakap dengan dia

"jumpa nanti wehh"

tengok2, tak jumpa punnn.aku dah leleh dah.

akal aku yang tengah emo tu pun fikir; tak apa lah,mungkin dia tak nak kasi aku leleh masa kat klia nanti.

sebab masa amal fly aku leleh.

jatuh la saham aku nanti.nanti nenek dia fikir lain pulak.wakaka!

jiran aku tu boleh wat ayat siot lagi;

"macam la aku tak balik."

bengong, setahun kot aku tak lepak dengan kau.ikutkan setiap ujung minggu kita lepak.haha.


aku tunjuk tanda protes pada semua orang.semua kena tempias aku.akak aku yang baru balik berlatih runaway lah konon2nya, aku marah.adik aku yang pinjam novel yang aku , yang aku tak habis baca bawa pergi rumah nenek aku pun aku marah.padahal sebelum ni ok je.

perangai lama dah muncul.baran!

kakak aku sampai je aku terus pecut pergi rumah nenek aku.semata2 nak ambil novel.bawak kereta macam orang sewel.

entah.

sampai je rumah nenek.ambil buku, salam semua sedara mara yang ada.lepas tu , terus cabut.memang kurang ajar kan?

hahaha

aku tunjuk tanda protes dengan bagitau yang aku nak balik um awal.
bukan aku boleh buat apa pun kat rumah.siap nak balik naik ktm lagi.tapi memandangkan kakak aku dah sampai aku suruh dia hantar.

nak mengadu pada mus.lagipun dah lama tak jumpa dia.maka masa aku berkurung dalam bilik *protes* aku dah rancang dengan mus nak makan luar.dia dekat um.

dalam perjalanan,

hepi.hepi.hepi.


dah sampai, aku tunggu mus,semangat ni.tak nak bukak kasut pun.

tapi,

dikecewakan lagi.


mus ajak makan kat cafe je.sebab acap ajak makan situ.okay, utamakan acap lagi.sukahati.


hahahaha.


bengang tak sudah.tahu tak aku memang nak sangat keluar dengan kau wahai lelaki?


aku dah tawar hati wehhhh.

aku sumpah bengang.lepas tu mus ajak makan di luar memang aku tak nak.tawar hati.

tawar hati mungkin perkataan terbaik hari itu.

kesudahannya, aku tidur awal semalam.

dan

lambat ke kelas pagi tadi. -_-'

pagi2 dah racing kejar bas.dengan mata huduh lagi.tak dapat nak cover guna cermin mata aku.hahaha.teringat pulak masa kat sekolah dulu,

kejar kiraan.

"dalam kiraan 10!

seploh...,

sembilan...,

ahhh..malas ah!

sambung sendiri.

Saturday, July 25, 2009

peta google

hari ini hari yang rather panjang.

penat.

boleh tahan (tak tahan sebenarnya) seronok la juga.


esok aku akan ke KLIA lagi.entah berapa kali dah aku pergi sana aku pun tak tahu.

meraikan kejayaan rakan2 yang dah bertungkus lumus belajar.hehe

kalau fikir2 balik, beratus2 jugak lah duit habis nak ke klia je.tak apa.aku suka.itu saja yang aku mampu buat :)

kadang2 mereka ni tak ajak pun, aku yang buat muka tak tahu malu datang.hahaha

selalu aku kesana bersama jiran aku.tapi kali ini, dia orang yang di rai (ya, aku memang batak hantar2 orang ni)

......


dah merasakan ke-looser-an bab2 jalan ni.sebab boleh kata dia yang bawak aku ronda2 sekitar klang dan shah alam

kalau kawasan subang , mak cik aku yang bawa

kawasan k.l, mus dan nad (tapi ni selalu pergi rumah mus je lah) hehe

dan sekarang,

aku kena bergantung harap padamu, wahai peta google.


lepas ini, aku pasti lebih banyak gunakan khidmat kau.


eh..


aku nak kemana je lepas ni? *cakap sorang2 lagi*

.
..
...

bukannya aku ada kawan dah kat rumah ....




