Thursday, April 30, 2009

aku tekanan tapi tak mengapalah

uurgh!

macam dah tak ada tajuk lain dah.asyik2 tekanan .

hari ini boleh digambarkan sebagai satu perkataan : kosong

malam sebelumnya aku tertidur tanpa sedar sambil memakai kanta sentuh.sempat lagi aku bangun dan raba biji mata untuk pastikan ia tak kemana-mana.hahaha.lepas tu sambung tidur semula.

haha


bangun dengan otak yang kosong.jarang sekali aku ucapkan syukur kerana diberi peluang untuk hidup hari ini oleh Yang mencipta.sebaliknya mesti ada yang aku kesalkan.contoh:

"oh t*hi, aku terlepas subuh"


atau,


"ya Allah.apa aku buat ni.aku tak mengaji *study.wakaka* langsung malam tadi"


atau,


"alamak!aku biarkan mus tunggu mesej aku. *tak sempat balas dah terlelap*"


juga yang ini (zaman sebelum kelas tamat),


"aaa.dah lambat!"


dan macam-macam lagi.

haih.cukup dengan karutan.

harini kosong bagi aku kerana..


mahu belajar, tiada rasa.
mahu tidur, tiada rasa.
mahu bergembira, tiada rasa.

tapi kalau makan , pasti ada rasa.

*aku ceduktambahtolak dari kak fynn*



harini, aku seperti patung bernyawa. bangun tanpa matlamat. tidak berbuat apa2.meski aku punyai 10 bab yang harus aku pelajari.

ah! yang terakhir pasti selalu diabaikan.kasihan kau ASB (asas sains bahan) .aku tak tahu mahu mulakan dari mana.


mukasurat pertama mungkin??


kalau tadi aku cakap harini aku patung, harini juga aku sampah.tidak berbuat apa2.perhabis beras sahaja.haila.


aku tahu aku akan menyesal dengan tindakan aku .tapi tak mengapalah.


malam ini semua rakan2 aku keluar.bersama2 orang tercinta.sunyi.aku cemburu, tapi bukan kerana aku mahu keluar, aku sunyi.perlukan teman.dan...


aku terlalu rindukan rumah.


haih.manja sungguh kamu ini.tidak adil bagi yang lain.aku tahu tu


ya.betul.aku dah biasa bermanja di rumah baru2 ini.selang empat hari pasti aku berada dirumah.kini sudah hampir dua minggu, sudah mahu bising2.meski tidur di kolej lebih selesa berbanding rumah.namun aku rindu tidur berlapikkan tilam nipis di lantai simen rumah.

sedang semua rakan bersiap mahu keluar, aku pula terdesak mencari rakan untuk dibuat teman namun,


tiada.


aku kabarkan pada kakak, aku arahkan kesini.mana tahu ada bau2 rumah dibawanya sekali.namun dia masih demam.

aku hubungi mama, disuruhnya aku belajar.aku iyakan saja.namun tidak berbuat juga.

tak mengapalah.

datang pula seorang rakan.*baiklah.dia tidak datang, dia cuma memberi mesej melalui telefon bimbit.aku dramatik*

kau lah wira!hahaha.bodoh la kau ain.*aku terdesak sebenarnya*

mahu berjumpa mus, tapi tiada daya.mahu meminjam bahunya, tak dapat di capai.kerana aku buta jalan.bangi terlalu asing bagi aku.

aku buat kerja gila.aku pulang ke klang bukan untuk ke syurga dunia.cukup saja unutk melihat dari jauh, tapi untuk meluahkan keluh-kisah aku pada seorang yang bernama,


teman.


terima kasih la sebab layan aku yang dah jadi semakin tak betul ni

sesampainya di rumah rakan itu, aku jenguk lorong membelok ke rumah.sedih.cuma dapat tengok sahaja.mama suruh belajar.mama tak kasi pulang.mama suruh belajar, ain.degil.mahu juga menjenguk.

tak mengapalah.


cukuplah ain karutan kau ni.kau kena belajar.mahu membuka mukasurat pertama.



aku,



dramatik


sungguh.