......

tak apa.tak apa. *sedapkan hati*

okay2.aku tak habis buat homework cara2 nak pergi ke KLIA ni.nervous2.nanti ada yang sesat ke selatan pulak. (haritu dah ke nilai .hahaha)



ps:pelayan pak li tu mesti rindu aku nanti.dah tak ada perempuan dah yang gelak macam orang meroyan bila datang sana.tak kan nak ke sana sorang2 kut?lagi lah meroyan. :DD



aku rindu pak li punya kopi lahh..weh jiran, sarapan sana lah esok.hahaha. *harapan je lah* aku dah pokai ni.

Tuesday, July 21, 2009

fake

baru2 ni,

kebelakangan ni,

aku dah pandai menipu diri sendiri,

dan orang lain (mesti la)

prinsip dulu "berkata benar walaupun sakit" dah lama tak digunapakai :|

----------------------------------

situasi 1:

kau tak kesah kan aku smoke dalam bilik?
jawapan palsu : oh.tak apa. *senyum fake*
jawapan sebenarnya :aku kesah tapi nak buat macam mana.

alasan : ini pun bilik dia juga.

situasi 2 :

melihat kawan hanyut.
perlakuan palsu : melihat.melihat.melihat.
perlakuan sebenarnya : nasihat.nasihat.nasihat.

alasan : diri sendiri pandai beza baik buruk.aku pun bukan baik nak nasihat orang :)

situasi 3 :

berkata diri telah move on.
perkara sebenar : hahaha!tipu gila!

alasan : tak puas hati pasal benda yang tak pasti *gelak mengilai2 dalam hati*

situasi 4 :

tidak kisah tiada kawan rapat bersama dengan aku
pekara sebenar : aku sebenarnya depress.hahaha.sampai menangis2 tak ada kawan rapat beside me. (loser!).

alasan :tak reti buat kawan


situasi 5 :

aku boleh survive kat sini lagi 3 tahun (kemungkinan besar lebih 3 tahun.dem!)

pekara sebenar : yeah right! kalau aku boleh tak ada nya aku tulis kat sini!!!!!!

--------------------------------------

banyak lagi contoh2 lain yang boleh diguna pakai ye tuan2 dan puan2.tapi aku tengah blank.jadi tak payah la.bukan setel masalah pun.

okeh.cukup mood depress.


senang kan buat alasan??

aku pakar bab2 buat alasan ni.hahaha


hahahah


hahahah


hahahah


*sambung depress*

sekian.tamatlah riwayat ain yang depress.

jumpa lagi bila mood aku dah stabil.yehaaaaaaa~!!

Tuesday, July 14, 2009

kali ini betul2 punya


farain san!number 26 :D

hehe.aku tengah serabut sebenarnya..

maka aku nak ingat benda yang seronok2 je.


aku nak cerita pasal kerja.dah berapa minggu tinggalkan kerja baru nak cerita. -.-

hehehe



dah ada kelapangan nak tulis ni, sebelum aku lupa, baik menaip.tak nak bagi lupa kenangan ni :)

ahem!

kerja aku namanya stocktaker.

apa yang aku buat, stocktaking (duhh!)



bagi yang tak tahu (aku pun baru tahu sebenarnya.haha) stocktaking ini bermaksud perlakuan atau proses merekod amaun stok oleh perniagaan yang dijalankan.

konsepnya, senang je .kiraaaaaaaaaaaaaa je kau.hahaha


aku kerja dengan ajis.satu syarikat dari jepun.kitaorang stocktaking dekat cawangan jusco/aeon dekat semenanjung malaysia ni.(ok, aku tipu, bukan la dekat seluruh semenanjung.hehe)


sekitar selangor, k.l , negeri sembilan, melaka, johor, pulau pinang, perak jee .hehe (seronok berjalan)

sebelum aku dok batak2 cerita pasal outstation, kerja aku mudah saja.mudah, tapi jangan ambil mudah.hahaha!

gambar eksklusif.tangkap curi2 sebelum habis rehat.hehe



kami dibekalkan :

1) satu mesin kira (hahaha) bukanlah, mesin apa tah.yang pasti mesin tu bahasa jepun.masa training haritu dah di ajar cara nak guna.kau tak paham pun, tapi ingat je lah cara guna dia.haha.mesin ini disambungkan dengan 1 scanner.kena sangkut kat leher tapi dalam gambar ni aku tak pakai.tak suka.haha

macam telefon scanner tu..budak2 laki selalu main2 scanner tu buat macam telefon.hahahaha.bengong *sengih sorang2*

2) tangga - yep2.untuk mencapai tempat tinggi.tak dibenarkan menjengket ok.hahaha.selalu kalau panjat sampai atas sekali seronok~tapi kena hati2 tau.tapi aku selalu nak terjatuh bila dekat bawah.kes kena sergah la ni.cet!