*aku ganti poyo dengan dramatik .lagi sedap dibaca aku rasa.haha.karut

ps:aku kempunan kopi sampai letak wallpaper gambar kopi.ceh!dramatik lagi kau

Tuesday, April 28, 2009

adakah ini cinta? #2

aku cuak.

tapi tak berdebar.

tak pula seram sejuk macam haritu


aku moody.
aku emosi.
aku tak tenteram.
aku sakit kepala.



ini bukan cinta lagi dah namanya ngok!

ini tertekan namanyaaaa!!!

perlukah aku masukan unsur kimia (chemistry) dalam calculus supaya otak dapat mencerna apa yang dibaca menggunakan mata..??

oh tidak.tidak.tidaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkk!!(kalaulah aku dapat jerit seperti yang aku taip ni)

dah la.putus harapan.

Monday, April 27, 2009

bebel2 untuk hari ini #1

hari ini aku bangun awal.

ajaib.memang ajaib.

tapi boleh la kau nak cerita pompam kan sebab kau dah tidur dari pukul 5 petang dari hari sebelumnya.

!!??

gila ahh..tak ingat dunia apa ke kau ni ain?

ei.

ei.

aku ni memang suka salahkan orang/benda lain (dah lama perasan sifat mazmumah ni) dan perbuatan aku kali ni aku tuding pada paper programming aku semalam.memang beeeeessssttttt nak amat.

memang semua soalan boleh jawab.tapi.jawapan memang stok cincai wa cakap lu.tak cukup masa akibat masa telah banyak dihabiskan dengan merangka jawapan.hadoi la..aku hopeless.nak belajar pun dah tak da semangat.

balik dari jawab periksa tu berpoye2 kejap.makan.dan...

tidur..

dengan harapan semua mimpi buruk ini berakhir (gila novel ayat ni)

haih.

tengok2 dah pagi.sori ain aku tak on9.kesian kau. :((

paling seronok bila aku dapat tahu orang kata aku punya pipi dah naik.mungkin mereka amat merindui aku.haha.seluar pun dah tak payah pakai tali pinggang lagi~

chait!

banyak betul beza sejak dah tak ada kelas ni.selalu aku akan jalan balik ke kelas atau pulang sekurang2nya sekali.sekarang ni nak pergi bangunan peperiksaan pun naik kereta, apa kes?

gemok punya budak.

dah la, aku nak makan (timing baik betul)

babai

Sunday, April 26, 2009

adakah ini cinta?

fuh...

aku serius berdebar...


sangat.

aku tak pernah rasa macam ni punya cuak sebelum paper.

mungkinkah sebab ini je paper harapan aku untuk buat yang sebaik2nya?

hmm...(berfikir panjang kejap)

tolong lah.pleasee...

semoga hari esok dipermudahkan oleh Nya..

kenapa aku boleh mengarut kat sini lagi?tahi la.ingatkan ada beza kalau aku membebel kat sini.oh lala, cuba lagi lain kali ya.percubaan tuan kau untuk menenangkan diri guna kau gagal.pfft! (karut!)

Thursday, April 23, 2009

dedikasi

aku tujukan lagu ni khas untuk...blablabla....

haha.tak da la.aku tujukan lagu ni bagi siapa yang mungkin sensetip macam aku.

oh.nak bagitau.ini lagu KOREA okay.aku tau tak ramai sangat yang layan.aku pun layan 1 2 je.haha.apa yang aku nak hilight kat sini ialah seni.pehh..cakap macam tau je seni.tapi lagu ini memang PERFECT bagi aku (ulang suara, bagi aku)..muzik, melodi pun.aku tak tau la kenapa orang korea ni kreatif (disebalik teknologi telefon bimbit yang gila canggih-manggih tu).haha.suara tak payah cakap la.k.will.lu bikin wa cair la

*melt*

lirik dia simple *ringkas, bak kata cikgu pipat* but nice. :)



aku tak tau la kenapa, setiap kali aku dengar lagu ni aku nangis.terharu mungkin.oh lupa,aku kan sensetip.sebab mc mong (penulis lagu dan juga rapper) ilhamkan lagu ni dari perpisahan dia dengan kekasih hati yang dah 3 tahun bersama T.T

tsk.