3) bakul - bakul ni selalu dekat supermarket je.tangga pun sama.sebab dekat department lain macam pakaian selalu tak guna sangat.bakul ni tujuannya untuk meletakkan barang2 yang nak dikira.tak dibenarkan letak di lantai.kotor2!

lagi satu fungsinya, kalau ada benda kecil2.kena keluarkan semua dulu dan letakkan dalam bakul itu.hehe.kalau nak carik nahas, kira la dekat dalam shelf tu. :P lepas tu kena kick paham2 la kenapa ~

4) uniform yang menarik agaknya?hahaha.kena pakai seluar hitam or slacks.jeans sama sekali tak dibenarkan.haha

ramai je pakai jeans.haha.semangat je aku beli seluar untuk kerja ni.nasib baik tengah sale.seluar tu sekarang aku pakai buat pergi kelas :)


kerjanya mudah (macam yang aku cakap tadi la) , tapi kena hati2.tu je.jangan silap kira. kena pastikan semua barang yang di kira sama dari segi jenama.lepas habis 1 shelf tu.kena lekat pelekat berwarna merah jambu dekat hujung (rujuk gambar.hehe).


kitorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan.aku team hemma.hemma's team ~(budak2 group aku selalu jerit.bising :DD) trainer aku memang best.group pun best.

hemma's team terdiri daripada: halim dan big sebagai ketua.aku dan malisha (mangsa buli mereka) je perempuan yang ada.asma ada awal2.lelaki yang lain (yang aku ingat) ; azim, din, bob, fazli, hayat, nuar, nizam, err...aku lupa la..muka ingat la .hahaha.

kitaorang selalu gabung dengan kumpulan lagi 1, team nanda.

tapi yang tak seronoknye memang kumpulan aku je yang buat supermarket.asal supermarket je hemma team.tiada yang lain.hahaha

sebab supermarket paling senang nak buat salah.hehe.lagi2 budak2 ni pakat nak racing je.nak lawan dengan orang jepun yang mengira sekali yang dah tentu laju macam pelesit tu.masa upload, tengok rank tinggi2 je semua.tapi bila audit (semak) mereka la paling banyak.aku relax je.haha.malas nak laju2 ni.ketepatan lagi penting.cecece~

--------------------------------

disini aku senaraikan benda yang paling berapi sekali kalau kira.haha

segala mala benda tin - lagi2 laici dengan sardin.sama, tapi tidak serupa.no no no!.aku pelik.apa pasal semua gambar laici tu sama je.yang lain cuma jenama dia je.panas je. -.-

nak pulak beratus2 kena check

rempah ratus - ni kalau kira, satu badan bau rempah.peket nak comel lote je plak tu kan?sampai beratus2 lagi.tp kalau kira rempah ni memang relax sikit.sebab kalau cepat memang power la kau.hahaha.kira lah kau sampai menangis.pedih.whahaha.bengong~

tepung - paling aku ingat cap sauh la.tu kalau dapat, seluar yang hitam pun bole jadi kelabu.baju biru gelap bole ade celoreng2 putih (plkn ke?) haha.ada sorang member group aku siap kena gelak sakan sebab 1 badan putih.orang jepun pun join gelakkan dia.hahaha.selalu je kena kira tepung.tapi lagi selalu malisha la.aku muka kira rempah. T.T

frozen foods - minggu yang awal2 pakai sarung tangan.tu pun beku jugak tangan.perghh.lama2 tak pakai dah.sebab sarung tangan tu bau dia~..mak aih..kepam.hahaha.aku ingat lagi aku kira daging cincang yang sama sampai 3 kali.mula2 kira 83 , lepas tu 73 pulak.aku tak yakin aku kira lagi semula, akhirnya yakin 83 .hahaha.bayangkan bertapa tabahnya aku.kalau kena kat butter.yang 1 brand je dah beratus.fuhhh.memang best.aku selalu je kena tinggal.gila tabah la.hahaha

pernah sekali tu buat frozen sampai 5 jam.cramp wei.berguna juga aku pakai baju 2 lapis


kerja ni bagus, aku jadi orang yang sabar sikit


urm...