aku tak sepatutnya bukak pautan (link) ini.sebab aku tau, mesti aku ketagih nak dengar lagu dia berulang2 kali.hahaha.mengarut punya perempuan.

saja nak berkongsi kemanisan (??!, mungkin perkataan sweetness lagi sedap di dengar kot) dengan semua.ni lagu pujuk tau..hehehe.jangan ambil yang sedih2,nanti leleh.hahaha. yang sweet2 je layan.

babai.

ps:aku dedikasikan lagu ini buat rakan2 yang sedang di lamun cinta.peh.jiwang. -_-'

pss:apit.aku betul2 tekanan kut.?bwahahaha

yuks!

siapa pernah rasa maggi sabun???

definisi:maggi yang mempunyai unsur sisa2 rasa sabun. duhhh

eiwww...

aku ingat maggi sabun ni zaman sekolah je yang ada.tapi aku dah lapar sangat2.sori perutku..ini memang membunuh namanya!!

eiwww..eiwww..

ps:perlu ke tulis pasal benda ni?entah.aku serabut arr..lapar laaaaa

Wednesday, April 22, 2009

thanks but no thanks


kadang2 aku ni jahat betul,


menipu orang lain semata-mata malas nak layan orang yang menghulur salam persahabatan..

bukan apa, seronok berkawan tu, aku suka gila berkawan..kan ada ada orang cakap, musuh jangan dicari

aku pergi google ayat 'musuh jangan di cari ' di internet *ye, aku tau buang tebiat* dan ini hasilnya.

puas hati :)

Tajuk :
Musuh Jangan Dicari, Jika Bertemu Pantang Mundur
Hadith :
Abu Hurairah r.a berkata:”Nabi SAW bersabda:”Janganlah kamu berharap untuk bertemu musuh, tetapi apabila kamu bertemu musuh maka bertahanlah.”
(Bukhari dan Muslim)

klik sini untuk huraian


fuhh..bermakna juga la.tambah lagi 1 ilmu.biarpun ilmu yang sepatutnya aku sibuk belajar sekarang pun tak khatam lagi (aku tengah exam) . -_-'

memang berkawan itu seronok.tapi aku cukup tak gemar sesi perkenalan yang samar2.contoh,

seorang / no. yang tak dikenali: hai, tengah buat apa?

aku macam...oh..aku memang tau kau sape kan?hafal sungguh nombor kau.

ei.

ei.

geram ohhh. *aku dalam usaha untuk mengurangkan carutan*


dan aku ni konservatif sikit la.ok.sikit je (ada ke orang mengaku dia konservatif?poyo!)

dan aku suka perkenalan yang jelas .cukup la macam ni,


"hai/salam, nama saya blablabla, boleh kita jadi kawan?"
fulamak.macam ayat novel seh.tak pon skrip2 drama.hahaha


cukup dengan nama penuh, terserlah keikhlasan untuk berkawan tu *itu pendapat aku la*

dan memang tak suka orang main2 prank2 ni.tapi kena pada orang lain boleh pulak gelakkan, contoh:panggilan hangit.

okay.lepas ni aku cuba tak nak gelakkan orang *poyo gila*


..er..ni dah lari dari tajuk ni.

okay.berbalik kepada berkawan,

akhirnya aku cuba nak lari dari benda ni, benda paling senang aku buat, menipu.isk3.jahat betul

aku tipu je kata ni aku dah berkahwin.ada juga yang baik kata nak berkawan juga *sweet nye*

tapi dah memang perangai aku susah sangat nak percaya kat orang.i took it seriously la.kamon la wei.kawan je pun kan?tapi tu lah kan.dah perangai aku macam tu.nak buat macam mana kan?

kawan je pun benda tu tetap bagi kesan kat hidup aku.sebab aku hargai semua kawan aku.tak kira la mereka hargai aku ke tak.

apa lah aku bebel ni #*&*%

maka, kepada orang yang pernah aku tipu (biarpun mereka tak baca ni),

sorry... :(

mungkin juga aku dah selesa dengan kawan2 aku sekarang.mungkin.aku mahu hidup yang simple je (bahasa melayu simple apa ye?)