sabar banyak kut?hahaha


barang yang mempunyai bungkusan yang tajam - hujung2 plastik tu kena dekat jari dan lengan.terbaik~ T.T lepas tu kerja nak cepat je kan.bila dah habis baru perasan tangan dah calar balar.lepas tu pedih bila buat frozen. :(

hehe.banyak lagi sebenarnya.tapi tu yang aku ingat la.tak tau la kalau kumpulan lain yang buat dekat baju macam mana.ada aku dengar ann cerita jugak.

tapi aku memang suka buat dekat supermarket, sebab bila

buat shelf atas sekali, nampak semua budak group.lepas tu boleh sakat2 lagi kacau orang counting.hehehe..sebelum anda melayan dia mengarut, sila ingat dulu kiraan eh.hahaha~


aku suka cakap sorang2 kat sini (bak kata izreena)


takpa, aku suka.hehe


aku ingat lagi awal2 kerja.semua senyap je.tak kenal lagi group masing2.bila dah kenal.aku gelak tak henti2.sampai menangis.hahaha.tapi bila aku yang kena bahan.saba jelah -.-'

group aku best sangat~.supermarket yang macam senyap macam kubur tu pun boleh jadi pasar.tapi bila dah mula kerja senyap la.fokus2.hehe

tapi kan, budak kumpulan aku selalu cakap muka aku garang..tak suka.tak suka~.aku bukan buat2 pun.memang macam tu.hehe

tapi malangnya masa minggu terakhir kerja group aku dipisah 2.kalau dipisah tapi masih tempat yang sama tak apa lah jugak.tapi ada budak group aku kena pergi supermarket lain terus.masa tu memang boriiinggggggggg sangat sangat sangat.duduk dalam bas pun tidur je.huu.masa rehat pun hambar je.

aku tak suka minggu terakhir :((

selain mudah, kerja ni juga seronok (macam ayat karangan pulak -.-').aku berpeluang nak pergi ke tempat2 yang aku tak pernah pergi.kalau tempat jauh2 macam penang dan j.b siap duduk hotel lagi *aku teruja sikit (banyak sebenarnya)* haha.lepas tu, kerja ni masa orang tengah nyenyak2 tidur.sesuai la dengan aku yang burung hantu ni.hehe.siang tu boleh hentam tidur tak ingat dunia.hehe.diorang sibuk duk jalan2, aku duduk dalam bilik, tidur.dapat pulak bilik sorang.heaven!

bilik dengan malisha pon macam seorang.orang ada buah hati kan.hehehe


bilik ini aku yang punyaaa.hahaha.-.-'

lepas tu main loceng la, prank calls tak payah cerita laa..melambak budak group aku buat.haha.kalau kat j.b jadi pelik, nak tengok tv saluran mesia tak da.singapura dengan indonesia yang ada.hahaha

masa dekat j.b je sempat nak jalan2.tu pun tak da la banyak pun.penang tak jalan2 pun.kalau ikotkan penang lagi seronok sebab banyaaakk makanan sedap2 kat situ.family aku selalu turun penang sebab makanan dia sedap.hehe.

beriya je kawan aku rancang nak bawak aku jalan2, sebab dia belajar dekat penang.tapi tak sempat.dia pun sibuk ada pakwe dia.feewit~!, jumpa jodoh kat tempat kerja tuu.hehe

aku malas nak kacau daun. :DD

alasan je tu.sebenarnya aku lagi suka tidur.rugi betul tak jalan2.bukan senang nak datang tempat orang (cet, gaya macam luar negara je) percuma macam tu je.tapi kena tahan la, kalau tak tidur, alamatnya menguap je lah kau masa mengira nanti.kawan aku sorang tu siap tersengguk2 lagi.hahaha.aku yang kuat tidur pun menguap jugak, apa tah lagi diorang.(ah kau!tidur je keje ain!) ;p

aku ni memang tak reti berkawan, nasib la ada member um sekali masa tu.kalau tak macam kera sumbang pulak.dia yang ajak aku kerja ni.thanks ann~kalau tak makan pasir je lah aku sem ni.*_*


aku, nabila, bob, ann dengan halim .break time!