babai.

doakan aku tak overdose tidur.hahaha

ps:macam poyo kan?macam buat kenyataan yang kau ni hot (aku ni fikir lebih ) tapi ini yang terlintas dalam fikiran aku sekarang.dan sekurang2nya ini pendapat aku..abaikan jika tidak setuju :)

Tuesday, April 21, 2009

bersalin kulit

aku perhati blog aku ni dah caca marba la,


maka aku buat keputusan nak tukar layout.


bak kata cik Z kita, tukar layout ni seronok juga.

rindu akan warna oren kegemaranku zaman sekolah.nak letak warna tu dalam blog ni.payah la juga nak godek2 setting dia.haha


tapi yang ada warna coklat je.

cet!

*jadi laa warna coklat pon* T.T

mungkinkah aku rindukan diri aku yang girang - gembira masa itu?hahaha..dah mula dah fikir lebih ni..syuh2!

hari ini (semalam) ada dua paper, tinggal 3 lagi.moga aku diberi kesempatan oleh-Nya untuk belajar dan tak mengulangi kesilapan yang sama semester lepas :) *peh.positif betul*

tak nak blank2 dah bila jawab exam!!


buat rakan2 yang juga berperang sama.semoga berjaya!

aku lupa buat enttri good luck wish.haih. :(

ps:aku keluar setengah jam awal masa paper titas tadi.gagal menjadi manusia bertamadun.bwahaha!

Friday, April 17, 2009

coffee (alah.kopi la)


.nah aku belanja.hahaha.

baru sekarang ni aku sedar

kopi tu...

membuat aku segar (aku tau banyak caffeine)


tak semestinya sama bagi semua orang, ada yang suka mild.ada yang suka strong.semua ada citarasa sendiri.


tak boleh di tolak, mesti mau!! lagi2 kalau yang mahal gilak punya.haha.sapa taknak kan kalau orang belanja starbuck, coffee bean, gloria jean, dan sewaktu dengannya (banyak sangat yahudi ni!)


boleh diminum bila2 masa.hahaha (ada ke minuman tak boleh minum waktu tertentu?)ok, jangan minum lepas bersukan kot.hahaha


boleh membuat aku ketagih.satu hari tak pekena kopi (yang mampu cuma nescafe je la)
tak senang duduk aku.


bila dah dapat minum tu, fullamak.nikmat do~


ei..macam2 lagi la kopi ni..

aku jugak perasan,

mus ni jugak macam kopi,

pahit,

tapi......

ada jugak manisnya :)


alamak.aku dah lupakan teh o ais aku la.camne ni?


ps:apa aku merepek ni?high.aku bawah pengaruh caffeine.maaf.

tolong la jangan buat aku camni..

tolong lah jangan bagi harapan.....

tak suka

aku rase aku yang emo lebih kot...hahahaha


nak2 exam ni lah boleh jadi macam ni....

macam mana la aku nak belajar kalau kerja asyik termenuuunnnggg je??

oh d*mn!

ingat Allah banyak2 ain...

ok,sekarang aku nak carik kopi lagi

babai~

sesi terlebih fikir bersama ain:setelah nak 2 tahun ni, aku terfikir, aku ni tak sesuai bercinta kot??hahaha.setan asyik nak hasut je otak ni suruh fikir lebih :(

Tuesday, April 14, 2009

pekara gila #1 :journey to the south

akibat kekacauan jiwa dan rasa membuak2 untuk ketemu sang ain amin yang berada di UTM, aku telah membuat keputusan untuk ke sana

mulanya mahu jadikan kedatangan aku itu satu kejutan, tapi aku lupa agaknya..

yang aku...

tak reti naik bas untuk perjalanan jauh (paling jauh pon kuala selangor.ahaha)

tak reti nak ke puduraya (pernah pergi naik kereta dengan kawan la)

tak reti nak beli tiket bas

tak pernah keluar dari selangor dan k.l berseorangan

secara keseluruhannya, aku loser.hahaha

maka kenalah aku bagitau juga ain supaya dapat berguru dengannya cara2 untuk ke j.b. hehe

jumaat (10 april) yang dinanti telah tiba,

aku target nak pergi pudu pukul 1..tapi oleh kerana tak sempat nak hantar lab report dan tunggu lab bukak balik pukul 3 maka lambat la sikit..

perjalanan bermula dengan menghantar lab report yang dah 4 hari lewat tu menaiki bas UM..

lepas tu naik bas rapid kl ke mid untuk ambil contact lens aku.beli roti dan rebina :D

dan selepas itu naik ktm ke kl sentral (oh ktm..aku rindu kau)

sesampainya di kl sentral naik pulak lrt ke masjid jamek..