---------------------

banyak yang aku belajar masa kerja ni.hehe.poyo je ayat.tapi yang aku tau, masa aku bekerja ni lah aku rasa

macam mana susahnya nak mencari duit

berulang-alik klang-pj bukannya senang wei.masa ni juga aku naik semua pengangkutan awam, dari ktm, ke lrt tak lupa juga bas.hehe.naik bas lebih jimat.aku ikat perut tak makan masa kerja.selalu doa masa break ada makanan free.hehe.ingat lagi melintas federal highway.masa hari pertama siap sesat lagi.tu yang lambat tu.lari2 bila dah lambat , kuyup sebab kena hujan semua rasa.

.payah.


tapi aku suka :)

belajar uruskan waktu

tak boleh lewat.mereka (orang jepun) sangat teliti bab ketepatan masa.aku sebenarnya sangat bernasib baik sebab dapat kerja ni, sebab masa latihan aku patut dah kena suruh balik dah sebab lambat (ye, ktm itu tak boleh dijangka).

bersabar


melayan ragam2 manusia.
kadang2 kan, mereka tak maksudkan apa yang mereka cakap.tapi aku tetap terasa hati.oh, aku sensetif.lupa pula :P

ada seorang budak group aku , bob namanya (ada dalam gambar tu).memang suka bergurau.tapi aku tak boleh terima kadang2 gurauannya.awal2 memang berapi betul :( .suka2 bahan aku.tapi bila dia tahu aku takberapa suka gurauan dia, dia tak da la lebih2 dah.aku pun buat banyak terlepas baran dekat dia (sorry~). tapi kitorang okay je lepas tu. :)

hah, lagi satu kalau masa counting, ada pekerja jusco buat2 bising masa kitaorang tengah kusyuk buat kerja, sabar je lah.kadang2 sampai terlupa aku kira.aku aku kira 2 3 kali.sabar.sabar.kau dekat tempat orang.biarkan

lepas tu bila barang bersepah.tu paling tekanan.bayangkan dekat tempat makanan tiba2 ada sabun.pejadah nya?ei.sabar lagi.hehe.

masa rehat tu lah kitorang berkumpul lepas tu komen2.hehe.

semangat sepasukan

aku rasa yang buat aku seronok nak datang kerja ialah group aku.diaorang dengan lawak2 diorang, aku tukang gelak je la.haha.kalau persekitaran tak okay, susah jugak nak kerja.mungkin sebab group aku bising sangat kut kena pisah dua.hahaha

apa yang penting??hahaha.poyo je


jujur

buat kerja kena jujur.bukan sambil lewa saja.buktinya, masa minggu ke 3, ramai yang kena buang sebab banyak main, banyak salah counting, curi tulang, semua lah.

kesian jugak kat diorang, ada yang pelik sebab tak tahu apa salah sendiri.tahu2 je nama tak ada.sedih :(

diaorang tak tahu ada orang perhatikan mereka.dalam gurau2 mereka dengan orang jepun tu, dia sebenarnya perhati tau ..hehe

-----------------------


ada la tangkap gambar sikit masa hari terakhir tu.sedih sebab tak semua ada.. :(


masa upload.maklumat di cetak untuk semakan.hehe~


penantian itu satu penyiksaan


gambar2 di j.b

dari bilik aku.senja.lawaa

setulang laut



cik malisha nabila kita.aku rapat dengan dia lah.hehe. :D


ada group hani sekali
ito san kusyuk buat kerja.kitaorang dah setel dah :D

sebelah aku tu rina.aku selalu duk sebelah dia dalam bas :)


bergambar dengan orang2 jepun (pakai baju biru cair)


nakamura yang hot *.*


fav aku.sebab ada suzuki san yang muka gengster.he he he.




mereka yang lain
hahaha.tak betul
perempuan dari group hani dan big (group aku)

bergambar dengan mr yong yang ku sangka orang jepun.rupanya asal perlis lagi. -.-'
fazli lawak gila tutup mata.haha


penat la upload.dah la.


--------------------------------------------



gambar penutup.ketua group aku (big) yang edit.semat!

senang cerita, aku sentimental do.haha

...hormon disorder kot?

nah.aku bagi 1 lagu.


untukmu teman :)

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku kini ceria

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya





nyanyi sambil nangis huduh betul.hahaha

Monday, July 13, 2009

thank youuuuu

terima kasih


sebab layan aku yang tah apa2 ni.


terima kasih


aku penat sangat.tapi gembira.moga tidur malam ini boleh tersenyum riang.(belum sempat senyum dah tidur kot)hahaha!


esok pasti lebih mencabar.kelas 10 sampai 6.


terbaik! -.-'


mus mula kelas esok~!kasihan dia, dah tidur awal2 lagi.penat sangat tu.


to ain, you know you have me :)

Wednesday, July 8, 2009

gembiraaa

yehh..aku dapat juga cerita pasal kerja.


tadi 2 jusco/aeon aku jejak.aeon au setiawangsa dengan wangsamaju.lalu jusco, lagi2 bahagian supermarket mesti teringat waktu kerja dulu2.lalu food court ingat tempat rehat dengan tidur.hehe.


sebab sekarang mood tengah baik.tengah gembira.dapat jumpa orang tersayang.makan kenny rogers (hasrat tercapai setelah 2 kali mengamuk sakan dengan mus) hehehe.dannnn..

aku berada di rumah.*tak sedar diri esok ada kelas pukul 10.hahaha.tak rancang pun nak tidur kat rumah.tapi bonda (uuu..bonda) kata semua orang dah penat.tak ada orang nak hantar.

tak kisah..asal aku bahagia~


kejap2.nak pergi cari kabel nak upload gambar...


laaa.kabel tak dak.


spoil mood betul lah.!







lain kali lah.tsk!

oh ya!aku nak beli jam .untuk aku yang dah berapa lama tak ada jam ni.huuuu.any suggestions?

Monday, July 6, 2009

kusut

sudah mula semester tiga.

oh ya, hai , salam

dan aku secara rasminya penghuni halal.wehuuu~


semester ini, harus lebih pandai berdikari. pandai bahagikan masa dan wang.terutama bila aku hilang sumber kewangan semester ini.padan muka.padan muka.main2 lagi


tak apa, benda lepas.kan3?*tiba2 positif pula*


aku tengah kusut sebenarnya ni, banyak yang aku fikir sekarang.antaranya...

minggu tambah dan gugur
sekarang ni tengah minggu add and drop subjek.ada masa 2 minggu untuk tambah atau gugur subjek.aku tengah pening memikirkan patut ke aku ambil subjek yang aku harus ulang dan gugur subjek yang sepatutnya aku ambil semester ni..sebab nak kuatkan basic.hmm

macam mana eh?hmm (lagi)

pening la.lepas tu aku macam takut sangat aku tak boleh bawa banyak2 sangat subjek.nanti terabai pulak.isk.


.2 minggu untuk fikir.kurang 2 minggu tolak harini.

dilema pun ada, aku tak nak la lepas cukup2 makan je semata2 nak grad sama dengan kawan lain.

*berfikir2*

perlu atau tidak saya bekerja??
tiada sumber kewangan, tapi takut pelajaran terabai (aaaaa.asyik takot je kau ni!)

apasal duit gaji tak masuk lagi??
aaaa..ini bukan kusut.ini dah tahap bengang ni..!

uruskan kewangan aku?
baru2 ni aku termakan apa tah sampai aku punya nafsu membeli dan makan sangat tingggii.wahhhh.tak pernah2 macam ni..

takooot.hahaha.

keyakinan diri.

semakin.dan.semakin.fikir lebih.ah..macam tak biasa pulak.haha


............................................................

hidup perlu ambil risiko.kalau tak jadi padan muka kau!wahaha.*pesanan untuk diri sendiri*


selamat menempuhi semester baru kawan2.


moga2 semester ini lebih baik dari sebelumnya..


ps:bila aku nak cerita pasal aku kerja ha?macam tak perlu je?