.mak aih.cukup semua pengangkutan awam aku guna.hahaha.

*cuak!padahal kat malaysia je.haha.*

turun je dekat masjid jamek, aku dah cuak..tempat tu memang asing sangat bagi aku..tapi aku kena kuat!poyo siot.jalan sikit2 nampak signboard ke arah jalan pudu, terus teruja dan teruskan perjalanan.aku perlu nampak cool supaya tak diragui oleh orang sekeliling.hahahaha.bodo la kau

setelah beberapa panggilan dibuat kepada nad, aku akhirnya sampai ke puduraya.


ini buktinya.haha

.penat tau aku tangkap gambar ni.bodoh.gambar tu pon nak tangkap.haha.



aku kabarkan kepada ain aku dah kat pudu.dia tak percaya.hahaha.jangan ingat aku main2.

ini sewius~~

pastu tanya dia macam mana nak beli tiket -_-'
aish.loser betul..

takpa..everyone have their own first time kan?tapi sebab aku sorang2, maka kecoh lebih la kan.hahaha

siap tangkap gambar tiket lagi~
oooh.macam ni rupanya tiket bas~~
.skyview konon.ingat kapal terbang ke?tapi batak la jugak naik bas 2 tingkat.hahaha.



ok.sekarang ni tinggal nak naik bas dan bertolak.hehe.mus risau sangat dekat aku..dah bermacam2 mesej dia bagi.aku gelak je bila baca.hehe

tapi yang tak tahan dia cakap aku saiko sebab pergi johor semata2 nak jumpa member.dia ingat aku sayang dia sorang je ke?hahahaha *ain mesti bangge habes ni bila baca*

masa aku dalam bas pula, aku tengok la kat luar, ada la sorang lelaki ni, badannya besar, rambut karat2 gitu, bawak gitar, leher sangkot headphone, muka macam bengis la.

tanggapan sendiri:dia ni menakotkan.

hahaha

dan tahniah, dia duduk sebelah aku. T.T

haila2~

tapi kan..tak baik tau buat assumption sendiri.sebab budak tu (dia lepasan spm rupanya.. -_-') baik ooo..peramah gila.sangat kuat cakap.haha

yang aku tak boleh belah tu, dia panggil aku akak. oh ain, sedar2 la kau tu dah tua..hahaha

dari topik pelajaran sampai la ke topik muzik indie kitorang borak.naseb la aku ni baik (perasan sekejap) layan je la budak tu berborak.hahaha

cuma yang takut bila aku dengar lagu2 dia (sebab dia pasang kuat sangat) lagu metal kau.suara orang jerit2 .fuhh..macam2..

lagi satu benda yang aku rasa dia ni baik.dia belanja aku weh.gila la..orang yang aku buruk sangka ni (*aku pemikir negatif terulung) punya lah baik siap belanja aku masa berhenti kat perhentian mana tah.aku pon nak balas budi maka aku hulur roti tapi dia tak nak pulak.bersalah sungguh hati ini .

tulah.orang yang kita sangka buruk tu la buat baik dengan kita.kadang2 orang yang kita sangka baik pulak sebaliknya .ironi bukan?

pengajaran yang aku dapat harini:don't jugde a book by its cover.chewah.nak speaking jugak

dah nak dekat pukul 11 baru aku sampai johor. semangat je ain cakap :selamat datang ke skudai kat aku.sekarang dia tu duta skudai.

hahaha

tempat aku sepatutnya turun tu sebelum stesen perhentian yang betul2 maka macam sunyi la sikit.budak sebelah aku tu cakap kawan dia pernah kena ragut kat situ.

ape? ???

RAGUT????

fobia wehhhh!waaaaa~~

tapi aku cool je.*kalau ain macho aku pulak cool.hehe* aku cakap kat budak tu member dah tunggu.sedangkan aku sorang je.sori la dik.tipu sunat.haha

sempat lagi dia berpesan kat aku sebelum aku turun,

"take care kak". *suwitt..muka perang hati taman.hahaha*


bersambung....


ps:napa aku bubuh nama entri ni pekara gila?sebab aku pergi johor ni tak bagitau pon kat mak aku.kalau apa2 jadi masa aku ke/di/dari sana macam mana?gila lah kau ain..mau kena kejar keliling kampong ni.





Sunday, April 12, 2009

Diam adalah pintar!


rindunya nak menaip..tapi aku kat johor ni~~



*rindu aku tak??~~i know u wont.haha*


cerita pasal johor aku akan post nanti..



memang record besar la aku tak online dari jumaat malam.semuanya sebab aku ada ain amin dengan aku :DD


betul la kawan itu boleh ganti segalanya....kecuali keluarga la.hehe



dalam kegembiraan aku tu..setan nak jugak selit2..haih..

takpa2..*aku jadi positive gila ni*


aku dah tak nak men-serabut-kelapa-kan benda2 ni lagi.dah penat~

bak kata KRU...


DIAM ADALAH PINTAR!~

fanatik..fanatik..fanaaaaatiiikkk~~fanatik la duniaku~~ok2..ni dah mula meroyan.



tak tau lagu tu..?



boooo~


*gurau2*

sila pergi youtube.hahaha


ececece..poser la kau ain.


i rest my case!.


sekarang aku nak layan jiwang..hehehe



ps:doakan aku selamat pulang esok! tak sabar nak menaip lagi~


Thursday, April 9, 2009

D to the A to the M toooo the N! eja sendiri

kelas dah habessssss.tapi aku maseh lagi tensen.

terima kaseh.

terima kaseh.


*terasa nak menghempuk kepala dekat meja banyak kali*

tapi bukan dapat ape pon.lagi jendul kepala adelah.. T.T

sesi pikir lebih bersama ain:susahnya nak jadi student ni..$^$&^#&%$(@!..
buat baik pon salah.buat jahat ape tah lagi


dah2.sebelom aku guna tisu baik aku berhenti menaip...

ps:selamat belajar rakan2.jangan jadi loser macam aku.buang tenaga!

oh ya!thanks for the memory

Sunday, April 5, 2009

renung2kan dan selamat beramal!

pengajaran yang aku dapat hari ni,

jangan sebuk jaga tepi kain orang.

jangan suka buat tanggapan sendiri.

jangan suka emo (adoi, bile lah aku nak berubah ni)

jangan.....



arghh..jangan buat ape2 lah!



jahat!jahat!jahat!

layan beb!

aku selalu macam ni, subuh2 mesti meroyan download lagu .maklum la wireless paling laju masa2 ni.hehehe

aku ni dah lupa daratan sebenarnya, dah lama tak dengar lagu melayu.konon update la.bwahaha


tapi bukak website hot.fm , menganga aku kejap.sume lagu aku tak pernah dengar pon?

kecuali lagu ni..*pause dulu lagu yg memekak kat sebelah tu*





layan beb!


jatuh cinta lagi sekali dibuatnya.aku pon nak suara serak2 basah gitu~ *tu diaa..dah mula dah~*

ps:ni yang rasa nak belajar main gitar ni :DD ada sesiapa nak aja??apitkustika??bwahaha

jatuh cinta lagi

setelah mengharungi minggu yang sangat melecet,

aku bertekad membeli sportshoes baru,


haha.tapi bila fikir balik, sayang la pulak nak pakai..

wahahah
oh.aku sayang kau!




ps:payah tau nak carik kau, dari sunway ke mid.tulah.sape suruh kaki gajah lagi.bwahaha.

pss:buat kekasih lama,

jgn riso,aku sayang ko jugak~~

haha.aku dah gila menghitung hari nak exam