Friday, July 3, 2009

pabila kamu pilihan ke dua

rindu sangat2 nak menaip.

betul, aku buat2 sibuk.sampaikan nak berjumpa seorang senior sekolah pun tak sempat. sebenarnya aku lebih banyak habiskan masa tidur je.

minta maaf banyak2. T.T


ini entri emosi dari aku.mungkin.melihat kepada tajuknya.hahaha.takde lah.mungkin aku patut letak tajuk 'pabila kenny rogers di ganti dengan sup daging'.aaaaa~ mengarut.sangat mengarut.

baru2 ni aku dilanda konflik dalaman.dah lama otak aku tak berfikir lebih dari sepatutnya.berfikir lebih cara aku ini dalam konteks, dipengaruhi emosi.hehe.emo.mungkin sebab dulu sibuk.asyik fikir kerja je.oh.kerja lain entri.

hari bertuah dimana aku berfikir lebih ialah khamis lepas.baru je.aku pergi subang untuk hantar uniform kesayangan.kalau tak gaji potong 40 hengget.kedekut!.*apesal aku asyik cerita pasal kerja ni*

sepanjang perjalanan dari klang ke subang aku berbalas mesej dengan mus.ya.entri ni pasal mus dan aku.kalau annoyed sila berhenti membaca.hahaha!


aku dah sampai klang dah masa mus cakap dia baru ingat nak jumpa.nasib baik aku ikut jalan jauh masa tu.sebab nak ambil masa untuk berfikir sama ada aku patut ke tak patah balik.


dan ya.aku patah balik ke arah kuala lumpur walaupun jarak aku dari rumah masa tu 5 minit perjalanan menaiki kereta.

oh ya.masa tu peak hour ya.nampaknya aku tak berfikir semasak2nya.oh ya.mungkin masa tu pemikiran aku dipengaruhi nafsu untuk makan kenny rogers *tiba2 je* dengan si dia.

dan tiba2 mus cakap nak jumpa acap dekat klcc.kebetulan.mungkin juga.tapi aku rasa seperti berjumpa achap itu agenda utama.sebab mus dah berjanji dengan dia.


hmm...*fikir lebih.fikir lebih*


aku dah sampai pj masa tu.mus boleh tanya soalan cepumas. "betul ke nak datang ambil mus ni?"

yes.soalan itu yang kita tunggu2 ya tuan2 dan puan2.dan aku tengah emo masa tu sebab dah fikir lebih banyak sangat dalam kereta seorang diri sambil meredah kesesakan lalu lintas (peh gambaran nak pom je) menjawab ; habis nak ain patah balik ke?kalau nak boleh je.

seterusnya aku ambil keputusan untuk berhenti mesej sebab bateri pun dah lemah (??! bateri low lah).dan menumpukan perhatian kepada pemanduan.


dan ...


sambung berfikir.*otak ni tak nak berhenti berfikir*


isk.menyedihkannya aku ni.

aku tahu mus cuma tak nak menyusahkan aku.dia sendiri cakap.dan aku sendiri sedar hakikat tu.cuma tulah..eish. %&*^#@$!!

serabut ah!

tapi, cubaan untuk makan kenny rogers tetap aku lakukan.ye lah.itu lah motif utama.dinner kenny rogers dengan mus.sampai ke kl kau ain.hahaha.kalau tak sia2 je la perjalanan aku siap sesat2 lagi.mus cadang lepas jumpa acap tu baru pergi makan tapi memang tak sempat.aku cuba ajak acap.tapi dia kata kawan dia tak ada sen.tak ada sen tapi boleh lepak DOME , apa hal? dia pulak lapar nasi.

argh.bengang la.

gila lain kenny rogers dengan pelita nasi kandar wehh.ei.

aku pasrah gila makan sup daging dengan roti telur.biarpun acap yang belanja, tapi aku masih tak puas hati. aaaaaa


sabar je la...


bak kata psenk.kau kena bersyukur sebab dia masih ada dengan kau.

fuhh..

ayat mendalam sungguh


benar walaupun pahit.


dah la.lame betul aku asyik cerita aku bergaduh je.

aku nak tidur dengan perut yang kenyang ini.tapi masih kempunan kenny rogers..mahu teruskan misi makan kenny rogers .hahaha


ps:aku tak tau apa yang sedap dengan kenny rogers tu.mengadalah kau ain.teringat masa kerja kat kenny rogers dolu2 lah tu.aish.kerja lagi.